Ya! Mari kita membongkarkan rahsia di dalam rahsia ni. Sejujurnya KID pun menggunakan bahasa pasar malam dalam perbualan seharian dan SMS. Tiada keraguan tentang hal itu kerana kesan menggunakan bahasa baku semasa ber'SMS' dan berbual sangat besar, antaranya orang akan memandang serong 30 darjah kepada KID dan lain-lain. Oh tidak2..
Terus menuju ke sebab yang pertama..sesungguhnya KID amat mencintai bangsa Melayu, budayanya, sopan santunnya, percakapannya dan ...nya..nya yang lain. Lebih jelas lagi, orang Melayu ni sememangnya teliti sejak
awal lagi.
Orang Inggeris pun belajar silat~ |
Cuba perhatikan seni bina perahu, how dare they can make such a beautiful transport? Oppss.. Siapa yang pernah melihat perahu dari jarak dekat dan membayangkan cara-cara si tukang membuatnya pasti akan teruja, daripada siapa mereka belajar matematik untuk mengukur panjang sampan dan imbangannya agar ia tidak senget di tengah laut? Seni ukiran yang ada pun cukup untuk membuat kita terfikir akan kehalusannya, halus seni bermakna halus jiwa si tukang, bukan? Tu baru seni, soal keagamaan pula. Kebanyakan orang Melayu menggunakan mazhab Syafi'e dalam soal fiqh seharian. Sedangkan mazhab Syafie adalah yang paling ketat dan teliti dibandingkan yang tiga lagi. Ini menunjukkan ketaatan orang Melayu dalam Islam.
Berdasarkan peribahasanya pun menggambarkan ketinggian ilmu hikmahnya, sangat berbudi dalam menegur dan memerli. Hikmah ini sangat diperlukan dalam proses dakwah kerana orang lebih gemar ditegur secara lembut dan bijak. Contoh, peribahasa 'jikalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga'. Secara tak langsung orang-orang tua menegur anak-anak yang belum cukup ilmu jangan nak menunjuk-nunjuk atau riyak. Ini membuatkan anak-anak lebih menghormati golongan tua yang sering disinonimkan dengan banyak ilmu dan pengalaman.
Namun, hari ini agak mengecewakan kerana begitu ramai bangsa Melayu yang merosakkan sendiri budaya mereka, seni tutur kata mereka, malah sanggup pula memfitnah agama Islam. Adakah mereka tak tahu Tok janggut dahulunya bukan mempertahankan Melayu tapi Islam itu sendiri? Adakah mereka buta Sejarah bahawa Melaka dulu tertegak hasil ukhwah Maharaja China yang Islam dengan Raja Melaka?
Terpanjang pula sebab yang pertama, seterusnya yang kedua..
Bahasa yang mengikut piawaian(baca:standard) akan difahami oleh setiap generasi. Berikutan itu, setiap yang membaca akan memahami mesej yang disampaikan tidak kiralah bosan atau tidak, yang penting difahami. Sebagai contoh, dalam ber'SMS', mungkin kita sekarang berkata," ak kt cafe ni,biler nk grak?". Generasi Z pula berkata,"akew ad cafe n,ble nak ciaww??". "Sye nak hbis kuliah ni,sat ea?", generasi seterusnya pula,"Sy bes kliah jp giw,lek leww.." Dan ia akan terus berubah dari generasi ke generasi, tapi bahasa rasmi tidak berubah semudah itu kerana ada piawaian yang tertentu dan semua akan memahaminya tanpa percanggahan. Jadi, mesej ilmu yang ingin disampaikan itu akan difahami.
Politik2~ |
Maka, cukuplah sekadar 2 sebab di atas. Tujuan KID menulis untuk berkongsi sahaja, bukan mengutuk blogger lain. Sedangkan setiap mazhab ada manhaj sendiri, setiap jemaah ada cara sendiri, apatah lagi blogger yang baru bertatih-tatih dalam dunia blog ni untuk menyebarkan ilmu. Pasti ada yang mensasarkan kepada remaja yang gila-gila, veteran yang ingin hujah, pemuda yang mahu dalil, belia yang suka jenaka dan lain-lain.
Kesimpulannya, KID amat mencintai bangsa Melayu! Namun, andai ditakdirkan yang membawa panji Islam itu bukan dari bangsa ini, pasrahlah..kerana Islam itu mendahului segala-galanya. Tak salah mencintai, bukan?