Friday 26 August 2011

Bahasa itu SENI

"Ntah ape-ape la buku ko ni fati"

"ha?Asal ngan buku aku?"

"Tajuk bukunye mengarut je ak tengok"

"Mengarut??Yang mane satu?"

"Ala, yang tu ha.'Secangkir teh pengubat letih' la,,'Rindu bau pohon tin' la"

"Ler bro, kalau sesetengah orang, bile letih, die akan minum teh, manggambarkan simbolik bagi penyelesaian masalah-masalah la..minum teh gune ape?"

"mesti la cawan"

"Ha! Cangkir tu cawan la, cawan yang ade tangkai dan kecik sikit dari cawan biase"

"oh, macam tu."

"Rindu pohon tin tu pulak, pokok tin selalu tumbuh kat mane?"

"hmm,,kat negare2 arab la"

"ha! tu dia. Maksudnya, penulis nak bagitau, die rindu dekat salah satu negara arab tu, yang mungkin ade nostalgia kat sane.."

...........................................................................................................................................................
               Bahasa itu kebanggaan bagi setiap bangsa, bahasa tu yang menggambarkan budi bicara, bahasa juga menjadi pambakar semangat, bahasa juga pelembut hati, bahasa berkias menjadi tempat berfikir, bahasa ancaman menjadi garisan sempadan.



               Begitulah indahnya bahasa, ianya adalah seni! Rugi bagi yang tak memahami bahasa ni kerana ia menghaluskan jiwa, mengkritiskan minda. Sejarah Melayu banyak membuktikan bahwa bangsa ni mempunyai bahasa-bahasa yang mendidik, orang kita pernah dihujani kiasan, dihiasi peringatan, diselubungi resam dan ditajamkan minda. Inilah salah satu kebanggaan kita apabila bahasa kita pernah dijadikan bahasa pengantar (lingua franca) suatu mase dulu.



              Bukan bermaksud kita kene berpantun atau bersajak bila brjumpe, ini memang hakikat bahawa bahasa itu berubah mengikut zaman, tapi ingat generasi yang baik akan melahirkan BAHASA yang baik. Kita memang tak akan tergelak dengan lawak orang-orang dulu kerana zaman kita dah berubah, tapi itu tak bermakna kita melupakan bahasa kita. 

             Apabila kita mendalami bahasa, kita akan mampu meluahkan isi hati menerusi untaian-untaian puisi, itu lebih melegakan berbanding kita menulis tanpa ade kiasan atau lapisan-lapisan bahasa. Kita juga boleh memahami blog-blog atau artikel-artikel atau nasihat daripada para guru atau ulama atau pemerintah kerana kita dapat menyelami sedalam-dalamnya erti tersirat yang tersembunyi dibalik kata-kata mereka.

             Keadaan sekarang memang terlampau banyak bahasa yang di'import' ke dalam Bahasa Melayu. Nak contoh? Banyak! Situasi=situation,sedangkan kita ade perkataan "keadaan", toleransi=tolerant, kite ade "tolak ansur", revolusi=revolution, integriti=integration dan lain-lain lagi. 

            Satu mase dulu, tulisan kite adalah tulisan jawi tapi dek kerana kekacauan minda orang-orang yang bertanggungjawab telah menghapuskan tulisan ni lalu digantikan dengan tulisan rumi. Sedangkan tulisan jawi itu lebih mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, lebih mudah kita mengenal 'alif, ba, ta,..'. Malaysia ini agak beruntung kerana ade usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan jawi kita, tapi Turki kurang bernasib baik, dek kerana sekular yang kuat di sana, maka cucu pun sudah tak dapat membaca tulisan datuknya, inilah bakal memutuskan hubungan antara generasi! Begitulah yang dinyatakan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Secangkir Teh Pengubat Letih'.



            Maka, KID nak mengajak kita mendalami bahasa kita, kaji sedikit sebanyak asal usul kita, Melayu 1 rumpun yang luas tapi kita dipecahkan penjajah laknat dan mem'buli' sahabat kita di Selatan Thailand. Bukan tujuan KID menulis untuk membanggakan Melayu lebih daripada Islam, tetapi ini hakikat apabila kita dapat tahu kegemilangan Melayu, ada ISLAM di dalamnya! Benar Umar berkata ketika dia membuka Baitul Maqdis,"Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan ISLAM, maka celakalah bagi yang mencari kemuliaan selain daripada ISLAM". Nah, hari ini kata-kata itu terbukti kebenarannya, tidakkah kamu berasa bahwa bangsa kita diambang kecelakaan? Jika terus begini, Allah akan beri kepimpinan Islam yang kita pegang kepada bangsa yang lebih layak untuk memakmurkan Islam.

           


Friday 19 August 2011

Marah?

Perkataan yang selalu didengari, tak asing langsung bagi kita. Nak definisi marah ke?mungkin tak perlu, benda mudah pun dah bagi erti ke?skema betul.huhu.

Banyak sebab marah ni boleh memancar dalam diri bak gunung berapi yang meletus-letus tak nak berhenti. Kadang-kadang kita berebut keropok ikan dengan kawan sebilik, terpakai kemeja orang, terlanggar orang di kafe, tercabut bulu kucing dan macam-macam lagi punca marah ni. Maka, kesannya mungkin bermasam muka, tengok pun tak mahu, apatah lagi ambil tahu, masing-masing mula tak peduli, hati jadi benci dan bagi seorang yang punya hati yang suci mungkin akan gelisah, dalm masa yang sama ego menguasai diri, jadi tak dapatlah konklusi.


           Setiap orang memang pernah melalui situasi2 yang menyebabkan marah ni timbul, senang cerita, marah ni macam cancer cell, bila ada carcinogen (bahan2 yang menyebabkan kanser), maka akan ter'jaga'lah cancer cell tu. Begitulah marah, apabila kita melalui situasi yang tidak disenangi ataupun benci, kita akan MARAH! Setiap orang berbeza situasi marahnya, kalau student, dia akan marak apabila assignment yang dibuat sampai pukul 4 pagi kena delete oleh kawan sebilik yang marah pasal tak bagi pinjam laptop, kalau kekasih, dia akan marah kalau pasangannya tak angkat 'call' dia, kalau orang Islam, marah dia adalah pada perkara-perkara yang dibenci Allah..begitulah, marah dibezakan dengan sifat masing2.



          KID terkilan apabila seorang sahabat A sanggup menyalahkan, memperli sahabat B semata-mata tak membalas jasa dia. Maka, akan terkeluarlah kata-kata,"aku ingat lagi, dulu kalau orang tu susah, kite yang terhegeh-hegeh tolong, sekarang dah senang mintak tolong sikit pun kira gune kalkulator","call pun tak angkat, biawak punye budak!","ko dah masuk U lupe kat aku ye, yela orang tak kenang jase" dan pelbagai lagi ayat yang memanaskan telinga. Sudah itulah lumrah dunia, kebanyakan manusia memang tak tahu berterima kasih, itu memang masalah, tapi masalah lagi besar ialah orang yang berjasa terlalu mengharapkan jasanya dibalas padahal kerana apa jasa-jasa itu diberi?bukankah segala pertolongan itu mesti ikhlas kerana Allah,,jika semuanya ikhlas, maka kita tak 'heran' langsung kalau orang tu nak balas ke tak. Hal individu masing2, tapi KID ulangi lagi, tak balas jasa memang tak malu!



           Begitulah marah yang tak dikawal, masa marah, semua orang salah, diri sendri sahaja yang betul. Bukan KID cakap kosong bagai tin kosong pabila diketuk' kelentang kelentong',,tapi inilah pengalaman tika diri dikuasai nafsu amarah dulu, semuanya salah.



           Jadi, mesejnya, marilah kita sama-sama berlapang dada sesama manusia, benda kecik macam tak angkat call tak perlulah dijadikan punca, betapa tak matangnya kalau benda kecik nak diperbesarkan, dihebah2kan tak tentu hala. Terus berbaik sangka, kerana itu ubat hati apabila buruk sangka menjelma. KID bagi contoh, naqib KID aabila ada anak-anak buah dia tak datang usrah, dia kate,"mesti diorang ade kerje tu, maklumlah student, mesti bizi". Padahal dia sudah sedia maklum, student asasi UIA yang 2 tahun ni, busy mane pun sempat lagi main dota, Counter Strike. Sempat lagi jalan-jalan kat Mid, tengok wayang, main boling. Tapi atas dasar husnu zhan (baik sangka), hati jadi tenang, tiada dendam.



Pesan KID: Jangan marah itu dipamerkan, takut nampak kejahilan diri.


Saturday 6 August 2011

Karyaku, luahan isi hatiku, pedoman dirimu

Persaudaraan Dianggap Mudah

Dalam keghairahan aku mencari erti hidup,
dalam keterujaan aku memahami kata ulama,
dalam berhati-hati aku mengeluarkan pendapatku,
kudiam tika ku tahu, ku berhujah tika aku memahami,
dalam keyakinanku menggigit erat kefahamanku,

Tidak aku terlalu fikirkan kaedah perjuangan,
masing-masing punya cara,
matlamatnya ialah satu;reda Ilahi yang dicari,
niat itu mestilah hakiki,
maka setiap langkah akan menjadi suci,
juga mesti diteladani sunnah Nabi,
kerana itu rujukan diyakini,

Namun seketika aku terkesima,
menyaksikan permainan dunia,
manusia memperkata bukan yang utama,
masing-masing berkata perjuangannya tidak ada dua,
kebenaran dalam kata-katanya,
atau tokoh ikutannya,
atau hujah yang dikemuka,

Maka, timbullah perbalahan tiada penamat,
bermasam muka senyuman kelat,
celik mata mula mengumpat,
"akulah yang paling tepat, dia khianat"
sang kafir tergelak,diperhati dengan cermat,
tunggu masa ditusuk sengat,
hasil simpanan dendam kesumat,



Wahai sahabat wahai teman,
ingatkah kamu sabda Nabi kesayangan,
mukmin itu dibawah lembayung persaudaraan,
kamu mengkritik perjuangan insan,
padahal mereka ikhlas dalam perjuangan,
tidak kiralah politik jadi alatan,
atau jemaah jadi ikutan,
atau bergerak bersendirian,
itu semua penilaian Tuhan,

Sedangkan ulama masih membahaskan,
maka ia jadi perbezaan,
sepatutnya kita cari persamaan,
bukan asyik mengintip kesalahan,

Jadi, kembalilah kita kejalan Tuhan,
hidupkan perjuangan dalam diri,
kawal nafsu lawan syaitan,
itu barulah pejuang SEJATI,
amal harian itu penguat iman,
maka tolonglah jangan dilalaikan,

Ingatkah tolak ansur Imam Syafi'e dan Maliki?
Ingatkah persaudaraan Umar dan Abu Bakar?
itulah sedikit dari teladan yang memenuhi isi dunia,
satu ingin ku pesan;
"sesungguhnya orang yang ikhlas itu akan bertaut hati-hati mereka!"

Friday 5 August 2011

Eh ada kambing ke??

Dalam sehari-harian kita meneroka dunia, berjalan ke sana sini, berlari-lari ke sana ke mari, mengejar urusan sendiri, sibuk dengan tugasan atau 'assignment' yang mengambil masa tidur dan pelbagai lagi yang kita terkejar-kejar,dengan kata lain, yang diutamakan dalam hidup ni. Sibuk ke sana sini sampai 1 tahap terlupa pasal diri sendiri, tapi kalau terlupa nama sendiri tu memang habis teruklah..

          Maka, berhenti sebentar dan cuba hayati coretan KID kali ni. Mudah, bukan nak susahkan. Tajuk yang sangat senang untuk difahami oleh manusia-yang tahu membaca.

Seringkali kita melawat dorm-dorm kawan atau rumah 'member', akan timbul sejenak dalam kepala kita,
                                                               "Eh, ade kambing ke kat sini?"
Maka, kita tercari-carilah kambing tersebut yang mungkin menceroboh masuk bilik kawan kita. Cari punya cari, tak jumpa..nak tanya sang rakan, macam tak logik, kambing mana ada kunci bilik!

Korang ingat aku takde kunci?keh3


           Setelah menggunakan ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang hidup, berpandukan hidung yang dikurniakan Ilahi, maka jelaslah bahawa ini tak lain tak bukan, mesti bau bilik yang patut didiami sang kambing. Saat tu terlihatlah segala-galanya bergantungan, daripada yang 'dalam' sampai ke luar, meja belajar macam kapal lepas kena bom disertakan juga katil yang serabai macam rambut kucing bangun tidur.

            Apabila ditanya,"weh bro, ape kena aku tengok bilik ko cam bilik orang baru bercerai je ni?"
 Maka, sambil menolak stokin putih yang dah bertukar warna ke bawah katil, dia jawab,"bese bro, orang
                                                         bujang, gini r hidup. Apakan daya~".  

Bujang serangkai!
     

Tak berkualiti punya alasan, kalau hantar kat SIRIM, mesti kena 'reject'.

             Kalau jalan di asrama, mesti ada bau-bauan yang menjadi tunjuk arah haluan. Mee sedap, bekas megi yang tak basuh, baju stok sebulan dalam baldi dan tak lupa juga kepada stokin yang membuatkan kucing pun tak nak lalu digantung di hujung katil. Itulah yang selalu menjadi perhiasan-perhiasan kawasan asrama. Tu belum campur bau semulajadi daripada tandas-tandas yang 'bersih' lagi. Kalau dulu KID suka juga kalau ada benda-benda 'tu' tergantung di katil atau tingkap, sambil ronda-ronda dorm pagi-pagi tu, kautlah satu-satu benda-benda tu guna kayu, kemudian campak ke bawah~rasa seronok kalau dapat buat lagi,huhu.

             KID begitu kagum apabila KID dapat berkenalan dengan seorang sahabat KID di sini yang bernama Syatibi, kebolehan dia berceramah tak begitu mempersonakan KID, tapi kebenaran dalam perbuatannya begitu menyentuh hati. Bukan sekali KID ter'ikut' belakang dia, secara tiba-tiba dia akan membongkok dan mengutip sampah gula-gula yang pernah jadi perhatian orang, lalu dicarinya tong sampah untuk dibuang sampah tu. Kalau tong tak ade, dia simpan dulu sampah tu dalam kocek. Mulutnya sentiasa menyebarkan salam sambil mengukir sebuah senyuman. KID tak hairan apabila mendengar orang ceramah dengan begitu asyik sekali, tapi KID hairan apabila kaki tangan itu sendiri yang ber'ceramah', mempamerkan akhlak Nabi yang pernah menekankan,janganlah kamu meremehkan amalan, walaupun menunjukkan muka yang manis kepada orang lain.

             

             Sebenarnya, dalam perkara-perkara besar yang kita utamakan, janganlah kita mengabaikan hal-hal yang dianggap kecil bagi sesetengah orang, contoh yang paling mudah ialah hal kebersihan. Memang hakikatnya kita ini bujang dan belum berumah dan bertangga, tapi adakah apabila rumah dan tangga kita dah dibina, maka kita akan mencampakkan stokin Nike di sofa selepas habis kerja dan membiarkan isteri kita tersenyum sambil mengutip stokin itu? Padahal bersih itu ialah fitrah manusia itu sendiri, maka janganlah kita cuba-cuba untuk melawan fitrah itu sendiri. Walaupun mungkin hati terhibur dengan almari yang bersumbatan dengan baju-baju, seni katanya..


              Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini,KID mengajak kepada rakan-rakan untuk cuba mengubah diri sedikit demi sedikit, tak banyak pun takpe, mungkin hari ni kita mula gantung baju yang bersepah di lantai, esok kita mula menyusun buku-buku dan jika berterusan, maka akan bersih bersinarlah bilik/rumah kita. Mata yang memandang akan terasa sejuk, hati pun lapang, syaitan pun tak nak menumpang, jiwa pun gilang gemilang dan apabila kawan masuk bilik kita,tak akan terkeluar kata-kata,
                                   
                                   "Eh, aku tak pnah tau lak ko ade hobi bela KAMBING.."

Kambing ni aku beli dari kacik lagi,,ko bleh lak taktau!

ps: Kadang2 kita sedih bila tengok tandas Mid Valley boleh buat bilik tidur tapi tandas kebanyakan masjid kotor.Bukan nak salahkan Tok Siak, tapi renung kembali diri sendiri, dah 'buang' flush la tandas tu, tisu buanglah dalam tong sampah dan lain-lain.