Thursday 29 December 2011

Ramai Lagi Yang Perlu Disantuni Rupanya..

Dalam menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki beberapa meter perjalanan ni, KID terfikir sesuatu.memang banyak waktu KID berfikir cuti ni, lagi-lagi berfikir dengan bantal.huhu.(malu tertunduk sambil garu2 kepala).
Hampir berbelas-belas program KID sertai, ada yang terkeluar dari biasa, ada yang biasa-biasa. Setiap program ada yang menusuk hati, ada juga yang tertusuk mata sampai terpejam masa program..err..

Baru-baru ni KID ada 'join' Kem Sahabat Masjid, antara yang mengujakan ialah kategori umur peserta dalam lingkungan 17-20 tahun.huk2! Saya pun 18, macam manalah nak pimpin orang-orang tua ni.. KID pun terkesima masa dapat tu, antara nak pergi ke tak nak..dalam 21 saat fikir, KID pergi je. Mana tau ada yang tak pernah KID rasa kali ni.

Hari Sabtu program mula, kali ni kebanyakannya masjid yang uruskan, pendaftaran, makanan, pengangkutan dan ..Ice Breaking..?? Menjadi masalah juga apabila bukan fasi yang uruskan Ice Breaking.. Yang apekejadahnya masa Ice Breaking tu fasi pun kena 'breaking' dengan peserta, sama-samalah jadi peserta, dahlah masing-masing lagi tinggi daripada KID..uhh, macam dah kena psiko awal.
Masa pembahagian kumpulan lagi lawak, peserta lelaki dibahagikan ikut kiraan nombor je, macam kawad lah..dan KID pun taktau kebetulan atau disengajakan, KID dapat kumpulan yang otai sikit..err(sambil picit2 kepala)..
Cabaran (KID tak suka sebut masalah) bermula apabila nak tentukan nama kumpulan dan ketua kumpulan, alahai..lemah longlaiku dibuatnya, sebut jelah nama kumpulan, takkan aku yang kena bagi semua..kumpulan KID diam seribu bahasa sambil pandang-pandang kiri kanan. Dah 5 minit KID cakap sorang-sorang, KID lantiklah seorang ketua kumpulan, akhirnya dia dah diberi tanggungjawab, barulah dia mula menyuarakan pendapat. Maka, pelajaran pertama untuk LDK, lantiklah ketua kumpulan dulu daripada kalangan mereka sebelum membuat apa-apa aktiviti.


Selesai sesi Ice Breaking, Kalam gelak-gelak, "haha,ko dapat kumpulan otai..huhu". Tak sangka dia perasan.. Ceh, no hal ini semua, baru panas badan. ok, tukar strategi, tak boleh chill n cool lagi kali ni.
   


Petang tu ada senaman, KID yang conduct di depan, mula-mula KID segan juga, apekejadahnya senam macam nak pergi perang, nak ajar Teakwondo ke ape.. Tapi, lama kelamaan rasa seronok pula, KID jeling-jeling peserta, nampak ada perubahan dari segi wajah, mula menunjukkan komitmen, ahli kumpulan KID pun tersenyum-senyum buat gaya. Rasa macam senaman ni lagi memecahkan ais kami daripada sesi tadi..agaknyelah.



2nd Round!




Bermula LDK seterusnya, LDK kali ni bermula selepas ceramah yang bertajuk Peranan Manusia Sebagai Khalifah. KID sangkakan ceramah ni mesti macam kuliah Maghrib yang selalu..hambar, semangat yang luntur..tapi kali ni berbeza, ceramah kali ni memang agak mesra remaja walaupun si penyampai bukanlah tergolong dalam lingkungan remaja lagi.

Selesai ceramah yang berapi-api dan banyak isi, fasi ambil alih kumpulan masing-masing. Misi kali ni adalah untuk membuat pembentangan dari ceramah tadi. KID ambil masa dalam 15 minit  untuk cucuh api sikit kat kumpulan KID. Antara yang KID kata,"korang tak rase tercabar ke bila yang bersalah, yang melepak, yang berzina..dak-dak remaja cam kite ni?Aku sebenarnya terkilan bile orang kate camtu, lagi-lagi orang tue yang kate,bajet diorang hot baik sangat ke??Sebenarnye bukan semua yang jahat-jahat, ye tak bro??"
ok2..aku dah nampak mata masing masing dah terbeliak ke arah aku, ops2 sabar dulu. Jiwa remaja memang pantang dicabar,hehe.

KID pun sambung,"tapi memang itu hakikat pun!ramai kawan kite yang buat onar ni sampai kite pun terkena same, dalam ceramah mane2 pon,mesti remaja..remaja..remaja! Sakit hati weh. ade ke patut,,Maka, di sini, atas tanggungjawab kita semua itu, kite yang nak bawak kengkawan kite tu. Tolong bukak minda masing2, aku nak cakap bahwa orang baik tu bukan yang berserban dan berkopiah je! Bukan yang ulang alik ke masjid je! Tu bukan syarat nak jadi baik..".
KID perasan ustaz penceramah tadi berhenti seketika kat belakang KID,hehe,tidak ku hiraukan..

KID sambung,"kita banyak lupa benda asas sekarang ni, yakin keEsaan Allah dan yakin kebenaran Nabi Muhammad..itulah asas yang perlu difahami, dua kalimah syahadah! Nabi bina akidah SAHAJA selama 13 tahun, bro! Hal-hal lain baru 10 tahun..maka, tak perlu pening-pening korang nak faham politik la, jemaah la..kukuhkan asas tu dulu baru korang nampak..INDAHnya Islam".

Ok,,situasi semasa pula,"ape yang aku perhatikan sebenarnya, ramai remaja yang kekosongan hatinya, rasa macam ade sesuatu tak kena''. ade yang mengiyakan.. "tu yang ramai kegkawan kite carik awek r, berzinalah, kacau orang lah..tu semua akibat ingin mengisi jiwa mereka yang kosong r tu.mereka carik sesuatu yang mereka PUAS! Padahal tu semua salah, sebenarnya mereka sedang mencari AGAMA ALLAH! tapi mereka tak tau..maka, inilah tugas kite nak bagi mereka TAHU!"

Wah2..macam menjadi je kali ni, pasal untuk pembentangan, beberapa orang mula bersuara bagi idea.oyeah!! eh2..alhamdulillah!
Bersuara tu dah cukup bagus, tapi idea perlu dipandu lagi. No hal r tu semua, just chill, bro!

Malam lepas habis program, KID online jap dalam masjid, canggih kan masjid Sungai Besar ada wifi? Free lak tu..hehe.

Esoknya, kami pergi jungle trekking. peh! panjat bukit, berselirat pokok-pokok, baru dua tiga kerat jalan dah mengah-mengah. Ada cerita menarik, kami dikehendaki buat roti lilit, ikut apa yang diajarkan. Tapi malangnya, salah seorang peserta tuang air banyak pula dalam tepung tu, memang rosak, tak jadi rotilah. Selepas tu, kami bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan mintak tepung lebih nak campur bagi jadi kental, tapi masih tak mencukupi..uuhh,,semua buntu. Salah KID juga tak tengok dia buat.. Kumpulan lain bersorak-sorak gembira buat roti, masak nasi..tapi kami masih menguli tepung cair..sambil kuis telur bakar, tengok-tengok kalau dah masak. waa!! agak menyedihkanlah masa tu, KID pun taktau nak buat apa, tengok jelah orang lain bergembira. Tapi apa yang menariknya, takde sorang pun ahli kumpulan yang menyalahkan peserta yang salah buat roti tu! Kiranya nilai baik yang dapat ialah mereka sedar tu tanggungjawab semua ahli..huhu.ada hikmahnya juga. Kami cuma makan telur bakar je sorang satu..keh3. Dah saat2 akhir barulah kumpulan Kalam bagi roti lilit sebatang.

Ada lagi beberapa aktiviti yang menarik pasal ini pertama kali KID kena jadi fasi untuk remaja sebaya atau lagi tua tapi mungkin itu sudah cukup untuk dikongsi..
Dalam termenung-menung KID teringat pada mereka, mereka kebanyakannya bukanlah remaja 'masjid' atau usrah.tiada fikrah yang jelas dalam hati mereka. Maka, KID tersedar bahwa ramai lagi rupanya yang perlu disantuni, diajak untuk diisi hati yang kosong, ditarbiyah senang ceritanya. KID agak terkilan, remaja-remaja yang boleh dikatakan baik ni suka duduk di rumah, tengok TV lah, ape lah.. apa salahnya keluar sertai mana-mana program yang baik. Main futsal sekali dengan diorang kalau minat itu, main boling sekali, belanja minum ke,..KID pun bukanlah daripada kalangan yang suka keluar rumah dan kaki bangku pun..err..hehe(garu2 kepala) tapi KID berusaha untuk pecahkan sikap tu. Satu yang KID suka yang diwariskan daripada arwah embah, 'medang-medang' di warung-warung..haha. tu jelah modal KID kalau ada yang nak disantuni, belanjalah makan ke apa ke..

Alhamdulillah untuk program kali ni ada seorang dua kawan yang boleh dibawa ke jalan tarbiyah, itu sudah cukup baik..



Ramai lagi yang perlu disantuni bro! Amacam, ada berani??

Thursday 15 December 2011

Susah rupanya..

Dalam moto yang digembar-gemburkan, erti hidup untuk memberi, seperti yang KID contohi daripada Ustaz Hasrizal. Beri sebanyak-banyaknya, apalah erti hidup ni kalau asyik menerima. Beri dan beri lagi..

"Erti hidup untuk memberi!"

            Baru KID sedar kini, kata-kata mudah dikemam macam makan lollipop, tapi susah dibuat. Dalam usaha mengisi masa dengan memberi yang berguna, cuba menabur jasa, rupanya sedar tak sedar diri ini letih, penat rupanya.. Sampai satu tahap baru terperasan, "eh aku nak bagi ape ni?". Dek kerana sikitnya apa yang ada, sikit juga yang dapat diberi.sedih2~

            Pernah juga tercungap-cungap hilang stamina, rupanya lupa ambil 100 Plus. Tak bermaya, rasa kata-kata semangat tu dah hilang. Sedar tak sedar rupanya dah 3 minggu tak pergi usrah(opss,bukan malas..), dek kerana asyik memberi sampai terlupa diri tak dicas lagi. Maka, 'cas'lah diri korang sebaiknya sebelum memberi. Jangan sampai tak dicas sehingga tak mampu lagi untuk MemBERI! Nau'zubillah

Sekadar mainan bibir, bukan KID tak sedar terLAMPAU ramai lagi di luar yang bukan setakat menabur bakti tapi mereka mengorban diri. Apalah sangat usaha kita si hina ini...

  "Jalan Ini Sumpah Panjang!''

Jalan tarbiah dan dakwah....terima kasih Akh Faizul, mengingatkan kepentingan mengecas diri.      

Monday 12 December 2011

Katak Yang Pekak

Ok! Post baru.

Tersebutlah satu kisah yang memang kebanyakan dari kita dah pernah dengar tapi KID peduli ape kan? Nak cerita jugak.

Dalam sebuah kampung katak, ada sekumpulan katak yang sedang bermain bola sepak di bawah akar kayu. Mereka bermain dengan gembiranya, melompat..berlari sini sana,,Scott's Emalsen membantu saya! Menendang dan menanduk saling berselisihan. Tercungap-cungap nafas masing mengejar bola, kembang kempis hidung tu.wah2!
Tiba-tiba, bola tu keluar garisan, tapi Katake terus mengejar bola tu. Katak lain pun menjerit-jerit memanggilnya,"hoi! taktau main ke?dah 'out' tu!","eiihh,,mangkuk r dak ni","ha..bawak la bola tu jauh-jauh lagi! Lagi..lagi!". Masing-masing kelihatan tak puas hati. Merah padam muka menahan nafas di dada.

Hoi2! Bola tu!


Salah seekor katak di situ, Batako cuba mengejar Katake  untuk merampas bola. Aksi-aksi menggelecek dilakukan dengan penuh gaya, ala-ala Rooney. Sesekali bola terlepas di kaki, namun mereka terus merebut. Rakan-rakan yang tadi mengomel-mengomel tak puas hati, kini terdiam kagum melihat aksi mereka berdua. Mulut terlopong..

Tiba-tiba tanpa mereka sedari, tempat mereka bermain itu dekat dengan perigi tua. Katake yang membelakangi perigi itu cuba membuat aksi lipat untuk menyepak bola tu, tapi malang berbau hangit, kakinya terpijak chewing gum di tebing prigi itu, membuatkannya tak dapat melompat lalu terjatuh ke dalam perigi itu sampbil tangannya memegang jersi 27 Batako. impaknya, kedua-dua mereka jatuh bertaburan bergelimpangan..eh ape ntah istilahnya..ke dalam perigi.

Ahhh!!

Mereka cuba mendapatkan pertolongan daripada kawan-kawan mereka. Kawan-kawan mereka yang tadi terlopong, mengambil masa 20minit untuk sedar dari igauan pesona skil Katake dan Batako. Mereka lantas bergegas ke tebing perigi.

Kelihatan Katake dan Batako di dalam perigi cuba untuk melompat keluar. Cubaan demi cubaan dilakukan tanpa mengenal erti penat dan payah. Adakalanya Katake memanjat badan Batako untuk keluar dan begitulah sebaliknya. Matahari yang memancar digantikan dengan bulan yang menyinar. Siang berganti malam. Masing-masing sudah keletihan.

Huh..huh..penat!


Rakan-rakan yang setia menunggu tadi masih berada di situ. Pada mulanya mereka memberi semangat, tapi setelah melihat bulan dah gosok gigi bangun daripada tidur. Mereka mula memperlekehkan Katake dan Batako.
"Ah, memang mak aku kate dulu perigi ni makan orang. Kalau tak caye, tengok tu banyak tulang-tulang katak dalam ni!". Katake dan Batako mula memandang sekeliling. Mereka tidak menafikan wujudnya tulang katak di situ.
''Kalau ikut perkiraan aku, probability korang ni boleh keluar cuma..ermm,,dalam 1/100 la. Angka ni boleh diumpamakan seperti manusia dah tak nak guna FB, diorg mula kembali ke frenster lak",kata salah sorang pakar matematik di situ.
"Ah,kalau boleh keluar kira ajaib la korang ni!","Ceh,kaki pun kaki katak, mimpi nak keluar!","mati je lah korang dalam ni..".

Batako yang khusyuk mendengar celoteh rakan-rakan mereka mula terduduk putus asa.
Namun, Katake yang khusyuk melihat rakan-rakan mereka mengomel panjang, mula melompat dan terus melompat. Pada masa yang sama, rakan-rakan mereka makin galak menjatuhkan semangat mereka, sampai angkat-angkat tangan, merah padam muka mereka menjatuhkan semangat katak berdua tu.

Batako pun menangis sambil mengorek lubang kuburnya sendiri. Sambil mengorek dia menyanyi lagu 'malang Pak Kaduk'. kemudian, menanam dirinya sendiri!
Katake pula kelihatan makin bersemangat! Kembang kempis hidungnya bernafas.hush hush! Dalam cubaan yang entah berapa kali, dia bagai mendapat lonjakan semangat dari dalam dirinya. Dia mengatur langkah dengan cermat dan....kakinya terus melonjak tinggi ke udara, yah!! Itu dia! Dia berjaya melepasi ketinggian tebing perigi sambil membuat pusingan di udara sebanyak 2 kali. Yeahh! Osem! Dia berjaya mendarat dengan jayanya.

Rakan-rakannya tercengang..terkelip-kelip mata mereka tidak percaya akan fenomena El Nino yang berlaku di hadapan mereka! Lantas mereka mengurumuni Katake dan bertubi tumbukan soalan ditujukan kepada
Katake. Katake menjawab satu persatu.
"Aku memang berterima kasih sangatlah kat korang pasal bagi semangat kat aku tadi. Aku memag dah yakin takkan dapat lepas tebing tinggi tu. Apa lah sangat daya seekor katak seperti aku ni, mukanya sedih seperti mintak belanja cendol. Ak jadi bersemangat bila tengok korang bersorak-sorak bagi semangat kat aku, macam nak pilihanraya ak tengok sampai angkat-angkat tangan!"

Rakan-rakan di situ terpinga-pinga.."eh,kami tengah jatuhkan semangat korang tadi sebenarnya.."

Tapi, Katake bagai tak peduli kata-kata kawan dia. Dia terus bercerita,"tapi memang osem la mase ak bawak bola tadi, cam syafi Sali pun ade,hehe. Arwah Batako ada cakap apa ntah mase tengah gelecek-gelecek bola tu. Aku PEKAK, jadi tak dengar ape die cakap". Rakan-rakan yang lain terkesima..ceh!

.................................................................

Jadi, muhasabah balik diri kita..baru fail study sket, dan baring atas katil! Ceh! Mengarutlah.
Baru tak dapat tarik orang jadi baik, tak dapat dakwah,, dah putus asa..

weh..sedar sikit, main chess kalau tinggal Bishop ngan King pun boleh check mate lagi. 
Kehidupan tu sentiasa ada peluang. Come on! Jangan jadi Fire fighter! Oh, cerita Fire Fighter akan menyusul kemudian.
Fikir-fikirkan dan selamat beribadah!



Tuesday 6 December 2011

Tanda-tanda pengaruh berjaya!!

Oleh kerana blog ni mempunyai tahap update yang begitu lembap mengalahkan siput jalan atas simen. Jadi, KID cuba nak tambah turbo sikit, repair mana yang patut untuk tambahkan kadar update post di sini. ok!
Berhenti merepek..post kali ni adalah mengenai Ilmu Pengaruh! Sejauh mana ukuran kita terhadap aura pengaruh yang ada dalam diri, dah sampai Marikh atau baru jenguk muka sikit-sikit?

Pertama dan yang paling pertama!
Kita disukai dan mudah dirapati oleh orang sekeliling. Ini termasuklah kalau anda bawa Big Apple, tiba-tiba orang ikut dari belakang. Jadi, pengaruh anda ada pada Big Apple tersebut! Kalau Big Apple tu jatuh, maka berkecai berailah pengaruh anda. Faham tak perumpamaan ni? Contoh yang skema sikit, kalau anda tu orang yang penuh ilmu di dada (cewahh!!) sampai melimpah ruah ke luar, warak jalan nampak tanah, tawadu' masa ceramah mengangguk, tapi apabila perangai luaran tak seperti ilmu yang yang ada, maka pengaruh anda akan tercemar bak air susu campur kopi.

Cool2..jangan rapat sangat dengan saya


Baik! Yang kedua..
Kita menjadi bahan rujuk dalam beberapa keadaan!
Kalau anda tu seorang yang pakar Add Math, maka pengaruh anda tersimpan pada Add Math. Orang akan mengikuti kata-kata anda pada yang berkaitan Add Math, tidak pada perkara lain. Maka, kalau ramai orang tanya-tanya anda tentang sesuatu perkara, bermaksud anda dipercayai orang kerana perkara itu sahaja, jangalah memandai-mandai nak mengulas isu-isu yang bukan kepakaran anda! Ingat tu.



Dan seterusnya..yang ketiga!
Individu sekeliling bertindak lebih dari kebiasaan. Lebih kurang macam suka buat kerja lebihlah,,gitu.. Ni tertakluk kalau anda seorang pemimpin atau bos atau pengurus. Apa-apa kerja yang anda arahkan pasti hasilnya melebihi jangkaan! wah!! Contoh kalau anda suruh potong rumput, habis dengan pokok-pokok bunga dia tebang..eh, ni protes.silap. Contoh kalau anda suruh kemas pejabat, habis dengan stor+jamban+lobi utama dia kemas. Tandanya anda disayangi orang bawah!

Yeah! Cool!! Dapat keje lagi


Dan kemudian..keempat pula!
Anda mudah mendapat pertolongan dari dalam organisasi. Kalau organisasi anda adalah berkaitan kewangan, memang untunglah kalau ada potensi sebegini.haha.ok tak lawak.. Oleh kerana sebelum ni andalah yang bagi komitmen yang tak berbelah bagi, pagi keluar masa burung pun tak bangun lagi, balik masa burung dah tengok berita jam 9. Atau apa-apa sajalah perkara yang menunjukkan komitmen anda yang tinggi terhadap kerja, maka anda mudah mendapat pengaruh ini.

OK! Kelima..
Anda menjadi ikut-ikutan oleh orang lain dalam beberapa keadaan.
Kalau orang pimpinan anda dalam kebuntuan menyelesaikan sesuatu masalah, maka mereka akan melihat cara anda selesaikan masalah itu. Kira ikut sunnah anda, (eh ajaran sesat ke ni?), taklah sampai macam tu. Sekadar mengikuti gerak kerja anda.

Ha..ikut2! Yang belakang tu cepat sikit,terhegeh2


Huh! Yang keenam..penat!
Komitmen anda dihargai dan masing-masing selari dengan komitmen anda.
Kiranya kalau anda menumpukan tugas untuk organisasi dan mendapat perhatian orang lain, kemudian mereka pun mem'follow' kerja anda, maka itu tanda anda sedang dijadikan ikutan. Cadangan anda dihargai dan dipandang, dan sewaktu dengannya!

Ok..sekian..

Sunday 4 December 2011

Kembara Palestin

Seperti yang kebanyakan daripada kita sedia maklum, Israel telah berjaya menubuhkan negaranya sendiri(baca:negara haram) di atas bumi suci Palestin. Mereka bina negara haram mereka di saat negara Islam mengelilingi Palestin, di saat pemimpin Mesir dan Jordan masih lagi Islam. Di sekeliling Palestin tu bukanlah Amerika Syarikat atau Britain yang kafir..

Adakah anda tahu apabila Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion mendapat jawatannya pada  14 Mei 1948, pada 15 Mei pula rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan tanpa notis. Ah mungkin kita terbiasa mendengar peristiwa perobohan rumah ni di Palestin, sehingga kita tepu mendengarnya. Cuba kita bayangkan, kerajaan Malaysia nak buat jalan raya pun kalau ada rumah atau kebun orang yang menghalang, orang itu akan diberi pampasan, notis awal akan diberikan. Berlainan di Palestin, rumah-rumah diroboh tanpa sempat mereka selamatkan apa-apa pun, malah dokumen pengenalan diri. Maka, jadilah mereka pendatang di tempat mereka sendiri..

Sikit demi sikit tanah hilang..


Nak tahu macam mana Israel ni dapat tanah?
Memang pada mulanya mereka beli tanah-tanah tu daripada penduduk Palestin yang tak dengar kata ulama(ulama Palestin memberi fatwa haram jual tanah Palestin, ini tanah wakaf orang Islam). Tapi, tanah yang Israel beli tu sedikit, baki tanah Palestin yang lain tu mereka rampas!
Macam mana mereka rampas?
Salah satu caranya, mereka beli rumah di kawasan masyarakat Palestin, macam kitalah, ada jiran Cina, India.    
Tapi bila malam-malam orang tak sedar, mereka tembak curi penduduk Palestin. Keesokan hari, polis tengok tu mayat Palestin, dia biarkan je, kuburkanlah macam biasa. Dah jadi macam tu, takkan nak diam. Penduduk Palestin pun tembak curi lah juga. Macam kita, kalau Cina kafir tembak mak kita, kita nak diam??  Apabila ada rakyat Israel mati, seluruh kawasan perumahan tu akan dimusnahkan! Alasannya, takut terjadi lagi kematian penduduk Israel. Maka, jadilah seluruh kawasan tu kawasan Israel!
Perkara di terjadi di Tebing Barat(West Bank) pasal tempat lain selain Tebing Barat dan semenanjung Gaza Israel dah ambil.

Gaza, kubu terkuat!


Pernah dengar tak tembok yang Israel bina di Tebing Barat?
Tembok kedua terbesar selepas Tembok Besar Negara China. Seperti sedia maklum, tembok-tembok yang ada di dunia ni adalah lurus, adalah bengkok-bengkok sikit, bertujuan nak melindungi sesebuah kawasan. Tapi tembok Israel ni, bercantum antara hujung ke hujung dan bertujuan mengepung kawasan di dalam tembok. Tinggi 30 kaki, dalam tanah 30 kaki. Seorang dewasa anggarannya tinggi 6 kaki. Jadi macam mana penduduk dalam tembok ni nak cari makan? Kawasan pertanian pun tak subur, perang sentiasa, mana ada masa. Nak tau apa mereka buat? Mereka terpaksa korek dalam tanah tu untuk ke seberang tembok, korek bukan korek biasa! Korek 30 kaki lebih dalam tanah, kalau tak, tak lepas punya. Sukarelawan Aqsa Syarif ada menceritakan,"kami terpaksa heret lembu korban tu ke dalam terowong untuk disampaikan kepada penduduk dalam tembok. Sebab tu korban di Palestin mahal".
Namun, walaupun dalam keadaan macam tu, mereka tetap hidup dan akan terus berjuang.

Ni lah tembok yang dibina tu, ada 30 kaki di bawah tanah lagi


Itu sedikit yang KID ingat selepas menghadiri program Aqsa Syarif.
Sebelum apa-apa pun, adakah kita ni tahu yang kita sedang berhutang dengan rakyat Palestin? Tau ke tak? Kalau tau, baguslah. Kalau tak, ketahuilah seluruh umat Islam sedang berhutang dengan rakyat Palestin! Hutang tu wajib dibayar kan? Jadi bayarlah dengan apa-apa yang kita mampu, RM100, RM500, ilmu, tenaga..apa-apa pun, asalkan di akhirat nanti mereka tak tuntut apa-apa lagi dengan kita.
Kita dah bosan dengan perjanjian yang PBB buat, damai itu dan ini. Biarlah mereka bersandiwara..kita terus menyumbang. Situasi yang biasa berlaku, ada kutipan derma untuk Palestin sahaja, orang kita kata,"ah aku pun miskin jugak, anak-anak aku ni nak makan apa?","ah semalam dah mintak, hari ni mintak lagi!". sudah-sudahlah merungut..

KID nak bagi situasi, cuba kita bayangkan, di padang mahsyar nanti, sedang kita bergelut dengan air peluh kita, kepanasan yang amat sangat, kerisauan tempat seterusnya; syurga atau neraka. Sudah tak pedulikan orang sekeliling yang merintih-rintih kepanasan. Tiba-tiba, ada seorang yang menghulurkan tangan kepada kita dan berkata,"marilah ikut aku ke SYURGA". Kita berasa kaget,terkejut! Tawaran yang hebat dan kita bertanya,"apa amalan aku? Lihatlah buku amalan sebelah kiri aku lagi berat daripada di sebelah kanan! Neraka pun sedang memanggil-manggil aku..". Sambil tersenyum orang itu berkata,"aku syuhada Palestin! Kau yang beri aku dan sahabat-sahabat aku makan ketika kami berperang, kau yang menjaga kebajikan keluarga aku setelah aku mati, kau yang berkempen kepada sahabat-sahabt kau untuk menyokong perjuangan kami! Jadi, inilah balasan kau, ikutlah aku ke syurga".
Adakah ada lagi kebahagiaan yang melebihi itu?fikirkanlah..

Ada orang tanya, kerja kita sedikit je, bagi ceramahlah, bagi duit setakat beberapa ratus ringgit, ingat Yahudi tu boleh kalah? Wah2. tak ingat ke kita kisah burung di zaman Nabi Ibrahim? Yang membaza air di paruhnya untuk padamkan ai yang membakar Nabi Ibrahim? Api tu tak padam pun, tapi Allah lihat usaha burung tu dan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal! InsyaAllah

Jadi, ingatlah yang kita sedang berhutang!


  

Saturday 26 November 2011

Gempur Sahabat Muda

Disebalik musim cuti yang begitu panjang dihadiahkan oleh UIA, KID telah diajak oleh Una untuk menyertai program kepimpinan. Oleh kerana bosan yang teramat di rumah, jadi KID setujulah nak ikut. Antara fasilitator yang diajak ialah Nizam, Kalam, Lembong, Izzul dan Zakwan.
Sebelum program bermula memang banyak sangat dugaan yang datang, KID pun dengar je, yang tanggung Una. Tapi mendengar pun sudah cukup beban, apatah lagi yang menanggung. Ye tak?

Mesyuarat rasmi mengenai program tu dibuat sebanyak 2 kali dan mesyuarat yang tak rasmi dibuat berkali-kali, sekejap ubah ini, sekejap ubah itu, ubah tarikhlah, masa dan macam-macam lagi. Yang paling mengejutkan, Program Manager(PM) pun berubah, KID dengar masa mesyuarat pertama, Nizam. Tiba-tiba masa mesyuarat kedua, KID pula. Musykil..ni saja nak kenakan aku ke ape ni.

Sehari sebelum bertolak, ada cadangan nak sewa van, lagi murah, nak pergi mana-mana pun senang nanti, jadi KID, Kalam dan Izzul merantaulah ke Sabak Bernam cari van sewa..dari tengah hari sampai petang, tak jumpa pun, ingat nak balik rumah, tup-tup hujan..terpaksalah kami lepak kedai mamak tu.haha. Tak dapat van, naik bas je ke Banting.

Sampai di Klang Sentral, kami tunggu pengangkutan dari sekolah yang bakal kami buat program datang. Tak lama lepas tu, kami dimaklumkan yang pelajar-pelajar tu puasa hari ni(Khamis), jadi kami kena makan tengah hari di Klang Sentral. Alamak segannya, diorang puasa sunat, fasi-fasi makan tengah hari~ Buat makluman pelajar sekolah tu ialah para hafiz. Sebenarnya sepanjang perjalanan KID berdebar-berdebar memikirkan nak berhadapan dengan pelajar situ. Di Klang Sentral, Una kata,"korang ni asal macam relek je, ak dah gelisah ni". Fenomena yang belum pernah kami hadapi sebelum ni. Lagi-lagi Nizam,"Fati, ko lah amek slot pertama ni, ak tak boleh r..". KID tanpa belas kasihan menolak, huh, bagi kat aku alamat blur aku kat depan nanti.

Selepas solat Zohor jama' dengan Asar, van yang ditunggu tiba, rasa macam teruja nak naik van, kami 9 orang berhimpit-himpit dalam van, Kalam riba KID, Nizam riba Zakwan.haha.macam kelakar..
Dalam sejam rasanya kami berkeadaan macam tu. Dalam perjalanan, banyaklah yang Ustaz Fauzi cerita tentang sekolah tu, impaknya kami berasa bertambah berdebar-debar! sebab apa yang dicerita semua kehebatan dan kelebihan sekolah tu, berenang, menunggang kuda, memanah, debat, pidato dan macam-macam lagi. Yang tak tahannya, budak-budak Taekwondo situ bakal grading untuk Black Belt beberapa minggu lagi...oh, ni mengalahkan KID ni..segan-segan.
KID biarkan Lembong melayan perbualan dengan ustaz tu, KID ambil peluang tidur, moga-moga dapat menenangkan hati yang gundah ni...

Akhirnya kami tiba di sekolah yang bakal kami beramah mesra dengan pelajar-pelajarnya. Setelah melihat-lihat keadaan sekeliling, kami dibawa ke tempat aktiviti bakal dijalankan. Saat kaki memijak halaman, saat mata melihat keadaan, mulut terus menyebut,"wahhh!!" kerana kagum akan tempat penginapan kami dan juga tempat aktiviti...banglo 2 tingkat, kolam renang yang luas, air-cond 24 jam...takjub seketika.
Setelah melawat tempat tu, kami pun menyediakan persiapan untuk slot pertama nanti. KID ambil peluang bersembang dengan pelajar-pelajar situ, mencari persamaan, melihat 'common sense', mencari ruang dan peluang. Dalam 15 minit berbual-bual, KID berjaya mencari kekuatan. Debaran hilang, jiwa mulai tenang.alhamdulillah..

Nilah banglo yang disediakan utk program 



Berkesinambungan daripada situ, kami pun memulakan program kepimpinan tersebut. KID malas nak cerita setiap modul, jadi KID ambil mana-mana peristiwa yang KID ingat.
Awal program KID perhatikan para peserta kurang bersemangat, pelbagai andaian dalam kepala KID, mungkin 1. mereka fikir kami kurang berkelayakan untuk memberi ilmu kepada mereka atau 2. memang penyampaian kami kurang menarik perhatian atau 3. mereka telah mengikuti banyak program sebelum ini. Semua andaian KID ni ada alasannya. Masa slot pertama KID pun memang blur habis, macam tak boleh fikir, sampai Una tanya,"Fati, ko ok tak ni?". KID pun tak pasti masa tu ok ke tak..

Dalam slot pertama, KID ambil satu kumpulan untuk dibimbing. Kumpulan yang ok walaupun KID rasa kebanyakan ahli kumpulan tu bukanlah dari kalangan pemegang jawatan dalam organisasi sebab kebanyakan macam tak menonjol. Tak apalah, itu bukan masalah pun.

Malam selepas Maghrib, KID bagi kuliah Maghrib, bukan kuliah pun sebenarnya, KID cuma nak kenalpasti masalah-masalah yang berlaku di sekolah tahfiz. Memang dalam jangkaan, langsung tiada masalah rokok, buli, ke'senior'an dan lain-lain yang teruk. Setakat solat jemaah lewat, tidur masa kuliah, bersembang masa ceramah dan masalah yang boleh dikira kecil, tapi sekecil mana pun masalah tetap tak boleh diabaikan. Ia memerlukan satu usaha berterusan untuk mangubah mereka. KID pun bagilah tips-tips kepimpinan setakat ilmu yang ada, moga-moga berguna untuk mereka.



Aktiviti selepas Isyak iaitu membuat dasar-dasar bagi beberapa biro yang kami fikirkan penting. Ini antara aktiviti utama program. Setelah berbincang dalam setiap kumpulan, para peserta dikehendaki membentangkan dasar-dasar bagi setiap biro. Setiap satu kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing. Kebanyakan pembentang dan pengkritik mengangkat kekaguman KID dan para fasi. Ucapan yang diberi seperti pemimpin negara, tapi KID tidaklah memberi pujian kerana bagi KID yang penting bagi pemimpin ialah soal perbuatan mereka, bukan percakapan. Berapa banyak pemimpin yang hanya beretorik shaja tanpa mampu merealisasikan kata-kata mereka, hanya tahu berteori tanpa mahu membuktikan dan hanya hebat berfalsafah tanpa melaksanakan. Masa nilah Hajar paling banyak mengkritik sampai salah seorang peserta yang merupakan seorang pendebat kata pada KID,"Kak Hajar tu orang debat ye, Bang?".KID balas,"eh taklah, die seorang yang banyak cakap je"(jangan marah ye hajar,hehe). Budak tu kata lagi,"cara die bercakap,,sedap,macam debater". Yeke?

Bile Haikal dah pgang mic

Pengkritik bebas!



Selepas itu, kami buat permainan tutup mata, Saya Si Buta. Cara bermain ialah .....main jelah.haha. malas nak terangkan pasal permainan ni peserta-peserta dah tau pun.hampeh je.penat KID rancang.
Lepas habis permainan tu, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. KID memang dah lama ngantuk, jalan pun longlai, tapi kami tak boleh tidur lagi. Malam tu, sampai pukul 2 lebih kami berbincang untuk aktiviti explorace esok, sangat mengantuk+otak hang+penat, Nizam dah lama jadikan Lembong sebagai bantal....
Setelah tamat perbincangan, KID fasi yang paling awal tidur diikuti dengan Nizam. Yang lain tiba-tiba dapat semangat nak install PES dalam laptop, Zakwan pula dalam kesibukan buat tayangan video..

Kalau kerje kacau orang, bagi kat Kalam


Esoknya, aktiviti explorace berjalan dengan begitu rancak walaupun kami bagai dihimpit dengan masa kerana pihak sekolah meminta kami tamatkan program sebelum solat Jumaat, apakah yang dapat kami buat dalam masa singkat tu? Amna yang paling sibuk masa explorace tu, call sana, call sini, checkpoint ok ke tak.

Ha ni kumpulan pertama! Satu-satunya kump yg brjaye lpas checkpoint ak
haha.makan straw!


Dipendekkan cerita, slot seterusnya kami buat dengan tergesa-gesa, Projek Tip Top. Kami akan perturunkan ilmu tentang prosedur-prosedur kertas kerja, surat rasmi, cara mengendalikan program dan ilmu-ilmu pengurusan yang lain. KID tak sangka kumpulan KID dapat membentangkan hasil yang cukup baik dalam masa lebih kurang setengah jam! Tahniah korang!!
Hasil tolak ansur, kami dapat buat majlis penutup selepas solat Jumaat. Masa tu rasa macam ada sesuatu yang bakal hilang, agak sedihlah juga, rasa macam tak puas, kenapa kami dapat peruntukan masa yang sangat pendek? Tapi, itulah takdir.
Tiba-tiba rasa sedih hilang bila KID kena bagi ucapan selaku PM. Rasa sedih diganti dengan berdebar-debar, sudahlah depan pengetua sekolah, mestilah kena cakap gaya formal. Setibanya tuan pengetua dengan rendah diri dia menolak untuk duduk atas sofa yang disediakan lalu duduk di bawah bersama-sama kami, KID jadi kagum seketika..
Semasa KID bagi ucapan, ikut sedap mulut je, sampai KID nak cerita satu kisah, tiba-tiba semua gelak, sampai sekarang KID tak faham kenapa budak-budak tu gelak? Tapi tak kesahlah, janji mereka mendengar.



Tamatlah perjalanan kami bersama pelajar tahfiz..sebenarnya selama ni, KID banyak ikut program yang pelajar-pelajarnya bermasalah atau biasa-biasa sahaja. Sebab tu kali ni, pengalaman yang KID dapat tu amat berharga bagi seorang amatur dalam mengenali manusia ni. Jujurnya, KID rasa amat bahagia berada dalam kalangan mereka, melihat wajah-wajah mereka menenangkan jiwa..dah lama KID tak duduk dalam kumpulan yang nafas mereka adalah nafas perjuangan, denyut nadi mereka adalah denyutan Al-Quran dan degupan jantung mereka adalah ibadah kepada Allah.

Perjalanan balik kami penuh cabaran,haha,tiket bas dah habislah, kepenatan duduk berhimpit-himpitlah dan macam-macam lagi. Yang penting KID bahagia dapat bersama pelajar hafiz dan kawan-kawan sekolah! Rindunya asrama dulu...

Saturday 19 November 2011

Rahsia Di Sebalik Jisim

Kali ni KID nak kongsi sesuatu yang KID rasa memang menarik, jadi baca dengan teliti..

Bersumberkan daripada buku Harun Yahya 'Timelessness.What Is Fate?' yang KID pun tak paham secara keseluruhannya oleh kerana English dia terlalu English tapi KID pemahaman KID bertambah hasil tontonan video Rahsia Di Sebalik Jisim yang KID beli CD tu zaman dulu-dulu melalui Smartshop..haha.Ingat lagi tak Smartshop? Selalu keluar masa iklan, sekarang tak ada dah rasanya, jual vakum la, alat kuruskan badanlah..macam-macam~

Berbalik kepada tajuk tadi, seperti yang kita semua ketahui, apa yang kita rasa melalui penglihatan, sentuhan, bauan, pendengaran dan rasaan lidah semuanya akan pergi ke otak, diterjemah di otak, barulah kita merasai semua yang terkena pancaindera kita. Cuba kita bayangkan, kalau sel saraf yang membawa semua maklumat tu ke otak putus atau rosak, maka kita tak akan dapat merasai lagi jisim atau benda di sekeliling kita. Betul tak?

Bagi deria penglihatan, semua yang dihantar daripada mata akan tiba di satu kawasan dalam otak yang hanya berukuran beberapa sentimeter sahaja..tak kiralah betapa besar pemandangan yang kita lihat di sekeliling kita, ia akan disimpan di satu kawasan dalam otak yang beberapa cm sahaja ukurannya.
Otak juga berkeadaan gelap walaupun kita melihat api yang marak membakar, hakikatnya api itu berada dalam otak kita yang gelap dan ia tak akan menerangi otak itu kerana apa yang kita lihat adalah arus elektrik dalam otak sahaja.
Jadi boleh dibuat kesimpulan di sini, apa-apa yang kita lihat, benda yang kita lihat sama ada binatang, tumbuhan atau barang seharian, adalah persepsi kita sahaja, mereka semua tak pernah dapat dipastikan kebenaran kewujudan mereka, entah wujud atau tak, semua tu diluar kemampuan kita kerana kita hanya menggunakan deria kita yang lima ini untuk mengetahui alam ni, sedangkan deria yang lima ini berpusat di otak, jika otak di'tipu', kita akan menerimanya bulat-bulat.

Eh betul ke ni??

Tak percaya lagi? Jom tengok contoh ni, bayangkan kita sedang tidur dan bermimpi, peristiwa yang berlaku dalam mimpi akan di firkan benar-benar berlaku pada kita, kita nampak kaki dan tangan kita menyentuh dan bergerak seakan benar-benar berlaku. Contohnya, kita sedang makan KFC, tangan kita mengambil ayam tu, lidah kita yang merasa kelazatannya, mata kita yang melihat ayam tu, maka kita akan berasa perkara itu benar-benar berlaku! Padahal setelah kita bangun tidur, kita akan tersedar dan berkata,"oh mimpi rupanya"...
Jadi, apa beza mimpi dengan kehidupan yang sebenar?

Hakikatnya kita bangun daripada mimpi yang pendek kepada mimpi yang panjang (kehidupan seharian)!

Jadi, tak boleh disangkal lagi bahawa segala yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya hanya berkitar dalam otak kita sahaja! Benda-benda di sekeliling kita hanyalah PERSEPSI kita sahaja yang tak pernah dapat dipastikan betul-betul kewujudannya.

Maka, itulah hujah yang kita memang akan disedarkan daripada mimpi kehidupan ini kepada alam yang hakiki kerana pada masa itu kita tak lagi menggunakan otak untuk mengetahui alam sekeliling..di sana baru kita tahu selama ni kita bermimpi sahaja. Dalam Quran pun dah sebut,"dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesukaan yang menipu".

Eh jap2! Tadi kata yang melihat, mendengar, merasa, menghidu..semua tu otak. Jadi siapa yang beremosi, gembira, sedih..yang membezakan baik dan buruk..yang berkasih sayang? Sedangkan otak tiada fungsi-fungsi tu?

Soalan yang bagus!

Otak hanya terdiri daripada lipid, protein, fats dan lain-lain komponen yang tak ada fungsi untuk beremosi. Maka, yang berfikir itulah roh kita, yang diberikan akal untuk semua tu, emosi, bezakan baik buruk dan lain-lain..itulah roh dan itulah KITA sebenarnya! Hakikat roh yang ilmunya ada pada Allah, untuk kita hanya sedikit Allah bagi. Haiwan pun mempunyai otak tapi mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir, tapi manusia bukan hanya diberi otak, manusia juga mendapat akal.

Kesimpulannya, apa-apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya hanya berlaku dalam otak kita sahaja, alam yang hakiki atau benar hanyalah alam selepas kematian kita atau dengan kata lain selepas kita bangkit dari mimpi ini..

Sains telah membuktikan!

(kalau tak paham sangat, cubalah rujuk karya-karya Harun Yahya, KID pun tak tau sangat nak terangkan)

Tuesday 8 November 2011

Batu Belah Batu Bertangkup

Alkisah, kisah bermula di sebuah kampung yang aman damai, sunyi sepi...
 Di hujung kampung tersebut, terletak sebuah pondok buruk, tiangnya senget sebelah akibat kontraktor makan rasuah, maka dikurangkan bajet untuk pembinaan tiang itu.

Suasana dalam pondok itu riuh rendah dengan suara-suara penghuninya, akhbar Berita Hairan? telah melakukan pengintipan sensasi ke dalam pondok tersebut..mari ikuti intipan mereka..

"Esh akak masak ape tu? Baunya dah sampai thorax cavity Inpin dah,,nyam2!" kata Inpin sambil lehernya dipanjangkan menjenguk kuali 'stainless steel' kepunyaan ibunya. "Tadi mak suruh gorengkan ikan tembakul, guna Maggi Cukup Rasa ni, biar meleleh air liur jiran-jiran yang terhidu akak masak ni", jelas kakak sambil mengelap peluh di dahi.
"Oh, kejam juga ya akak ni, jiran-jiran dah bau makanan patutnye kena bagilah sikit",komen Inpin. Akak terdiam kemudian menyambung,"oh dalam hal ni kite ade rukhsah (keringanan) nak buat macam ni, Inpin ape tau, akak lepasan Asasi UIA tau tak?"
Inilah ikan tembakul,aku taktau betul ke tak


Inpin tak berkata apa-apa lagi lalu pergi menyambung kerjanya iaitu menghabiskan perlawanan Dota di komputer riba akaknya. Sejam berlalu...

"Inpin! Meh sini makan tengah hari. Akak dah siap masak ni ha!",Laung akak dari dapur. Inpin pergi sejurus laptopnya telah memaparkan 'The Sentinel has won!".

"Wah, akak! Sedapnya lauk hari ni!"Inpin berkata dalam keterujaannya melihat ikan tembakul bersama sayur kerabu dan sambal tempoyak. "Eh mane mak? Marilah ajak mak makan sekali!"tanya Inpin. Akak menjawab,"Mak ada kat tepi sungai, nak periksa jaring ikan katanya, mak suruh kita makan dulu".

Apabila Inpin mendengar kata Akaknya, Inpin terus mengambil 2 ekor ikan tembakul bersama sesudu tempoyak. Akak terkejut lalu berkata,"eh, ambik 1 je ikan tu! Mak nak makan ape nanti?"
Inpin menjawab sambil meratah ikan goreng,"Ala, mak kan kat sungai tu. Mestilah mak tangkap lagi ikan
tu". Akak dengan wajah merah padam berkata,"Hei, kau belajar kat mane ikan tembakul ade kat sungai? Akak ambik kos Farmasi kat UIA, akak tau r". Inpin menjawab sambil tangannya rakus mengambil ikan yang kedua,"kecoh..pandai-pandailah emak nak carik kat mane nanti".

Sambil 2 beradik tu sedang bertekak, emak mereka berdiri di depan pintu dengan wajah yang sugul melihat mereka sambil bergenang air mata. Akak terlihat emak, tiba-tiba menjadi gelisah. Spontan akak berkata,"err..mak dengar ke ape yang kami katakan..?". Emak menjawab dengan tersedu-sedan,"sudahlah, kau orang makanlah puas-puas, biarlah emak mati kebuluran!". Akak pantas menjawab," Mak! Jangan cakap macam tu mak! Akak sayang mak..ambillah ikan akak ni". Akak menghulurkan ikan tembakulnya yang tinggal tulang.. Inpin:err...    Akak: Eh tak perasan dah habis...

Mak menyambung lagi,"ah sudahlah! Biar emak pergi..". Mak sudah bersiap turun ke rumah. Akak dan Inpin mengejar. Walaupun begitu, emak lebih pantas, tanpa menyarungkan selipar, emak berlari berkaki ayam ke hujung hutan.

Inpin cuak, mukanya berpeluh,"Akak, kat situlah tempat batu belah batu bertangkup yang makan orang tu! Akak, cepat selamatkan mak kite!". Akak terus mencari sesuatu di dalam rumah. Inpin bertanya dengan nada tak puas hati," Akak cari ape lagi tu?!". Setelah menemui tudungnya barulah akak keluar rumah sambil termengah-mengah berkata,"berdosa hukumnya orang perempuan mendedahkan aurat,dik!".

Mereka berdua bergegas berlari ke dalam hutan mengikut jejak mak mereka. Duri yang mencalarkan kulit tidak lagi dihiraukan, jatuh tersembam akar pokok pun dibiarkan, tujuannya hanya 1, menyelamatkan mak mereka daripada ditelan batu belah!
Hutan yang 2 beradik tu lari, berjaya dijejak wartawan Berita Hairan?



Inpin menangis sambil berlari,"mak, maafkan Inpin mak...Inpin derhaka! Inpin janji tak buat lagi..Inpin sayang mak!". Akak terus berlari tanpa mampu berkata apa-apa. Dihurung kerisauan, pelbagai bayangan muncul di kepala. Semoga Emak diselamatkan..!

Tiba-tiba, mereka sampai di satu lokasi yang asing lagi aneh. Kelihatan sebuah batu besar di hadapan mereka. Akak mendongak tinggi untuk melihat ketinggian batu tersebut. Inpin sudah gelisah, dia berjalan sekitar batu itu mencari sesuatu. "Akak, inilah batu yang orang heboh-hebohkan tu! Tak sangka ia wujud..",ujar Inpin. Akak berkata,"ah pedulikan batu ni! Mari cari mak sebelum hari gelap". Inpin terduduk sambil berkata dengan nada putus asa,"tak guna lagi kak, mak dah ditelan dek batu ni! Mak dah MATI!". Kemudian, Inpin meraung sekuat-kuat hatinya. Burung-burung hutan berterbangan, daun jatuh berguguran.

"Tak mungkin..",akak menggumam sendirian.

Inpin tertunduk lesu. Hutan sepi bagai tidak berpenghuni. Haiwan-haiwan bagai menangisi pemergian ibu mereka..


Tiba-tiba, mak mereka muncul di sebalik semak berhampiran! Mereka terkejut bukan kepalang. Inpin berteriak,"mak hidup lagi?!" Sepantas kilat mak menampar mulut Inpin lalu berkata,"amboi, sesedap rasa je kate mak dah meninggal!". Inpin mengaduh kesakitan sambil memegang bibirnya. "Penat mak cari kau orang berdua, sampai sini rupanya kau orang berjalan".
"Kami cari mak tadi",kata akak. "La, takkanlah mak nak pergi masuk hutan belukar ni. Buang masa je, baik mak tengok Drama Korea,"jawab mak. Akak menyambung,"Inpin ni kata mak nak pergi bunuh diri ditelan batu belah ni!". Mak beristighfar dan berkata,"esh, kan berdosa bunuh diri tu..tak baik tau! Tak belajar PSI ke ape hukum bunuh diri?". Inpin terkesima sebentar.

Mereka pun berjalan keluar dari hutan bersama-sama. Tiba-tiba emak mengeluarkan sesuatu daripada plastik yang dibawanya,"ni ha, tadi Makcik Rosmah bagi mak telur ikan tembakul, die tak makan, allergic katanya". Akak tergelak sambil memandang Inpin yang sudah kemerah-merahan mukanya.

TAMAT!

Tuesday 1 November 2011

Pengalaman Bekerja!

Cuti semester KID bermula dan insyaAllah akan berakhir dalam jarak 3 bulan lagi. 2 minggu KID duduk rumah, kebosanan mula menghantui, buntu...apa nak dibuat ye? Inilah akibat cuti lama sangat..

Jadi, KID keluar rumah cari kerja walaupun Umi kata tak payahlah cari kerja, buat penat je.
Hari pertama, segan rupanya nak minta-minta kerja ni. Kedai makan, kedai racun, semua KID dah pergi.
Hari kedua, kedai yang jual 'fishball', ketam bola dan lain-lain. Stesen minyak pun pergi tanya gak.
Hari ketiga,huh, rutin macam biasa, duduk rumah..kerja semua dah tanya, takde pun..
Hari keempat, tiba-tiba stesen minyak Caltex tu call KID, tanya masih nak kerja ke tak. KID pun pergilah interview..nak dipendekkan cerita, dapatlah jadi pengepam minyak sepenuh masa di Caltex.

hiasan je..


             KID malaslah nak cerita keadaan setiap hari bekerja. KID nak bawa pengalaman-pengalaman yang agak menarik untuk disantap dan dijamah oleh pengembara-pengembara di blog ni. Masa awal-awal kerja memang cuak sikitlah dengan bosnya, perempuan dan yang tak bestnye dia tak pakai tudung..garang betul dia, kata-kata sepedas cili, KID memang malas kalau nak bertembung dengan dia, terasa aura tu. Ada 1 hari tu, ramai betul orang isi minyak, duit baki pula tak cukup, KID pergilah tukar duit RM100. Dalam beberapa minit, dah habis lagi duit kecil, kali kedua tukar ni, kena marah pula, 

 "Ni sebenarnya sape yang nak tukar duit ni?!"
                                         
"Saya, kak",KID jawab.

Akak tu dengan muka bengang, tinggalkan facebook dia, selongkar laci lalu campak duit tukar kecik atas meja,

"Lepas ni kalau nak tukar duit, tukar banyak-banyak sekaligus. Jangan nak menyusahkan saya!"

"OK, kak,\. Terima kasih",KID jawab sambil rasa nak sepak muka dia masa tu gak tapi fikir balik, dia pun orang tua, patut hormatlah kan..

Dari sehari ke sehari banyak juga pengalaman yang KID tempuh, baru tau susahnya cari duit, selama 2-3ringgit tu tak macam duit pun, tak kesah langsung, sekarang rasa amat berharga dek kerana susahnya nak cari duit.

KID kerja syif malam kecuali hari Ahad pasal petang tu ada Taekwondo..syif malam ada seorang pakcik tua dan seorang kakak. Pakcik a.k.a. Wak, dah kerja situ selama 6 tahun! Wah, setia betul ye dia..
Satu hari aku sembang dengan Wak,"Wak tak bosan ke kerja sini? Dah lama dah Wak kerja sini kan?". Umur pun dah mencecah 60 tahun, baik beramal ibadat, fikirku. Wak jawab," Nak buat macam mane, Wak pun takde kebun nak jadi sumber pendapatan, nilah je kerja Wak".

Kakak yang kerja syif malam tu pula, pagi dia jadi orang gaji di rumah orang, petang dia kerja di stesen minyak. Satu hari, KID sembang ngan dia,"Akak tak penat ke pagi kerja, malam kerja?" KID fikir, baik akak tu duduk rumah didik anak dia jadi 'orang' daripada dia cari duit. Akak tu jawab," Nak tambah rezeki, kenalah kerja".

            Banyak juga KID bersembang dengan pekerja-pekerja lama di situ dan banyak buka pemikiran KID selama bekerja. Rupanya wujud juga orang yang menjadikan kerja pam minyak sebagai kerja tetap, KID memang tak sangka selama ni dek kerana asyik bergaul dengan orang-orang yang 'senang' sehingga KID lupa ada yang susah diluar sana.. Berapa sangatlah gaji pam minyak tu nak tanggung anak isteri, sekadar lontaran fikiran, kalau mereka tu tabah dengan kehidupan yang begitu, di mana kita yang berduit, senang, ada pelajaran dan keluarga bahagia tetapi asyik mengeluh dan mengeluh tentang nasib seharian..

Apabila syif pagi, KID kerja dengan remaja-remaja, kira masuklah bergaul dengan diorang, takdelah bosan sangat bekerja. Masuk air jugak budak-budak tu. Semua dalam lingkungan 20-30 tahun, kira KID paling mudalah.hehe. Ada satu hari tu, kami kena bebel dengan bos pasal masalah nak pergi kursus, masa tu lawak gila, bos yang garang tu, membebel2, abang yang sorang tu dengan tenangnya main game kat handset die! Haha. KID memang nak tergelak sakan masa tu tapi KID tahan je.

Game ni r yg abg tu maen.haha

Masa tu KID terfikir,"aku ni baran sangatlah, asyik fikir negatif je bila kena apa2. Sedangkan abang tu tak amek kesah pun kena marah ke ape ke". KID memang panas baran, bukan sedikit tapi banyak, lagi terserlah masa jawatan EXCO disiplin merangkap naib ketua pelajar dulu, semua orang nak dimarahnya, yang kena pumping dah berapa banyak entah..yang kena terajang lagi..entahlah.

Ada satu hari tu, orang datang nak isi minyak, KID tanyalah nak isi berapa, sekadar berbudi bahasa, sebaliknya pakcik tu renung KID macam nak makan KID, punyalah tajam! Dia herdik tapi KID je yang dengar,"sabarlah dulu! Tangki pun tak tengok lagi ni!!". Tak tanya nanti kata, tak bagi layanan, tanya kena marah.

ni ok lagi,,cume tambah misai bercabang 2 j,

KID pelik, manalah budi bahasa orang Melayu kita, senyuman punyalah mahal mengalahkan harga syiling emas, muka nak ketat je..hei. Tapi segelintir je orang macam tu, masih ramai lagi yang berbudi bahasa di luar sana.

Kalau kerja syif malam ni sampai pukul 11 malam tapi kena kira duit lagi, jadi dalam 11.30 baru boleh balik. Sekarang musim hujan, kadang-kadang selepas Asar hujan dah memunculkan diri..memang kesejukanlah jaga pam minyak tu, menggigil-menggigil kadang-kadang, sudahlah bumbung tempat KID duduk tu bocor, memang kena hujanlah.hehe.nasib2..masa-masa macam tu paling sesuai nak muhasabah diri, selama ni kalau hujan macam ni dah melingkar dah atas katil, untunglah bagi yang ada rumah, ada bumbung, hujan panas tak kena, pun begitu, masih ramai yang tak bersyukur..bukan sedikit yang berbumbung itu tak bersyukur.

Ah nampak mengharukan..


              Ada 1 hari tu, seorang pekerja situ sibuk nak jual handset dia, dia nak tukar Blackberry katanya. Ke hulu ke hilir tanya nak beli handset tak. Kalau tolak di kedai, dapat harga rendah je, tu yang jual dengan kawan tu. Dari situ KID terfikir, apa peliknya budak ni? Gaji sebulan tak sampai rm600 pun, tapi nak beli handset mengalahkan gaji 2bulan, sarapan pagi pun tak lepas, ada hati nak pakai handset mahal..cubalah ukur kemampuan diri. Duit simpan buat sambung belajar ke, tak adalah jadi pekerja pam minyak sampai akhir hayat..

Haha!! Pam r minyak sampai tue ye, rakyat jelata!

Banyak lagi sebenarnya pengalaman yang ditimba walaupun kerja yang tak dipandang orang tapi ada nilai di situ. Akhir kata, paling penting bagi KID, cuti ni tak adalah asyik berselimut dalam zon selesa di rumah, bukan nak sangat duit gaji tu, tapi sekadar mengajak diri keluar dari zon selesa.


Monday 10 October 2011

Semakin berpecah, runtuhlah kita.

"Seni bela diri ni menjadikan kita cerdik sebenarnya, pasal kite kene pikir dan bace ape yang musuh akan buat selepas ni dan tahu care nak atasinya".



Diam sebentar..

"Dulu, murid saye ade lebih 1000 orang...tapi sekarang tak sampai 40 orang pun..
dulu kite grading(naik tali pinggang), kite boleh buat kat semua dewan Sabak Bernam ni, tu Dewan 'roti' dan macam-macam lagilah...tapi sekarang bile dengar je name saye nak tempah dewan, kena block..."

"Kamu tau ni sume kerja sape? Orang MELAYU sendiri yang buat,,dulu saye guru silat, tapi orang MELAYU kate syiriklah, apelah..sekarang saye main Taekwondo, orang Melayu kate bukan budaye sendiri pulak"

"Sekolah cina semua ada seni bela diri, SJK Sin Min tu sampai ade 3 bela diri"

"Sekolah Melayu ade ape(baca: SMKA)?"

"Sedangkan yang suruh kite kuat ni ISLAM, cube beritahu saye sahabat Nabi yang mane taktau main pedang?Khalid tu pedang Allah,, Khaula', perempuan yang cari abangnya  di medan peperangan, telah mencantas kepala-kepala askar Rom sehingga dikagumi Khalid sendiri"


"Saye pernah pergi perhimpunan bela diri kebangsaan, 90% yang hadir orang Cina dan India, bakinya orang Melayu"

"Tapi takpelah, orang MElayu kita hebat-hebat, tak takut pun badan hancur kena langgar lori, meragut orang sampai kena belasah tak cuak pun,,yang jadi 'pengawal keselamatan' di kaki lima shopping complex pun orang Melayu"



................................................................................................

               Itulah antara luahan seorang guru yang ingin berjasa kepada umat Islam di Malaysia ni tapi dikekang oleh bangsanya sendiri yang seagama. Sehingga pernah dituduh ingin membuat provokosi dengan mengajar seni bela diri kepada anak-anak muda. Sejak tingkatan 2 aku belajar dengannya, tak pernah kudengar beliau ingin membuat rusuhan atau mengacau sentimen perkauman. Apa yang kudengar diluah adalah isu Palestin, Afghanistan, Iraq, sikap orang Melayu, sikap bangsa Cina yang wajar dicontohi dan kepentingan menjadi orang Islam yang kuat.

              Hasad dengki orang Melayu memang dah berakar kuat dalam diri sehingga membuah hasil yang menyusahkan orang yang ingin berjasa untuk memetik hasil di akhirat nanti. Bacalah serba sedikit sejarah kita, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Melaka 1511 dan lain-lain. 

              Sekadar berkongsi rasa hati, wahai sahabat-sahabatku remaja Islam, mari kita membentuk budaya baru yang lebih bersih dan suci tanpa hasad dan jatuh-menjatuhkan. Sudah-sudahlah bertengkar menegakkan fahaman, jemaah, pemikiran, awek dan pendapat masing-masing. Carilah persamaan kita, perbezaan kita sedikit sebenarnya tapi itu yang dicari.

             Orang kafir, terutamanya di MAlaysia ni, semakin hari semakin maju, membina ekonomi dan ideologi. Sedangkan orang Islam, semakin hari semakin jatuh, tiada jati diri, tiada ideologi(pemikiran/fikrah) yang jelas, sehinggakan begitu mudah mengikut arus, ditunjuk ke kiri, ke kirilah...

macam lalang, ditiup kekiri, ikut saje..kekanan pun ikut..


              Ingat, mereka dalam soal menjatuhkan Islam, mereka akan bersatu..
              Bukan aku fanatik politik atau kaum, tapi sekadar melontarkan buah fikiran kepada remaja khususnya, sedarkanlah diri, pedulilah isu terkini, tak kira mahasiswa Sains atau Agama, semua sama sahaja, kerana akidah kita sama..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu link yang agak menarik, tak tahu tahap kesahihannya tapi yang pasti tahap murtad memang meruncing..bukan melemahkan semangat da'ie sekalian tapi membuka mata remaja agar peduli dengan isu semasa.

Sunday 9 October 2011

Kita mulia kerana....

Sahabat,

pernah antara kita terfikir yang kita ni seorang yang mulia?bukanlah mulia sehingga terasa diri seperti raja atau sultan, mahupun pegawai berpangkat tinggi. Namun cukup sekadar kita terasa kita seorang SENIOR yang dihormati junior atau seorang yang PANDAI yang sentiasa menjadi bahan rujukan atau seorang berAGAMA yang disegani atau seorang PEMIMPIN pelajar yang berjasa...cukup sekadar itu.

             Ada satu masa kita duduk-duduk lalu terfikir,"kalaulah aku tak jadi exco mesti hancur bebudak ni","kalaulah aku tak tegur maksiat tu mesti diorang tak berubah","kalaulah aku tak ambik jawatan JPP, mesti tak jalan kerja diorang" dan kalau-kalau yang lain lagi. Kadang-kadang ia terlintas sendiri tanpa kita mahu dan sedar, sedar tak sedar kita membenarkan yang kita MULIA.

            KID sekadar berkongsi rasa hati, membentangkan yang secarik isi..sekadar ingin memberitahu satu kata-kata, bahawa 'kita mulia kerana ALLAH maha bijaksana menyembunyikan AIB kita'..

Ingat ayat tu dan cuba bayangkan jika aib kita terbongkar, isi rahsia kita ditelanjangkan, maksiat kita didedahkan, jahatnya kita ditayang-tayangkan..maka, tiada langsung manusia yang dianggap mulia di dunia ini melainkan nabi-nabi dan para rasul. Siapalah kita ni, sekadar orang awam yang sering gembira bermaksiat bagaikan tiada Tuhan memerhati dari langit...

Sahabat,

            Dekatkanlah hati dengan Allah Yang Esa sehingga kita berasa manisnya cinta Ilahi dan JANGAN sampai kita bermaksiat tapi hati kita berasa senang dengannya,hati kita lunak menghayatinya..jangan2!!
Sekadar membentangkan luahan Imam Syafi'e," Ilmu itu cahaya, ia takkan masuk ke dalam hati yang gelap".

Thursday 6 October 2011

Mukhayyam bersama Kawan 'Baru'


Huh..blog yang dah lama tak disentuh..lap2 sikit.habuk2..ha bersih pun!

Kali ni aku nak kongsi pengalaman bercuti dengan kawan baru, kenapa baru??pasal sebelum ni tak pernah kenal pun tapi boleh bergelak ketawa dan berkongsi gembira bersama-sama.

             Aku habis exam hari jumaat,30.9.2011. Mukhayyam bermula hari Selasa, jadi Sabtu dan Ahad tu memang 'blur' habis, taktau nak buat apa. Budak UIA dah berbondong-bondong angkat beg masing-masing, lagi-lagi budak-budak BIO, habis paper BIO, mak ayah dah tunggu nak bawa balik..

             Hari Isnin kami bertolak keluar UIA ke pejabat IKRAM,PJ. Tidur sana dulu sementara menunggu hari Selasa. Ada beberapa pengisian dibuat di sana selain tidur, makan dan main Galaxy Tab Izzaldin..Kami menunggu penuh sabar untuk ke Pantai Bagan Lalang.


             Hari Selasa bermula perjalanan kami, lepas Zohor kami bertolak. Nampak gaya macam boleh sampai awal tapi rupanya tempat bukannya sejam dua, Maghrib baru kami sampai. Sampai-sampai je, aku terus pergi pantai, orang tengok macam nak menghayati suasana pantai, sebenarnya aku nak hilangkan mamai tidur dalam kereta.Ngantuk2..
Malam tu aktiviti bermula dengan taaruf(berkenal kenalan), bukannya semua yang saling tak kenal mengenal, tapi sebahagian je. Aku jumpa muka-muka baru dalam 3-4 orang daripada 15 orang. Kami taaruf di trpi pantai. Bukan cam muka pun gelap-gelap malam tu.
Lepas habis taaruf, habislah aktiviti malam tu, masuk dorm gelak-gelak. Lawak memang tak tahan. Lagi-lagi lawak Syed, memang spontan habislah. Abang K(naqib yang uruskan mukhayam) dah biasa sangat dengan 'Lawak Syed' ni. Lepas tu, siapa entah yang ajak pergi seafood, aku pun ikut je.cambez. Oleh kerana ni aktiviti yang ditambah oleh kami, jadi tak semua yang ikut, tapi kebanyakan memang ikut. Sampai Seafood, akak pelayan tu terpaksa tunggu lama nak ambil pesanan, sambil pilih sambil gelak-gelak, memang tak terpilihlah.. Helmi tempah Milo Shake, memang semua rasalah.haha. Gembira betul lepas rasa air tu, memang manis dan sedap. Malam esoknya hampir 3/4 yang datang seafood tu tempah Milo Shake! Memang habislah Milo kedai ni, lagi tak tahan, mula-mula Milo yang ditabur melimpah-limpah, tempahan yang akhir-akhir dapat sikit. Memang kena gelaklah kedai ni. Aku tempah Milo sampai 2 gelas!

            Hari Rabu, sepatutnya bangun pukul 5.15pg untuk qiyam, tapi lepak seafood punya pasal, 10 minit sebelum subuh baru bangun.haha. Lepas Subuh ada tazkirah sikit oleh Abang K. Ada sorang dua tersengguk-sengguk masa tazkirah tu..
Oleh kerana aktiviti seterusnya mula pukul 9.30pg, maka macam-macamlah aktiviti pagi tu. Yang paling popular, TIDUR! Abang K dah pesan jangan tidur dan masing-masing sedaya upaya patuh tapi tewas..nampak cam kelakar. Sarapan sampai semua bangun, padahal roti dengan kaya je pun.

Aktiviti seterusnya, pengisian tentang usul 20. Antara kefahaman-kefahaman yang telah Imam Al-Banna gariskan untuk memahami Islam yang syumul ni. Kami dihidangkan yang ringkas, dalam 1 kertas A4. Sebenarnya dalil-dalil mengapa perkara 20 tu wujud ada dalam buku. Dalam membentangkan Usul 20 tu, kami dikehendaki berlakon untuk menyampaikan maksud perkara itu. Aktiviti tu dijalankan sampai petang dan petang tu lah aktiviti pengisian kami yang terakhir. Sekejap je kan pengisian?Tapi matlamat mukhayyam bukan untuk pengisian, lebih kepada ukhuwah sebenarnya..jadi aktiviti bersama-sama banyak dijalankan.

          Untuk BBQ malam tu, aku dan Syafiq(kawan seusrah) dapat tugas potong kobis dan lobak merah. Nasib baik aku ada pengalaman potong memotong ni, kalau tak malu je. Masa basuh sayur tu, kami berdua je. Penat sembang berdua, kami beralih ke tempat peram ayam, memang kecohlah tempat tu. Macam-macam gelak tawa, lada hitam punya berduyun-duyun masuk dalam besen, Mun'im memang pakar bab-bab masak ni. Lepas tu, Syafiq potong sayur, aku masuk mandi.

Aku siap mandi ingatkan dah siap potong sayurnya, rupanya banyak lagi. Aku sambil potong, sembanglah dengan Daeng. Kami tak pernah kenal pun sebelum ni, tapi pasal dia dah lepak dengan aku, takkan nak senyap je. Peh macam-macamlah dia buka cerita, macam dah lama kenal.Yang lain di tepi pantai, buat api untuk BBQ.ramai betul yang buat api, sampai 3 unggun api wujud di tepi pantai.

Malam tu memang masa bersantai-santailah. Aku lepak dengan orang yang tengah panggang ayam, mana tau dapat makan sikit.. Masa tengah gelak-gelak bakar ayam, tiba-tiba ayam jatuh! Haha,,pecah ketawa masing-masing, yang tak tahu menahu tengok-tengok apa yang berlaku. Dah jatuh, nak buat macam mana kan..kutip lah balik, panggang lagi, anggap je tak berlaku apa-apa..haha.

Selepas habis solat Isyak dan Maghrib(jama' ta'khir) di tepi pantai, Abang K bagi ucapan sepatah dua kata, antaranya dia tanya,"kenapa ayam tadi rasa pasir?". Memang gelak sakanlah yang panggang ayam tadi. Ditambah lagi dengan lawak Syed tu..

           Hari Khamis, kami kena check out lepas pukul 12.30. Tapi pukul 11.30 main futsal lagi..haha. Lepas siap-siap kemas barang, masing-masing 'landing' lagi atas katil, malas keluarkan barang. Salah sorang kata,"ala bukan hotel pun, pakcik tu kasi keluar lambat-lambat".. Rasa sayang pula nak tinggalkan kawan-kawan baru kenal ni, dalam masa tak sampai 3 hari kami dah rapat, tiada diskriminasi, tiada hasad dengki..
Ni mase nak balik

Usul 20 di tepi pantai


             Tamat sudah mukhyyam kami, maka bermulalah cuti 2 bulan lebih aku. UIA memang baik hati bagi cuti 2 bulan.terima kasih! Berbalik kepada mukhyam tadi, aku berasa bahagia dan seronok dengan ikhwah(saudara/kawan) IKRAM UIA ni. Pertama kali aku dapat duduk bergembira dengan satu golongan yang kebanyakannya dah 30juz Quran, hafal hadis-hadis, tahu perkembangan semasa dan ambil berat sesama ikhwah tapi dalm masa yang sama, lawak mereka tetap lawak, kata-kata tetap dijaga..

              Bukan seperti apa yang digambarkan dalam tv, orang yang baik itu adalah yang pegang tasbih, pergi mana-mana pakai jubah dan serban, tapi tidak sama sekali macam tu. Itu hanya akan menjauhkan anak muda sekarang dengan Islam. Biarlah mereka nampak wajah Islam yang sebenar. Islam itu memberi kemerdekaan, bukan kongkongan.. Remaja yang sudah mengenal wajah-wajah serba sedikit wajah-wajah Islam rajin-rajinkanlah diri untuk menyumbang, jangan sampai dah tua nanti hanya tunggu mati, termenung apa sumbangan aku untuk ummah?

   

Monday 5 September 2011

Cetusan Kesedaran

Cuti seminggu yang serba serbi indah tapi memenatkan telah pun berlalu. Berlalu juga sambutan aidilfitri yang berjalan selama seminggu. Berlalu juga kenangan indah sahabat handai bertalu-talu. Amat menarik raya kali ni untuk dikongsi bersama...

Memang telah dijangka setiap tahun KID akan beraya bersama keluarga, berziarah sanak saudara dan keluarga. Tu memang biasa.jadi, ape yang luar biasenye oi? Haha..hari raye kedua, orang yang aku tak pernah sangka akan contact aku ajak aku beraya,,keh3.Syahmi a.k.a. mentor. Dalam masa yang sama, Zamer pun ajak aku beraya pasal dia ade dekat kampung. Lama terrsangatt tak jumpe muke budak berdua tu!Satu nikmat Allah bagi.

          Hari Jumaat, KID dengan Akmal, Iqwan, Meon, Hazim dan Bajim,,oh Nasya pun ade gak beraye ke rumah Ustaz Bahar. Oh, ustazku yang tercinta! Rindu nak kena baling kamus lagi.keh3.

Habislah cerita raye..nak cerita, mase kami habis raye rumah Ustaz Bahar, hari dah nak Maghrib. Jadi, macam mane Iqwan dan Akmal tu nak balik? Diorang suruh KID hantar balik ke Klang. OH,,no2!! Mak tak kasi. Jadi, bincang punye bincang. Akmal nak tidur kat rumah NIzam dan Iqwan tidur kat rumah KID. Yes!! Iqwan, lame aku tak sembang ngan ko!!

Nak dijadikan cerita, habis raye jumaat malam sabtu tu dalam pukul 11, KID bersembang ngan Iqwan. Terlalu banyak cerita pengalaman ilmu dia bagi, insaf menjalar di hati. Iqwan cerita pengalaman dia belajar STAM, jadi driver orang kanan HArussani,mufti Perak, bagaimana orang keluarkan fatwa, kehidupan tarbiyah di Ipoh dan betapa berleluasanya Syiah kat Malaysia sekarang ni. Nasihat-nasihat Iqwan terbuku lagi di hati ni, rase sayang pulak nak bagi Iqwan balik. "umat perlukan kite, kite kene 'graduate' sebelum graduate sijil","masyarakat membangun jika remajanya membvangun","hidupkan hati fathiy, tarbiyah diri".

Tiba-tiba KID terkenangkan hidup KID di SLISS dulu. Hampir setiap hari KID menadah nasihat daripada Iqwan, Izwan, Rashid, Sofiyuddin, Fahim dan sahabat-sahabat seperjuangan (moge2 Allah bagi aku satu perjuangan ngan diorang). KID salah, ade yang menegur, KID putus asa, ade  pemberi semangat, KID jahil, ade yang beri ilmu...

         Tapi sekarang KID kat CFS IIUM, KID tak kenal siapa itu dan ini. Siapa pemberi semangat KID tak tahu. Kadang-kadang terkapai sendirian, hmm..rindunya sahabat-sahabat dulu. Indahnya ukhuwah,,semoga KID terus dalam perjuangan. Kehadiran Iqwan di hari raya membuatkan hati tersentak, oh betapa perlunya aku seorang sahabat yang memahami aku, bergelak ketawa di samping nasihat yang berguna, menambah ilmu iman di dada. Memujuk apabila ku resah, mengajakku kepada Ilahi tika ku hilang cahaya..


                 

Friday 26 August 2011

Bahasa itu SENI

"Ntah ape-ape la buku ko ni fati"

"ha?Asal ngan buku aku?"

"Tajuk bukunye mengarut je ak tengok"

"Mengarut??Yang mane satu?"

"Ala, yang tu ha.'Secangkir teh pengubat letih' la,,'Rindu bau pohon tin' la"

"Ler bro, kalau sesetengah orang, bile letih, die akan minum teh, manggambarkan simbolik bagi penyelesaian masalah-masalah la..minum teh gune ape?"

"mesti la cawan"

"Ha! Cangkir tu cawan la, cawan yang ade tangkai dan kecik sikit dari cawan biase"

"oh, macam tu."

"Rindu pohon tin tu pulak, pokok tin selalu tumbuh kat mane?"

"hmm,,kat negare2 arab la"

"ha! tu dia. Maksudnya, penulis nak bagitau, die rindu dekat salah satu negara arab tu, yang mungkin ade nostalgia kat sane.."

...........................................................................................................................................................
               Bahasa itu kebanggaan bagi setiap bangsa, bahasa tu yang menggambarkan budi bicara, bahasa juga menjadi pambakar semangat, bahasa juga pelembut hati, bahasa berkias menjadi tempat berfikir, bahasa ancaman menjadi garisan sempadan.



               Begitulah indahnya bahasa, ianya adalah seni! Rugi bagi yang tak memahami bahasa ni kerana ia menghaluskan jiwa, mengkritiskan minda. Sejarah Melayu banyak membuktikan bahwa bangsa ni mempunyai bahasa-bahasa yang mendidik, orang kita pernah dihujani kiasan, dihiasi peringatan, diselubungi resam dan ditajamkan minda. Inilah salah satu kebanggaan kita apabila bahasa kita pernah dijadikan bahasa pengantar (lingua franca) suatu mase dulu.



              Bukan bermaksud kita kene berpantun atau bersajak bila brjumpe, ini memang hakikat bahawa bahasa itu berubah mengikut zaman, tapi ingat generasi yang baik akan melahirkan BAHASA yang baik. Kita memang tak akan tergelak dengan lawak orang-orang dulu kerana zaman kita dah berubah, tapi itu tak bermakna kita melupakan bahasa kita. 

             Apabila kita mendalami bahasa, kita akan mampu meluahkan isi hati menerusi untaian-untaian puisi, itu lebih melegakan berbanding kita menulis tanpa ade kiasan atau lapisan-lapisan bahasa. Kita juga boleh memahami blog-blog atau artikel-artikel atau nasihat daripada para guru atau ulama atau pemerintah kerana kita dapat menyelami sedalam-dalamnya erti tersirat yang tersembunyi dibalik kata-kata mereka.

             Keadaan sekarang memang terlampau banyak bahasa yang di'import' ke dalam Bahasa Melayu. Nak contoh? Banyak! Situasi=situation,sedangkan kita ade perkataan "keadaan", toleransi=tolerant, kite ade "tolak ansur", revolusi=revolution, integriti=integration dan lain-lain lagi. 

            Satu mase dulu, tulisan kite adalah tulisan jawi tapi dek kerana kekacauan minda orang-orang yang bertanggungjawab telah menghapuskan tulisan ni lalu digantikan dengan tulisan rumi. Sedangkan tulisan jawi itu lebih mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, lebih mudah kita mengenal 'alif, ba, ta,..'. Malaysia ini agak beruntung kerana ade usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan jawi kita, tapi Turki kurang bernasib baik, dek kerana sekular yang kuat di sana, maka cucu pun sudah tak dapat membaca tulisan datuknya, inilah bakal memutuskan hubungan antara generasi! Begitulah yang dinyatakan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Secangkir Teh Pengubat Letih'.



            Maka, KID nak mengajak kita mendalami bahasa kita, kaji sedikit sebanyak asal usul kita, Melayu 1 rumpun yang luas tapi kita dipecahkan penjajah laknat dan mem'buli' sahabat kita di Selatan Thailand. Bukan tujuan KID menulis untuk membanggakan Melayu lebih daripada Islam, tetapi ini hakikat apabila kita dapat tahu kegemilangan Melayu, ada ISLAM di dalamnya! Benar Umar berkata ketika dia membuka Baitul Maqdis,"Kita adalah bangsa yang dimuliakan dengan ISLAM, maka celakalah bagi yang mencari kemuliaan selain daripada ISLAM". Nah, hari ini kata-kata itu terbukti kebenarannya, tidakkah kamu berasa bahwa bangsa kita diambang kecelakaan? Jika terus begini, Allah akan beri kepimpinan Islam yang kita pegang kepada bangsa yang lebih layak untuk memakmurkan Islam.

           


Friday 19 August 2011

Marah?

Perkataan yang selalu didengari, tak asing langsung bagi kita. Nak definisi marah ke?mungkin tak perlu, benda mudah pun dah bagi erti ke?skema betul.huhu.

Banyak sebab marah ni boleh memancar dalam diri bak gunung berapi yang meletus-letus tak nak berhenti. Kadang-kadang kita berebut keropok ikan dengan kawan sebilik, terpakai kemeja orang, terlanggar orang di kafe, tercabut bulu kucing dan macam-macam lagi punca marah ni. Maka, kesannya mungkin bermasam muka, tengok pun tak mahu, apatah lagi ambil tahu, masing-masing mula tak peduli, hati jadi benci dan bagi seorang yang punya hati yang suci mungkin akan gelisah, dalm masa yang sama ego menguasai diri, jadi tak dapatlah konklusi.


           Setiap orang memang pernah melalui situasi2 yang menyebabkan marah ni timbul, senang cerita, marah ni macam cancer cell, bila ada carcinogen (bahan2 yang menyebabkan kanser), maka akan ter'jaga'lah cancer cell tu. Begitulah marah, apabila kita melalui situasi yang tidak disenangi ataupun benci, kita akan MARAH! Setiap orang berbeza situasi marahnya, kalau student, dia akan marak apabila assignment yang dibuat sampai pukul 4 pagi kena delete oleh kawan sebilik yang marah pasal tak bagi pinjam laptop, kalau kekasih, dia akan marah kalau pasangannya tak angkat 'call' dia, kalau orang Islam, marah dia adalah pada perkara-perkara yang dibenci Allah..begitulah, marah dibezakan dengan sifat masing2.



          KID terkilan apabila seorang sahabat A sanggup menyalahkan, memperli sahabat B semata-mata tak membalas jasa dia. Maka, akan terkeluarlah kata-kata,"aku ingat lagi, dulu kalau orang tu susah, kite yang terhegeh-hegeh tolong, sekarang dah senang mintak tolong sikit pun kira gune kalkulator","call pun tak angkat, biawak punye budak!","ko dah masuk U lupe kat aku ye, yela orang tak kenang jase" dan pelbagai lagi ayat yang memanaskan telinga. Sudah itulah lumrah dunia, kebanyakan manusia memang tak tahu berterima kasih, itu memang masalah, tapi masalah lagi besar ialah orang yang berjasa terlalu mengharapkan jasanya dibalas padahal kerana apa jasa-jasa itu diberi?bukankah segala pertolongan itu mesti ikhlas kerana Allah,,jika semuanya ikhlas, maka kita tak 'heran' langsung kalau orang tu nak balas ke tak. Hal individu masing2, tapi KID ulangi lagi, tak balas jasa memang tak malu!



           Begitulah marah yang tak dikawal, masa marah, semua orang salah, diri sendri sahaja yang betul. Bukan KID cakap kosong bagai tin kosong pabila diketuk' kelentang kelentong',,tapi inilah pengalaman tika diri dikuasai nafsu amarah dulu, semuanya salah.



           Jadi, mesejnya, marilah kita sama-sama berlapang dada sesama manusia, benda kecik macam tak angkat call tak perlulah dijadikan punca, betapa tak matangnya kalau benda kecik nak diperbesarkan, dihebah2kan tak tentu hala. Terus berbaik sangka, kerana itu ubat hati apabila buruk sangka menjelma. KID bagi contoh, naqib KID aabila ada anak-anak buah dia tak datang usrah, dia kate,"mesti diorang ade kerje tu, maklumlah student, mesti bizi". Padahal dia sudah sedia maklum, student asasi UIA yang 2 tahun ni, busy mane pun sempat lagi main dota, Counter Strike. Sempat lagi jalan-jalan kat Mid, tengok wayang, main boling. Tapi atas dasar husnu zhan (baik sangka), hati jadi tenang, tiada dendam.



Pesan KID: Jangan marah itu dipamerkan, takut nampak kejahilan diri.