Thursday, 12 July 2012

Cebisan pendapat: Alangkah Lucunya Negeri Ini

Baru-baru ni KID ada tonton movie Alangkah Lucunya Negeri Ini. Cerita Indonesia. Sejujurnya KID bukanlah kaki movie atau wayang, tapi ada satu artikel Ustaz Hasrizal berkenaan apa entah..ada menyebut tentang cerita ni. Jadi, atas dasar ingin tahu, KID pun godek-godek(baca: menyelongkar) U Tubee mencari cerita ni. Ada 8 part semuanya, hampeh..takkan nak download satu-satu dalam keadaan internet yang tahap siput sedut ni.. tapi dek kerana dasar ingin tahu yang amat kuat, KID menyabarkan diri juga untuk download, masa tu satu part sehari rasanya.

Itu dah sebulan berlalu..

Lepas download dan cantumkan part 1 sampai 8 tu, KID tak tengok pun akibat kesibukan yang melampau sangat..

Sampailah satu petang, memang KID tak tahu nak buat apa. Menerawanglah di sekitar internet guna brokben baru. Dan kemudian, BOSAN! KID belek-belek laptop, eh ada pula cerita ni..maka bermulalah adegan yang sangat menyentuh hati.

Alangkah Lucunya Negeri Ini!

Peringkat permulaan agak membosankan, sanga perlahan, sampai KID tergerak nak off. Tapi macam rugi pula, pasal tak nampak lagi sebab Ustaz Hasrizal cadangkan cerita ni. Jadi, KID menyabarkan diri ditambah lagi dengan Halim yang tiba-tiba join sekali tengok, semangat sikit tengok berdua.

Err.. sebenarnya KID tak nak cerita secara tepat. Kalau nak, tengoklah sendiri cerita tu. Baru feel~

***

KID tertarik dengan pengakhiran cerita tu, Glen iaitu salah seorang pencopet yang diajak berubah oleh Muluk tetapi menolak, dia dikejar oleh segerombolan manusia.
Dalam masa yang sama, Komet juga seorang pencopet, berubah menjadi seorang penjual minuman kecil-kecilan.
Dalam masa yang sama, ada sekumpulan guru sedang membawa anak-anak tadika mengibarkan bendera.

Guru itu kata,"ingat ya anak-anak, jika presiden lalu, kibarkan bendera begini!". 

"Yeay!", kanak-kanak tu jawab.

Ketiga-tiga situasi itu berlaku dalam tempat dan waktu yang sama.

Apa yang KID nampak tersiratnya, dia cuba menonjolkan bahawa disebalik kemiskinan ( Komet jual air di tengah-tengah lalu lintas) negara, keributan masyarakat(Glen dikejar orang ramai) mereka masih cuba menunjukkan bahawa negeri itu sangat AMAN dengan kehadiran kanak-kanak riang yang mengibarkan bendera untuk presiden mereka.
Alangkah menipunya mereka!




Kemudian, ada polis ingin menangkap Komet yang sedang berniaga.

Muluk iaitu seorang yang cuba mengubah hidup anak-anak pencopet ini, menghalang polis-polis itu.

"Hei! Mereka itu cuma berniaga! Lepaskan mereka!", Muluk menjerit.

Polis 1 menjawab,"ah tapi kan mereka itu menghalang lalu lintas.."

Muluk menjawab dengan nada meninggi,"iya, itu sebab mereka itu miskin! Sepatutnya kamu tangkap orang korupsi di atas sana! Mereka yang menjadikan kamu miskin!"

Polis 2 menjawab,"ah mereka kan tidak melanggar lalu lintas.."

Polis 1 menjawab,"ah konfius aku gini! Mudah-mudah, kita tangkap saja lelaki ini. Ayuh!"

Kemudian, Muluk dibawa ke atas lori polis bersama seorang pelacur yang baru ditangkap tadi!

Lihat! Muluk yang memperkatakan sesuatu yang benar, ditangkap dan didudukkan bersama pelacur!

Muluk bagi semangat kat Komet yang sedang menangis sambil mengejar lori polis


Kesimpulannya, cerita ini sangat berfaedah untuk dilihat agar minda-minda kita terbuka sedikit memndang dunia luar. Selain Taare Zameen Par, 3 Idiot dan Laskar Pelangi, cerita ini juga membawa mesej yang sangat KONTROVERSI tapi REALITI!

Akhir kata, budak-budak pencopet itu bolehlah diumpamakan sebagai mad'u yang perlu dilayan dengan penuh kasih sayang, dan Muluk sebagai murabbi mereka. Tapi janganlah ambil yang buruk iaitu guru yang mengajar agama tidak bertudung dan duit berniaga menggunakan duit curi. Ada manfaat yang lagi jauh boleh diambil. Sebarkan empati diri anda ke dalam setiap watak di dalam cerita ni, baru boleh menghayatinya! Err..KID memang sensitif dengan cerita-cerita begini..

Muka-muka teruja sedang belajar!


Komet dalam cerita tu comel, haha, cuba tengok betul-betul. Lagi-lagi masa dia sedih Muluk kena tangkap dan masa dia tengah berfikir untuk berubah.





Sunday, 8 July 2012

Harga itu..sangat mahal!

"Hmm, aku tak puas hatilah dengan kawan kita tu..", luah Saiful sambil memerhatikan pemain-pemain bola berkejar-kejaran di tengah padang.

"Eh kawan yang mana ni? Dia buat apa?", tersentak Ahmad apabila mendengar kata-kata Saiful.

"Ala..si M lah. Masa susah dicariknya aku..masa senang..huh. Minta tolong teman pergi Jusco pun payah!".

Ahmad berfikir-fikir sendirian. Budak usrah pun ada tak puas hati dengan orang rupanya. Ingatkan gelak-gelak dia selama ni tanda ceria. Ah, dia pun manusia!

Saiful menyambung lagi," hari tu dia buat majlis makan-makan, ramai juga kawan kita dijemputnya..tapi aku tak pula diajak. Bukan aku teringin sangat nak makan di majlis tu, cuma minta dihargai sedikit pengorbanan yang aku buat pada dia selama ni..nampaklah yang dia ingat aku, ini tidak..".

Ahmad mengangguk-angguk. "Banyak ke kau tolong dia?"

"Aku bukan nak riak, cuma luahan perasaan.. Ada satu malam tu, dia minta tolong aku ajarkan subjek Anatomy, padahal aku ada lagi subjek lain tak ulangkaji lagi. Tapi aku fikir ukhuwah aku dengan dia, aku pergi juga bilik dia..pernah jugak hari tu dia tengah sedih, aku sedia dengar luahan dia sampai 2 pagi, padahal aku bukan biasa tidur lambat-lambat..masya-Allah..".


***

Harga itu sangat mahal! Eh harga apa? 

Mahal sangat-sangat!


Harga sebuah UKHUWAH!

Adakalanya kita rasa sudah memberi segala-galanya, sudah bertumpah air mata untuk merealisasikan hadis-hadis Nabi berkaitan ukhuwah..itsar (melebihkan sahabat berbanding diri kita), kasih sayang, empati.. Berbekalkan sebuah keyakinan bahawa itu pasti akan terbalas dengan kemanisan ukhuwah jua. Kita menunggu-nunggu sahabat itu memberi timbal balik, sekurang-kurangnya berkongsi perasaan dengan kita, memahami kita, sentiasa sensitif dengan perubahan kita.


Namun, jangan kita lupa bahawa ukhuwah itu hakikatnya ialah proses MEMBERI! Kita beri dan beri lagi, tanpa jaminan bahawa ia akan kembali. 

Bukankah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, 'tidak sempurna iman seseorang kamu jika kamu tidak menyayangi sahabat kamu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri'
Kita harus menyayangi, menyayangi itu adalah proses memberi sebenarnya. Kita memberi kasih sayang kepada sang sahabat, dan ia bukan jaminan bahawa kita akan mendapat kasih sayang itu kembali.

Saat kita senang, kita berkongsi kesenangan itu dengan orang lain. Tetapi saat kita susah, kita berkongsi kesusahan itu dengan diri sendiri. 

Peh, itu serius tak adil!

Err, tapi itu hakikat..

Jadi, kepada siapa ingin dikongsi kesusahan itu?

Allah..siapa lagi?

Err...........


Ya! Susah itu datang daripada Allah, berkongsilah dengan Nya. Semoga dengan asbab itu dihantarnya kepada kita seorang sahabat yang memeluk kita dari belakang sambil menenangkan kita. Siapa tahu? Namun, untuk ditaburkan beban kesusahan itu, taburkanlah pada Allah..



Apabila kita merasakan telah memberi apa yang kita mampu, maka ikhlaskanlah hati..bersedia untuk tidak menerima apa-apa balasan, tidak perlu diungkit-ungkit jasa. Bukankah hidup ini untuk memberi? Ayat lancar di bibir, tapi nak buat...peh...bagai meredah sungai yang dipenuhi radiasi nuklear.


Hak itu wajib ditunai


Walaupun tiada jaminan untuk menerima kembali kasih yang dicucuri, namun jangnlah itu dijadikan alasan untuk mengabaikan..kerana mereka sudah menunaikan hak sebagai seorang sahabat/akh/kawan, kini tinggal kita sahaja. Bila masa untuk ditunaikan kembali hak sahabat kita?

Manusia tetap manusia. Manusia akan tetap terasa. Melainkan iman itu sudah setinggi cakerawala, namun ia tetap ada naik turunnya.. Manusia tetap memerlukan sahabat dikala ujian datang bertimpa-timpa, tanpa perlu dia berjumpa anda, anda yang seharusnya bertanya, apa khabar kau hari ni?

Handset ade kan? Mesej je lah


Menyalahkan iman lemah punca ikhtilat


Seringkali kita menuding jari kepada si dia kerana terlampau terbuka dengan pasangan bukan sejenis, salah dia, apa pasal tak jaga hati sendiri?

Ehem2..

Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah, cuba bertanya kepada diri anda sendiri. Aku dah cukup berukhuwah (baca: berkasih sayang) dengan kawan aku inikah?

Mereka mencari ikhtilat itu antara puncanya adalah KASIH SAYANG, maka apa salahnya beri ukhuwah itu kepadanya? Isi hatinya dengan cinta kepada para sahabat, Nabi Muhammad dan Allah. Ikat hatinya dengan kita dengan harapan kita dan dia akan sama-sama menuju reda Ilahi.


Cebisan isi hati dan ilmu KID

Akhir sekali, KID sedang terharu atas kata-kata Aiman Kamal ketika bday KID!
"Friend is not about being together all the time, but it's about being there at the right time and do the right things'.

Kalau bukan dengan ikhwah kite berukhuwah semantap-mantapnya, maka dengan siapa lagi?

Kalau bukan dengan orang yang memahami tarbiyah itu membimbing kita, maka dengan siapa lagi?

Kalau bukan dengan orang yang 'bekerja' itu kita berhubung, maka dengan siapa lagi?

Orang yang tidak pernah melakukan, tidak akan pernah merasa....