Thursday 20 December 2012

Eh, kau ni.. Eh, anta ni..

"Psstt, bro sini jap!"

"Pehal bro? Aku nak makan ni". Adam menyuap mi sedap. Sejak Maggi diboikot ni, Adam beralih selera ke Mi Sedap. Ada rasa 'kriuk kriuk' lagi.

"Ko tengok ar member kite tu, seharian call. Call awek lak tu". Kay mencebik muka.

Adam mengalih pandangan ke arah Khairul yang baru saja seminggu berpindah ke bilik mereka. Khairul masih leka dengan Samsung Nexus nya. "Alah kau, mana kau tau die call pompuan. Dak baik tu".

"Hmmpp kau, petang tadi dia loudspeaker kot. Aku dengar suara halus. Memang suara lelaki halus pun kan?", Kay menyindir sambil menggaru-garu kepala lututnya yang terdedah dek kerana seluar pendeknya.

"Hmm, entahlah. Makan lagi bagus dari berfikir pasal orang".

***

"Syeikh, ngah wat apa tu?"

"Takde, ana ngah buat perancangan tarbiah untuk bulan depan ni. Ada apa bro? Eh..ustaz?"

"Haha. Takde. Saja nak jumpa anta". Suhaib menggaru-garu kepala.

Suasana sepi. Malam masih muda. Waktu selepas Isyak ni kebiasaan mahasiswa buat hal masing-masing.

"Err, anta buat perancangan ni..anta yakin ke orang ikut?", tanya Suhaib.

"InsyaAllah. Ana hanya merancang..", balas Azzam.

"Ana bukan apa, ana kadang-kadang penat melayan kerenah akh kita sorang tu.."

Azzam berpaling ke arah Suhaib. "Kenapa?"

"Semua tugasan yang dia dapat, dia bagi kat ana. Kalau ana tolak, dia bagi kat ikhwah lain pulak. Sakit hatilah macam ni. Sepatutnya kita buat keje sama-sama lah kan?"

"Hmm, dia busy kot?". Azzam menguis-nguis rambut didahinya.

"Taktaulah, tapi kalau nak kata bizi, ana lagi bizi kot. Pengerusi Kelab Mahasiswa Sejagat, Ketua Unit Keceriaan Rumah Tangga, dan kerja-kerja dakwah tarbiah lagi. Boleh je ana buat semua ni? Tapi dia.."

"Hmm, entahlah. Mungkin dia ada masalah kot. Jom jumpa dia nak?". Azzam bangun ingin menukar kain pelekat.

"Err, jumpa dia? Tak apalah. Lagipun tu masalah dia, ana pun banyak lagi keje nak buat ni..".

***



Biasalah. Langit tak selalu cerah. Bumi tak selalu basah. Adakalanya kita tersalah. Apa yang Nabi tegah, itu yang kita kalah.

Buruk sangka. Ya, Su'zhon. BI die apa ye? entah.

Selalu dalam kita berhubungan dengan manusia ni, mesti tak lepas daripada berburuk sangka dengan orang. Ia sebenarnya soal hati, yang nampak kecil. TAPI hakikatnya BESAR! Besar, bro!!



Besar pasal apa? Meh tengok.

Terasa kitalah sebaik-baik orang.

Apabila hati dah dihinggapi dengan prasangka buruk, mulalah kita nak perasan hebat. Bajet. Kita rasa segala kejayaan tu datang daripada kita. "Kalau aku tak buat, tak berjaya program ni.heh". Kita tengok orang rasa tak puas hati, sebab kejayaan tu kita yakin, asbabnya adalah diri sendiri.

Padahal, kita tak sedar yang orang lain lagi banyak membantu. Kadang-kadang apa yang diorang buat tu kerja-kerja 'belakang', memang orang tak nampak. Tapi, merekalah yang paling banyak menyumbang. Orang nampak kita, kerana apa? Kerana kitalah yang selalu panjat tangga pentas, bagi ucapan, kitalah yang selalu mempengerusikan mesyuarat, kitalah yang selalu bagi ucapan alu-aluan, kita dan kita lagi.

Memusnahkan keseimbangan jemaah.

Kadang-kadang kita tengok diri kita paling banyak berusaha memajukan dakwah. Program. Konference. Talk. Forum. Mukhayyam. Semua kita uruskan. Semua!!

Toleh kiri kanan.  Err, orang lain buat apa ek?

"kau buat ape??"


Hati: "Hampeh Zul, aku penat-penat buat mukhayam ni. Dia elok berlenggang dengan anak usrah dia datang. Bukan nak tolong".

Hati: "Heh Azman. Dia bermadah bicara pula kat pentas tu. Tak sedar penat lelah aku uruskan forum ni".

Hati: '...............' Err, dah-dah cukup..

Padahal kita kurang sedar, atau kurang siuman mungkin, bahawa ada orang berusaha dalam medan tarbiah. Mereka berusaha bermati-matian memBINA generasi-generasi baru untuk memikul perjuangan ini. Manakan boleh orang yang lahirnya tanpa wangian tarbiah ingin menjadi wangi? Memang kerja-kerja tarbiah ni orang tak nampak, tak femes. Heh. Dahlah tak hensem, tak femes lak tu. Tapi, tanpa tarbiah, tak adalah orang-orang seperti Abu Bakar, 'Umar, Bilal, Talhah dan Khabbab Bin Al 'Arat kan? Juga tak adalah Hassan Hudaibi, Abdul Qadir Audah, Syed Salah, Syeikh Ahmad Yassin, dan...dan lagi.. Peh, banyak sehh!!

Dan, kita juga boleh dikategorikan kurang berpendidikan apabila memandang menggunakan ekor mata kepada ketua kita. Kita ingat mereka hanya tau bagi arahan, demi arahan lagi. Padahal, malam-malam yang dilaluinya tanpa tidur yang lena memikirkan langkah sterusnya tu tak dikatakan usaha? Masa makannya yang ditinggalkan untuk berjumpa orang bawahannya untuk memastikan tugasan lancar tu bukan penat lelah? 

Eh, dah cukup kot untuk kesan-kesan buruk sangka ni. Yang lain fikir sendiri ya. Selak-selak pengalaman sendiri, guru apa lagi yang paling berguna kalau bukan pengalaman?

Sirah Nabi

Jom kita selongkar sikit sirah? 



Selepas Perjanjian Hudaybiyah. Orang-orang Islam berada dalam keadaan terluka yang amat sangat. Mereka berasa kecil hati dengan sikap Nabi Muhammad. Antaranya ialah Umar Al Khattab. Beliau datang menemui Nabi.

"Wahai Rasulullah, bukankah kita berada diatas agama yang benar dan mereka berada di atas kebatilan?'. 'Umar bertanya dalam nada ketidakpuashatian.

"Memang benar". Rasulullah tenang sahaja.

"Bukankah orang kita yang terbunuh berada didalam syurga dan mereka berada didalam neraka?". 'Umar bertanya lagi.

Jawab baginda," memang benar".

'Umar bertanya lagi," jadi, mengapa kita menyerahkan kerendahan dalam agama kita dan kita berpatah balik, sedangkan Allah belum memutuskan keputusan antara kita dan mereka?".

"Hai putera Al-Khattab, aku ini Rasulullah dan aku ini tidak akan sekali-kali mendurhakai Allah. Dialah Pembantuku dan Dia tidak akan sekali-kali mensia-siakanku".

'Umar masih belum berpuas hati. "Bukankah kau memberitahu kami bahawa kita akan datang ke rumah Allah dan akan melakukan tawaf?".

"Benar, tapi adakah aku memberitahumu bahawa kita akan datang pada tahun ini?".

Jawab 'Umar,"tidak".

Baginda menyambung lagi," memang, kau pasti akan datang ke rumah Allah dan dapat melakukan tawaf".

Kemudian 'Umar beredar sambil menahan marah. Dia berjumpa Abu Bakar, lalu mengatakan seperti yang dikatakannya kepada Nabi Muhammad.

Abu Bakar menjawab sama seperti yang Nabi Muhammad jawab, malah menambah lagi, katanya,"berpegang teguhlah kamu dengan keputusan baginda sehingga mati. Demi Allah, dia berada di ats kebenaran!".

Cerita ini ada sambungan lagi. Tapi bukan disini untuk diceritakan. Apa yang jelas ialah, betapa berbaik sangkanya Abu Bakar kepada ketua mereka, Nabi Muhammad atas keputusan yang bagi mereka jelas memihak kepada musyrikin Mekah. Abu Bakar sangat meyakini Nabi disaat sahabat-sahabat besar lain tidak berpuas hati dengan keputusan baginda. 

Yalah, mereka datang jauh-jauh dalam keadaan gembira untuk menunaikan tawaf setelah Nabi menceritakan mimpi baginda kepada mereka. Sudah tentulah mereka teruja-uja untuk pergi. Dengan persiapan unta-unta untuk bekalan makanan. Ditambah lagi dengan harapan menggunung mereka dengan kebenaran mimpi Nabi. Tiba-tiba, musnah! Nabi disangkakan tunduk pada kehendak musyrikin Mekah. Tapi, dicelah-celah mereka keluarlah Abu Bakar yang tetap tinggi baik sangkanya dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Akhir sekali, serius buruk sangka ni merosakkan hati dan akan terlahir melalui perbuatan. Rosak organisasi semua sekali. 


Sumber cerita perjanjian Hudaibiah: Raheeq Makhtum.

Tuesday 4 December 2012

Yakin..Yakin..Yakin..

Cikgu KID melurut-lurut janggutnya yang panjang. Dia tersenyum. "Setakat ni, belum ada lagi pelajar saya yang gagal dalam akademiknya. Mana ada mereka yang masuk Taekwondo ni bodoh-bodoh..semuanya pandai."

Beliau diam. "Tapi saya hairan juga dengan anak Melayu ni, pergi kelas pun malas. Kalaulah diorang tu tau saya sanggup pergi kelas sampai Cheras sana. Kadang-kadang balik 2, 3 pagi. Esok nak mengajar lagi di sekolah".

KID diam. Tak tahu nak kata apa. Hari itu KID dipaksa adik untuk pergi kelas Taekwondo awal. Kan dah dapat dengar luahan cikgu..

"Ini saya nak buat kelas malam percuma pun diorang tak nak datang. Bukan saya suruh bayar pun".

Diam lagi."Misi saya besar sebenarnya dalam Taekwondo ni. Saya bukan buat benda ni main-main".


Err, ni bukan cikgu saya..

***


He walk the talk.

Apa-apa yang dia cakap dia akan buat. Dah hampir 6 tahun KID belajar dengan dia.

Err, bukan hal Taekwondo yang KID yang bawa. Tapi hal KEYAKINAN dia terhadap Taekwondo dapat mengubah orang.

KID nampak dia sangat yakin yang asbab Taekwondo lah orang pandai akademik, berdisiplin, berani, cerdik dalam urusan kehidupan dan lain-lain. Walaupun KID kurang bersetuju sebenarnya, tapi tak apalah, itu pandangan dia.

Dia begitu yakin sehinggakan dia bersungguh-sungguh buat kelas tambahan, walaupun pernah hanya dia seorang sahaja yang hadir. Dia mengenakan yuran yang rendah, sehinggakan sewa gym latihan kami pun tak lepas. Macam-macam.

Itu cerita KID..

***

"Perlahanlah wahai penduduk Yathrib". As'ad Bin Zurarah memegang tangan Nabi Muhammad. Gelap pekat sunyi malam menyelubungi mereka di 'Aqabah. 

"Kita tidak datang dengan perjalan jauh ini melainkan kerana kita meyakini beliau ialah Rasulullah.Dengan mengeluarkan baginda pada hari ini bermakna kita BERPISAH daripada semua orang Arab dan membunuh semua orang-orang kenamaan kamu, dan kamu TERANCAM oleh mata-mata PEDANG!"

Suasana sepi lagi. Tujuh puluh orang Muslim dan Al-'Abbas Bin Abdul Muttalib, juga Nabi Muhammad mendengar ucapan As'ad itu. 

"Kalau kamu dapat bersabar menghadapinya, maka ambillah dia, Allah akan memberi kamu pahalanya. Tetapi jika kamu bimbangkan keselamatan diri kamu, maka tinggalkanlah dia kerana itu lebih selamat alasannya di sisi Allah!"

Tiba-tiba, wakil-wakil penduduk Yathrib itu berkata, "wahai As'ad, lepaskanlah tanganmu itu! Demi Allah! Kami tak akan meninggalkan bai'ah dan tidak akan menarik diri daripadanya!!"

Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka bangun untuk memberi bai'ah kepada Nabi Muhammad. Peristiwa ini dinamakan Perjanjian 'Aqabah kedua.

Sebelum itu mereka ada bertanya kepada Nabi Muhammad. "Kami sanggup menerimanya sekalipun mendapat BENCANA pada harta benda kami dan orang-orang yang kami muliakan TERBUNUH. Wahai RAsulullah,jika kami benar menunaikan kesanggupan kami, apakah ganjaran kami?"

Pendek Nabi Muhammad menjawab," SYURGA".

Lantas mereka berkata,"hulurkan tanganmu".

Lalu mereka memberi bai'ah kepada Nabi Muhammad.

***

Lihatlah betapa tingginya keyakinan mereka terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Sangat hebat keyakinan orang-orang Madinah (Yathrib) akan kejayaan agama Islam pada masa depan walaupun ketika itu Nabi Muhammad masih lagi dikecam hebat dan dihalang oleh kafir Quraish.

Yakin. Keyakinan.

Nilai itulah yang dipegang sejak zaman dahulu kala lagi oleh manusia. Tanpa keyakinan, tiadalah perjuangan. Tanpa perjuangan, tiadalah kehidupan. Yang ada hanyalah bermalas-malasan..

Hitler yakin dengan ideologinya. Gauthama Buddha pun begitu. Juga Abu Bakar, sehingga dikenali dengan Assiddiq.

Iman itu keyakinan yang paling tinggi.

Sangat tinggiii!!


Iman. Kita punya modal keyakinan yang paling hebat. Sehingga menghancur remukkan keyakinan-keyakinan lain di muka bumi ini. 

Bawalah ideologi komunis, liberal, atheis, kapitalis dan apa pun jua. Tiada yang dapat menandingi keyakinan ISLAM. Yakni beriman kepada Allah.

Manusia sanggup berperang untuk mempertahankan sebuah keyakinan. Dahulu, kaum 'Aus dan Khazraj berperang puluhan tahun dalam peperangan Bu'ath dek kerana fanatik perkauman. 

Maka, apa lagi yang lebih memuliakan kita daripada IMAN kepada Allah? Sejauh mana kita membuktikan iman kita mengikut standard ia adalah keyakinan yang paling mulia?

Ini asas. Apabila ia musnah, maka tiadalah tamadun yang dikehendaki Tuhan.

Sumber cerita Bai'ah Aqabah: 
Raheeq Makhtum oleh Safiyyu Ar-Rahman Mubarakfuri.