Monday, 10 September 2012

Cawan itu Sudah Penuh?

Dah penuh!


Pernah tengok cawan yang penuh dengan air Milo? Eh..boikot Nestle?

Atau cawan yang penuh dengan teh Lipton?

Cuba tuang lagi air dalam cawan yang penuh tu. Mestilah tumpah. Apa punya soalan..
Ya! Itu common sense..ada lagi yang tak tau ke?

Begitulah analogi dalam kehidupan seharian. Diibaratkan cawan tu macam MINDA kita dan air tu seperti ILMU kita. 

Cuba bayangkan, kita bersungguh-sungguh pergi ke ceramah Ustaz Azhar Idrus, orang kata dia femes? Maka, berbekalkan semangat yang menjulang awan komulonimbus, kita berjalan kaki ke masjid untuk mendengar kuliah UAI. Sampai sahaja di sana, kita mengeluarkan buku catatan. 
Namun, apa yang ditulis bukan sekadar ilmu yang disampaikan, tapi hujah-hujah anda terhadap kata-kata UAI! Kita mencari dan menyelongkar kesalahan-kesalahan UAI. Uhh..ustaz ni banyak kutuk, ustaz ni banyak gelak, ustaz ni..dan itu. 

Bayangkan pula, kita berkereta menuju ke ceramah perdana Dr Asri Zainul Abidin. Menahan sabar terperangkap dalam kesesekan bandaraya KL. Berpanas-panas kerana air cond tak bayar rosak. Sampai sahaja di lokasi ceramah, kita mengambil tempat paling hadapan. Samsung Galaxy Tab 10.1 dikeluarkan untuk menyalin isi-isi DrMAZA. Namun, semasa ceramah berlangsung, kita sibuk juga mencatat hujah-hujah untuk menyalahkan pandangan-pandangan DrMAZA. Ustaz ni serius memanjang, asyik-asyik ini tak ada dalil, itu tak ikut sunnah, tak pro politik..dan itu dan ini..

Cukuplah dua contoh yang diberikan..nak lagi? Belanja burger dulu.

Apa kaitan dengan cawan yang penuh dengan 2 contoh itu, bro? Cis!

Ok..relek2. Jangan pukul saya abang PEKIDA oi..
Begini, apa salahnya apabila kita pergi menuntut ilmu di mana-mana sahaja, berbincang dengan kawan, berdebat dalam mesyuarat dan menadah pengajian daripada pensyarah, kita menganggap bahawa kita tidak punya ilmu. Kita menerima dahulu apa yang diperkatakan, reda dengan isi-isi yang disampaikan sehinggalah mereka menghabiskan bait-bait perkataan.

Kemudian, barulah kita kaji semula isi-isi yang disampaikan. Adakah menepati 2 sumber agung kita? Adakah menepati kefahaman kita selama ni? Kalau bersalahan dengan apa yang kita fahami, adakah terus ditolak mentah-mentah tanpa perlu dikaji, dia atau kita yang salah?

Jangan kita merasa cawan kita dah penuh, kerana ilmu luar itu pasti tak boleh masuk lagi. Rugi! 

Cawan yang penuh pasti tidak boleh diisi lagi.

kan tumpah!
Diriwayatkan daripada Imam Muslim, bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:

الكبر بطر الحق وغمط الناس 
(Sombong itu menolak KEBENARAN dan MENGHINA orang lain)




3 comments:

  1. smart lah article ni. tulis2 lagi ..

    ReplyDelete
  2. request satu artikel pasal cinta dari kacamata anda,, sesaja~

    ReplyDelete