Wednesday 4 April 2012

Mukhayam paling berat! 2

Awan mendung berarak pergi meninggalkan kami. Menuju ke tempat yang ditugaskan Allah untuknya. Solat jama' takhir Zohor dan Asar didirikan di ruang tamu. Berjemaah di dalam kesejukan udara petang, lagi-lagi selepas hujan. Ada seorang peserta yang demam sebaik sahaja tiba di chalet. Namun, itu tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan mukhayam.

Usai solat, kami diberi pengisian petang sesuai dengan tema mukhayam kali ni, 'Road To Konstantinopel'. Pengisian yang memfokuskan tentang Sultan Muhammad Al-Fateh dan faktor-faktor kejayaannya. Bagaimana dia mengira kelajuan angin dan masa yang sesuai untuk dilayarkan kapal-kapalnya di atas bukit? Bagaimana dia  menyapu lemak haiwan dan minyak di atas balak-balak yang disusun untuk melancarkan kapal-kapalnya? Bagaimana dia mengoptimumkan tenaga manusia yang digunakan untuk membawa 70 kapal? Dan yang paling penting, bagaimana tawakal mereka kepada Allah yang disebut sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.

Usai pengisian, diadakan sesi soal jawab dan penyampaian pendapat masing-masing. KID pun dah lupa apa pendapat yang dikemukan masa tu, tapi agak mantap rasanya. KEmudian, setiap kumpulan diberikan tugas untuk menyanyikan lagu IKRAM mengikut kreativiti masing-masing dan mempersembahkan persembahan pada waktu malam.

Oleh kerana kumpulan KID tak nampak bayang pun, KID cuba tengok-tengok bahagian BBQ, ingatkan nak tolong tapi kerja bakar arang pun dah ada 7-8 orang, baik tak payah. Nak buat apa ye? TEngoklah dapur diorang buat apa. Setibanya di dapur, rupa-rupanya kat dapur ada 3 orang je. Jadi, KID jumpalah Pakcik Mad Nor yang ditugaskan sebagai chef. "Pakcik, ade keje ape2 yang boleh ditolong?". Pakcik Mad Nor berfikir-fikir kemudian dia masukkan 2 ketul butter dalam periuk lalu berkata,"nah, kamu tolong kacau. Jangan sampai hangit!"

"Eh, masak butter? Apekejadahnye?", fikir KID dalam hati.

Selang beberapa minit selepas benda tu cair, Pakcik Mad Nor masukkan bawang merah yang dah dipotong-potong. Lagilah menimbulkan kemusykilan, nak masak ape ni?

"Kamu kacau sampailah dia jadi warne jernih ye..jangan berhenti kacau".

"Ok..bereh2"

KID pun mengacau adunan tu dengan setia.

Tiba-tiba, salah seorang ahli kumpulan KID datang lalu mengajak KID berlatih untuk persembahan malam tu. Alahai..baru nak belajar masak.. KID pun pass senduk tu kat Rashid yang kebetulan ada kat tepi KID. Dialah yang sambung masak.

Selesai kami berlatih untuk persembahan malam tu, KID pergi jenguk dapur. Tup..tup.. Dah jadi sup bahan-bahan dalam periuk tadi. Aik? Tak sempat nak belajar.. Rashid pun kata,"ah, ko tengok aku masak terus jadi macam ni~".

"Yela tu..".

Azan Maghrib mula dilaungkan. KID pusing-pusing kawasan chalet tu sambil tunggu giliran nak ambil wuduk. Kawasan yang sangat indah, bertemankan kabus yang tak surut-surut membaluti pohon-pohon hutan. Kalaulah bilik tidur aku kat tempat camni, mesti seronok, benak KID berkata-kata.

Selesai ambil wuduk, KID pergi menyertai solat Maghrib. Namun, tempat yang sedia terhad tu dah pun penuh. Nak masuk rumah pun tak boleh. Hmm, nak buat ape ni ye? KID intai-intai belakang, rupa-rupanya ikhwah UIA tengah ber'BBQ'. Patutlah dari tadi menghilang. KID pun join sekaki panggang ayam, ingatkan nak tunggu sampai diorang habis solat Maghrib, tapi sampai habis sesi taaruf malam tu pun KID tak berganjak lagi dari tempat BBQ.

Memang seronok dengan gelak tawa masing-masing. Maklumlah, di UIA bukan senang nak jumpa, masing-masing sibuk dengan kerja, kos lain-lain pula. Sesi panggang memanggang dimeriahkan lagi dengan kehadiran ayah Syed iaitu Syed Ibrahim. Serius! Dia sangat sempoi dan kelakar, kalau bergaul pasti tak ada orang sangka bahawa dia merupakan pengerusi satu pertubuhan yang sangat besar di Malaysia. Dari topik kehidupan UIA beralih ke topik panggang ayam. Sudah tentulah sambil panggang sambil makan, sosej yang asalnya sangat banyak pun rasanya tinggal 3/4 dari jumlah asal. Mula-mula nak rasa, ambillah separuh, eh..takkan nak tinggalkan separuh je? Macam tak sedap lak, jadi makan lagi separuh. Kejadian tu berulang-ulang secara sengaja.

Aktiviti makin meriah apabila Pakcik Mat Nor datang bawa sup cendawan. Wah, sangat sedap sup yang dia buat! Sup itulah yang KID buat petangnya tapi tak habis. Di tengah dingin malam dan berkabus tu, sesekali KID pergi di pinggir bukit menyaksikan keindahan bandar Taiping di waktu malam. Melepaskan sesak asap BBQ. Sangat indah dengan lampu-lampu yang berwarna warni dan lampu-lampu kereta yang bergerak di sepanjang jalan raya. Macam tengok cerita dalam movie.huhu.

Kawasan sekitar


Tiba waktu persembahan, KID dan kumpulan sudah bersedia mempersembahkan yang terbaik. Kami mengaplikasikan cerita Al Fateh ke dalam cerita kami yang sedang dalam usaha menawan kembali Al Aqsa. Rasanya sangat bersemangat ketika buat cerita tu, walaupun para penonton ketawa geli hati melihat persembahan kami. Dan keputusannya kami juara keseluruhan. Tengok pelakonlah~

Antara kumpulan yang buat persembahan



Setelah penat berlakon dan makan ayam, juga kambing yang sangat lazat, kami bergerak ke chalet masing-masing kerana kami menempah dua chalet. KID cadang nak tidur kat chalet yang lagi rendah kedudukannya dari aras laut, tapi tempat sudah sangat sempit sehingga tak memungkinkan untuk baring atas lantai sekalipun. Kebetulan ada Saifulislam nak pergi chalet atas, jadi KID ikutlah dia. RAsanya kalau nak pergi sendiri tak sanggup kot, mana ada lampu jalan atas bukit tu, keliling hutan belukar lagi, nak berjalan dalam 300m..wah, sangat mencabar. Kami berjalan berbekalkan lampu dari handset kami yang tak berapa nak mahal ni. Setibanya kami di chalet atas, baru kami tahu yang chalet tu lagi cantik. Patutlah ramai yang nak naik atas tadi.
Inilah chalet yang dimaskudkan!

pondok depan chalet~


Kami masuk dan rupa-rupanya tempat pun dah penuh, nak turun balik, dah penat naik bukit. JAdi, cari je lah mana-mana tempat yang sesuai nak tidur. Malam tu, KID tidur atas lantai berselimutkan kain pelikat dalam suhu hampir 20 degree, bangun-bangun pagi menggigil satau badan. Memang tak sanggup nak ambil wuduk tapi nak solat, takkan tayamum kot..

Berakhirlah malam kami dengan dengkuran-dengkuran nyenyak lena. Ditemani penghawa dingin semula jadi. Tingkap-tingkap rumah dibiarkan terbuka agar udara dingin dapat masuk, menyelimutkan lagi kami. Oh, betapa indahnya alam semulajadi!

Antara tumbuhan yang sangat comel!

No comments:

Post a Comment