Wednesday, 30 May 2012

Keliru dan hampir buntu

Post ini diterbitkan dalam keadaan KID kekeliruan identiti.

Dalam bergaul dan bercampur dengan manusia, KID tidak pernah diam kosong. Satu-satu manusia KID perhatikan agar ada yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pernah juga jumpa yang kelakar tahap tak ingat, tak kurang juga yang serius tahap terlupa. Ada yang mesra, juga tak mesra. Kalau tengok ustaz-ustaz yang terkenal pula, nampaklah keadaan itu, Ustaz Fathul Bari, serius sentiasa, jarang ceramah dia ada gelak-gelak. Dr Asri, nampak berubah-ubah ikut bahan yang disampaikan. Ustaz Azhar Idrus, sentiasa lawak, ajar fekah pun boleh gelak.haha. Ustaz Zaharuddin, nampak tegas juga, cuma kadang-kadang dia tak buat lawak pun, tapi orang dah gelak.

Berikutan dari itu, KID tertanya-tanya, err..Muslim ni memang patut ada satu sifat yang sama ya? Apa yang KID maksudkan muslim itu adalah, seorang yang memegang dan mengamalkan ajaran Islam terutamanya mereka yang komited dengan dakwah. Kalau kecoh-kecoh tu tak cukup sempurna akhlak, atau bagaimana? KID teringat sahabat yang paling disayangi, Sofiyuddin berpesan beberapa tahun yang lalu (ingat lagi tu.nampak sangat KID kuat ingatan), dia kata para sahabat itu terdiri dari pelbagai sikap dan ragam. Ada yang suka melawak, ada yang serius, ada yang bermacam-macam. Namun, satu masalah, dia tak bagi pula dalil yang kukuh untuk KID yakin dengan kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa dunia ini memang penuh rencah kehidupan yang pelbagai ragam manusia. Cuma, KID tertanya-tanya, apa sikap sebenar muslim yang patut ditunjukkan ya? Based on the above reasons, I need the reader opinions...

1 comment:

  1. sikap sebenar muslim? cuba tengok Rasulullah :)

    anyway, nak kata manusia tu macam-macam. just jadi diri sndiri; tapi kena rasional. tak bleh gelak je, dan tak boleh jugak serius je ^^. Put things in its place laa. (translate) :)

    ReplyDelete