Tuesday, 24 May 2011

Ingat kambing je

Ape salah aku??
                                          
Itulah dunia sekarang,perbuatan haiwan menjadi ikutan bagi manusia sejagat tak kira usia.Perbuatan haiwan yang buruk tu sebenarnya dijadikn untuk pengajaran dan tauladan bagi manusia,bukan jadi contoh dan ikutan.Tapi ada juga manusia yang mungkin tak mampu berfikir dengan mengambil haiwan2 tu sebagai ikutan setelah bosan mengikut jejak langkah Bieber yang melompat ataupun Avril yang miskin tak berbaju.
eh,sabor le kak,jangan stress!
Ko kutuk aku ye??

Oh,banyak pula celoteh kali ni.Sebenarnya,aku terkilan melihat anak muda sekarang yang terlibat dengan kes-kes ragut ni.Bila seluk poket dan terlihat kupu2 berterbangan dari poket,mulalah terfikir cara-cara yang cepat dan cekap,salah satunya RAGUT!Cubalah cari idea lain,kerja di Jusco ke,Billion ke,Kassim ke,paling 'koman' pun kerja mintak sedekah-lagi baik daripada meragut.
Korang ade ke??

Bila idea meragut dah timbul,mulalah otak yang digunakan untuk tidur dalam kelas dipaksa untuk membina seribu satu taktik dan teknik yang berkesan bagi mendapatkan duit seringgit dua.Mata yang dianugerahkan Ilahi melilau2 mencari makcik-makcik atau pemudi2 yang membawa beg tangan.Apabila sasaran dikenalpasti,kaki pun bergerak laju(the flash lagi laju) ke arah sasaran lalu tangan dengan cekap merampas beg tangan@dompet@kad ATM@kad TAHA..Lalu makcik yang bernasib malang hari tu tersungkurlah kepalanya di atas batu atau penjuru jalan.Jika bernasib baik, meninggal lah makcik tu.Kalau nasib kurang baik, cedera parah sudah pasti,paling 'koman' pun pening2 lalat buah.Tapi si peragut yang mengambil alih tugas seekor kambing tadi dah tak ambil peduli pun pasal makcik tadi,dia dengan senang hati sambil berlari@naik motor honda cup pergi menyelamatkan diri.Mungkin dia tak sangka dalam beg tu ada emas...Zhulian,,ade duit yang banyak!!..tapi duit Saidina.
Zhulian je pon~

Mangsa yang diragut pun akan menanggung derita seumur hidup,manakala si peragut akan menanggung derita seumur akhirat.
Sian r akak ni..

Maka,sedarlah wahai peragut2 sekalian,kesian kambing2 tu,buruk nama padahal tu memang kerja warisan kambing.Terasa si kambing bila pak imam dengan anaknya menyumpah seranah si peragut tepi si kambing,terasa mereka.Jadi,carilah rezeki halal,biar keberkatan didahulukan,ke'halal'an diutamakan!

p/s:Buat remaja perempuan,siapkanlah diri anda dengan seni bela diri untuk menghadapi kemungkinan2 yang tak terduga dan kepada remaja lelaki,selalu2lah temankan mak atau nenek anda keluar 'shopping'.
Pesan si pengembara:Orang yang berjaya adalah yang tak pernah jemu dengan kegagalan.

4 comments:

  1. nape ade gmbr justin bieber ni???wahaha! bgus2,truskn usaha!!!

    ReplyDelete
  2. suke buat prumpamaan yg plek2.

    ReplyDelete