Saturday, 4 June 2011

Biarlah kita sendiri yang berubah

Dalam hidup memang mustahil kita tak pernah ditimpa musibah atau masalah,jika tidak 2 kali, mungkin sekali atau mungkin juga beberapa kali.Kita sering bersedih apabila musibah itu menyapa kita,aktiviti kebiasaan kucar kacir, emosi menjadi kacau dan sifat semulajadi berubah sama sekali. Dalam beberapa musibah, kita sendiri yang perlu berubah!
Siap ko bos botak!

          Nakhoda kapal perlu mengemudi kapalnya mengikut arus ombak dan angin
          Peniaga perlu mencipta strategi perniagaan yang baru bagi memikat kembali pelanggannya.
          Penunggang motosikal perlu merubah haluannya apabila tahi lembu menghalang laluannya
          Kaunselor perlu mengubah cara pendekatannya apabila bertemu seorang mat rempit..


      Jadi, begitu juga diri kita yang perlu berubah mengikut keperluan tanpa menggadaikan prinsip diri. Berani untuk mengawal keadaan, jangan sampai kedaan mengawal kita. Apabila keadaan yang mengawal kita, maka terjadilah kes-kes ibu muda terjun bangunan 15 tingkat, pekerja yang memancitkan tayar Mercedes bosnya, pelajar yang mencabut pintu jamban dan seumpamanya. Ini semua adalah akibat emosi yang tidak terkawal dan terpandu di jalan yang lurus.
Berani dia potong gaji aku!!hehe

      Minda kita sering merungut dan melatah dengan musibah, kenapa ia terjadi?kenapa pada aku?bukan pada dia? Negatif menjadi keutamaan  sedangkan banyak lagi yang positif, tenaga kita hanya sedikit, janganlah dipersia mengenang masalah, gunalah tenaga itu untuk mem'positifkan' keadaan. Guna tenaga itu sebaiknya, jangan sampai kita penat ditengah jalan tapi masalah tetap berkunjung jua.

 Dalam mengawal emosi juga ada caranya, bukan dengan terkinja-kinja di konsert Bieber, bukan juga dengan lari dengan pakwe Lombok atau bukan juga mengikut gaya Avril yang tak tau pakai baju. Tapi caranya ialah berbalik pada Ilahi, sujulah kepadanya, renunglah mengapa kita hanya mengingatnya semasa susah dan melupakanNya semasa senang. Bersunyi-sunyianlah dengannya. Kemudian, bangkitlah dengan azam dan tekad yang kuat untuk mengubah diri. Buang yang lama, ganti yang baru. Biar yang baru itu panas bersemangat sentiasa, bukan seperti mee sedap yang dah sejuk, dimakan tak sedap, dibuang rasa sayang.
Aku lagi yang dipersalahkan..

      Jika satu hari orang yang disayangi pergi tidak kembali, maka itulah yang tidak boleh diubah lagi
      Jika satu hari keputusan peperiksaan kita 'straight' gagal, itulah hakikat yang perlu kita lalui.
      Jika satu hari kita hilang nikmat tangan dan kaki, itulah takdir daripada Ilahi.

Ingat wahai sahabat, kita tidak boleh merubah angin, tapi jangan lupa bahawa kita boleh menjadikan layang-layang terbang lebih tinggi dengan adanya angin. Jangan memandang kepada satu sudut sahaja kerna kita takkan dapat melihat sudut yang lain, lihatlah ujian dari segala sudut. Nescaya kita dapat bertemu roh kebahagiaan. 
Biar kita yang mengawal, bukan dikawal!
Pesan si pengembara: Berubah hari ini bermanfaat untuk hari esok.

No comments:

Post a Comment