Thursday, 28 May 2015

Melaung ombak, mengetuk langit.


Diam, fikiranmu menerawang,
Jalan, matamu bukan ke depan,
Baring, lenamu jauh menerbang,
Gelak, hatimu tidak dihadirkan,

Tagihmu, bagai candu,
Rindumu, bagai pungguk,
Anganmu, bagai si Jenin,

Sehari pergi, hati sakti,
Dua hari pula, mula menyendiri,

Tiga hari meniti perlahan,
Duduk terdiam sepi,
Berdiri salah serba serbi,
Rasa mahu melaung ombak,
Mengetuk langit,
Menangisi hati yang dicuri.



No comments:

Post a Comment