Sunday 8 July 2012

Harga itu..sangat mahal!

"Hmm, aku tak puas hatilah dengan kawan kita tu..", luah Saiful sambil memerhatikan pemain-pemain bola berkejar-kejaran di tengah padang.

"Eh kawan yang mana ni? Dia buat apa?", tersentak Ahmad apabila mendengar kata-kata Saiful.

"Ala..si M lah. Masa susah dicariknya aku..masa senang..huh. Minta tolong teman pergi Jusco pun payah!".

Ahmad berfikir-fikir sendirian. Budak usrah pun ada tak puas hati dengan orang rupanya. Ingatkan gelak-gelak dia selama ni tanda ceria. Ah, dia pun manusia!

Saiful menyambung lagi," hari tu dia buat majlis makan-makan, ramai juga kawan kita dijemputnya..tapi aku tak pula diajak. Bukan aku teringin sangat nak makan di majlis tu, cuma minta dihargai sedikit pengorbanan yang aku buat pada dia selama ni..nampaklah yang dia ingat aku, ini tidak..".

Ahmad mengangguk-angguk. "Banyak ke kau tolong dia?"

"Aku bukan nak riak, cuma luahan perasaan.. Ada satu malam tu, dia minta tolong aku ajarkan subjek Anatomy, padahal aku ada lagi subjek lain tak ulangkaji lagi. Tapi aku fikir ukhuwah aku dengan dia, aku pergi juga bilik dia..pernah jugak hari tu dia tengah sedih, aku sedia dengar luahan dia sampai 2 pagi, padahal aku bukan biasa tidur lambat-lambat..masya-Allah..".


***

Harga itu sangat mahal! Eh harga apa? 

Mahal sangat-sangat!


Harga sebuah UKHUWAH!

Adakalanya kita rasa sudah memberi segala-galanya, sudah bertumpah air mata untuk merealisasikan hadis-hadis Nabi berkaitan ukhuwah..itsar (melebihkan sahabat berbanding diri kita), kasih sayang, empati.. Berbekalkan sebuah keyakinan bahawa itu pasti akan terbalas dengan kemanisan ukhuwah jua. Kita menunggu-nunggu sahabat itu memberi timbal balik, sekurang-kurangnya berkongsi perasaan dengan kita, memahami kita, sentiasa sensitif dengan perubahan kita.


Namun, jangan kita lupa bahawa ukhuwah itu hakikatnya ialah proses MEMBERI! Kita beri dan beri lagi, tanpa jaminan bahawa ia akan kembali. 

Bukankah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, 'tidak sempurna iman seseorang kamu jika kamu tidak menyayangi sahabat kamu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri'
Kita harus menyayangi, menyayangi itu adalah proses memberi sebenarnya. Kita memberi kasih sayang kepada sang sahabat, dan ia bukan jaminan bahawa kita akan mendapat kasih sayang itu kembali.

Saat kita senang, kita berkongsi kesenangan itu dengan orang lain. Tetapi saat kita susah, kita berkongsi kesusahan itu dengan diri sendiri. 

Peh, itu serius tak adil!

Err, tapi itu hakikat..

Jadi, kepada siapa ingin dikongsi kesusahan itu?

Allah..siapa lagi?

Err...........


Ya! Susah itu datang daripada Allah, berkongsilah dengan Nya. Semoga dengan asbab itu dihantarnya kepada kita seorang sahabat yang memeluk kita dari belakang sambil menenangkan kita. Siapa tahu? Namun, untuk ditaburkan beban kesusahan itu, taburkanlah pada Allah..



Apabila kita merasakan telah memberi apa yang kita mampu, maka ikhlaskanlah hati..bersedia untuk tidak menerima apa-apa balasan, tidak perlu diungkit-ungkit jasa. Bukankah hidup ini untuk memberi? Ayat lancar di bibir, tapi nak buat...peh...bagai meredah sungai yang dipenuhi radiasi nuklear.


Hak itu wajib ditunai


Walaupun tiada jaminan untuk menerima kembali kasih yang dicucuri, namun jangnlah itu dijadikan alasan untuk mengabaikan..kerana mereka sudah menunaikan hak sebagai seorang sahabat/akh/kawan, kini tinggal kita sahaja. Bila masa untuk ditunaikan kembali hak sahabat kita?

Manusia tetap manusia. Manusia akan tetap terasa. Melainkan iman itu sudah setinggi cakerawala, namun ia tetap ada naik turunnya.. Manusia tetap memerlukan sahabat dikala ujian datang bertimpa-timpa, tanpa perlu dia berjumpa anda, anda yang seharusnya bertanya, apa khabar kau hari ni?

Handset ade kan? Mesej je lah


Menyalahkan iman lemah punca ikhtilat


Seringkali kita menuding jari kepada si dia kerana terlampau terbuka dengan pasangan bukan sejenis, salah dia, apa pasal tak jaga hati sendiri?

Ehem2..

Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah, cuba bertanya kepada diri anda sendiri. Aku dah cukup berukhuwah (baca: berkasih sayang) dengan kawan aku inikah?

Mereka mencari ikhtilat itu antara puncanya adalah KASIH SAYANG, maka apa salahnya beri ukhuwah itu kepadanya? Isi hatinya dengan cinta kepada para sahabat, Nabi Muhammad dan Allah. Ikat hatinya dengan kita dengan harapan kita dan dia akan sama-sama menuju reda Ilahi.


Cebisan isi hati dan ilmu KID

Akhir sekali, KID sedang terharu atas kata-kata Aiman Kamal ketika bday KID!
"Friend is not about being together all the time, but it's about being there at the right time and do the right things'.

Kalau bukan dengan ikhwah kite berukhuwah semantap-mantapnya, maka dengan siapa lagi?

Kalau bukan dengan orang yang memahami tarbiyah itu membimbing kita, maka dengan siapa lagi?

Kalau bukan dengan orang yang 'bekerja' itu kita berhubung, maka dengan siapa lagi?

Orang yang tidak pernah melakukan, tidak akan pernah merasa....

6 comments:

  1. sumpah aku suka sangat post nih, terharu jiwa raga aku ni haa. demi sahabat eh.
    thanks fathiy !

    ReplyDelete
  2. Thanks Shak! Aku tulis brdasarkan hidup..

    ReplyDelete
  3. harga ukhuwah tiada tandingan.

    tarbiyah itu mengubah, tak kira anda lelaki atau perempuan (^__^)
    sediki sharing jugak, sebelum ni indahnya ukhuwah penuh dgn memori2 indah bersahabat. tapi memori2 berukhuwah dalam tarbiyah x da tandingan kot. (^__~)

    hebat lah entri ni. saifulislam.com no 2 kah?? hehe. cepat tulis next entri weyh

    ReplyDelete
  4. Nak tulis perlukan mood yg sangat kondusif, bukan senang dlm situasi KID skang,haha.insyaAllah2

    ReplyDelete
  5. hi kid. thanks. ana rasa post nta ni serius sentapkan hati ana. best sangat. uhibbukafillah

    ReplyDelete
  6. oh KID pun tersentap awal2nye,tu yg tulis pasl ni

    ReplyDelete