Tangan dah menggigil-gigil,
Hati dah terpanggil-panggil,
lama sangat blog tak update,
mata mula terjegil-jegil!
3 minggu yang payah,
dan susah,
Minggu pertama diisi dengan aktiviti,
ummah punya aktiviti,
aktiviti yang membawa resah,
melihat sahabat Syria, Palestin, Rohingya..
ditindas, diseksa, dihina..
Satu hari nanti, aku akan bersama kamu! |
Minggu ni aku mula tertanya-tanya,
kerana apa sahabat seusrah aku, selalu sebak apabila bercerita soal mereka?
aku mula terasa sedikit perasaan itu,
tapi aku kira ia tak sebaik dia,
kerana dia menangis,
dan aku tidak!
Minggu kedua,
aku sibuk lagi,
aku pening dengan perancangan dakwah,
juga tarbiah,
aku bukanlah si pencetus idea,
kerana aku tak suka mendalami sesuatu yang rumit,
aku akan pening..sangat!
tapi aku memaksa diri untuk itu..
kerana aku lihat, sahabat-sahabat aku bersungguh untuk itu.
Minggu ketiga,
bertambah menekan-nekan kepala,
ketika ini aku kerap menghubungi ibu tercinta,
sekadar mahu mendengar suara,
aku sedikit lega,
Aku kerap mencari ketenangan, cuba untuk menyendiri,
nikmat sungguh menyepi,
dari kerenah duniawi!
Minggu ini dipenuhi..
..agenda yang sama,
merancang dan merancang,
itu baru perancangan,
bagaimana pula dengan pelaksanaan?
tak apa..
..itu nanti.
Allahu musta'an!
Membaca saja sudah perit, apatah lagi yang merasa,
Tapi..
Tapi..
Tapi..
Sahabat,
kau tahu?
3 minggu inilah aku merasa nikmat yang sangat lazat!!
Biar aku ceritakan mengikut keutamaan,
Pertama,
aku berasa indah di setiap solat aku,
nikmat di setiap bait ayat Cinta Ilahi,
bagai sang pengembara di tanah tandus meneguk air dingin,
air mata selalu menjadi peneman tahajudku,
padahal tahajud yang merupakan amalan VVIP syurga itu..
..sangat susah untuk aku lakukan sebelum ini!
Aku berasa langkahku diiringi Cinta Yang Maha Pencinta,
aku berasa dunia jauh dari hati aku,
indah, sahabat!
Hebatnya!! |
Kedua,
dulu,
tika ku perlukan bahu,
aku sangat malu, kerana takut dikatakan lemah,
hanya kata-kata banyak diluah,
bagai tiada masalah,
Kini,
terima kasih wahai akh,
sentuhanmu banyak membantu,
senyumanmu penguat aku,
bahumu menetapkan kaki aku,
aku tak segan meluahkan..
..kerana aku yakin pandangan kau kepada aku tak akan berubah.
Aku sangat terkejut,
kerana kau mula percaya pada aku,
meluahkan masalah yang terbuku,
sedangkan dahulu kau takut akan perkongsian,
aneh sungguh kau..
Allah jualah yang mengubah hati hamba-hambaNya,
aku hanya berusaha,
memberi yang terdaya.
Ketiga,
masa yang amat sedikit cuba digunakan,
pelajaranlah jadi pengisian,
sangat sedikit kiranya aku luangkan,
aku mula tiada keyakinan.
Tapi,
markah-markah aku sangat membuktikan,
kuiz dan kefahaman aku mengujakan!
Ia bagaikan aku punya masa yang amat banyak dahulu..
..dan aku gunakan untuk pelajaran,
sama sahaja tanpa perubahan!
Tuhan..Tuhan..
Kau sangat Ar-Rahman!
Masih adakah lagi yang beralasan?
Benar..selalu juga aku keletihan.
Kalau aku kata tidak, itu pembohongan.
Tapi, Allah Ar-Rahman selalu membangkitkan.
Itulah kebenaran!
Inilah tiga nikmat terbesar untuk tiga minggu aku,
terima kasih Allah yang merupakan tempat aku bergantung,
terima kasih sahabat yang kusayang,
juga ikhwah yang membuatkan mata aku bersinar-sinar!
Sesungguhnya aku sedang mengajak kamu mengingat Rabb,
Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma:
Maksudnya: "Allah Ta'ala berfirman; "HambaKu, apabila kamu mengingati Daku di kala berseorang diri, Daku mengingati kamu di waktu berseorangan dan jika kamu mengingati Daku di dalam satu perkumpulan, Daku mengingatimu di dalam satu perkumpulan yang lebih baik dari mereka dan lebih ramai."
(Hadis Sahih. Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Syubul Imam, sebagaimana di dalam Kanzul Ummal)
No comments:
Post a Comment