Monday, 15 October 2012

Senyum

Pap! Kay menoleh. Dia tersenyum.

"Hei, kawan! Menung panjang". Min menarik bangku. Punggungnya dilabuhkan.

Kay kembali memandang hadapannya.

"Malam ni, jadi?". Min menyuap secarik roti canainya ke dalam mulut.

Kay mengangkat kening. "Emm?"

"Jamming, bro".

"Oh". Jari-jemarinya pantas mengetuk meja. Berfikir.

Suasana sepi. Angin petang meniup-niup wajah mereka. Restoran Madina tak ramai orang hari itu.

Kay membuka mulut. "Tak rasanya. Maaf".

Min mengeluh.

Suasana kembali sunyi.

"Kau..hmm. Apa yang sibukkan sekarang ni? Honest". Min membetulkan tempat letak gitar disisinya.

"Kau tak marah?"

"You haven't said any words. Nak marah macam mana?". Min mengangkat kening.

Kay kembali tersenyum. Lama.

Min menjeling rakannya itu. Sekilas. Keningnya berkerut. Senyum lagi? Wayar dia ok ke tak ni?

"Ummah". Lancar sebutir perkataan itu keluar dari bibir Kay.

Air yang disedut itu terhenti. Jatuh kembali ke dalam gelas. Ibu jari dan jari telunjuk menekan kuat straw. Gigi mengetap kuat straw. Min diam. Keningnya kembali berkerut. Kali ini lama.

Kay masih lagi tersenyum. Pandangannya dihalakan ke arah rimbunan pokok yang menghijau. Segar. "Cantik. Hijau".

Min turut menoleh ke arah yang sama. Kosong. Minumannya segera dihabiskan. Tali beg gitarnya disandarkan ke atas bahu. Dia melangkah membelakangi Kay. "Esok kitorang kat tempat biasa lagi. 9 malam".

Kay mengunci bibir. Membiarkan rakannya menapak pergi. Dia mengeluh kecil.



***

Tet! Tet! Sony Experia Go miliknya bergetar. Lantas dicapainya. 'Kay'. Berkerut dahinya melihat nama yang terpapar di skrin. Tangannya teragak-agak untuk menjawab.

Nak.
Tak nak.
Nak.
Tak nak.
Nak..

"Hello". Bergetar suara Kay di hujung telefon.

"Yup?"

Kay tergelak kecil di hujung telefon.

Kening Min terangkat sebelah. "Hei. Sekarang pukul 2 pagi, kawan".

"Aku tau kau tak tidur lagi".

"Lol!". Segaris senyuman tercarik di bibir Min.

"Hei, kau sihat?"

Min berkerut lagi. "Apekah? Haha"

"Seriously".

"Okay. Not feeling well until u call".

"Haha. Good".

Min menggaru-garu kepalanya. "Tapi, kenapakah? Tiba-tiba".

"Rindu. One word is enough".

Min tersenyum lagi. "Aku rindu kau yang dulu".

Diam. 

Kay kembali bersuara,"kalau kau tahu bagaimana aku sekarang, kau tak akan rindu aku yang dulu".

"Apekah?".

"Jom ikut aku esok?".

Min pasti Kay sedang tersenyum ketika itu. Hatinya terasa lapang. "Mana? Tak best aku tak nak".

"Best! Dan gembira, juga tenang!"

Min menepuk-nepuk pahanya. Belakang badannya disandarkan pada sofa. "Program ke?"

"Itu skemalah, Min!"

"U're really know me well! Ahaha".

Kedengaran tawa Kay dihujung telefon. "Bulatan gembira".

"Oh. Got it! Tapi lepas tu kita jamming?".

"Set!"

Min meletak Sony Go nya di atas almari. Kau ikut apa sekarang Kay? Mana kau yang panas baran dulu? Mana kau yang kacau awek dulu? Mana kau yang susah ketawa dulu? 

Badannya direbahkan ke atas katil. Mindanya terawang-awang sebelum matanya terlelap. Esok!








Saturday, 6 October 2012

'Exam' untuk semester ini!!

Tangan dah menggigil-gigil,
Hati dah terpanggil-panggil,
lama sangat blog tak update,
mata mula terjegil-jegil!

3 minggu yang payah,
dan susah,

Minggu pertama diisi dengan aktiviti,
ummah punya aktiviti,
aktiviti yang membawa resah,
melihat sahabat Syria, Palestin, Rohingya..
ditindas, diseksa, dihina..

Satu hari nanti, aku akan bersama kamu!


Minggu ni aku mula tertanya-tanya,
kerana apa sahabat seusrah aku, selalu sebak apabila bercerita soal mereka?
aku mula terasa sedikit perasaan itu,
tapi aku kira ia tak sebaik dia,
kerana dia menangis,
dan aku tidak!

Minggu kedua,
aku sibuk lagi,
aku pening dengan perancangan dakwah,
juga tarbiah,
aku bukanlah si pencetus idea,
kerana aku tak suka mendalami sesuatu yang rumit,
aku akan pening..sangat!
tapi aku memaksa diri untuk itu..
kerana aku lihat, sahabat-sahabat aku bersungguh untuk itu.

Minggu ketiga,
bertambah menekan-nekan kepala,
ketika ini aku kerap menghubungi ibu tercinta,
sekadar mahu mendengar suara,
aku sedikit lega,

Aku kerap mencari ketenangan, cuba untuk menyendiri,
nikmat sungguh menyepi,
dari kerenah duniawi!

Minggu ini dipenuhi..
..agenda yang sama,
merancang dan merancang,
itu baru perancangan,
bagaimana pula dengan pelaksanaan?
tak apa..
..itu nanti.
Allahu musta'an!

Membaca saja sudah perit, apatah lagi yang merasa,

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Sahabat,
kau tahu?

3 minggu inilah aku merasa nikmat yang sangat lazat!!

Biar aku ceritakan mengikut keutamaan,

Pertama,
aku berasa indah di setiap solat aku,
nikmat di setiap bait ayat Cinta Ilahi,
bagai sang pengembara di tanah tandus meneguk air dingin,

air mata selalu menjadi peneman tahajudku,
padahal tahajud yang merupakan amalan VVIP syurga itu..
..sangat susah untuk aku lakukan sebelum ini!

Aku berasa langkahku diiringi Cinta Yang Maha Pencinta,
aku berasa dunia jauh dari hati aku,
indah, sahabat!

Hebatnya!!


Kedua,

dulu,
tika ku perlukan bahu,
aku sangat malu, kerana takut dikatakan lemah,
hanya kata-kata banyak diluah,
bagai tiada masalah,

Kini,
terima kasih wahai akh,
sentuhanmu banyak membantu,
senyumanmu penguat aku,
bahumu menetapkan kaki aku,
aku tak segan meluahkan..
..kerana aku yakin pandangan kau kepada aku tak akan berubah.

Aku sangat terkejut,
kerana kau mula percaya pada aku,
meluahkan masalah yang terbuku,
sedangkan dahulu kau takut akan perkongsian,
aneh sungguh kau..

Allah jualah yang mengubah hati hamba-hambaNya,
aku hanya berusaha,
memberi yang terdaya.



Ketiga,

masa yang amat sedikit cuba digunakan,
pelajaranlah jadi pengisian,
sangat sedikit kiranya aku luangkan,
aku mula tiada keyakinan.

Tapi,
markah-markah aku sangat membuktikan,
kuiz dan kefahaman aku mengujakan!
 Ia bagaikan aku punya masa yang amat banyak dahulu..
..dan aku gunakan untuk pelajaran,
sama sahaja tanpa perubahan!



Tuhan..Tuhan..

Kau sangat Ar-Rahman!
Masih adakah lagi yang beralasan?

Benar..selalu juga aku keletihan.
Kalau aku kata tidak, itu pembohongan.
Tapi, Allah Ar-Rahman selalu membangkitkan.
Itulah kebenaran!

Inilah tiga nikmat terbesar untuk tiga minggu aku,
terima kasih Allah yang merupakan tempat aku bergantung,
terima kasih sahabat yang kusayang,
juga ikhwah yang membuatkan mata aku bersinar-sinar!

Sesungguhnya aku sedang mengajak kamu mengingat Rabb,

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma:

Maksudnya: "Allah Ta'ala berfirman; "HambaKu, apabila kamu mengingati Daku di kala berseorang diri, Daku mengingati kamu di waktu berseorangan dan jika kamu mengingati Daku di dalam satu perkumpulan, Daku mengingatimu di dalam satu perkumpulan yang lebih baik dari mereka dan lebih ramai."
(Hadis Sahih. Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Syubul Imam, sebagaimana di dalam Kanzul Ummal)