Saturday 19 November 2011

Rahsia Di Sebalik Jisim

Kali ni KID nak kongsi sesuatu yang KID rasa memang menarik, jadi baca dengan teliti..

Bersumberkan daripada buku Harun Yahya 'Timelessness.What Is Fate?' yang KID pun tak paham secara keseluruhannya oleh kerana English dia terlalu English tapi KID pemahaman KID bertambah hasil tontonan video Rahsia Di Sebalik Jisim yang KID beli CD tu zaman dulu-dulu melalui Smartshop..haha.Ingat lagi tak Smartshop? Selalu keluar masa iklan, sekarang tak ada dah rasanya, jual vakum la, alat kuruskan badanlah..macam-macam~

Berbalik kepada tajuk tadi, seperti yang kita semua ketahui, apa yang kita rasa melalui penglihatan, sentuhan, bauan, pendengaran dan rasaan lidah semuanya akan pergi ke otak, diterjemah di otak, barulah kita merasai semua yang terkena pancaindera kita. Cuba kita bayangkan, kalau sel saraf yang membawa semua maklumat tu ke otak putus atau rosak, maka kita tak akan dapat merasai lagi jisim atau benda di sekeliling kita. Betul tak?

Bagi deria penglihatan, semua yang dihantar daripada mata akan tiba di satu kawasan dalam otak yang hanya berukuran beberapa sentimeter sahaja..tak kiralah betapa besar pemandangan yang kita lihat di sekeliling kita, ia akan disimpan di satu kawasan dalam otak yang beberapa cm sahaja ukurannya.
Otak juga berkeadaan gelap walaupun kita melihat api yang marak membakar, hakikatnya api itu berada dalam otak kita yang gelap dan ia tak akan menerangi otak itu kerana apa yang kita lihat adalah arus elektrik dalam otak sahaja.
Jadi boleh dibuat kesimpulan di sini, apa-apa yang kita lihat, benda yang kita lihat sama ada binatang, tumbuhan atau barang seharian, adalah persepsi kita sahaja, mereka semua tak pernah dapat dipastikan kebenaran kewujudan mereka, entah wujud atau tak, semua tu diluar kemampuan kita kerana kita hanya menggunakan deria kita yang lima ini untuk mengetahui alam ni, sedangkan deria yang lima ini berpusat di otak, jika otak di'tipu', kita akan menerimanya bulat-bulat.

Eh betul ke ni??

Tak percaya lagi? Jom tengok contoh ni, bayangkan kita sedang tidur dan bermimpi, peristiwa yang berlaku dalam mimpi akan di firkan benar-benar berlaku pada kita, kita nampak kaki dan tangan kita menyentuh dan bergerak seakan benar-benar berlaku. Contohnya, kita sedang makan KFC, tangan kita mengambil ayam tu, lidah kita yang merasa kelazatannya, mata kita yang melihat ayam tu, maka kita akan berasa perkara itu benar-benar berlaku! Padahal setelah kita bangun tidur, kita akan tersedar dan berkata,"oh mimpi rupanya"...
Jadi, apa beza mimpi dengan kehidupan yang sebenar?

Hakikatnya kita bangun daripada mimpi yang pendek kepada mimpi yang panjang (kehidupan seharian)!

Jadi, tak boleh disangkal lagi bahawa segala yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya hanya berkitar dalam otak kita sahaja! Benda-benda di sekeliling kita hanyalah PERSEPSI kita sahaja yang tak pernah dapat dipastikan betul-betul kewujudannya.

Maka, itulah hujah yang kita memang akan disedarkan daripada mimpi kehidupan ini kepada alam yang hakiki kerana pada masa itu kita tak lagi menggunakan otak untuk mengetahui alam sekeliling..di sana baru kita tahu selama ni kita bermimpi sahaja. Dalam Quran pun dah sebut,"dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesukaan yang menipu".

Eh jap2! Tadi kata yang melihat, mendengar, merasa, menghidu..semua tu otak. Jadi siapa yang beremosi, gembira, sedih..yang membezakan baik dan buruk..yang berkasih sayang? Sedangkan otak tiada fungsi-fungsi tu?

Soalan yang bagus!

Otak hanya terdiri daripada lipid, protein, fats dan lain-lain komponen yang tak ada fungsi untuk beremosi. Maka, yang berfikir itulah roh kita, yang diberikan akal untuk semua tu, emosi, bezakan baik buruk dan lain-lain..itulah roh dan itulah KITA sebenarnya! Hakikat roh yang ilmunya ada pada Allah, untuk kita hanya sedikit Allah bagi. Haiwan pun mempunyai otak tapi mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir, tapi manusia bukan hanya diberi otak, manusia juga mendapat akal.

Kesimpulannya, apa-apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya hanya berlaku dalam otak kita sahaja, alam yang hakiki atau benar hanyalah alam selepas kematian kita atau dengan kata lain selepas kita bangkit dari mimpi ini..

Sains telah membuktikan!

(kalau tak paham sangat, cubalah rujuk karya-karya Harun Yahya, KID pun tak tau sangat nak terangkan)

3 comments: