Tuesday 25 September 2012

Keluar dari lombong..

Al-kisah saya...

Saya seketul logam. Emas kata manusia. Saya terdampar dalam tanah. Kesunyian. Keseorangan..eh? Keselogaman.

Ini saya!


Sunyi sepi saya di sini, sesekali terdengar suara Makcik Bedah Emas mengumpat dengan Puan Nona Emas. Seronok juga saya mendengarnya.

Kadang-kadang terhibur saya melihat Si Ketot Emas main lari-lari dengan Si Busuk Emas. Kejar sana sini. Lepas tu, jatuh tersembam! Memang saya gelak sampai keluar anak tekak. Lawak tak ingat! Dah lah hingus meleleh-leleh.

Tapi seriuslah, kawasan emas ni memang bersepah. Sampah bertabur-tabur sana-sini. Bau longkang yang busuk. Tapi, dah terbiasa, saya pon bertindak seperti kebiasaan sahajalah~

Satu hari, eh? "Tolong! Tolong!"

Bunyi orang minta tolong! Siapa tu? Saya bergegas untuk ke sana..mencari-cari arah suara. Namun, tak kunjung tiba.
Dalam kelelahan mencari, saya terasa badan terapung di udara. Terangkat sedikit demi sedikit. Lantas saya pula yang menjerit, "tolong! tolong!"

Namun, saya hanya boleh berguling-guling sahaja untuk menyelamatkan diri, usaha itu tak cukup untuk melepas diri.

Akhirnya saya pasrah!

Dub! "Aduh, sakit bapak!". Saya memandang sekeliling setelah dihumban ke dalam sesuatu. Saya lihat kawan-kawan saya disekeliling, di sana Makcik Bedah Emas, hujung sana pula YB Dollah Emas.

Dua minit saya mengstrukturkan kembali otak saya yang bengong baru lepas dicampak tadi, tiba-tiba terkeluar satu perkataan, "kami ditangkap!"

Ah!

Tidak!

What the..?

Baru nak menjerit lebih lagi, satu tangan berbulu halus mencekup saya. Saya cuba melepaskan diri tapi tak mampu..
Sekali lagi saya pasrah!

Saya dibawa ke satu tempat, eh? Ada bunyi air! Saya didekatkan dengan air itu, saya takut! Sejuk!
Tapi apa boleh dibuat?
Saya pasrah lagi!

Badan saya yang berlumpur hitam gelap pekat itu digosok-gosok. Segala kotoran yang melekat dibuang. Pada mulanya rasa tak selesa, tapi akhirnya, saya rasa segar. Mata tidak lagi kuyu, hidung tak lagi berhingus, telinga mula kosong daripada taik telinga.
Saya lihat cermin, oh badanku mula berkilat! Bagus2!! Warna emas kekuninganku mula terserlah!

Ini saya sekarang!


Aku semakin bergaya sekarang ni. Hidupku bukan seperti dulu. Aku dipuja-puja dan dipuji-puji. Jalanku seperti Castello, wajib buka lengan sambil berjalan. Dada kena tegap. Hoho!

Satu hari, aku dibawa kembali ke tempat asalku, hampir-hampir aku melupakan tempatku itu.
Kotor. Jijik. Berbau.
Aku menyeringai kejelikan. Aku diminta untuk dibawa pergi! Tapi, satu suara menyapa aku, ia berbunyi,"

2:30
"Dan apabila dikatakan oleh Tuhanmu kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, adakah Kau ingin menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Dia berfirman,"sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tak ketahui!"
(Al-Baqarah:30)
Kau adalah khalifah! Mengapa kau bisa meninggalkan orang-orang di zaman jahiliyah kau dulu setelah kau mendapat petunjuk?
Mengapa kau tidak membawa mereka untuk merasai apa yang kau rasa?
Kemanisan berada dalam lingkungan sahabat-sahabat yang baik. Bertemu alim ulama' yang hebat. Berkasih sayang dan bermesra tanpa mengira darjat atau darah. Menolong tanpa mengharapkan satu sen pun balasan. Bersengkang mata saling memperingati tentang jalan Tuhan.

Oh, kau dah baik sekarang, kau lupa member2 dulu?

Sahabat..atas kesedaran ini. KID mengharapkan sahabat-sahabat yang inginkan jalan kebaikan ini untuk mesej KID segera! Tindakan terpantas akan dilakukan untuk mengisi hati-hati yang kosong daripada tiupan ruh Ilahi. Senyum lebar.

ps: maaf kepada sahabat yang meminta utk post berkaitan cinta.yg KID faham cinta lelaki dan perempuan. KID diburu masa yang amat jeles dan KID tak mampu utk tulis pasal cinta, antara sebabnya ialah hati KID tak ada lagi utk tu, buat masa sekarang. *senyum*

No comments:

Post a Comment