saya pelajar sekolah menengah. Banyak sangat yang saya belajar. Itu. Ini. Ragam pelajar dan guru.
Kini,
tak adalah banyak mana peningkatan. Baru masuk asasi je pon. Namun, peningkatan itu masih ada. Dan akan terus ada. InsyaAllah.
Dulu,
saya salah seorang pemimpin pelajar. Banyak tak buat kerja. Kecik lagi, macam itulah. Masa tu, saya banyak diajar oleh guru disiplin dan ketua warden bagaimana memegang pengurusan berkaitan disiplin. Ada yang saya setuju dan juga tidak setuju.
Saya berhadapan dengan macam-macam kerenah. Sakit kepala dibuatnya. Hari-hari stress. Walaupun saya tahu, stress saya masih lagi kurang berbanding stress yang dialami ketua umum ketika itu. Saya kesian tengok dia, tapi saya kecik lagi masa tu dan tak tahu nak tolong macam mana.
Kecik lagi mase tu.. |
Saya masih ingat lagi satu hari di mana seorang junior saya dilempang kerana pakai seluar cikang(seluar cam dak skinhead pakai, ketat). Saya terkesima. Kesian budak tu, tapi sapa suruh dia buat salah.
Juga hari yang lain, kawan saya diperli dan disindir sehingga membuatnya malu yang amat sangat kerana kesalahannya di asrama dibuka. Saya gembira masa tu pasal kelakar.
Saya juga teringat hari di mana senior saya dibenci kerana kes-kesnya di asrama. Diperli dan disindir jadi kebiasaan. Kadang-kadang dihukum atas sebab yang kecil. Tapi, saya setuju masa tu, sapa suruh dia buli kami, budak junior.
Saya juga mengenang kawan saya yang merokok. benar dia salah. Tapi nak berhenti merokok itu bukan senang, ketagih. Maka, hukumannya janganlah seperti dia tiada harapan nak berubah.
Sekarang,
saya merenung kembali kata-kata 'Abbas As-Sisi,"dakwah kita adalah CINTA dan KASIH SAYANG".
Kata-kata sahabat saya terngiang-ngiang lagi,"kita kena dekati mereka dengan penuh kasih sayang, bukan dengan hukuman".
Perbuatan ayah saya terbayang-bayang. Dia melayan pelajar-pelajarnya sama sahaja walaupun tergolong dalam ketegori yang bermasalah. Tetap berlawak dengan mereka, sehingga para pelajarnya menyukai ayah saya. Namun, apabila tegas, tidak ada kompromi. Saya teringat kata-kata orang yang nak buli saya dulu,"ayah die baik ngan kite dowh, biar r dak ni".
Keutamaan.
Bukanlah saya yang selayaknya mengajar tentang keutamaan ini. Maka, biarlah ini sekadar perkongsian.
Apa yang saya faham, keutamaan kita adalah AKIDAH ISLAM. Itu sudah jelas dalam firman-firman Ilahi dalam Al-Qur'an. Sila rujuk sirah Nabi, baginda mengajar sahabat tentang apa sewaktu awal-awal dakwah Islam dahulu.
Di atas asas ini barulah AKHLAK dan nilai-nilai baik yang lain dapat ditekankan!
Apa yang saya nampak daripada kaca mata seorang pelajar biasa, keadaan di sekolah dulu sudah terbalik. Mereka dihukum apabila memakai seluar cikang, ponteng asrama(fly), tak bawa nametag, tak tie-in baju dan lain-lain. Saya tidak menafikan bahawa itu penting untuk dihindarkan, tapi maaflah, bagi saya itu bukan tujuan utama. Berapa banyak usaha yang dilakukan oleh guru-guru dan para pimpinan pelajar, malah para pelajar sendiri untuk membetulkan akidah mereka.
Eh? Mereka dah Islam kan?
Benar! Mereka ialah muslim. Tapi sejauh mana mereka menghayati keindahan beriman kepada Allah? Sejauh mana mereka memahami erti mencintai Rasulullah? Sejauh mana mereka mendalami erti Yang Maha Memiliki Segala-galanya?
Itu kan soal hati? Mana boleh tahu?
Tapi, bukankah soal hati itu dilahirkan melalui perbuatan? Terlupakah kamu pada hadis ini?
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ
صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ
وَهِيَ الْقَلْبُ )).
رواه البخاري ومسلم.
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia
rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
Bukankah mereka telah menunjukkan perilaku itu dengan tidak solat jemaah? Kadang-kadang terus tidak solat!
Pukul junior sehingga menjadi kes polis.
Berdua-duaan lelaki dan perempuan.
Membenci guru-guru.
Maka, jika hendak selesaikan hal-hal itu perlu selesaikan akar umbinya dulu! Tanamkan kepada mereka cinta kepada Allah dan Rasul-Nya dengan lemah lembut, bukan pukul tumbuk.
Dahulu,
kami pernah cadangkan usrah sebagai penyelesaian. Kami pimpinan pelajar boleh menjadi tenaga naqib walaupun kami setahun jagung ketika itu. Tapi, kami tak boleh melakukan itu tanpa sokongan guru-guru. Kapasiti kami hanyalah sebagai seorang pelajar, kami tiada kuasa untuk mewajibkan usrah itu sebagai WAJIB.
Kami pernah meminta seorang sahaja guru untuk mengawal pelajar agar tetap duduk dalam usrah sementara kami menyampaikan hal-hal akidah dan apa-apa yang berkaitan Islam, agar mereka lihat Islam itu INDAH. Namun, tiada pengawasan yang dilakukan. Maka, usrah itu tetap juga tidak berkesan kerana pelaksanaannya tidak kena gaya. Akhirnya menjadi tempat sembang..
Usrah itu sepatutnya SERONOK! Eh? credit to my friend, Sulaiman. |
Akhir kata saya, didiklah para pelajar dengan kasih sayang. Jangan jadi seperti ahli politik sekarang, apabila buat salah, segala kebaikannya dilupakan terus!
Bukanlah bermakna HUKUMAN itu tidak dibolehkan, tapi berpada-padalah. Ukurannya ialah biarlah dengan hukuman itu para pelajar itu tahu bahawa dia dihukum kerana guru itu SAYANG kepadanya, bukan pukul kerana BENCI!
ps: Saya amat mengagumi Sofiyuddin dan Rashid yang telah lama mendahului idea ini daripada saya. Dahulu, saya tidak faham apa-apa tentang ini. Terima kasih kawan!
No comments:
Post a Comment