Monday 20 August 2018

The Alchemist: Sebuah ulasan

Baru-baru ni aku ada habiskan satu novel, novel lama, diterbitkan pada tahun 1988 (aku pun tak lahir lagi masa ni) oleh Paulo Coelho, orang Brazil. Entah kenapa novel tersangatlah popular sampai diterjemah ke 56 bahasa. Setakat ni, novel BI yang pernah aku habiskan cumalah Harry Potter Series je. Sampai bawa ke mimpi tu dia punya kesan. Haha

***

Sebelum aku mula baca The Alchemist ni, macam-macam persoalan atau agakan timbul. Antaranya ialah, "okay, watak utama dia seorang ahli kimia", "ni mesti banyak cerita pasal kehidupan seorang saintis ni", "cerita dalam lab ni kot". Namun, semua itu sangatlah salah! Haha

Hakikatnya, agakan-agakan aku tu tersangatlah tak logik sebab kalau cerita macam tu, tak akanlah boleh popular sebegitu sekali kan? 

***

Paulo Coelho membawakan sebuah cerita tentang 'dream'. Mimpi. Impian.

Watak-watak yang diceritakan kebanyakannya tidak bernama, atau namanya disebut hanya sekali seperti watak utama lebih dikenali dengan 'the boy' berbanding nama sebenarnya. Watak-watak sampingannya juga tiada nama, seperti 'his father', 'the old crystal merchant', 'the baker', the Englishman', ' the camel's driver', dan 'The Alchemist' (ya, rupa-rupanya The Alchemist bukanlah watak utama).

Ianya menceritakan tentang seorang remaja (pengembala kambing) yang bermimpi, berulang-ulang kali tentang penemuan harta karunnya di Piramid Mesir. Pada mulanya dia hanya mengabaikan mimpi tersebut, tapi mimpi yang sama berulang-ulang kali kan? Mana tahan. Dia pun buat keputusan untuk bertemu tukang tilik dan meminta menterjemah mimpinya. 

***

Dipendekkan cerita, bermulalah perjalanan dia mencari harta karun tersebut.

Adakah perjalanan awal dan akhir tu yang menarik tentang buku ni? Tidak sama sekali. Yang menarik tentang cerita ini ialah ayat-ayat yang digunakan sepanjang cerita. Terlalu banyak yang boleh dikaitkan dengan diri sendiri (dan sudah tentulah ianya bukan Al-Qur'an yang boleh diambil seluruhnya). 

Aku nak ceritakan satu fasa yang paling aku suka dan tertarik iaitu saat budak tu dah sampai di oasis dan dah kehilangan banyak harta dan juga hampir beberapa kali menemui kematian. 

Dalam usahanya dia mencari harta karun tu, dia telah menjual semua kambing-kambingnya sebagai modal perjalanan, tapi ada satu masa dia ditipu dengan 'kawan' yang baru dia kenal. Dia tak ada apa-apa masa tu, nak patah balik kampung tak ada duit, nak teruskan perjalanan pun tak ada duit. 

Kamudian, satu babak yang dia telah sampai di oasis dan dia bertemu dengan cinta hatinya, Fatima. Berat lagi hatinya nak meneruskan perjalanan kerana baginya cinta ini sudah lebih dari cukup, dia tak perlukan harta atau impian lagi. Cinta tu dah memenuhi hatinya. Berkali-kali dia merasakan angin padang pasir tu membawa bau dan suara Fatima. Punyalah angau!

Lagi, dia pernah buat satu ramalan dan beritahu ketua oasis tentangnya, dia dirisikokan bunuh kalau ramalannya salah dan akan diberi emas kalau ramalannya betul. Dia menyesal sebab beritahu, dia sepatutnya diam sahaja. Tapi dia tetap menunggu untuk melihat ramalannya betul atau tak, dan rupa-rupanya ramalannya memang betul. Dia pun ditawarkan sebagai penasihat oasis tu dan mendapat harta yang sangat banyak! Lebih banyak daripada kambing-kambing yang hilang sebelum ni.

Ini babak yang menarik, The Alchemist ajak budak tu untuk tunaikan impian dia. Tapi, budak tu tanya, 

"Well, what if I decide to stay?" 

"Let me tell you what will happen. You'll be the counselor of the oasis. You have enough gold to buy many sheep and many camels. You'll marry Fatima, and you'll both be happy for a year. You'll learn to love the desert, and you'll get to know every one of the fifty thousand palms. You'll watch them as they grow, demonstrating how the world is always changing. And you'll get better and better at understanding omens, because the desert is the best teacher there is". 

"Sometime during the second year, you'll remember about the treasure. The omens will begin insistently to speak of it, and you'll try to ignore them. You'll use your knowledge for the welfare of the oasis and its inhabitants. The tribal chieftains will appreciate what you do. And your camels will bring you wealth and power". 

"During the third year, the omens will continue to speak of your treasure and your destiny You'll walk around, night after night, at the oasis, and Fatima will be unhappy because she'll feel it was she who interrupted your quest. But you will love her, and she'll return your love. You'll remember that she never asked you to stay, because a woman of the desert knows that she must await her man. So you won't blame her. But many times you'll walk the sands of the desert, thinking that maybe you could have left… that you could have trusted more in your love for Fatima. Because what kept you at the oasis was your own fear that you might never come back. At that point, the omens will tell you that your treasure is buried forever".

"Then, sometime during the fourth year, the omens will abandon you, because you've stopped listening to them. The tribal chieftains will see that, and you'll be dismissed from your position as counselor. But, by then, you'll be a rich merchant, with many camels and a great deal of merchandise. You'll spend the rest of your days knowing that you didn't pursue your destiny, and that now it's too late"

***

Aku copy paste terus dialog tu. Senang untuk anda semua menghayati bait-bait perkataan yang cuba diungkap oleh penulis.

Begitulah sebuah impian jika tak ditunaikan. Dia akan bertanya kepada kita saban masa,"bila nak tunaikan impian kau?"  sampai ia akan sendirinya menghilang dari kita. Meninggalkan rasa kosong, mungkin? Atau tak rasa apa-apa pun? Entahlah. 

Kerana aku pun masih kabur akan apa impian aku.

Friday 3 August 2018

Keterbukaan

Rupa-rupanya berbual dengan orang yang banyak persamaan dengan diri kita ni memberi satu kepuasan yang amat sangat. Aku hanya sedar benda ni akhir-akhir ni. Yelah, mungkin selama ni tak pernah rasa, jadi rasa bersyukur tu tak timbul. Tapi sesuatu benda tu apabila hilang, lama hilang, dan ia muncul kembali, kita akan terdiam, dan berkata, "ini nikmat yang lama hilang".

Bagi aku, manusia dalam hidup aku, sekeliling aku, datang dan pergi itu, setiap satunya ada nilai. Tapi aku rasa aku tak pernah berkongsi semuanya dengan hanya satu orang, sebab bagi aku setiap manusia berlainan jiwanya. Kita cerita macam mana pun, dia tak akan faham sebab memang dari kecil cara asuhan berbeza, sekolah bandar/luar bandar, baca buku yang lain dan macam-macam faktor lagilah yang membuatkan tak ada orang yang benar-benar sama dengan diri kita, baik dari segi cara berfikir, emosi ataupun kebijaksanaan. Jadi, dalam hidup aku, dalam banyak hal aku tahu kalau aku ada isu atau masalah yang sebegini, kepada siapa aku harus bercerita atau meminta nasihat. Tapi, itu dululah, sekarang susah juga nak cari orang untuk berkongsi cerita, mungkin semakin kurang kawan, atau masalah makin kompleks/serabut, atau kedewasaan menuntut kerahsiaan? Aku tak tahu.

Dan aku rasa, berbual dengan kawan sekolah, sekolah menengah terutamanya, sangat memberi makna dalam memandang masa depan dan mengingatkan memori semalam. Aku tak tahu mengapa, mungkin sebab zaman tu memang benar-benar zaman peralihan mengenal dunia, atau zaman yang ideal membentuk cara berfikir, atau memang banyak sangat memori. Entahlah. 

Apa-apa pun, puas juga rasanya dapat menulis macam dulu-dulu. Bebas tulis pendapat sendiri, tak perlu ilmiah yang memberatkan akal. Letak jari di atas papan kekunci, biarkan ia mengalir. Such a long lost feeling!