Hari itu result mid sem Chemistry kami keluar, kami dan rakan-rakan sekelas pun beramai-ramai memenuhkan papan kenyataan untuk tengok result. Masing-masing muka ceria. KID dan Sazman duduk tepi, malas nak berbut-rebut. Semua dapat result gempak, mesti aku punya gempak juga, hati KID berkata-kata. Setelah reda sedikit, kami pun menjenguk kepala melihat keputusan yang dipaparkan. Alangkah terkejutnya kami kerana ada tiga orang yang dapat B, dua orang daripadanya itu ialah kami berdua!
"Sazman(bukan nama sebenar), kau serius ke ni?"
"Serius la! Jom jumpa madam, aku tak puas hati ni.."
"Uhh..yela2.jom2.."
What the...? |
Di bilik pensyarah Chemistry kami..
"Madam, betul ke ni keputusan kami? Ke ada salah kat mana-mana..", Sazman berkata.
"Aah la madam, saya pun musykil ngan result saya ni..saya dah yakin boleh buat hari tu, madam!", KID menyambung.
Madam senyum sahaja. "Takpe..takpe. Ni saya ada skema jawapan, kamu bolehlah check kalau ada yang salah. Sepatutnya saya tak boleh bagi kamu tengok ni.."
Kami pun terkocoh-kocoh semak jawapan kami. Harapan setinggi gunung untuk mencari kesalahan penandaan kertas kami. Mana yang salah ni..hati KID berkata-kata. Mesti ada silap tanda kat mana-mana ni.
Cari punya cari, tak jumpa pun! Ah, kecewa. Hampir-hampir terduduk kami dibuatnya. Lemah longlai langkah kaki diatur keluar bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami. Bukan apa, kalau ramai yang dapat result macam kami, boleh tahanlah..tapi hanya kami berdua sahaja yang dapat teruk, yang lain dapat A..A-.. Tak ke rasa dipinggirkan tu?
Cari punya cari, tak jumpa pun! Ah, kecewa. Hampir-hampir terduduk kami dibuatnya. Lemah longlai langkah kaki diatur keluar bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami. Bukan apa, kalau ramai yang dapat result macam kami, boleh tahanlah..tapi hanya kami berdua sahaja yang dapat teruk, yang lain dapat A..A-.. Tak ke rasa dipinggirkan tu?
uhh..dipinggirkan.. |
Itu cerita mid-sem dulu..
Sejak hari itu, KID tak pernah putus asa berdoa dan terus berdoa terutamanya untuk Chemistry. Minta-mintalah boleh dapat A! Tapi kalau ikut logik akalnya, kemungkinan untuk itu hanyalah dalam 5%. Satu kemungkinan yang TIDAK mungkin. Rasa macam nak menangis masa tu, teruknya aku! Bukannya susah sangat pun, cuma banyak cuai dalam jawapan..
KID terngiang-ngian kata-kata Sofiyuddin dulu, karpet surau sekolah menjadi saksi, di petang yang hanya ada kami.
Sofiyuddin kata,"kadang-kadang kekuatan doa tu lagi HEBAT dan KUAT daripada kekuatan usaha!".
KID bertanya kembali,"oh gitu, kalau macam tu, tak payahlah usaha?".
Sofiyuddin menggeleng-geleng,"tidaklah sampai macam itu, itu asbab, usaha itu asbab, wajib buat juga. Cuma nak bagitau, kau kena YAKIN dengan sebenar-benar YAKIN bahawa doa itu mampu mengubah segala-galanya! Jangan ada sedikit pun sangsi dalam HATI tentang itu..".
Zass! Terasa di hati!! |
Sampai sekarang dan mungkin sampai mati KID ingat kata-kata itu. Masih terbayang-bayang dalam ingatan banyak benda musthil dah berlaku hasil kekuatan doa. DOA! Ya, itulah senjata.
Ini cerita final sem pula..
Berbekalkan carry mark yang berjumlah 36/50 untuk Chemistry. KID berpegang dengan keyakinan. Aku boleh dapat A!
Mari kira kemungkinannya.. Untuk A, wajib dapat 85/100.
Final sem menyumbang 50 markah untuk itu. (Carry mark+final=100)
Carry mark KID 36, jadi perlukan sekurang-kurangnya 49/50 untuk dapat A di final sem!
Hanya boleh tolak satu markah!
Ini cerita realiti tentang kekuatan DOA..
Hasilnya, yang sangat tidak disangka-sangka untuk Chemistry KID. Dapat A!
Lihatlah, kurniaan mana lagi yang kau dan aku ingin dustakan? Apa tidak cukup lagi nikmat Yang Maha Esa berikan?
Allah..!
(KID ada luahkan tentang mid sem Chemistry di post ini http://kembaraid.blogspot.com/2012/03/pengajaran-membawa-kesedaran.html)
fuyoh2, anda bijak n anda sgt benar ttg doa.
ReplyDeletebila kita redho dgn sesuatu yg mengecewakan kita, maka Allah akn ganti kekecewaan kita dgn ssuatu yg x djgka, kn ?
eh,,ini serius bleh dapat anugerah pemberi komentar yang paling laju!!
ReplyDeleteaku bru peringkat edit2 kau dah komen, shaki!
Hehe.yang merasai akan sangat faham!
mabrukk..ya...kekuatan doa melebihi sgala2nya,,Allahurabbi..pengalaman mengajar erti hidup..entri yang membina..
ReplyDeletewhoaaaa..haibat osem! eh, betul kan. rezeki Allah tu memang tak sangka2 kat mana keluarnya. tak hari ni, mungkin esok lusa.
ReplyDeletemaka sebagai hamba kene la selalu berdoa dan bersyukur.
fabiayyi alaa irobbikuma tukazziban :)
ReplyDeleteini satu lagi post yang hidup. tahniah3x..
ReplyDeletetahniah sebab post ni hidup
tahniah sebab kimia Osem. (^___^)
tahniah faham kehebatan doa. dan dah sampaikannya pun.
aku pun tak tau nak komen apa...speechless. apa-apa pun time kasih r kengkawan,walaupun follower blog ni tak sampai 40 orang pun, pasal sokongan korang dan sudah tentu kerana niat, aku terus menulis!(ikut hati yang nak femes,dah lama aku tutup blog ni.keh3)
ReplyDeleteak baru baca penghargaan setinggi gunung kinabalu kat atas tu. haha. penghargaan setinggi gunung sinai jugak la kat ko KID dari bumi mesir ni sbb promot blog ak an..haha.
ReplyDeleteblogging, menulis bukan sebab nama, tp kerana perasaan ingin berkongsi, ingin menyampaikan. mana tahu org lain boleh belajar melalui pengalaman n kisah kita. tapi memang kene tajdid niat selalu agar tak tersasar dari niat lillah sebab setang mmg slalu suntik perasaan riak kan :)
jom menyampaikan. dan terus bergerak!
haha.bel,kau mmg pemberi komentar tegar kt blog ak! Terima kasih gk utk ko!!
ReplyDeleteuish..haibat la..mabruk!!!!teruslah memohon padanya..
ReplyDelete