Saturday 7 January 2012

Besar Jiwa, Kecil Masalah

Dalam detik-detik akhir nak kembali ke rahmatullah UIA ni, KID nak bagi sesuatu yang KID rasa sangat besar manfaatnya buat diri dan sahabat sekalian. Artikel kali ni agak besar bagi KID dan tentunya memang mendebarkan kalau nak sebarkan sesuatu yang besar-besar ni, cuak sih! Nak amal bukan senang, sedangkan Allah kata dalam Al Quran,
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
   

Err..basah peluh.

Tapi tak senang duduk kalau tak sebarkan pasal memang dah terfikir, garu sini tak kena, baring gelisah, duduk gatal-gatal..kesian kan?

OK.berhenti merepek. Terus ke tajuk..

Pernah dengar tak orang kata,"argghh, tak habis-habis aku yang kena! Baru bayar saman RM300 tadi, motor pulak kena curik! Nak kerja naik ape ni? Bil air, bil api tak bayar lagi! Tensen2.."

ATAU

"adussh, masalah2..kena repeat sem 1 lagi, masuk ni dah kali ke tiga aku repeat. Kawan aku yang goyang-goyang kat Night Club tu bleh lak 4flat! Aku yang tonggak terbalik semayang ni,hampeh!"

ATAU

"Cis, nak buat benda baik pon orang marah! Aku ajak pergi usrah yang kena panggil dengan lecturer, orang yang ajak rempit tu takde plak masalah! Buat baik masalah, baik takyah jadi baik."



Begitulah berjenis-jenis masalah yang menyelubungi kehidupan seharian kita. Bagi pelajar dengan pelajarannya, bagi budak ofis dengan bosnya, bagi guru dengan kerenah pelajar-pelajarnya..

Hakikatnya, kebanyakan masalah yang kita alami tu telah ditanggung oleh orang-orang lain. Masalah yang sama, situasi yang sama..duit takde, kekangan masa, tak paham cikgu ajar, dakwah tak berkesan dan sebagainya. Apa yang lain? JIWA orang yang bermasalah itulah yang BERBEZA. Ada orang yang takde duit sehingga sarapan esok pagi pun tak terjamin, masih tenang dan terus berusaha. Ada orang yang gagal peperiksaan berkali-kali walaupun dah berusaha se'turbo' mungkin, masih cool dan bergaya. Dan ada juga yang sebaliknya. 
Terus menerus menyalahkan takdir dan seterusnya berputus asa.

       Apa yang sinonim dengan JIWA di sini adalah IMAN sebenarnya. Hipotesisnya begini, semakin kuat iman, semakin kecil dugaan. Contoh mereka yang berjiwa besar ialah, jeng3!

 Ada orang (penyebar khabar angin) telah berkata kepada mereka (kaum Muslimin): “Sesungguhnya manusia (musuh) sudah mengumpulkan (tentera) untuk (menyerang) kamu, takutlah kamu kepada mereka.” (Kata-kata) itu menambahkan keimanan mereka (yang beriman), lalu mereka menjawab: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik al-Wakil (Penjaga).” (Ali Imran:173)

Ya! Ayat yang bermakna bagi mereka yang memahami, 'cukuplah bagi kami Allah dan Dia adalah sebaik-baik Penjaga!' atau arabnya berbunyi  حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Kata-kata yang cukup ampuh apabila kita diuji. Siapakah yang lebih baik perlindungannya selain Allah? Cuba renung diri kita dalam-dalam, ingat balik tika dulu kita pernah diuji, kita berasa sukar.. dan yakin memang tiada jalan keluar daripada masalah ni! Namun, kembalilah melihat diri kita yang sekarang ni, bukankah kita baik-baik sahaja? Duduk dengan begitu bergaya? Masih cool? Begitulah masalah, ia membuatkan kita berasa tiada penyelesaiannya, tapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Allah tarik kita keluar terus daripada masalah itu sehingga kita berasa bagai tak pernah berlaku apa-apa! Ajaib bukan pertolongan Allah? Tawakal!

Ia akan berulang-ulang, maka tak perlulah kita berasa takut untuk berdakwah, malu untuk berkata yang benar, lagi teruk lagi, MALAS menyampaikan yang benar! Na'uzubillah. Maka, BESARkanlah jiwa, TETAPkanlah tapak kaki dalam menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Kita percaya bahawa jalan tarbiyah itu panjang, tapi hasilnya pasti. Sesiapa yang tidak berasa kesusahan, maka dia belum lagi berjuang..err..alamak! 

Rantai perjuangan itu panjang, tak teringinkah kita jadi salah satu mata rantainya?
Jalan kite jauh lagi..teruslah berukhuwah kerana itu menambah kekuatan


ps:Agak cuak post kali ni..sebenarnya nak bagi semangat kepada BADAR sekolah.moga ada faedahnya.jangan stress2, buat ape yang mampu. 

5 comments:

  1. mabruk...satu post yang mantap..teruskan usaha dakwah ..

    ReplyDelete
  2. trime ksh nasirah,tmbh r sket ucapan utk naikkn smangt badar sliss tu.hehe

    ReplyDelete
  3. Kata nak saling tukar bloglist!

    ReplyDelete
  4. result kau cane KID?hehehehe.meh ah share ngan aku

    ReplyDelete