Thursday, 7 June 2012

So soon..

Bermula langkah kaki aku di sini,
aku mengharapkan dapat memahami sebuah erti,
erti yang mengajar kehidupan duniawi,
bagaimana mahu dicapai kehidupan ukhrawi,

Setiap saat dan langkah aku berdoa,
kepada Yang Maha Kuasa,
agar aku mampu bertahan merempuh badai duka,
meski badai itu tidak seteguh yang melanda..
Syed Qutb,darahnya disimbah untuk Islam,
Hassan Al Banna, jasadnya dimamah Apache,
Abdul Aziz Rantisi, janggutnya basah disimbah darah merahnya,
namun..aku berCITA-CITA untuk menjadi MEREKA!

Maka, dalam pencarian itu aku sering tersasar, ke kiri dan ke kanan,
bukan kerna panduan  kitab dan sunnah itu hilang,
namun, kabus dunia membuatkan aku BUTA menafsirkan,
membuatkan aku menerawang, hati AKU lengang!

Rasanya baru semalam aku meletakkan harapan,
bagai telah berakhir segala pencarian,
apa yang aku temu?
itulah SAHABAT..

Tapi, aku berfikir semula..
sahabat itu bagai telah pergi..
bukan pergi jasad, tapi HATI itu telah pergi..
so soon..
setelah one big family itu difahami..

aku sciences student,kadang-kadang aku dahagakan ilmu dan hikmah daripada religious student,
tapi......titik!




No comments:

Post a Comment