Friday 27 May 2011

Berapa boleh bagi ye?


Dalam kesibukan pasar Selasa,aku pun mencari-cari makanan kegemaran aku,wah macam-macam ada makanan di Malaysia ni ye!Makan ampu,makan rasuah,makan dalam tak termasuk ye. Tiba-tiba,mata aku terarah kepada beberapa orang yang sibuk menunjukkan fail mereka kepada orang ramai lalu menerangkan sesuatu kepada mereka.Ramai pula yang menolak untuk terus mendengar penerangan lalu meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.Aku jadi ingin tahu,apa yang mereka buat ni?secara sedar tak sedar,rupanya salah seorang daripada mereka mendekati aku,dia mula memberi penerangan,Ooo,minta bantuan untuk projek tahfiz rupanya.Aku ingat nak ajak aku masuk MLM tadi,apa kejadahnya cari 'downline' di pasar.
Hiasan je..

Aku pun melihat beberapa maklumat yang dipersembahkan kepada aku,tapi oleh kerana mak aku dah panggil (nak suruh angkat barang la tu),aku pun hulurkan sekeping bantuan sekadar mampu.Sebelum aku pergi dia ucap jazakumullahukhair..aku nak cakap 'afwan' terkelu sebentar lidah,jadi aku senyum sahaja.Dulu belajar arab main-main,kan keras lidah.

Sampai di rumah,aku terkenang sebuah cerita diriwayatkan oleh Master Taekwondo aku.Ceritanya begini..

Setelah letih kami melakukan tendangan dan tumbukan yang diarahkan oleh master,kami pun dibenarkan berehat.''Ele kamu semua ni,saye dari pagi sampai petang mengajar kamu,saye tak letih pun?kamu mude2 lagi dah letih'',kata master aku sambil gelak-gelak."Ele cikgu ni,dia ajar orang je,bukan berlatih sekali pun,aku pun boleh gak kalau camtu,sepuluh kelas aku buat satu hari!",kataku dalam hati sambil membayangkan betapa bergayanya aku di hadapan kelas mengajar teknik-teknik pukulan.Aku tersenyum sendiri.Tiba-tiba master aku buka cerita,"kamu tau,kat tempat saye ade skolah,sekolah tu tak besar mane pun tapi skolah tu buat gym sendiri!".Sambil tarik nafas master aku sambung cerita,"Padahal kat situ kawasan yang rata-rata masyarakatnya bekerja sebagai nelayan ,mane diorang dapat duit untuk buat gym yang serba serbi cukup?".Rupa-rupanya masyarakat di situ yang bekerjasama membina gym tu."Saye pernah tanye dengan kawan saye di situ,die cine"
Master: Lu bg brape untuk buat ini gym?
Kawan:aiya,sye tak bagi banyak la,mana ada banyak duit.
Master: Jadi lu bagi brape?
Kawan: Saye bagi RM5000 saja..
Terkejut sebentar aku dengar..
Master pun tanya pada kawan yang lain.
Master: Lu bagi brapa banyak?
Kawan 2: Saya bagi lbeh sikit saja,ada duit lbeh ma,saya bagi la dalam RM35000.
uhuk2!!wah,betulkah apa yang aku dengar ni?Ya,ni bukan hikayat atau main2,ini cerita betul.
Betul ke??35 000 ribu!

Lbeh kurang camni r kami berlatih..kagum tak??

PANDANGAN SI PENGEMBARA

Maka,cubalah bandingkan si pemohon bantuan di pasar tadi yang bangsa kita menolaknya begitu sahaja dan dalam masa yang sama bangsa lain begitu hebat dalam sumbang-menyumbang ni (bukan sumbang mahram).Mereka tak pernah dijanjikan dengan syurga yang begitu gah dan hebat tetapi hanya berbekalkan semangat perpaduan dikalangan mereka sahaja sudah cukup untuk mereka memberi jumlah2 yang begitu bernilai.Juga masa yang sama,segolongan bangsa kita yang mampu untuk beri lebih tapi tangannya hanya tergerak untuk masukkan RM1 dalam tabung masjid.Apabila anak yatim memohon belas ihsan,diminta buat replika cek besar gajah,mungkin mereka mengira bahawa anak-anak yatim itu begitu rabun untuk melihat jumlah yang disumbang. Mungkin,siapa tahu...
ha,kaye kan aku??hehe

Namun,hakikatnya masih wujud segelintir manusia yang berhati jernih,walau tidaklah ber'Mercedes' atau ber'Ferrari',namun hidupnya adalah untuk memberi,tak kira berapa yang diminta,itulah yang diberi kerana yakinnya pada Ilahi yang menjanjikan kebahagiaan hakiki di akhirat nanti.Bukan nama yang dicari,bukan pangkat yang dicemburui,bukan pujian yang dinanti...itulah dia si pemegang kata-kata,'ERTI HIDUP PADA MEMBERI'.
kan tak menunjuk tu..


p/s:Hulur2lah 10 atau 50 sekali sekala kalau mampu.
Kata-kata si pengembara,"Bukan yang tamak itu miskin harta,tapi miskinnya pada hati.

6 comments:

  1. Ikhlaskan hati.. :)
    yg penting ikhlas..

    ReplyDelete
  2. ehhh, btol gk tu,, kire kdkotnye aku nk bndg ngan cine tu, haha

    ReplyDelete
  3. 10 sen yg disumbangkan dgn ikhlas lebih besar di mata Allah banding sejuta yg hanya nk menunjuk-nunjuk...

    ReplyDelete
  4. asasnye ikhlas,,n pastu mngharap reda Allah,bile dh smpai situ akan snggup bg tak kire brape slagi mampu

    ReplyDelete
  5. "erti hidup pada memberi!!"
    Besar maknanya..apalah hidup tanpa bakti diri..
    (",)

    ReplyDelete