Tuesday, 6 December 2011

Tanda-tanda pengaruh berjaya!!

Oleh kerana blog ni mempunyai tahap update yang begitu lembap mengalahkan siput jalan atas simen. Jadi, KID cuba nak tambah turbo sikit, repair mana yang patut untuk tambahkan kadar update post di sini. ok!
Berhenti merepek..post kali ni adalah mengenai Ilmu Pengaruh! Sejauh mana ukuran kita terhadap aura pengaruh yang ada dalam diri, dah sampai Marikh atau baru jenguk muka sikit-sikit?

Pertama dan yang paling pertama!
Kita disukai dan mudah dirapati oleh orang sekeliling. Ini termasuklah kalau anda bawa Big Apple, tiba-tiba orang ikut dari belakang. Jadi, pengaruh anda ada pada Big Apple tersebut! Kalau Big Apple tu jatuh, maka berkecai berailah pengaruh anda. Faham tak perumpamaan ni? Contoh yang skema sikit, kalau anda tu orang yang penuh ilmu di dada (cewahh!!) sampai melimpah ruah ke luar, warak jalan nampak tanah, tawadu' masa ceramah mengangguk, tapi apabila perangai luaran tak seperti ilmu yang yang ada, maka pengaruh anda akan tercemar bak air susu campur kopi.

Cool2..jangan rapat sangat dengan saya


Baik! Yang kedua..
Kita menjadi bahan rujuk dalam beberapa keadaan!
Kalau anda tu seorang yang pakar Add Math, maka pengaruh anda tersimpan pada Add Math. Orang akan mengikuti kata-kata anda pada yang berkaitan Add Math, tidak pada perkara lain. Maka, kalau ramai orang tanya-tanya anda tentang sesuatu perkara, bermaksud anda dipercayai orang kerana perkara itu sahaja, jangalah memandai-mandai nak mengulas isu-isu yang bukan kepakaran anda! Ingat tu.



Dan seterusnya..yang ketiga!
Individu sekeliling bertindak lebih dari kebiasaan. Lebih kurang macam suka buat kerja lebihlah,,gitu.. Ni tertakluk kalau anda seorang pemimpin atau bos atau pengurus. Apa-apa kerja yang anda arahkan pasti hasilnya melebihi jangkaan! wah!! Contoh kalau anda suruh potong rumput, habis dengan pokok-pokok bunga dia tebang..eh, ni protes.silap. Contoh kalau anda suruh kemas pejabat, habis dengan stor+jamban+lobi utama dia kemas. Tandanya anda disayangi orang bawah!

Yeah! Cool!! Dapat keje lagi


Dan kemudian..keempat pula!
Anda mudah mendapat pertolongan dari dalam organisasi. Kalau organisasi anda adalah berkaitan kewangan, memang untunglah kalau ada potensi sebegini.haha.ok tak lawak.. Oleh kerana sebelum ni andalah yang bagi komitmen yang tak berbelah bagi, pagi keluar masa burung pun tak bangun lagi, balik masa burung dah tengok berita jam 9. Atau apa-apa sajalah perkara yang menunjukkan komitmen anda yang tinggi terhadap kerja, maka anda mudah mendapat pengaruh ini.

OK! Kelima..
Anda menjadi ikut-ikutan oleh orang lain dalam beberapa keadaan.
Kalau orang pimpinan anda dalam kebuntuan menyelesaikan sesuatu masalah, maka mereka akan melihat cara anda selesaikan masalah itu. Kira ikut sunnah anda, (eh ajaran sesat ke ni?), taklah sampai macam tu. Sekadar mengikuti gerak kerja anda.

Ha..ikut2! Yang belakang tu cepat sikit,terhegeh2


Huh! Yang keenam..penat!
Komitmen anda dihargai dan masing-masing selari dengan komitmen anda.
Kiranya kalau anda menumpukan tugas untuk organisasi dan mendapat perhatian orang lain, kemudian mereka pun mem'follow' kerja anda, maka itu tanda anda sedang dijadikan ikutan. Cadangan anda dihargai dan dipandang, dan sewaktu dengannya!

Ok..sekian..

No comments:

Post a Comment