Monday 10 October 2011

Semakin berpecah, runtuhlah kita.

"Seni bela diri ni menjadikan kita cerdik sebenarnya, pasal kite kene pikir dan bace ape yang musuh akan buat selepas ni dan tahu care nak atasinya".



Diam sebentar..

"Dulu, murid saye ade lebih 1000 orang...tapi sekarang tak sampai 40 orang pun..
dulu kite grading(naik tali pinggang), kite boleh buat kat semua dewan Sabak Bernam ni, tu Dewan 'roti' dan macam-macam lagilah...tapi sekarang bile dengar je name saye nak tempah dewan, kena block..."

"Kamu tau ni sume kerja sape? Orang MELAYU sendiri yang buat,,dulu saye guru silat, tapi orang MELAYU kate syiriklah, apelah..sekarang saye main Taekwondo, orang Melayu kate bukan budaye sendiri pulak"

"Sekolah cina semua ada seni bela diri, SJK Sin Min tu sampai ade 3 bela diri"

"Sekolah Melayu ade ape(baca: SMKA)?"

"Sedangkan yang suruh kite kuat ni ISLAM, cube beritahu saye sahabat Nabi yang mane taktau main pedang?Khalid tu pedang Allah,, Khaula', perempuan yang cari abangnya  di medan peperangan, telah mencantas kepala-kepala askar Rom sehingga dikagumi Khalid sendiri"


"Saye pernah pergi perhimpunan bela diri kebangsaan, 90% yang hadir orang Cina dan India, bakinya orang Melayu"

"Tapi takpelah, orang MElayu kita hebat-hebat, tak takut pun badan hancur kena langgar lori, meragut orang sampai kena belasah tak cuak pun,,yang jadi 'pengawal keselamatan' di kaki lima shopping complex pun orang Melayu"



................................................................................................

               Itulah antara luahan seorang guru yang ingin berjasa kepada umat Islam di Malaysia ni tapi dikekang oleh bangsanya sendiri yang seagama. Sehingga pernah dituduh ingin membuat provokosi dengan mengajar seni bela diri kepada anak-anak muda. Sejak tingkatan 2 aku belajar dengannya, tak pernah kudengar beliau ingin membuat rusuhan atau mengacau sentimen perkauman. Apa yang kudengar diluah adalah isu Palestin, Afghanistan, Iraq, sikap orang Melayu, sikap bangsa Cina yang wajar dicontohi dan kepentingan menjadi orang Islam yang kuat.

              Hasad dengki orang Melayu memang dah berakar kuat dalam diri sehingga membuah hasil yang menyusahkan orang yang ingin berjasa untuk memetik hasil di akhirat nanti. Bacalah serba sedikit sejarah kita, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Melaka 1511 dan lain-lain. 

              Sekadar berkongsi rasa hati, wahai sahabat-sahabatku remaja Islam, mari kita membentuk budaya baru yang lebih bersih dan suci tanpa hasad dan jatuh-menjatuhkan. Sudah-sudahlah bertengkar menegakkan fahaman, jemaah, pemikiran, awek dan pendapat masing-masing. Carilah persamaan kita, perbezaan kita sedikit sebenarnya tapi itu yang dicari.

             Orang kafir, terutamanya di MAlaysia ni, semakin hari semakin maju, membina ekonomi dan ideologi. Sedangkan orang Islam, semakin hari semakin jatuh, tiada jati diri, tiada ideologi(pemikiran/fikrah) yang jelas, sehinggakan begitu mudah mengikut arus, ditunjuk ke kiri, ke kirilah...

macam lalang, ditiup kekiri, ikut saje..kekanan pun ikut..


              Ingat, mereka dalam soal menjatuhkan Islam, mereka akan bersatu..
              Bukan aku fanatik politik atau kaum, tapi sekadar melontarkan buah fikiran kepada remaja khususnya, sedarkanlah diri, pedulilah isu terkini, tak kira mahasiswa Sains atau Agama, semua sama sahaja, kerana akidah kita sama..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu link yang agak menarik, tak tahu tahap kesahihannya tapi yang pasti tahap murtad memang meruncing..bukan melemahkan semangat da'ie sekalian tapi membuka mata remaja agar peduli dengan isu semasa.

Sunday 9 October 2011

Kita mulia kerana....

Sahabat,

pernah antara kita terfikir yang kita ni seorang yang mulia?bukanlah mulia sehingga terasa diri seperti raja atau sultan, mahupun pegawai berpangkat tinggi. Namun cukup sekadar kita terasa kita seorang SENIOR yang dihormati junior atau seorang yang PANDAI yang sentiasa menjadi bahan rujukan atau seorang berAGAMA yang disegani atau seorang PEMIMPIN pelajar yang berjasa...cukup sekadar itu.

             Ada satu masa kita duduk-duduk lalu terfikir,"kalaulah aku tak jadi exco mesti hancur bebudak ni","kalaulah aku tak tegur maksiat tu mesti diorang tak berubah","kalaulah aku tak ambik jawatan JPP, mesti tak jalan kerja diorang" dan kalau-kalau yang lain lagi. Kadang-kadang ia terlintas sendiri tanpa kita mahu dan sedar, sedar tak sedar kita membenarkan yang kita MULIA.

            KID sekadar berkongsi rasa hati, membentangkan yang secarik isi..sekadar ingin memberitahu satu kata-kata, bahawa 'kita mulia kerana ALLAH maha bijaksana menyembunyikan AIB kita'..

Ingat ayat tu dan cuba bayangkan jika aib kita terbongkar, isi rahsia kita ditelanjangkan, maksiat kita didedahkan, jahatnya kita ditayang-tayangkan..maka, tiada langsung manusia yang dianggap mulia di dunia ini melainkan nabi-nabi dan para rasul. Siapalah kita ni, sekadar orang awam yang sering gembira bermaksiat bagaikan tiada Tuhan memerhati dari langit...

Sahabat,

            Dekatkanlah hati dengan Allah Yang Esa sehingga kita berasa manisnya cinta Ilahi dan JANGAN sampai kita bermaksiat tapi hati kita berasa senang dengannya,hati kita lunak menghayatinya..jangan2!!
Sekadar membentangkan luahan Imam Syafi'e," Ilmu itu cahaya, ia takkan masuk ke dalam hati yang gelap".

Thursday 6 October 2011

Mukhayyam bersama Kawan 'Baru'


Huh..blog yang dah lama tak disentuh..lap2 sikit.habuk2..ha bersih pun!

Kali ni aku nak kongsi pengalaman bercuti dengan kawan baru, kenapa baru??pasal sebelum ni tak pernah kenal pun tapi boleh bergelak ketawa dan berkongsi gembira bersama-sama.

             Aku habis exam hari jumaat,30.9.2011. Mukhayyam bermula hari Selasa, jadi Sabtu dan Ahad tu memang 'blur' habis, taktau nak buat apa. Budak UIA dah berbondong-bondong angkat beg masing-masing, lagi-lagi budak-budak BIO, habis paper BIO, mak ayah dah tunggu nak bawa balik..

             Hari Isnin kami bertolak keluar UIA ke pejabat IKRAM,PJ. Tidur sana dulu sementara menunggu hari Selasa. Ada beberapa pengisian dibuat di sana selain tidur, makan dan main Galaxy Tab Izzaldin..Kami menunggu penuh sabar untuk ke Pantai Bagan Lalang.


             Hari Selasa bermula perjalanan kami, lepas Zohor kami bertolak. Nampak gaya macam boleh sampai awal tapi rupanya tempat bukannya sejam dua, Maghrib baru kami sampai. Sampai-sampai je, aku terus pergi pantai, orang tengok macam nak menghayati suasana pantai, sebenarnya aku nak hilangkan mamai tidur dalam kereta.Ngantuk2..
Malam tu aktiviti bermula dengan taaruf(berkenal kenalan), bukannya semua yang saling tak kenal mengenal, tapi sebahagian je. Aku jumpa muka-muka baru dalam 3-4 orang daripada 15 orang. Kami taaruf di trpi pantai. Bukan cam muka pun gelap-gelap malam tu.
Lepas habis taaruf, habislah aktiviti malam tu, masuk dorm gelak-gelak. Lawak memang tak tahan. Lagi-lagi lawak Syed, memang spontan habislah. Abang K(naqib yang uruskan mukhayam) dah biasa sangat dengan 'Lawak Syed' ni. Lepas tu, siapa entah yang ajak pergi seafood, aku pun ikut je.cambez. Oleh kerana ni aktiviti yang ditambah oleh kami, jadi tak semua yang ikut, tapi kebanyakan memang ikut. Sampai Seafood, akak pelayan tu terpaksa tunggu lama nak ambil pesanan, sambil pilih sambil gelak-gelak, memang tak terpilihlah.. Helmi tempah Milo Shake, memang semua rasalah.haha. Gembira betul lepas rasa air tu, memang manis dan sedap. Malam esoknya hampir 3/4 yang datang seafood tu tempah Milo Shake! Memang habislah Milo kedai ni, lagi tak tahan, mula-mula Milo yang ditabur melimpah-limpah, tempahan yang akhir-akhir dapat sikit. Memang kena gelaklah kedai ni. Aku tempah Milo sampai 2 gelas!

            Hari Rabu, sepatutnya bangun pukul 5.15pg untuk qiyam, tapi lepak seafood punya pasal, 10 minit sebelum subuh baru bangun.haha. Lepas Subuh ada tazkirah sikit oleh Abang K. Ada sorang dua tersengguk-sengguk masa tazkirah tu..
Oleh kerana aktiviti seterusnya mula pukul 9.30pg, maka macam-macamlah aktiviti pagi tu. Yang paling popular, TIDUR! Abang K dah pesan jangan tidur dan masing-masing sedaya upaya patuh tapi tewas..nampak cam kelakar. Sarapan sampai semua bangun, padahal roti dengan kaya je pun.

Aktiviti seterusnya, pengisian tentang usul 20. Antara kefahaman-kefahaman yang telah Imam Al-Banna gariskan untuk memahami Islam yang syumul ni. Kami dihidangkan yang ringkas, dalam 1 kertas A4. Sebenarnya dalil-dalil mengapa perkara 20 tu wujud ada dalam buku. Dalam membentangkan Usul 20 tu, kami dikehendaki berlakon untuk menyampaikan maksud perkara itu. Aktiviti tu dijalankan sampai petang dan petang tu lah aktiviti pengisian kami yang terakhir. Sekejap je kan pengisian?Tapi matlamat mukhayyam bukan untuk pengisian, lebih kepada ukhuwah sebenarnya..jadi aktiviti bersama-sama banyak dijalankan.

          Untuk BBQ malam tu, aku dan Syafiq(kawan seusrah) dapat tugas potong kobis dan lobak merah. Nasib baik aku ada pengalaman potong memotong ni, kalau tak malu je. Masa basuh sayur tu, kami berdua je. Penat sembang berdua, kami beralih ke tempat peram ayam, memang kecohlah tempat tu. Macam-macam gelak tawa, lada hitam punya berduyun-duyun masuk dalam besen, Mun'im memang pakar bab-bab masak ni. Lepas tu, Syafiq potong sayur, aku masuk mandi.

Aku siap mandi ingatkan dah siap potong sayurnya, rupanya banyak lagi. Aku sambil potong, sembanglah dengan Daeng. Kami tak pernah kenal pun sebelum ni, tapi pasal dia dah lepak dengan aku, takkan nak senyap je. Peh macam-macamlah dia buka cerita, macam dah lama kenal.Yang lain di tepi pantai, buat api untuk BBQ.ramai betul yang buat api, sampai 3 unggun api wujud di tepi pantai.

Malam tu memang masa bersantai-santailah. Aku lepak dengan orang yang tengah panggang ayam, mana tau dapat makan sikit.. Masa tengah gelak-gelak bakar ayam, tiba-tiba ayam jatuh! Haha,,pecah ketawa masing-masing, yang tak tahu menahu tengok-tengok apa yang berlaku. Dah jatuh, nak buat macam mana kan..kutip lah balik, panggang lagi, anggap je tak berlaku apa-apa..haha.

Selepas habis solat Isyak dan Maghrib(jama' ta'khir) di tepi pantai, Abang K bagi ucapan sepatah dua kata, antaranya dia tanya,"kenapa ayam tadi rasa pasir?". Memang gelak sakanlah yang panggang ayam tadi. Ditambah lagi dengan lawak Syed tu..

           Hari Khamis, kami kena check out lepas pukul 12.30. Tapi pukul 11.30 main futsal lagi..haha. Lepas siap-siap kemas barang, masing-masing 'landing' lagi atas katil, malas keluarkan barang. Salah sorang kata,"ala bukan hotel pun, pakcik tu kasi keluar lambat-lambat".. Rasa sayang pula nak tinggalkan kawan-kawan baru kenal ni, dalam masa tak sampai 3 hari kami dah rapat, tiada diskriminasi, tiada hasad dengki..
Ni mase nak balik

Usul 20 di tepi pantai


             Tamat sudah mukhyyam kami, maka bermulalah cuti 2 bulan lebih aku. UIA memang baik hati bagi cuti 2 bulan.terima kasih! Berbalik kepada mukhyam tadi, aku berasa bahagia dan seronok dengan ikhwah(saudara/kawan) IKRAM UIA ni. Pertama kali aku dapat duduk bergembira dengan satu golongan yang kebanyakannya dah 30juz Quran, hafal hadis-hadis, tahu perkembangan semasa dan ambil berat sesama ikhwah tapi dalm masa yang sama, lawak mereka tetap lawak, kata-kata tetap dijaga..

              Bukan seperti apa yang digambarkan dalam tv, orang yang baik itu adalah yang pegang tasbih, pergi mana-mana pakai jubah dan serban, tapi tidak sama sekali macam tu. Itu hanya akan menjauhkan anak muda sekarang dengan Islam. Biarlah mereka nampak wajah Islam yang sebenar. Islam itu memberi kemerdekaan, bukan kongkongan.. Remaja yang sudah mengenal wajah-wajah serba sedikit wajah-wajah Islam rajin-rajinkanlah diri untuk menyumbang, jangan sampai dah tua nanti hanya tunggu mati, termenung apa sumbangan aku untuk ummah?