Tuesday 21 August 2012

Ini pandangan, bukan fatwa

Di hujung masjid aku berteleku,
bersandar di tiang aku mengkaku,
merenung ciptaan indah menyatu,
untuk disedar aku hanya hamba tak LAKU!

Apabila difikir dunia caca merba,
maksiat dosa sini sana,
sehingga susah dilerai dibeza,
semua maklumat pun bagai benar belaka,



Kadang-kadang diri mencari,
yang mana benar yang mana palsu,
tapi tiba-tiba ia terhenti,
kerana terjumpa perkara mengunci kalbu.

Aku lihat,
disana..orang agama sendiri berputar-putar,
sekejap ke sini sekejap ke sana,

Aku dengar,
disini..da'ie itu sendiri beralih-alih,
sekejap ke atas sekejap ke bawah,

Aku risau,
aku juga bakal begitu,

Itu dai'e, itu agamawan, itu ustaz!

Aku ini bagaimana?

Sedangkan yang berilmu pun begitu, yang kita ini apatah lagi..

Ya! Tapi kau sudah lupa firman Tuhan Yang Esa?


..Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa..



(Al-Hujurat :13)


Ada Dia kata yang mulia itu yang berusrah?

Ada Dia kata yang mulia itu yang berpeluh bagai pergi taalim?
Ada Dia bicarakan yang mulia itu berpenat lelah berdakwah?
Ada Dia sebut yang mulia itu orang yang 'alim?

Tidak..takwa tetap takwa!


Lupakah kamu kepada cerita ini?
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? 
Jawab Umar: "Ya". 
Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". 
Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Adakah itu takwa apabila kita habis usrah kita terus bertepuk tampar dengan akhawat di alam maya?
Adakah itu takwa apabila azan dikumandangkan, kita terus tunduk menghayati movie?
Adakah itu takwa apabila kita terus beraktiviti tanpa merenung faedah kepada diri?
Adakah itu takwa...apabila...kita TIDAK berhati-hati? Dalam setiap perkara juga masa?

Susahnya takwa..tinggalkanlah ia!
Kau akan terus menjadi pemuda haraki..
...tapi sempit objektif diri!
Kau akan terus jadi akhi..
..tapi ukhuwahmu sempit di lingkungan jemaahmu sendiri!
Kau akan terus jadi da'ie..
..tapi kau akan futur tak lama lagi!
Kau akan terus jadi pemotivasi..
..tapi hatimu kosong menyendiri!
Kau akan terus menjadi murabbi..
..tapi kau tidak punya Murabbi Yang Maha Tinggi!
Ingat,
Jaga amal fardi, kerana ia hubungan diri dengan Ilahi!
(mood: berpeluh-berpeluh sambil menekan keyboard satu persatu.err.)
untuk diri dan semua.buat yang masih mencari erti hidup hakiki, teruslah mencari dan JANGAN malu bertanya, JANGAN asyik berteka teki sendiri. Di sana ramai yang mencari, wahai si da'ie! 

Friday 17 August 2012

Ramadan merangkak pergi!

3..

2..

1..

Eh..dah habis? What the..?

RAMADAN hampir pergi! Tidak..*lari tercungap-cungap*

Ramadan yang bakal mencatat titik kegembiraan bercampur kedukaan dalam diari hidup KID. Inilah dia Ramadan yang bakal pergi(setakat post ni ditulis, Ramadan tak pergi lagi). Rasa-rasanya sepanjang hidup KID yang taklah lama mana ni, Ramadan kali ini ialah yang terbaik dari segi cara KID melaluinya secara sengaja atau tak sengaja. Mungkin sebelum ni tinggal di asrama sekolah menengah, maka bulan puasa sama sahaja tiap tahun, bezanya cuma musim SPM atau PMR sahaja.

Ukhuwah itu pasti diingat.

Ya! Perkara pertama yang KID gemar tulis pasti tentang ukhuwah. Benda ni banyak peranan dalam kehidupan, sangat banyak!

"Serius tak patut dia buat camtu kat ana..ana dah bagi segala-galanya kot, itsar, Kamal...itsar..", Azman berkerut sambil mengeluh perlahan.

"Hmm, apa yang anta harap daripada dia sebenarnya?", Kamal mengajukan soalan.

Azman menghela nafasnya panjang. "Ana tak harap apa-apa yang berat pun, ana tak nak duit, ana tak nak harta dia..ana cuma nak dia care sikit je kat ana..tu je".

Kamal terdiam seketika. Angin kipas siling surau membelai-belai wajah.

Azman menyambung lagi,"dibandingkan dengan apa yang ana bagi kat dia..hantar makanan pergi bilik dia, tanya khabar, tolong belikan barang dia..rasanya yang ana minta tu sikit je..".

Tiba-tiba Kamal tersenyum. Dia memandang wajah Azman dengan pandangan yang redup. "Man, anta tau tak? Itu bukan itsar namanya, anta dah mengharap sesuatu daripada dia, seorang makhluk! Sepatutnya anta beri dan kemudian mengharap kepada si Pencipta, Allah! Itu je.."

Azman mengerutkan dahinya. Ada air mata bergenang di tubir matanya. "Iya..ana tau tu. Tapi ana manusia, Kamal.. Ada saat ana lemah dan ana perlukan sahabat..hanya tika itu, ana harapkan dia kerana kami dah banyak berkongsi rasa dan cerita. Tapi lain pula jadinya.."

Tiba-tiba Kamal merangkul bahu Azman, lalu memeluknya. "Sabar..sabar.. Kalau nak berukhuwah pun perlu difikirkan baik buruknya, apa kesannya pada diri kita, mendekatkan dengan Pencipta atau menjauhkan? Sudahlah, kalau dia begitu, tinggalkanlah.."



***
Ramadan mengajar KID untuk bersabar menanggung ujian ukhuwah ni. Perit apabila kita sudah berkongsi sesuatu yang berharga tapi dia tak memandangnya sebagai BERHARGA, hanya biasa-biasa sahaja. Panduan yang KID nak kongsikan, jika ukhuwah itu mempercepatkan usaha dakwah dan tarbiah kamu, maka teruskanlah dengan ikhlas. Jika tidak, maka tinggalkanlah dia.

Memperbaharui penghayatan 'ibadah

"Oh, abang dah berapa lama iktikaf kat sini?", KID macam berminat nak sambung perbualan dengan seorang abang ntah siapa.

"Abang tiap-tiap hari iktikaf sini. Selagi muda kan, buatlah mana yang mampu.."

"Tapi abang kerja kat Bangsar kan? Dan abang iktikaf kat Masjid Shah Alam ni? Jauhnya.."

"Hehe. Memang itulah kerja abang, suka jalan-jalan..kadang-kadang abang terfikir, setiap langkah yang kita buat ni adalah zikir..satu langkah subhanallah, satu lagi alhamdulillah.."

"Oh begitu ye, abang tak pernah cuba Masjid UIA Gombak? Saya dengar sana hidup suasana Ramadannya"

"Hmm, abang bukan ape..abang ade pengalaman kena halau nak iktikaf kat masjid-masjid U ni.."

***

mane org lain ni..macam masjid ni aku punye lak

KID jumpa abang tu masa ada program di Masjid Shah Alam. Mula-mula dia yang tegur KID, tanya pasal program apa ni? Jemaah apa? Apa tujuan buat program macam ni? Huhu.berpeluh saya menjawabnya. Soalan maut tu tanya pasal jemaah-jemaah ni..

Dalam hati KID terselit rasa kagum dengan abang ni(nama dah lupa) dan orang-orang sepertinya. Mereka walaupun dah bekerja, tapi masih punya kekuatan nak menghidupkan Ramadan. Mujahadah memperbaiki akhlak masing-masing, bukan setakat Ramadan ini untuk habiskan 30 juz Al-Qur'an, terawih buat 20 hari-hari, qiam tak tinggal sampai lebam dahi..tidak! Biarlah dengan keluarnya kita daripada UTR (Universiti Tarbiah Ramadan) ni, kita menjadi 'orang baru'. Akhlak kita lebih baik, kefahaman kita lebih jelas dan amal kita lebih kuat.


Belajar menghargai!

Cuba perhatikan sekeliling. Lihat muka-muka mereka yang berada di sekitar anda. Eh, tengah tengok laptop ye? sori..

Kadang-kadang kita mencari yang di luar..
eh laki die hensem lah!,
eh baiknya kawan dia..aku nak gak kawan macm tu, 
eh pensyarah dia mengajar bagus! Aku tak dapat, patutlah result aku teruk..

die punye lg lawa!


KIta selalu melihat hak orang dan kita jarang menghargai apa yang kita ada. Dengan kata lain, bersyukur!
Kita tak sedar bahawa kita punya sahabat yang baik dan cukup untuk melengkapkan diri kita, tapi kita terhegeh-hegeh pergi mendamba kasih dengan orang lain disebabkan oleh faktor tertentu.

Kita tak sedar bahawa kita punya keluarga yang bahagia, tapi kita cemburu dengan keluarga kawan-kawan kita.

BAnyaknya kita mengabaikan apa yang sedia tergenggam dalam tangan. Banyaknya kita mengintai-intai di sebalik kocek orang. 

***

Ramadan kali ini memang terasa berharga buat KID. Sangat! Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak mewarnai hidup Ramadan kali ni. Dari segi bekerja di atas dakwah dan tarbiah seperti mendidik mutarabbi sehinggalah kepada hal-hal keduniaan dan kawan-kawan seperti beli-belah (baca:shopping), iktikaf di masjid-masjid yang pelbagai, hilang selipar, berkongsi cerita, juga baca Al-Qur'an dalam LRT! 

What a sweet Ramadan ever!



Friday 3 August 2012

Aku merindui zaman itu

Di tengah-tengah pasar yang dipenuhi puluhan manusia. Mencari barang-barang keperluan harian. Tawar menawar, sapa menyapa, pelbagai ragam manusia.

Seorang gadis muda duduk bercangkung sambil bertanya,"harga barang yang ini pula bagaimana?"

Si penjual membelek-belek barang yang dimaksudkan sambil melurut-lurut janggutnya.

Sementara itu, beberapa orang lelaki tersengih-sengih di belakang wanita tadi. Salah seorang dari mereka mengganggu wanita itu.

Lantas wanita itu berpaling lalu berteriak,"Hei, mengapa kamu ni??"

Lelaki tadi hanya ketawa. Jahat matanya memandang wanita itu. Rakan-rakannya yang lain tersengih-sengih melihat gelagat wanita itu. MEreka berbisik-bisik antara satu sama lain.

Tanpa disedari oleh wanita tersebut, si penjual yang berada di belakang wanita itu mengikat hujung kain wanita itu di tiang kedainya.

Setelah bertegang urat dengan lelaki yang mengganggunya tadi, wanita itu mahu pergi dari tempat itu. Dia lantas bangun. Namun, kainnya yang diikat di tiang kedai itu terlerai. Maka, terbukalah aurat wanita itu. Dia sangat terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Mukanya merah padam menahan malu. Badannya menggeletar ketakutan. 

Orang-orang disekitar pasar itu hanya memandangnya. Sinis sekali pandangan mereka. Nakal senyuman mereka. 

he..he...he..he


Lantas perempuan itu berteriak. "Wahai Mu'tasim! Wahai Mu'tasim!"

Salah seorang pemuda Muslim di pasar Rom itu segera memacu kudanya menuju Wilayah 'Abbasi. Debu-debu padang pasir berterbangan.

***

Kuda itu gagah mundar-mandir dihadapan tawanan-tawanan yang melutut diikat tangannya kebelakang. Pedang yang berkilat disarungkannya. 

Beliau membulatkan matanya sambil berteriak kepada jeneral Rom,"kamu tahu, masih ada lagi askar aku yang menunggu daripada sempadan negara kamu hinggalah sempadan negara aku!"



Jeneral Rom itu hanya tunduk ketakutan. Pasrah.

Sultan Al-Mu'tasim mengarahkan kudanya ke arah wanita yang teraniaya itu. Beliau turun daripada kudanya lalu bertanya,"apakah aku sudah menunaikan janjiku, wahai wanita?"

Wanita berpurdah itu mengangguk. Terasa maruahnya telah dikembalikan. Hatinya terisi dengan kehebatan Islam.

..............................................................................................................................

Ya! KID rindukan saat itu. Saat dimana wanitanya terbela, maruah umat terjaga. 

"Y, ana penatlah bawak usrah ni..duit banyak habis, masa berkurang, nak taaruf lagi.."

Y tersenyum. "Sabar..sabar...zaman itu pasti berulang lagi!"


Kadang-kadang tidak terfikir bagaimanakah usaha kecil kita ini boleh mengembalikan ummah yang besar dahulu kala. Memegang tangan adik-adik, makan sama-sama, duduk dengar tazkirah, mesej hari-hari, uhh semua itu memenatkan tahu?

Memberi dan terus memberi dengan sedikit ruang untuk menerima. Hilanglah cas-cas elektron kalau asyik mengalir keluar sahaja. Maka, itulah pentingnya institusi usrah yang berkesan. Apa yang dimaksudkan berkesan ialah..ruhnya terisi, ukhuwahnya mantap, ilmunya membina!

Bermula pada zaman mereka berkumpul di rumah Al-Arqam Bin Abi Al Arqam. Disambung lagi pada zaman 6 orang lelaki menghulurkan bai'ah pada Imam Hassan Al Banna. Dan diteruskan lagi kepada kita yang berjumlah puluhan ribu ini. Kita hanyalah salah satu daripada angka-angka yang ada.

Eh ramainya? Cukuplah nak kembalikan Islam ni!

Jahiliyah itu lebih ramai dan tersusun adik-adik!