Thursday 29 December 2011

Ramai Lagi Yang Perlu Disantuni Rupanya..

Dalam menghabiskan sisa-sisa cuti yang berbaki beberapa meter perjalanan ni, KID terfikir sesuatu.memang banyak waktu KID berfikir cuti ni, lagi-lagi berfikir dengan bantal.huhu.(malu tertunduk sambil garu2 kepala).
Hampir berbelas-belas program KID sertai, ada yang terkeluar dari biasa, ada yang biasa-biasa. Setiap program ada yang menusuk hati, ada juga yang tertusuk mata sampai terpejam masa program..err..

Baru-baru ni KID ada 'join' Kem Sahabat Masjid, antara yang mengujakan ialah kategori umur peserta dalam lingkungan 17-20 tahun.huk2! Saya pun 18, macam manalah nak pimpin orang-orang tua ni.. KID pun terkesima masa dapat tu, antara nak pergi ke tak nak..dalam 21 saat fikir, KID pergi je. Mana tau ada yang tak pernah KID rasa kali ni.

Hari Sabtu program mula, kali ni kebanyakannya masjid yang uruskan, pendaftaran, makanan, pengangkutan dan ..Ice Breaking..?? Menjadi masalah juga apabila bukan fasi yang uruskan Ice Breaking.. Yang apekejadahnya masa Ice Breaking tu fasi pun kena 'breaking' dengan peserta, sama-samalah jadi peserta, dahlah masing-masing lagi tinggi daripada KID..uhh, macam dah kena psiko awal.
Masa pembahagian kumpulan lagi lawak, peserta lelaki dibahagikan ikut kiraan nombor je, macam kawad lah..dan KID pun taktau kebetulan atau disengajakan, KID dapat kumpulan yang otai sikit..err(sambil picit2 kepala)..
Cabaran (KID tak suka sebut masalah) bermula apabila nak tentukan nama kumpulan dan ketua kumpulan, alahai..lemah longlaiku dibuatnya, sebut jelah nama kumpulan, takkan aku yang kena bagi semua..kumpulan KID diam seribu bahasa sambil pandang-pandang kiri kanan. Dah 5 minit KID cakap sorang-sorang, KID lantiklah seorang ketua kumpulan, akhirnya dia dah diberi tanggungjawab, barulah dia mula menyuarakan pendapat. Maka, pelajaran pertama untuk LDK, lantiklah ketua kumpulan dulu daripada kalangan mereka sebelum membuat apa-apa aktiviti.


Selesai sesi Ice Breaking, Kalam gelak-gelak, "haha,ko dapat kumpulan otai..huhu". Tak sangka dia perasan.. Ceh, no hal ini semua, baru panas badan. ok, tukar strategi, tak boleh chill n cool lagi kali ni.
   


Petang tu ada senaman, KID yang conduct di depan, mula-mula KID segan juga, apekejadahnya senam macam nak pergi perang, nak ajar Teakwondo ke ape.. Tapi, lama kelamaan rasa seronok pula, KID jeling-jeling peserta, nampak ada perubahan dari segi wajah, mula menunjukkan komitmen, ahli kumpulan KID pun tersenyum-senyum buat gaya. Rasa macam senaman ni lagi memecahkan ais kami daripada sesi tadi..agaknyelah.



2nd Round!




Bermula LDK seterusnya, LDK kali ni bermula selepas ceramah yang bertajuk Peranan Manusia Sebagai Khalifah. KID sangkakan ceramah ni mesti macam kuliah Maghrib yang selalu..hambar, semangat yang luntur..tapi kali ni berbeza, ceramah kali ni memang agak mesra remaja walaupun si penyampai bukanlah tergolong dalam lingkungan remaja lagi.

Selesai ceramah yang berapi-api dan banyak isi, fasi ambil alih kumpulan masing-masing. Misi kali ni adalah untuk membuat pembentangan dari ceramah tadi. KID ambil masa dalam 15 minit  untuk cucuh api sikit kat kumpulan KID. Antara yang KID kata,"korang tak rase tercabar ke bila yang bersalah, yang melepak, yang berzina..dak-dak remaja cam kite ni?Aku sebenarnya terkilan bile orang kate camtu, lagi-lagi orang tue yang kate,bajet diorang hot baik sangat ke??Sebenarnye bukan semua yang jahat-jahat, ye tak bro??"
ok2..aku dah nampak mata masing masing dah terbeliak ke arah aku, ops2 sabar dulu. Jiwa remaja memang pantang dicabar,hehe.

KID pun sambung,"tapi memang itu hakikat pun!ramai kawan kite yang buat onar ni sampai kite pun terkena same, dalam ceramah mane2 pon,mesti remaja..remaja..remaja! Sakit hati weh. ade ke patut,,Maka, di sini, atas tanggungjawab kita semua itu, kite yang nak bawak kengkawan kite tu. Tolong bukak minda masing2, aku nak cakap bahwa orang baik tu bukan yang berserban dan berkopiah je! Bukan yang ulang alik ke masjid je! Tu bukan syarat nak jadi baik..".
KID perasan ustaz penceramah tadi berhenti seketika kat belakang KID,hehe,tidak ku hiraukan..

KID sambung,"kita banyak lupa benda asas sekarang ni, yakin keEsaan Allah dan yakin kebenaran Nabi Muhammad..itulah asas yang perlu difahami, dua kalimah syahadah! Nabi bina akidah SAHAJA selama 13 tahun, bro! Hal-hal lain baru 10 tahun..maka, tak perlu pening-pening korang nak faham politik la, jemaah la..kukuhkan asas tu dulu baru korang nampak..INDAHnya Islam".

Ok,,situasi semasa pula,"ape yang aku perhatikan sebenarnya, ramai remaja yang kekosongan hatinya, rasa macam ade sesuatu tak kena''. ade yang mengiyakan.. "tu yang ramai kegkawan kite carik awek r, berzinalah, kacau orang lah..tu semua akibat ingin mengisi jiwa mereka yang kosong r tu.mereka carik sesuatu yang mereka PUAS! Padahal tu semua salah, sebenarnya mereka sedang mencari AGAMA ALLAH! tapi mereka tak tau..maka, inilah tugas kite nak bagi mereka TAHU!"

Wah2..macam menjadi je kali ni, pasal untuk pembentangan, beberapa orang mula bersuara bagi idea.oyeah!! eh2..alhamdulillah!
Bersuara tu dah cukup bagus, tapi idea perlu dipandu lagi. No hal r tu semua, just chill, bro!

Malam lepas habis program, KID online jap dalam masjid, canggih kan masjid Sungai Besar ada wifi? Free lak tu..hehe.

Esoknya, kami pergi jungle trekking. peh! panjat bukit, berselirat pokok-pokok, baru dua tiga kerat jalan dah mengah-mengah. Ada cerita menarik, kami dikehendaki buat roti lilit, ikut apa yang diajarkan. Tapi malangnya, salah seorang peserta tuang air banyak pula dalam tepung tu, memang rosak, tak jadi rotilah. Selepas tu, kami bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan mintak tepung lebih nak campur bagi jadi kental, tapi masih tak mencukupi..uuhh,,semua buntu. Salah KID juga tak tengok dia buat.. Kumpulan lain bersorak-sorak gembira buat roti, masak nasi..tapi kami masih menguli tepung cair..sambil kuis telur bakar, tengok-tengok kalau dah masak. waa!! agak menyedihkanlah masa tu, KID pun taktau nak buat apa, tengok jelah orang lain bergembira. Tapi apa yang menariknya, takde sorang pun ahli kumpulan yang menyalahkan peserta yang salah buat roti tu! Kiranya nilai baik yang dapat ialah mereka sedar tu tanggungjawab semua ahli..huhu.ada hikmahnya juga. Kami cuma makan telur bakar je sorang satu..keh3. Dah saat2 akhir barulah kumpulan Kalam bagi roti lilit sebatang.

Ada lagi beberapa aktiviti yang menarik pasal ini pertama kali KID kena jadi fasi untuk remaja sebaya atau lagi tua tapi mungkin itu sudah cukup untuk dikongsi..
Dalam termenung-menung KID teringat pada mereka, mereka kebanyakannya bukanlah remaja 'masjid' atau usrah.tiada fikrah yang jelas dalam hati mereka. Maka, KID tersedar bahwa ramai lagi rupanya yang perlu disantuni, diajak untuk diisi hati yang kosong, ditarbiyah senang ceritanya. KID agak terkilan, remaja-remaja yang boleh dikatakan baik ni suka duduk di rumah, tengok TV lah, ape lah.. apa salahnya keluar sertai mana-mana program yang baik. Main futsal sekali dengan diorang kalau minat itu, main boling sekali, belanja minum ke,..KID pun bukanlah daripada kalangan yang suka keluar rumah dan kaki bangku pun..err..hehe(garu2 kepala) tapi KID berusaha untuk pecahkan sikap tu. Satu yang KID suka yang diwariskan daripada arwah embah, 'medang-medang' di warung-warung..haha. tu jelah modal KID kalau ada yang nak disantuni, belanjalah makan ke apa ke..

Alhamdulillah untuk program kali ni ada seorang dua kawan yang boleh dibawa ke jalan tarbiyah, itu sudah cukup baik..



Ramai lagi yang perlu disantuni bro! Amacam, ada berani??

5 comments:

  1. aku pun x berani lagi utk handle orang....budak skolah rendah pun sudah cukup memeningkan...O_O....teruskan perjuangan wahai menti-ku yang ajak main bowling pastu hantar aku balik...^_^

    ReplyDelete
  2. haha,,skola rendah lain carenye ngan skolh mnengah.ak pon mngingatkn diri ak gk..ak pon bkn btul sgt,haha.

    ReplyDelete
  3. salam,,
    firstly tahniah sama2 menjayakan kem sahabat..moga berjaya menyantuni shbt2 kite tu..x dapat semua.. dapat 4 5 org jadi la..tahniah2~~

    cuma sekadar penambahan sikit,,alangkah besnye kalau fungsi masjid bukan sekadar tmpt solat berjemaah n kuliah2 saje.
    Kite septtnye luaskan lg fungsi masjid supaya dpt jadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan.(bak kata Dr.maza ni) Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka.

    cuma nak gariskan kt cni, kalau msjid jugak dapat jd pusat sosial remaja2..algkah hebatnya..berfutsal, beraktiviti sumenye d masjd..hebat x?? Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!

    jom luaskan lagi fungsi masjid~~

    p/s: terasa pulak dah pasal sibuk2 politik n jemaah tu..gamba mane gamba??

    ReplyDelete
  4. bestnye byk join program~ n thniah lah mnjadi

    ReplyDelete
  5. miss cika..ciku.eh..ciku cika:yah!ak sgt r brsetuju pasl msjd tu!gamba mls upload..lmbt~
    lemoon:time ksh shake,,ko pon kne wat gk

    ReplyDelete