2..
1..
Eh..dah habis? What the..?
RAMADAN hampir pergi! Tidak..*lari tercungap-cungap*
Ramadan yang bakal mencatat titik kegembiraan bercampur kedukaan dalam diari hidup KID. Inilah dia Ramadan yang bakal pergi(setakat post ni ditulis, Ramadan tak pergi lagi). Rasa-rasanya sepanjang hidup KID yang taklah lama mana ni, Ramadan kali ini ialah yang terbaik dari segi cara KID melaluinya secara sengaja atau tak sengaja. Mungkin sebelum ni tinggal di asrama sekolah menengah, maka bulan puasa sama sahaja tiap tahun, bezanya cuma musim SPM atau PMR sahaja.
Ukhuwah itu pasti diingat.
Ya! Perkara pertama yang KID gemar tulis pasti tentang ukhuwah. Benda ni banyak peranan dalam kehidupan, sangat banyak!
"Serius tak patut dia buat camtu kat ana..ana dah bagi segala-galanya kot, itsar, Kamal...itsar..", Azman berkerut sambil mengeluh perlahan.
"Hmm, apa yang anta harap daripada dia sebenarnya?", Kamal mengajukan soalan.
Azman menghela nafasnya panjang. "Ana tak harap apa-apa yang berat pun, ana tak nak duit, ana tak nak harta dia..ana cuma nak dia care sikit je kat ana..tu je".
Kamal terdiam seketika. Angin kipas siling surau membelai-belai wajah.
Azman menyambung lagi,"dibandingkan dengan apa yang ana bagi kat dia..hantar makanan pergi bilik dia, tanya khabar, tolong belikan barang dia..rasanya yang ana minta tu sikit je..".
Tiba-tiba Kamal tersenyum. Dia memandang wajah Azman dengan pandangan yang redup. "Man, anta tau tak? Itu bukan itsar namanya, anta dah mengharap sesuatu daripada dia, seorang makhluk! Sepatutnya anta beri dan kemudian mengharap kepada si Pencipta, Allah! Itu je.."
Azman mengerutkan dahinya. Ada air mata bergenang di tubir matanya. "Iya..ana tau tu. Tapi ana manusia, Kamal.. Ada saat ana lemah dan ana perlukan sahabat..hanya tika itu, ana harapkan dia kerana kami dah banyak berkongsi rasa dan cerita. Tapi lain pula jadinya.."
Tiba-tiba Kamal merangkul bahu Azman, lalu memeluknya. "Sabar..sabar.. Kalau nak berukhuwah pun perlu difikirkan baik buruknya, apa kesannya pada diri kita, mendekatkan dengan Pencipta atau menjauhkan? Sudahlah, kalau dia begitu, tinggalkanlah.."
***
Ramadan mengajar KID untuk bersabar menanggung ujian ukhuwah ni. Perit apabila kita sudah berkongsi sesuatu yang berharga tapi dia tak memandangnya sebagai BERHARGA, hanya biasa-biasa sahaja. Panduan yang KID nak kongsikan, jika ukhuwah itu mempercepatkan usaha dakwah dan tarbiah kamu, maka teruskanlah dengan ikhlas. Jika tidak, maka tinggalkanlah dia.
Memperbaharui penghayatan 'ibadah
"Oh, abang dah berapa lama iktikaf kat sini?", KID macam berminat nak sambung perbualan dengan seorang abang ntah siapa.
"Abang tiap-tiap hari iktikaf sini. Selagi muda kan, buatlah mana yang mampu.."
"Tapi abang kerja kat Bangsar kan? Dan abang iktikaf kat Masjid Shah Alam ni? Jauhnya.."
"Hehe. Memang itulah kerja abang, suka jalan-jalan..kadang-kadang abang terfikir, setiap langkah yang kita buat ni adalah zikir..satu langkah subhanallah, satu lagi alhamdulillah.."
"Oh begitu ye, abang tak pernah cuba Masjid UIA Gombak? Saya dengar sana hidup suasana Ramadannya"
"Hmm, abang bukan ape..abang ade pengalaman kena halau nak iktikaf kat masjid-masjid U ni.."
***
mane org lain ni..macam masjid ni aku punye lak |
KID jumpa abang tu masa ada program di Masjid Shah Alam. Mula-mula dia yang tegur KID, tanya pasal program apa ni? Jemaah apa? Apa tujuan buat program macam ni? Huhu.berpeluh saya menjawabnya. Soalan maut tu tanya pasal jemaah-jemaah ni..
Dalam hati KID terselit rasa kagum dengan abang ni(nama dah lupa) dan orang-orang sepertinya. Mereka walaupun dah bekerja, tapi masih punya kekuatan nak menghidupkan Ramadan. Mujahadah memperbaiki akhlak masing-masing, bukan setakat Ramadan ini untuk habiskan 30 juz Al-Qur'an, terawih buat 20 hari-hari, qiam tak tinggal sampai lebam dahi..tidak! Biarlah dengan keluarnya kita daripada UTR (Universiti Tarbiah Ramadan) ni, kita menjadi 'orang baru'. Akhlak kita lebih baik, kefahaman kita lebih jelas dan amal kita lebih kuat.
Belajar menghargai!
Cuba perhatikan sekeliling. Lihat muka-muka mereka yang berada di sekitar anda. Eh, tengah tengok laptop ye? sori..
Kadang-kadang kita mencari yang di luar..
eh laki die hensem lah!,
eh baiknya kawan dia..aku nak gak kawan macm tu,
eh pensyarah dia mengajar bagus! Aku tak dapat, patutlah result aku teruk..
KIta selalu melihat hak orang dan kita jarang menghargai apa yang kita ada. Dengan kata lain, bersyukur!
Kita tak sedar bahawa kita punya sahabat yang baik dan cukup untuk melengkapkan diri kita, tapi kita terhegeh-hegeh pergi mendamba kasih dengan orang lain disebabkan oleh faktor tertentu.
Kita tak sedar bahawa kita punya keluarga yang bahagia, tapi kita cemburu dengan keluarga kawan-kawan kita.
BAnyaknya kita mengabaikan apa yang sedia tergenggam dalam tangan. Banyaknya kita mengintai-intai di sebalik kocek orang.
***
Ramadan kali ini memang terasa berharga buat KID. Sangat! Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak mewarnai hidup Ramadan kali ni. Dari segi bekerja di atas dakwah dan tarbiah seperti mendidik mutarabbi sehinggalah kepada hal-hal keduniaan dan kawan-kawan seperti beli-belah (baca:shopping), iktikaf di masjid-masjid yang pelbagai, hilang selipar, berkongsi cerita, juga baca Al-Qur'an dalam LRT!
What a sweet Ramadan ever!
Wah.. Cerita gak pasal mad'u nta. Huhuhu... InsyaAllah akhi. Ramadhan kali ni menjadikan kita manusia yang lebih power dari sebelum ni.
ReplyDelete