Thursday, 28 May 2015

Melaung ombak, mengetuk langit.


Diam, fikiranmu menerawang,
Jalan, matamu bukan ke depan,
Baring, lenamu jauh menerbang,
Gelak, hatimu tidak dihadirkan,

Tagihmu, bagai candu,
Rindumu, bagai pungguk,
Anganmu, bagai si Jenin,

Sehari pergi, hati sakti,
Dua hari pula, mula menyendiri,

Tiga hari meniti perlahan,
Duduk terdiam sepi,
Berdiri salah serba serbi,
Rasa mahu melaung ombak,
Mengetuk langit,
Menangisi hati yang dicuri.



Thursday, 14 May 2015

Bangku yang Itu

Astaghfirullah! Dah terlepas azan Zohor!

Adam menoleh jam tangannya. Aku lambat meeting! Dah setengah jam!

Ah, sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah lewat bertemu Tuhan, lewat pula janji dengan manusia. Adam bergegas solat. Laju solatnya kali ini. Mengejar masa meetingnya yang pertama.

Enjin motornya dihidupkan. Berderum membelah tengah hari. Tika rakan-rakannya sedang diulit mimpi.

First impression got bad impression, then the trust will never grow
Photo credited to: www.pinterest.com

"First meeting dah buat bad impression..", katanya didalam hati. Tangannya semakin kuat memulas enjin bagai memacu agar motornya lebih laju padahal kelajuan maksimum telah diraih. Dia tidak tahu jenis manusia apa yang bakal bekerja dengannya setahun ini. Dia tak tahu peramahkah orangnya, atau pendiam hanya berkata apabila perlu seperti kebanyakan perempuan yang pernah dia bekerja bersama sebelum ini. Dia juga bertekad untuk lebih fleksibel kali ini, kerana dia sudah letih berpura-pura dan menahan diri dahulu. Namun, jauh di sudut hatinya dia berharap agar dapat seseorang yang dapat memahaminya dan 'masuk' dengan perangainya.

***

Setibanya di sana, dia menoleh-noleh sekitar, cuba mencari gerangan yang difikir-fikirnya sejak tadi. Ah, aku dah lah susah nak cam muka orang, rungutnya didalam hati. Entah-entah dia tengah perhatikan aku tercari-cari macam orang tak keruan. Baik aku duduk diam dengan tenang sambil sedut straw. Lebih cool dan tak nampak bersalah sangat. Adam tersenyum. 

Kakinya dihalakan ke arah kaunter minuman. Matanya melilau-lilau mencari air yang sedap. Ah, semua sedap nampaknya. Tangannya mengibas-ngibas baju. Cuba menghilangkan peluh yang mengalir laju akibat tergesa-gesa tadi, juga akibat panahan terik matahari. 

Hampir sahaja dia membeli air tembikai RM1 kegemarannya, tiba-tiba..

"Adam, lambatnya...".

Serentak itu terus dia menoleh kebelakang. Alamak!

"Sori Kak Zah, saya..saya...err..". Alasan yang dicarinya semua kelihatan tak rasional. Tak ada satu pun alasan yang difikirnya mampu diluahkan.

"Jom duduk kat sana..",kata Kak Zah sambil menunjuk ke arah bangku disana.

"Ok..". Adam terus melupakan air tembikai tadi.

Kami mengambil meja berdekatan. Aku masih rasa bersalah kerana lambat. Lambat yang bukan main-main. Satu jam! Bersalah, dan malu. Cuma malu itu lebih jauh berbanding rasa bersalah.

Adam membuka bukunya lalu menyelak-nyelak halaman. Cuba mencari isi-isi yang telah difikirkannya semalam. 

Adam memulakan penerangannya. "Begini...".

Bermulalah sesi penerangan Adam tentang perancangannya satu tahun akan datang. Tanggungjawab baru dipikul kepadanya. Walhal dia baru setahun menjejak kaki ke Universiti Darul Makmur (UDM) tersebut. Dia berasa sangat bersemangat dan optimis untuk melihat perancangannya pergi lebih jauh. Apa yang difikirnya ketika itu hanyalah kerjanya dan rakan sekerjanya agar tidak banyak membantah serta menerima ragamnya. Dia juga bersyuku mendapat rakan sekerja yang lebih tua 2 tahun berbandingnya. Pastilah dia lebih matang untuk membuat keputusan.

Usai penerangannya berakhir. Sedikit perbincangan berlaku. Hanya sebentar. Dia juga tak mahu berlama-lama. Malas mahu berbual dengan perempuan. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Kak Zah juga kelihatannya tidak kisah dengan cara Adam bekerja. Adam menganggap semuanya pasti akan berjalan lancar. InsyaAllah!


(bakal bersambung..)







Wednesday, 13 May 2015

Seringku menadah langit.

Merenung kejauhan,
Setinggi langit,
Sedalam laut,

Aku memijak bumi,
Cuba menapaki jalan yang pernah kau lalui,
Aku melewati bangku,
Bangku yang pernah kita duduki,

Mana mungkin terjadi sebegini,
Kerna aku tak pernah duga,
Dulu bekerja bersama,
Kosong rasa, hanya kerja,

Kini, kau hilang,
Membawa separuh hatiku pergi,
Langit kelihatannya muram,
Bumi dipijak tandus,

Entah berapa kali aku mencuba,
Dan berdoa,
Agar dijauhkan, dilapangkan dada aku,
Namun, ia makin teguh menancap kalimah,
Agar aku terus terbuai-buai,

Tuhan tolonglah daku,
Aku buntu,
keliru,
Apakah aku mendongak langit,
untuk berdoa atau menyambung rasa,

Jauhnya kau di sana,
Sempadan negara,
Bezanya umur kita,
Membuatku terpaku,

Ku pohon agar diamlah hati ini,
Kerna akal sudah tahu,
Tembok itu setinggi awan.

0733
Khamis
Diatas nota Dosage Design 1.