Adakah anda tahu apabila Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion mendapat jawatannya pada 14 Mei 1948, pada 15 Mei pula rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan tanpa notis. Ah mungkin kita terbiasa mendengar peristiwa perobohan rumah ni di Palestin, sehingga kita tepu mendengarnya. Cuba kita bayangkan, kerajaan Malaysia nak buat jalan raya pun kalau ada rumah atau kebun orang yang menghalang, orang itu akan diberi pampasan, notis awal akan diberikan. Berlainan di Palestin, rumah-rumah diroboh tanpa sempat mereka selamatkan apa-apa pun, malah dokumen pengenalan diri. Maka, jadilah mereka pendatang di tempat mereka sendiri..
Sikit demi sikit tanah hilang.. |
Nak tahu macam mana Israel ni dapat tanah?
Memang pada mulanya mereka beli tanah-tanah tu daripada penduduk Palestin yang tak dengar kata ulama(ulama Palestin memberi fatwa haram jual tanah Palestin, ini tanah wakaf orang Islam). Tapi, tanah yang Israel beli tu sedikit, baki tanah Palestin yang lain tu mereka rampas!
Macam mana mereka rampas?
Salah satu caranya, mereka beli rumah di kawasan masyarakat Palestin, macam kitalah, ada jiran Cina, India.
Tapi bila malam-malam orang tak sedar, mereka tembak curi penduduk Palestin. Keesokan hari, polis tengok tu mayat Palestin, dia biarkan je, kuburkanlah macam biasa. Dah jadi macam tu, takkan nak diam. Penduduk Palestin pun tembak curi lah juga. Macam kita, kalau Cina kafir tembak mak kita, kita nak diam?? Apabila ada rakyat Israel mati, seluruh kawasan perumahan tu akan dimusnahkan! Alasannya, takut terjadi lagi kematian penduduk Israel. Maka, jadilah seluruh kawasan tu kawasan Israel!
Perkara di terjadi di Tebing Barat(West Bank) pasal tempat lain selain Tebing Barat dan semenanjung Gaza Israel dah ambil.
Gaza, kubu terkuat! |
Pernah dengar tak tembok yang Israel bina di Tebing Barat?
Tembok kedua terbesar selepas Tembok Besar Negara China. Seperti sedia maklum, tembok-tembok yang ada di dunia ni adalah lurus, adalah bengkok-bengkok sikit, bertujuan nak melindungi sesebuah kawasan. Tapi tembok Israel ni, bercantum antara hujung ke hujung dan bertujuan mengepung kawasan di dalam tembok. Tinggi 30 kaki, dalam tanah 30 kaki. Seorang dewasa anggarannya tinggi 6 kaki. Jadi macam mana penduduk dalam tembok ni nak cari makan? Kawasan pertanian pun tak subur, perang sentiasa, mana ada masa. Nak tau apa mereka buat? Mereka terpaksa korek dalam tanah tu untuk ke seberang tembok, korek bukan korek biasa! Korek 30 kaki lebih dalam tanah, kalau tak, tak lepas punya. Sukarelawan Aqsa Syarif ada menceritakan,"kami terpaksa heret lembu korban tu ke dalam terowong untuk disampaikan kepada penduduk dalam tembok. Sebab tu korban di Palestin mahal".
Namun, walaupun dalam keadaan macam tu, mereka tetap hidup dan akan terus berjuang.
Ni lah tembok yang dibina tu, ada 30 kaki di bawah tanah lagi |
Itu sedikit yang KID ingat selepas menghadiri program Aqsa Syarif.
Sebelum apa-apa pun, adakah kita ni tahu yang kita sedang berhutang dengan rakyat Palestin? Tau ke tak? Kalau tau, baguslah. Kalau tak, ketahuilah seluruh umat Islam sedang berhutang dengan rakyat Palestin! Hutang tu wajib dibayar kan? Jadi bayarlah dengan apa-apa yang kita mampu, RM100, RM500, ilmu, tenaga..apa-apa pun, asalkan di akhirat nanti mereka tak tuntut apa-apa lagi dengan kita.
Kita dah bosan dengan perjanjian yang PBB buat, damai itu dan ini. Biarlah mereka bersandiwara..kita terus menyumbang. Situasi yang biasa berlaku, ada kutipan derma untuk Palestin sahaja, orang kita kata,"ah aku pun miskin jugak, anak-anak aku ni nak makan apa?","ah semalam dah mintak, hari ni mintak lagi!". sudah-sudahlah merungut..
KID nak bagi situasi, cuba kita bayangkan, di padang mahsyar nanti, sedang kita bergelut dengan air peluh kita, kepanasan yang amat sangat, kerisauan tempat seterusnya; syurga atau neraka. Sudah tak pedulikan orang sekeliling yang merintih-rintih kepanasan. Tiba-tiba, ada seorang yang menghulurkan tangan kepada kita dan berkata,"marilah ikut aku ke SYURGA". Kita berasa kaget,terkejut! Tawaran yang hebat dan kita bertanya,"apa amalan aku? Lihatlah buku amalan sebelah kiri aku lagi berat daripada di sebelah kanan! Neraka pun sedang memanggil-manggil aku..". Sambil tersenyum orang itu berkata,"aku syuhada Palestin! Kau yang beri aku dan sahabat-sahabat aku makan ketika kami berperang, kau yang menjaga kebajikan keluarga aku setelah aku mati, kau yang berkempen kepada sahabat-sahabt kau untuk menyokong perjuangan kami! Jadi, inilah balasan kau, ikutlah aku ke syurga".
Adakah ada lagi kebahagiaan yang melebihi itu?fikirkanlah..
Ada orang tanya, kerja kita sedikit je, bagi ceramahlah, bagi duit setakat beberapa ratus ringgit, ingat Yahudi tu boleh kalah? Wah2. tak ingat ke kita kisah burung di zaman Nabi Ibrahim? Yang membaza air di paruhnya untuk padamkan ai yang membakar Nabi Ibrahim? Api tu tak padam pun, tapi Allah lihat usaha burung tu dan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal! InsyaAllah
Jadi, ingatlah yang kita sedang berhutang!
No comments:
Post a Comment