Tuesday 13 March 2012

Pengajaran membawa kesedaran.

Dalam dunia ini kita berjalan-jalan, melihat sekeliling. Kadang-kadang bergelak ketawa gembira, bergurau senda ceria. Suka-suka hingga lupa erti derita. Kerana apa? Kerana derita itu perit diingat, apatah lagi dirasa. Derita datang daripada ujian yang menimpa kita, orang yang tidak pernah merasa mana tahu ertinya. Perumpamaannya seperti manisnya gula, apabila ditanya 
bagaimanakah manisnya gula itu?

Jawabnya, "sangat-sangat sedap dan enak". Ada juga yang berkata, " kenikmatan apabila ia mencair di rongga lidah". Namun, apakah masin atau pedas itu tidak enak dan sedap? Apakah garam itu tidak mencair di atas lidah? Maka, manisnya gula itu tidak boleh diungkap melalui kata-kata, ia perlu dirasa! Begitu juga cinta..ia perlu diteroka dan dirasa, ia tidak boleh dikata dengan kata-kata.

Itulah derita yang kita sering kali lupa, padahal ia membawa beribu impak positif tapi kita hanya lihat daripada sudut hitamnya sahaja. Contohnya, dia berasakan bahawa keputusan peperiksaan Chemistry miliknya akan sangat tinggi walaupun bukan yang terbaik. Berbekalkan perasaan yang penuh yakin, dia melangkah pergi melihat keputusannya. Tiba sahaja di situ, dia terpana apabila keputusan itu bukanlah seperti yang dia harapkan dan doakan. Sangat teruk dan memalukan. Tambah memilukan, hanya dia dan seorang rakannya mendapat keputusan sedemikian rupa, manakala rakannya yang lain gembira mendapat keputusan yang jauh lebih baik daripadanya. 

Saat melihat keputusan itu, dia bagai terduduk cuma belum lagi tersungkur mencium tanah. Pilu dan perit untuk diterima. 

Apa yang tidak mencukupi lagi? A-Z kefahaman tentang silibus tajuk itu sudah dikuasainya. Siap ajar kawan-kawan lagi, menjawab itu dan ini. Jadi, di mana silapnya ya Allah? Dimana?

Itu mungkin contoh yang kecil daripada beribu peristiwa dalam dunia ini, berjuta manusia terkena musibah yang sangat berat tapi masalah itu berpandukan pada jiwa si penerima. Besar jiwanya, kecillah masalahnya. Adakah kita layak memilih musibah yang patut kita terima? Kita Tuhan atau Allah itu Tuhan? Adakah kita layak merungut-rungut bertanya mengapa kita yang kena? Kita Pembuat Takdir atau Allah yang membuat Takdir?

Jadi, pesan KID bagi mereka yang sudah terjatuh terduduk ditimpa musibah, ingatlah bahawa anda belum lagi tersungkur mencium tanah..apabila musibah itu telah membuat anda jatuh menyungkur tanah, maka cubalah menghidu bau tanah itu dan sedarlah di situlah kita dijadikan, disitulah kita akan dikembalikan. Kita ini bukan sesiapa melainkan manusia biasa yang tak layak langsung untuk meminta kepada Yang Esa..tapi atas kemurahan Yang Maha Pemurah, kita dibenarkan meminta. Sedar-sedarlah..

ps: Kalau rasa dah pandai tapi gagal juga, semak baliklah buku amalan agama kita, bagaimana ibadah kita, bagaimana dakwah kita, bagaimana akhlak kita..

4 comments:

  1. macam mana kalau kita boleh bawa bidang tu di IPT tapi hati kita sebenarnya tidak mahukan bidang tu???apakah kita sekadar mengikut arus pembelajaran.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam bidang agama, ustaz hasrizal ada kata http://saifulislam.com/?p=49

      Delete
  2. yang lebih realistik :

    Hati aku tidak sepenuhnya dalam mengambil jurusan mekanikal.Aku pernah luahkan perkara kepada seseorang je,tapi tiada respon....keluarga,langsung tak pernah...minta pandangan KID...

    ReplyDelete
  3. bro mechyuitm, KID prnah bce buk motivasi 'think and make it happen', one of the way is u must write ur own story. Naik atas pentas kehidupan dan tukar skrip yang sedang berlaku, jangan jdi penonton yang hanya melihat perjalanan cerita tanpa mampu mngubahnya. Tapi KID bkn kaunselor, baik mechyuitm g jumpe kaunselor kalau tringin nak ubah skrip kehidupan, klau tak, duduk je lah atas kerusi penonton..tonton dan kalau takut, tutup mata..

    ReplyDelete