Saturday, 26 November 2011

Gempur Sahabat Muda

Disebalik musim cuti yang begitu panjang dihadiahkan oleh UIA, KID telah diajak oleh Una untuk menyertai program kepimpinan. Oleh kerana bosan yang teramat di rumah, jadi KID setujulah nak ikut. Antara fasilitator yang diajak ialah Nizam, Kalam, Lembong, Izzul dan Zakwan.
Sebelum program bermula memang banyak sangat dugaan yang datang, KID pun dengar je, yang tanggung Una. Tapi mendengar pun sudah cukup beban, apatah lagi yang menanggung. Ye tak?

Mesyuarat rasmi mengenai program tu dibuat sebanyak 2 kali dan mesyuarat yang tak rasmi dibuat berkali-kali, sekejap ubah ini, sekejap ubah itu, ubah tarikhlah, masa dan macam-macam lagi. Yang paling mengejutkan, Program Manager(PM) pun berubah, KID dengar masa mesyuarat pertama, Nizam. Tiba-tiba masa mesyuarat kedua, KID pula. Musykil..ni saja nak kenakan aku ke ape ni.

Sehari sebelum bertolak, ada cadangan nak sewa van, lagi murah, nak pergi mana-mana pun senang nanti, jadi KID, Kalam dan Izzul merantaulah ke Sabak Bernam cari van sewa..dari tengah hari sampai petang, tak jumpa pun, ingat nak balik rumah, tup-tup hujan..terpaksalah kami lepak kedai mamak tu.haha. Tak dapat van, naik bas je ke Banting.

Sampai di Klang Sentral, kami tunggu pengangkutan dari sekolah yang bakal kami buat program datang. Tak lama lepas tu, kami dimaklumkan yang pelajar-pelajar tu puasa hari ni(Khamis), jadi kami kena makan tengah hari di Klang Sentral. Alamak segannya, diorang puasa sunat, fasi-fasi makan tengah hari~ Buat makluman pelajar sekolah tu ialah para hafiz. Sebenarnya sepanjang perjalanan KID berdebar-berdebar memikirkan nak berhadapan dengan pelajar situ. Di Klang Sentral, Una kata,"korang ni asal macam relek je, ak dah gelisah ni". Fenomena yang belum pernah kami hadapi sebelum ni. Lagi-lagi Nizam,"Fati, ko lah amek slot pertama ni, ak tak boleh r..". KID tanpa belas kasihan menolak, huh, bagi kat aku alamat blur aku kat depan nanti.

Selepas solat Zohor jama' dengan Asar, van yang ditunggu tiba, rasa macam teruja nak naik van, kami 9 orang berhimpit-himpit dalam van, Kalam riba KID, Nizam riba Zakwan.haha.macam kelakar..
Dalam sejam rasanya kami berkeadaan macam tu. Dalam perjalanan, banyaklah yang Ustaz Fauzi cerita tentang sekolah tu, impaknya kami berasa bertambah berdebar-debar! sebab apa yang dicerita semua kehebatan dan kelebihan sekolah tu, berenang, menunggang kuda, memanah, debat, pidato dan macam-macam lagi. Yang tak tahannya, budak-budak Taekwondo situ bakal grading untuk Black Belt beberapa minggu lagi...oh, ni mengalahkan KID ni..segan-segan.
KID biarkan Lembong melayan perbualan dengan ustaz tu, KID ambil peluang tidur, moga-moga dapat menenangkan hati yang gundah ni...

Akhirnya kami tiba di sekolah yang bakal kami beramah mesra dengan pelajar-pelajarnya. Setelah melihat-lihat keadaan sekeliling, kami dibawa ke tempat aktiviti bakal dijalankan. Saat kaki memijak halaman, saat mata melihat keadaan, mulut terus menyebut,"wahhh!!" kerana kagum akan tempat penginapan kami dan juga tempat aktiviti...banglo 2 tingkat, kolam renang yang luas, air-cond 24 jam...takjub seketika.
Setelah melawat tempat tu, kami pun menyediakan persiapan untuk slot pertama nanti. KID ambil peluang bersembang dengan pelajar-pelajar situ, mencari persamaan, melihat 'common sense', mencari ruang dan peluang. Dalam 15 minit berbual-bual, KID berjaya mencari kekuatan. Debaran hilang, jiwa mulai tenang.alhamdulillah..

Nilah banglo yang disediakan utk program 



Berkesinambungan daripada situ, kami pun memulakan program kepimpinan tersebut. KID malas nak cerita setiap modul, jadi KID ambil mana-mana peristiwa yang KID ingat.
Awal program KID perhatikan para peserta kurang bersemangat, pelbagai andaian dalam kepala KID, mungkin 1. mereka fikir kami kurang berkelayakan untuk memberi ilmu kepada mereka atau 2. memang penyampaian kami kurang menarik perhatian atau 3. mereka telah mengikuti banyak program sebelum ini. Semua andaian KID ni ada alasannya. Masa slot pertama KID pun memang blur habis, macam tak boleh fikir, sampai Una tanya,"Fati, ko ok tak ni?". KID pun tak pasti masa tu ok ke tak..

Dalam slot pertama, KID ambil satu kumpulan untuk dibimbing. Kumpulan yang ok walaupun KID rasa kebanyakan ahli kumpulan tu bukanlah dari kalangan pemegang jawatan dalam organisasi sebab kebanyakan macam tak menonjol. Tak apalah, itu bukan masalah pun.

Malam selepas Maghrib, KID bagi kuliah Maghrib, bukan kuliah pun sebenarnya, KID cuma nak kenalpasti masalah-masalah yang berlaku di sekolah tahfiz. Memang dalam jangkaan, langsung tiada masalah rokok, buli, ke'senior'an dan lain-lain yang teruk. Setakat solat jemaah lewat, tidur masa kuliah, bersembang masa ceramah dan masalah yang boleh dikira kecil, tapi sekecil mana pun masalah tetap tak boleh diabaikan. Ia memerlukan satu usaha berterusan untuk mangubah mereka. KID pun bagilah tips-tips kepimpinan setakat ilmu yang ada, moga-moga berguna untuk mereka.



Aktiviti selepas Isyak iaitu membuat dasar-dasar bagi beberapa biro yang kami fikirkan penting. Ini antara aktiviti utama program. Setelah berbincang dalam setiap kumpulan, para peserta dikehendaki membentangkan dasar-dasar bagi setiap biro. Setiap satu kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing. Kebanyakan pembentang dan pengkritik mengangkat kekaguman KID dan para fasi. Ucapan yang diberi seperti pemimpin negara, tapi KID tidaklah memberi pujian kerana bagi KID yang penting bagi pemimpin ialah soal perbuatan mereka, bukan percakapan. Berapa banyak pemimpin yang hanya beretorik shaja tanpa mampu merealisasikan kata-kata mereka, hanya tahu berteori tanpa mahu membuktikan dan hanya hebat berfalsafah tanpa melaksanakan. Masa nilah Hajar paling banyak mengkritik sampai salah seorang peserta yang merupakan seorang pendebat kata pada KID,"Kak Hajar tu orang debat ye, Bang?".KID balas,"eh taklah, die seorang yang banyak cakap je"(jangan marah ye hajar,hehe). Budak tu kata lagi,"cara die bercakap,,sedap,macam debater". Yeke?

Bile Haikal dah pgang mic

Pengkritik bebas!



Selepas itu, kami buat permainan tutup mata, Saya Si Buta. Cara bermain ialah .....main jelah.haha. malas nak terangkan pasal permainan ni peserta-peserta dah tau pun.hampeh je.penat KID rancang.
Lepas habis permainan tu, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. KID memang dah lama ngantuk, jalan pun longlai, tapi kami tak boleh tidur lagi. Malam tu, sampai pukul 2 lebih kami berbincang untuk aktiviti explorace esok, sangat mengantuk+otak hang+penat, Nizam dah lama jadikan Lembong sebagai bantal....
Setelah tamat perbincangan, KID fasi yang paling awal tidur diikuti dengan Nizam. Yang lain tiba-tiba dapat semangat nak install PES dalam laptop, Zakwan pula dalam kesibukan buat tayangan video..

Kalau kerje kacau orang, bagi kat Kalam


Esoknya, aktiviti explorace berjalan dengan begitu rancak walaupun kami bagai dihimpit dengan masa kerana pihak sekolah meminta kami tamatkan program sebelum solat Jumaat, apakah yang dapat kami buat dalam masa singkat tu? Amna yang paling sibuk masa explorace tu, call sana, call sini, checkpoint ok ke tak.

Ha ni kumpulan pertama! Satu-satunya kump yg brjaye lpas checkpoint ak
haha.makan straw!


Dipendekkan cerita, slot seterusnya kami buat dengan tergesa-gesa, Projek Tip Top. Kami akan perturunkan ilmu tentang prosedur-prosedur kertas kerja, surat rasmi, cara mengendalikan program dan ilmu-ilmu pengurusan yang lain. KID tak sangka kumpulan KID dapat membentangkan hasil yang cukup baik dalam masa lebih kurang setengah jam! Tahniah korang!!
Hasil tolak ansur, kami dapat buat majlis penutup selepas solat Jumaat. Masa tu rasa macam ada sesuatu yang bakal hilang, agak sedihlah juga, rasa macam tak puas, kenapa kami dapat peruntukan masa yang sangat pendek? Tapi, itulah takdir.
Tiba-tiba rasa sedih hilang bila KID kena bagi ucapan selaku PM. Rasa sedih diganti dengan berdebar-debar, sudahlah depan pengetua sekolah, mestilah kena cakap gaya formal. Setibanya tuan pengetua dengan rendah diri dia menolak untuk duduk atas sofa yang disediakan lalu duduk di bawah bersama-sama kami, KID jadi kagum seketika..
Semasa KID bagi ucapan, ikut sedap mulut je, sampai KID nak cerita satu kisah, tiba-tiba semua gelak, sampai sekarang KID tak faham kenapa budak-budak tu gelak? Tapi tak kesahlah, janji mereka mendengar.



Tamatlah perjalanan kami bersama pelajar tahfiz..sebenarnya selama ni, KID banyak ikut program yang pelajar-pelajarnya bermasalah atau biasa-biasa sahaja. Sebab tu kali ni, pengalaman yang KID dapat tu amat berharga bagi seorang amatur dalam mengenali manusia ni. Jujurnya, KID rasa amat bahagia berada dalam kalangan mereka, melihat wajah-wajah mereka menenangkan jiwa..dah lama KID tak duduk dalam kumpulan yang nafas mereka adalah nafas perjuangan, denyut nadi mereka adalah denyutan Al-Quran dan degupan jantung mereka adalah ibadah kepada Allah.

Perjalanan balik kami penuh cabaran,haha,tiket bas dah habislah, kepenatan duduk berhimpit-himpitlah dan macam-macam lagi. Yang penting KID bahagia dapat bersama pelajar hafiz dan kawan-kawan sekolah! Rindunya asrama dulu...

Saturday, 19 November 2011

Rahsia Di Sebalik Jisim

Kali ni KID nak kongsi sesuatu yang KID rasa memang menarik, jadi baca dengan teliti..

Bersumberkan daripada buku Harun Yahya 'Timelessness.What Is Fate?' yang KID pun tak paham secara keseluruhannya oleh kerana English dia terlalu English tapi KID pemahaman KID bertambah hasil tontonan video Rahsia Di Sebalik Jisim yang KID beli CD tu zaman dulu-dulu melalui Smartshop..haha.Ingat lagi tak Smartshop? Selalu keluar masa iklan, sekarang tak ada dah rasanya, jual vakum la, alat kuruskan badanlah..macam-macam~

Berbalik kepada tajuk tadi, seperti yang kita semua ketahui, apa yang kita rasa melalui penglihatan, sentuhan, bauan, pendengaran dan rasaan lidah semuanya akan pergi ke otak, diterjemah di otak, barulah kita merasai semua yang terkena pancaindera kita. Cuba kita bayangkan, kalau sel saraf yang membawa semua maklumat tu ke otak putus atau rosak, maka kita tak akan dapat merasai lagi jisim atau benda di sekeliling kita. Betul tak?

Bagi deria penglihatan, semua yang dihantar daripada mata akan tiba di satu kawasan dalam otak yang hanya berukuran beberapa sentimeter sahaja..tak kiralah betapa besar pemandangan yang kita lihat di sekeliling kita, ia akan disimpan di satu kawasan dalam otak yang beberapa cm sahaja ukurannya.
Otak juga berkeadaan gelap walaupun kita melihat api yang marak membakar, hakikatnya api itu berada dalam otak kita yang gelap dan ia tak akan menerangi otak itu kerana apa yang kita lihat adalah arus elektrik dalam otak sahaja.
Jadi boleh dibuat kesimpulan di sini, apa-apa yang kita lihat, benda yang kita lihat sama ada binatang, tumbuhan atau barang seharian, adalah persepsi kita sahaja, mereka semua tak pernah dapat dipastikan kebenaran kewujudan mereka, entah wujud atau tak, semua tu diluar kemampuan kita kerana kita hanya menggunakan deria kita yang lima ini untuk mengetahui alam ni, sedangkan deria yang lima ini berpusat di otak, jika otak di'tipu', kita akan menerimanya bulat-bulat.

Eh betul ke ni??

Tak percaya lagi? Jom tengok contoh ni, bayangkan kita sedang tidur dan bermimpi, peristiwa yang berlaku dalam mimpi akan di firkan benar-benar berlaku pada kita, kita nampak kaki dan tangan kita menyentuh dan bergerak seakan benar-benar berlaku. Contohnya, kita sedang makan KFC, tangan kita mengambil ayam tu, lidah kita yang merasa kelazatannya, mata kita yang melihat ayam tu, maka kita akan berasa perkara itu benar-benar berlaku! Padahal setelah kita bangun tidur, kita akan tersedar dan berkata,"oh mimpi rupanya"...
Jadi, apa beza mimpi dengan kehidupan yang sebenar?

Hakikatnya kita bangun daripada mimpi yang pendek kepada mimpi yang panjang (kehidupan seharian)!

Jadi, tak boleh disangkal lagi bahawa segala yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya hanya berkitar dalam otak kita sahaja! Benda-benda di sekeliling kita hanyalah PERSEPSI kita sahaja yang tak pernah dapat dipastikan betul-betul kewujudannya.

Maka, itulah hujah yang kita memang akan disedarkan daripada mimpi kehidupan ini kepada alam yang hakiki kerana pada masa itu kita tak lagi menggunakan otak untuk mengetahui alam sekeliling..di sana baru kita tahu selama ni kita bermimpi sahaja. Dalam Quran pun dah sebut,"dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesukaan yang menipu".

Eh jap2! Tadi kata yang melihat, mendengar, merasa, menghidu..semua tu otak. Jadi siapa yang beremosi, gembira, sedih..yang membezakan baik dan buruk..yang berkasih sayang? Sedangkan otak tiada fungsi-fungsi tu?

Soalan yang bagus!

Otak hanya terdiri daripada lipid, protein, fats dan lain-lain komponen yang tak ada fungsi untuk beremosi. Maka, yang berfikir itulah roh kita, yang diberikan akal untuk semua tu, emosi, bezakan baik buruk dan lain-lain..itulah roh dan itulah KITA sebenarnya! Hakikat roh yang ilmunya ada pada Allah, untuk kita hanya sedikit Allah bagi. Haiwan pun mempunyai otak tapi mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir, tapi manusia bukan hanya diberi otak, manusia juga mendapat akal.

Kesimpulannya, apa-apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya hanya berlaku dalam otak kita sahaja, alam yang hakiki atau benar hanyalah alam selepas kematian kita atau dengan kata lain selepas kita bangkit dari mimpi ini..

Sains telah membuktikan!

(kalau tak paham sangat, cubalah rujuk karya-karya Harun Yahya, KID pun tak tau sangat nak terangkan)

Tuesday, 8 November 2011

Batu Belah Batu Bertangkup

Alkisah, kisah bermula di sebuah kampung yang aman damai, sunyi sepi...
 Di hujung kampung tersebut, terletak sebuah pondok buruk, tiangnya senget sebelah akibat kontraktor makan rasuah, maka dikurangkan bajet untuk pembinaan tiang itu.

Suasana dalam pondok itu riuh rendah dengan suara-suara penghuninya, akhbar Berita Hairan? telah melakukan pengintipan sensasi ke dalam pondok tersebut..mari ikuti intipan mereka..

"Esh akak masak ape tu? Baunya dah sampai thorax cavity Inpin dah,,nyam2!" kata Inpin sambil lehernya dipanjangkan menjenguk kuali 'stainless steel' kepunyaan ibunya. "Tadi mak suruh gorengkan ikan tembakul, guna Maggi Cukup Rasa ni, biar meleleh air liur jiran-jiran yang terhidu akak masak ni", jelas kakak sambil mengelap peluh di dahi.
"Oh, kejam juga ya akak ni, jiran-jiran dah bau makanan patutnye kena bagilah sikit",komen Inpin. Akak terdiam kemudian menyambung,"oh dalam hal ni kite ade rukhsah (keringanan) nak buat macam ni, Inpin ape tau, akak lepasan Asasi UIA tau tak?"
Inilah ikan tembakul,aku taktau betul ke tak


Inpin tak berkata apa-apa lagi lalu pergi menyambung kerjanya iaitu menghabiskan perlawanan Dota di komputer riba akaknya. Sejam berlalu...

"Inpin! Meh sini makan tengah hari. Akak dah siap masak ni ha!",Laung akak dari dapur. Inpin pergi sejurus laptopnya telah memaparkan 'The Sentinel has won!".

"Wah, akak! Sedapnya lauk hari ni!"Inpin berkata dalam keterujaannya melihat ikan tembakul bersama sayur kerabu dan sambal tempoyak. "Eh mane mak? Marilah ajak mak makan sekali!"tanya Inpin. Akak menjawab,"Mak ada kat tepi sungai, nak periksa jaring ikan katanya, mak suruh kita makan dulu".

Apabila Inpin mendengar kata Akaknya, Inpin terus mengambil 2 ekor ikan tembakul bersama sesudu tempoyak. Akak terkejut lalu berkata,"eh, ambik 1 je ikan tu! Mak nak makan ape nanti?"
Inpin menjawab sambil meratah ikan goreng,"Ala, mak kan kat sungai tu. Mestilah mak tangkap lagi ikan
tu". Akak dengan wajah merah padam berkata,"Hei, kau belajar kat mane ikan tembakul ade kat sungai? Akak ambik kos Farmasi kat UIA, akak tau r". Inpin menjawab sambil tangannya rakus mengambil ikan yang kedua,"kecoh..pandai-pandailah emak nak carik kat mane nanti".

Sambil 2 beradik tu sedang bertekak, emak mereka berdiri di depan pintu dengan wajah yang sugul melihat mereka sambil bergenang air mata. Akak terlihat emak, tiba-tiba menjadi gelisah. Spontan akak berkata,"err..mak dengar ke ape yang kami katakan..?". Emak menjawab dengan tersedu-sedan,"sudahlah, kau orang makanlah puas-puas, biarlah emak mati kebuluran!". Akak pantas menjawab," Mak! Jangan cakap macam tu mak! Akak sayang mak..ambillah ikan akak ni". Akak menghulurkan ikan tembakulnya yang tinggal tulang.. Inpin:err...    Akak: Eh tak perasan dah habis...

Mak menyambung lagi,"ah sudahlah! Biar emak pergi..". Mak sudah bersiap turun ke rumah. Akak dan Inpin mengejar. Walaupun begitu, emak lebih pantas, tanpa menyarungkan selipar, emak berlari berkaki ayam ke hujung hutan.

Inpin cuak, mukanya berpeluh,"Akak, kat situlah tempat batu belah batu bertangkup yang makan orang tu! Akak, cepat selamatkan mak kite!". Akak terus mencari sesuatu di dalam rumah. Inpin bertanya dengan nada tak puas hati," Akak cari ape lagi tu?!". Setelah menemui tudungnya barulah akak keluar rumah sambil termengah-mengah berkata,"berdosa hukumnya orang perempuan mendedahkan aurat,dik!".

Mereka berdua bergegas berlari ke dalam hutan mengikut jejak mak mereka. Duri yang mencalarkan kulit tidak lagi dihiraukan, jatuh tersembam akar pokok pun dibiarkan, tujuannya hanya 1, menyelamatkan mak mereka daripada ditelan batu belah!
Hutan yang 2 beradik tu lari, berjaya dijejak wartawan Berita Hairan?



Inpin menangis sambil berlari,"mak, maafkan Inpin mak...Inpin derhaka! Inpin janji tak buat lagi..Inpin sayang mak!". Akak terus berlari tanpa mampu berkata apa-apa. Dihurung kerisauan, pelbagai bayangan muncul di kepala. Semoga Emak diselamatkan..!

Tiba-tiba, mereka sampai di satu lokasi yang asing lagi aneh. Kelihatan sebuah batu besar di hadapan mereka. Akak mendongak tinggi untuk melihat ketinggian batu tersebut. Inpin sudah gelisah, dia berjalan sekitar batu itu mencari sesuatu. "Akak, inilah batu yang orang heboh-hebohkan tu! Tak sangka ia wujud..",ujar Inpin. Akak berkata,"ah pedulikan batu ni! Mari cari mak sebelum hari gelap". Inpin terduduk sambil berkata dengan nada putus asa,"tak guna lagi kak, mak dah ditelan dek batu ni! Mak dah MATI!". Kemudian, Inpin meraung sekuat-kuat hatinya. Burung-burung hutan berterbangan, daun jatuh berguguran.

"Tak mungkin..",akak menggumam sendirian.

Inpin tertunduk lesu. Hutan sepi bagai tidak berpenghuni. Haiwan-haiwan bagai menangisi pemergian ibu mereka..


Tiba-tiba, mak mereka muncul di sebalik semak berhampiran! Mereka terkejut bukan kepalang. Inpin berteriak,"mak hidup lagi?!" Sepantas kilat mak menampar mulut Inpin lalu berkata,"amboi, sesedap rasa je kate mak dah meninggal!". Inpin mengaduh kesakitan sambil memegang bibirnya. "Penat mak cari kau orang berdua, sampai sini rupanya kau orang berjalan".
"Kami cari mak tadi",kata akak. "La, takkanlah mak nak pergi masuk hutan belukar ni. Buang masa je, baik mak tengok Drama Korea,"jawab mak. Akak menyambung,"Inpin ni kata mak nak pergi bunuh diri ditelan batu belah ni!". Mak beristighfar dan berkata,"esh, kan berdosa bunuh diri tu..tak baik tau! Tak belajar PSI ke ape hukum bunuh diri?". Inpin terkesima sebentar.

Mereka pun berjalan keluar dari hutan bersama-sama. Tiba-tiba emak mengeluarkan sesuatu daripada plastik yang dibawanya,"ni ha, tadi Makcik Rosmah bagi mak telur ikan tembakul, die tak makan, allergic katanya". Akak tergelak sambil memandang Inpin yang sudah kemerah-merahan mukanya.

TAMAT!

Tuesday, 1 November 2011

Pengalaman Bekerja!

Cuti semester KID bermula dan insyaAllah akan berakhir dalam jarak 3 bulan lagi. 2 minggu KID duduk rumah, kebosanan mula menghantui, buntu...apa nak dibuat ye? Inilah akibat cuti lama sangat..

Jadi, KID keluar rumah cari kerja walaupun Umi kata tak payahlah cari kerja, buat penat je.
Hari pertama, segan rupanya nak minta-minta kerja ni. Kedai makan, kedai racun, semua KID dah pergi.
Hari kedua, kedai yang jual 'fishball', ketam bola dan lain-lain. Stesen minyak pun pergi tanya gak.
Hari ketiga,huh, rutin macam biasa, duduk rumah..kerja semua dah tanya, takde pun..
Hari keempat, tiba-tiba stesen minyak Caltex tu call KID, tanya masih nak kerja ke tak. KID pun pergilah interview..nak dipendekkan cerita, dapatlah jadi pengepam minyak sepenuh masa di Caltex.

hiasan je..


             KID malaslah nak cerita keadaan setiap hari bekerja. KID nak bawa pengalaman-pengalaman yang agak menarik untuk disantap dan dijamah oleh pengembara-pengembara di blog ni. Masa awal-awal kerja memang cuak sikitlah dengan bosnya, perempuan dan yang tak bestnye dia tak pakai tudung..garang betul dia, kata-kata sepedas cili, KID memang malas kalau nak bertembung dengan dia, terasa aura tu. Ada 1 hari tu, ramai betul orang isi minyak, duit baki pula tak cukup, KID pergilah tukar duit RM100. Dalam beberapa minit, dah habis lagi duit kecil, kali kedua tukar ni, kena marah pula, 

 "Ni sebenarnya sape yang nak tukar duit ni?!"
                                         
"Saya, kak",KID jawab.

Akak tu dengan muka bengang, tinggalkan facebook dia, selongkar laci lalu campak duit tukar kecik atas meja,

"Lepas ni kalau nak tukar duit, tukar banyak-banyak sekaligus. Jangan nak menyusahkan saya!"

"OK, kak,\. Terima kasih",KID jawab sambil rasa nak sepak muka dia masa tu gak tapi fikir balik, dia pun orang tua, patut hormatlah kan..

Dari sehari ke sehari banyak juga pengalaman yang KID tempuh, baru tau susahnya cari duit, selama 2-3ringgit tu tak macam duit pun, tak kesah langsung, sekarang rasa amat berharga dek kerana susahnya nak cari duit.

KID kerja syif malam kecuali hari Ahad pasal petang tu ada Taekwondo..syif malam ada seorang pakcik tua dan seorang kakak. Pakcik a.k.a. Wak, dah kerja situ selama 6 tahun! Wah, setia betul ye dia..
Satu hari aku sembang dengan Wak,"Wak tak bosan ke kerja sini? Dah lama dah Wak kerja sini kan?". Umur pun dah mencecah 60 tahun, baik beramal ibadat, fikirku. Wak jawab," Nak buat macam mane, Wak pun takde kebun nak jadi sumber pendapatan, nilah je kerja Wak".

Kakak yang kerja syif malam tu pula, pagi dia jadi orang gaji di rumah orang, petang dia kerja di stesen minyak. Satu hari, KID sembang ngan dia,"Akak tak penat ke pagi kerja, malam kerja?" KID fikir, baik akak tu duduk rumah didik anak dia jadi 'orang' daripada dia cari duit. Akak tu jawab," Nak tambah rezeki, kenalah kerja".

            Banyak juga KID bersembang dengan pekerja-pekerja lama di situ dan banyak buka pemikiran KID selama bekerja. Rupanya wujud juga orang yang menjadikan kerja pam minyak sebagai kerja tetap, KID memang tak sangka selama ni dek kerana asyik bergaul dengan orang-orang yang 'senang' sehingga KID lupa ada yang susah diluar sana.. Berapa sangatlah gaji pam minyak tu nak tanggung anak isteri, sekadar lontaran fikiran, kalau mereka tu tabah dengan kehidupan yang begitu, di mana kita yang berduit, senang, ada pelajaran dan keluarga bahagia tetapi asyik mengeluh dan mengeluh tentang nasib seharian..

Apabila syif pagi, KID kerja dengan remaja-remaja, kira masuklah bergaul dengan diorang, takdelah bosan sangat bekerja. Masuk air jugak budak-budak tu. Semua dalam lingkungan 20-30 tahun, kira KID paling mudalah.hehe. Ada satu hari tu, kami kena bebel dengan bos pasal masalah nak pergi kursus, masa tu lawak gila, bos yang garang tu, membebel2, abang yang sorang tu dengan tenangnya main game kat handset die! Haha. KID memang nak tergelak sakan masa tu tapi KID tahan je.

Game ni r yg abg tu maen.haha

Masa tu KID terfikir,"aku ni baran sangatlah, asyik fikir negatif je bila kena apa2. Sedangkan abang tu tak amek kesah pun kena marah ke ape ke". KID memang panas baran, bukan sedikit tapi banyak, lagi terserlah masa jawatan EXCO disiplin merangkap naib ketua pelajar dulu, semua orang nak dimarahnya, yang kena pumping dah berapa banyak entah..yang kena terajang lagi..entahlah.

Ada satu hari tu, orang datang nak isi minyak, KID tanyalah nak isi berapa, sekadar berbudi bahasa, sebaliknya pakcik tu renung KID macam nak makan KID, punyalah tajam! Dia herdik tapi KID je yang dengar,"sabarlah dulu! Tangki pun tak tengok lagi ni!!". Tak tanya nanti kata, tak bagi layanan, tanya kena marah.

ni ok lagi,,cume tambah misai bercabang 2 j,

KID pelik, manalah budi bahasa orang Melayu kita, senyuman punyalah mahal mengalahkan harga syiling emas, muka nak ketat je..hei. Tapi segelintir je orang macam tu, masih ramai lagi yang berbudi bahasa di luar sana.

Kalau kerja syif malam ni sampai pukul 11 malam tapi kena kira duit lagi, jadi dalam 11.30 baru boleh balik. Sekarang musim hujan, kadang-kadang selepas Asar hujan dah memunculkan diri..memang kesejukanlah jaga pam minyak tu, menggigil-menggigil kadang-kadang, sudahlah bumbung tempat KID duduk tu bocor, memang kena hujanlah.hehe.nasib2..masa-masa macam tu paling sesuai nak muhasabah diri, selama ni kalau hujan macam ni dah melingkar dah atas katil, untunglah bagi yang ada rumah, ada bumbung, hujan panas tak kena, pun begitu, masih ramai yang tak bersyukur..bukan sedikit yang berbumbung itu tak bersyukur.

Ah nampak mengharukan..


              Ada 1 hari tu, seorang pekerja situ sibuk nak jual handset dia, dia nak tukar Blackberry katanya. Ke hulu ke hilir tanya nak beli handset tak. Kalau tolak di kedai, dapat harga rendah je, tu yang jual dengan kawan tu. Dari situ KID terfikir, apa peliknya budak ni? Gaji sebulan tak sampai rm600 pun, tapi nak beli handset mengalahkan gaji 2bulan, sarapan pagi pun tak lepas, ada hati nak pakai handset mahal..cubalah ukur kemampuan diri. Duit simpan buat sambung belajar ke, tak adalah jadi pekerja pam minyak sampai akhir hayat..

Haha!! Pam r minyak sampai tue ye, rakyat jelata!

Banyak lagi sebenarnya pengalaman yang ditimba walaupun kerja yang tak dipandang orang tapi ada nilai di situ. Akhir kata, paling penting bagi KID, cuti ni tak adalah asyik berselimut dalam zon selesa di rumah, bukan nak sangat duit gaji tu, tapi sekadar mengajak diri keluar dari zon selesa.