Wednesday, 30 May 2012

Keliru dan hampir buntu

Post ini diterbitkan dalam keadaan KID kekeliruan identiti.

Dalam bergaul dan bercampur dengan manusia, KID tidak pernah diam kosong. Satu-satu manusia KID perhatikan agar ada yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pernah juga jumpa yang kelakar tahap tak ingat, tak kurang juga yang serius tahap terlupa. Ada yang mesra, juga tak mesra. Kalau tengok ustaz-ustaz yang terkenal pula, nampaklah keadaan itu, Ustaz Fathul Bari, serius sentiasa, jarang ceramah dia ada gelak-gelak. Dr Asri, nampak berubah-ubah ikut bahan yang disampaikan. Ustaz Azhar Idrus, sentiasa lawak, ajar fekah pun boleh gelak.haha. Ustaz Zaharuddin, nampak tegas juga, cuma kadang-kadang dia tak buat lawak pun, tapi orang dah gelak.

Berikutan dari itu, KID tertanya-tanya, err..Muslim ni memang patut ada satu sifat yang sama ya? Apa yang KID maksudkan muslim itu adalah, seorang yang memegang dan mengamalkan ajaran Islam terutamanya mereka yang komited dengan dakwah. Kalau kecoh-kecoh tu tak cukup sempurna akhlak, atau bagaimana? KID teringat sahabat yang paling disayangi, Sofiyuddin berpesan beberapa tahun yang lalu (ingat lagi tu.nampak sangat KID kuat ingatan), dia kata para sahabat itu terdiri dari pelbagai sikap dan ragam. Ada yang suka melawak, ada yang serius, ada yang bermacam-macam. Namun, satu masalah, dia tak bagi pula dalil yang kukuh untuk KID yakin dengan kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa dunia ini memang penuh rencah kehidupan yang pelbagai ragam manusia. Cuma, KID tertanya-tanya, apa sikap sebenar muslim yang patut ditunjukkan ya? Based on the above reasons, I need the reader opinions...

Sunday, 20 May 2012

Biarkan hati berbicara

Dalam kesibukan kita menelaah dunia ini, lelah dengan hiruk pikuk dunia, kutuk sana, caci sini, hina situ. Kita  kadang-kadang terlupa bahawa HATI kita sedang penat melayan benda-benda itu segala bagai. Namun, dek kerana nafsu yang menguasai dan fanatik mendominasi, kita terus juga tenggelam dalam arus jahiliyah ini

Akhir-akhir ini, KID selalu berbual-bual dengan beberapa orang sahabat. Apa yang menarik perhatian KID ialah topik yang dibicarakan hampir sama iaitu pertelingkahan sesama umat ISLAM.

"Aku rasa lepas aku habis asasi ni, aku nak keluar U.... ni lah.."

"Yeke, asal?"

"Serabut aku tengok kat sini, asyik-asyik nak demonstrasi..agak-agaklah pun kalau nak bersemangat pun".

Ya! Begitulah suasana Malaysia akhir-akhir ini, demo sana sini. Bukan KID nak kata demo itu salah, namun berpada-padalah. Kadang-kadang kita ber'demo' kerana kita fanatik orang ini, obses orang itu. Berhati-hatilah wahai sahabat.. Ikutlah sesuatu itu kerana ilmu. Biar kita obses pada Nabi Muhammad sahaja, itu sudah cukup! Pandangan lain yang beribu segala bagai itu, kita nilai baik-baik menggunakan ilmu kita. Jangan kerana dia memegang bendera bulan, maka dia sentiasa betul..jangan kerana dia ada dacing putih, maka dia sentiasa adil. Tidak!

Ha amek kau! Setuju je lah aku kata!


Hasil daripada sikap fanatik terhadap seseorang inilah yang menimbulkan pertelingkahan di sana-sini. 

"Eh, kau sapa? Ustaz aku kata macam ini!"

"Dalil daripada ustaz kau?"

"Ah, kalau semua kau mintak dalil,,payahlah.."

Ya! Kadang-kadang kita pun tak berkemampuan nak berikan hujah-hujahyang mantap atas sesuatu yang kita bawa. Oleh itu, kita bukalah hati kita untuk dengar hujah atau pendapat orang lain. Jangan jadi bodoh sombong! Kemudian, kita bandingkan hujah kita dan dia. Barulah lahir suasana harmoni berteraskan ilmu di situ.

Kadang2 kita rindukan suasana ini


Dalam situasi pertelingkahan yang memeningkan ini, maka kita semaklah kembali hati kita. Biarkan ia berbicara. Dengar luahan dia. Hati yang putih bersih itu selalunya akan memberi nasihat yang benar. "selesakah aku, aku nak berdakwah tapi ak caci si Bedul?". "Aku nak ilmu yang benar, tapi kenapa aku asyik mengiyakan pendapat ustaz ni aje? Ustaz lain pun belajar juge..".

Oleh itu, KID tertarik nak berkongsi kata-kata UStaz HAsrizal. "Berbeza Pendapat Tidak Sinonim Dengan Bermusuh". Antara yang dipersoalkan ialah, adakah apabila kita berbeza, maka kita perlu bermusuh?. Ada beberapa orang yang bertanyakan mengapa Ustaz Hasrizal tidak bertelingkah dengan Dr Maszlee Malik kerana ada perbezaan antara mereka. Kenapa tak bergaduh dengan Dr Asri dek ketidaksamaan pendapat antara mereka. Boleh dibaca melalui link ini http://saifulislam.com/?p=10544

Akhir kata, rujuklah hati kita. Adakah ia selesa dengan keadaan kita sekarang ini? Atau ia sudah lama mati dek kerana kita membunuhnya dengan telingkah yang tak sudah-sudah?