Thursday 6 October 2011

Mukhayyam bersama Kawan 'Baru'


Huh..blog yang dah lama tak disentuh..lap2 sikit.habuk2..ha bersih pun!

Kali ni aku nak kongsi pengalaman bercuti dengan kawan baru, kenapa baru??pasal sebelum ni tak pernah kenal pun tapi boleh bergelak ketawa dan berkongsi gembira bersama-sama.

             Aku habis exam hari jumaat,30.9.2011. Mukhayyam bermula hari Selasa, jadi Sabtu dan Ahad tu memang 'blur' habis, taktau nak buat apa. Budak UIA dah berbondong-bondong angkat beg masing-masing, lagi-lagi budak-budak BIO, habis paper BIO, mak ayah dah tunggu nak bawa balik..

             Hari Isnin kami bertolak keluar UIA ke pejabat IKRAM,PJ. Tidur sana dulu sementara menunggu hari Selasa. Ada beberapa pengisian dibuat di sana selain tidur, makan dan main Galaxy Tab Izzaldin..Kami menunggu penuh sabar untuk ke Pantai Bagan Lalang.


             Hari Selasa bermula perjalanan kami, lepas Zohor kami bertolak. Nampak gaya macam boleh sampai awal tapi rupanya tempat bukannya sejam dua, Maghrib baru kami sampai. Sampai-sampai je, aku terus pergi pantai, orang tengok macam nak menghayati suasana pantai, sebenarnya aku nak hilangkan mamai tidur dalam kereta.Ngantuk2..
Malam tu aktiviti bermula dengan taaruf(berkenal kenalan), bukannya semua yang saling tak kenal mengenal, tapi sebahagian je. Aku jumpa muka-muka baru dalam 3-4 orang daripada 15 orang. Kami taaruf di trpi pantai. Bukan cam muka pun gelap-gelap malam tu.
Lepas habis taaruf, habislah aktiviti malam tu, masuk dorm gelak-gelak. Lawak memang tak tahan. Lagi-lagi lawak Syed, memang spontan habislah. Abang K(naqib yang uruskan mukhayam) dah biasa sangat dengan 'Lawak Syed' ni. Lepas tu, siapa entah yang ajak pergi seafood, aku pun ikut je.cambez. Oleh kerana ni aktiviti yang ditambah oleh kami, jadi tak semua yang ikut, tapi kebanyakan memang ikut. Sampai Seafood, akak pelayan tu terpaksa tunggu lama nak ambil pesanan, sambil pilih sambil gelak-gelak, memang tak terpilihlah.. Helmi tempah Milo Shake, memang semua rasalah.haha. Gembira betul lepas rasa air tu, memang manis dan sedap. Malam esoknya hampir 3/4 yang datang seafood tu tempah Milo Shake! Memang habislah Milo kedai ni, lagi tak tahan, mula-mula Milo yang ditabur melimpah-limpah, tempahan yang akhir-akhir dapat sikit. Memang kena gelaklah kedai ni. Aku tempah Milo sampai 2 gelas!

            Hari Rabu, sepatutnya bangun pukul 5.15pg untuk qiyam, tapi lepak seafood punya pasal, 10 minit sebelum subuh baru bangun.haha. Lepas Subuh ada tazkirah sikit oleh Abang K. Ada sorang dua tersengguk-sengguk masa tazkirah tu..
Oleh kerana aktiviti seterusnya mula pukul 9.30pg, maka macam-macamlah aktiviti pagi tu. Yang paling popular, TIDUR! Abang K dah pesan jangan tidur dan masing-masing sedaya upaya patuh tapi tewas..nampak cam kelakar. Sarapan sampai semua bangun, padahal roti dengan kaya je pun.

Aktiviti seterusnya, pengisian tentang usul 20. Antara kefahaman-kefahaman yang telah Imam Al-Banna gariskan untuk memahami Islam yang syumul ni. Kami dihidangkan yang ringkas, dalam 1 kertas A4. Sebenarnya dalil-dalil mengapa perkara 20 tu wujud ada dalam buku. Dalam membentangkan Usul 20 tu, kami dikehendaki berlakon untuk menyampaikan maksud perkara itu. Aktiviti tu dijalankan sampai petang dan petang tu lah aktiviti pengisian kami yang terakhir. Sekejap je kan pengisian?Tapi matlamat mukhayyam bukan untuk pengisian, lebih kepada ukhuwah sebenarnya..jadi aktiviti bersama-sama banyak dijalankan.

          Untuk BBQ malam tu, aku dan Syafiq(kawan seusrah) dapat tugas potong kobis dan lobak merah. Nasib baik aku ada pengalaman potong memotong ni, kalau tak malu je. Masa basuh sayur tu, kami berdua je. Penat sembang berdua, kami beralih ke tempat peram ayam, memang kecohlah tempat tu. Macam-macam gelak tawa, lada hitam punya berduyun-duyun masuk dalam besen, Mun'im memang pakar bab-bab masak ni. Lepas tu, Syafiq potong sayur, aku masuk mandi.

Aku siap mandi ingatkan dah siap potong sayurnya, rupanya banyak lagi. Aku sambil potong, sembanglah dengan Daeng. Kami tak pernah kenal pun sebelum ni, tapi pasal dia dah lepak dengan aku, takkan nak senyap je. Peh macam-macamlah dia buka cerita, macam dah lama kenal.Yang lain di tepi pantai, buat api untuk BBQ.ramai betul yang buat api, sampai 3 unggun api wujud di tepi pantai.

Malam tu memang masa bersantai-santailah. Aku lepak dengan orang yang tengah panggang ayam, mana tau dapat makan sikit.. Masa tengah gelak-gelak bakar ayam, tiba-tiba ayam jatuh! Haha,,pecah ketawa masing-masing, yang tak tahu menahu tengok-tengok apa yang berlaku. Dah jatuh, nak buat macam mana kan..kutip lah balik, panggang lagi, anggap je tak berlaku apa-apa..haha.

Selepas habis solat Isyak dan Maghrib(jama' ta'khir) di tepi pantai, Abang K bagi ucapan sepatah dua kata, antaranya dia tanya,"kenapa ayam tadi rasa pasir?". Memang gelak sakanlah yang panggang ayam tadi. Ditambah lagi dengan lawak Syed tu..

           Hari Khamis, kami kena check out lepas pukul 12.30. Tapi pukul 11.30 main futsal lagi..haha. Lepas siap-siap kemas barang, masing-masing 'landing' lagi atas katil, malas keluarkan barang. Salah sorang kata,"ala bukan hotel pun, pakcik tu kasi keluar lambat-lambat".. Rasa sayang pula nak tinggalkan kawan-kawan baru kenal ni, dalam masa tak sampai 3 hari kami dah rapat, tiada diskriminasi, tiada hasad dengki..
Ni mase nak balik

Usul 20 di tepi pantai


             Tamat sudah mukhyyam kami, maka bermulalah cuti 2 bulan lebih aku. UIA memang baik hati bagi cuti 2 bulan.terima kasih! Berbalik kepada mukhyam tadi, aku berasa bahagia dan seronok dengan ikhwah(saudara/kawan) IKRAM UIA ni. Pertama kali aku dapat duduk bergembira dengan satu golongan yang kebanyakannya dah 30juz Quran, hafal hadis-hadis, tahu perkembangan semasa dan ambil berat sesama ikhwah tapi dalm masa yang sama, lawak mereka tetap lawak, kata-kata tetap dijaga..

              Bukan seperti apa yang digambarkan dalam tv, orang yang baik itu adalah yang pegang tasbih, pergi mana-mana pakai jubah dan serban, tapi tidak sama sekali macam tu. Itu hanya akan menjauhkan anak muda sekarang dengan Islam. Biarlah mereka nampak wajah Islam yang sebenar. Islam itu memberi kemerdekaan, bukan kongkongan.. Remaja yang sudah mengenal wajah-wajah serba sedikit wajah-wajah Islam rajin-rajinkanlah diri untuk menyumbang, jangan sampai dah tua nanti hanya tunggu mati, termenung apa sumbangan aku untuk ummah?

   

4 comments:

  1. ehh..haha. milo shake >,<".
    banyak ke aktiviti kat pj? syok gler dapat g mukhayam sempoi camni. !!

    ReplyDelete
  2. huhu ~~
    manisnya ukhuwah bersama teman sefikrah

    ReplyDelete