Thursday 15 November 2012

Nilai yang dinanti!

"Hoi, berhenti kau! Jangan lari!". Segerombolan manusia berlari mengejar seorang pemuda. Kayu dan belantan dijulang tinggi. Pemuda yang sedang dikejar itu tercungap-cungap keletihan, namun tetap digagahkan juga dirinya untuk berlari. Setiap lorong diselusuri, longkang-longkang dilangkah demi menyelamatkan diri. Jelas ketakutan di wajah pemuda itu.



Dia semakin penat. Kudratnya melemah. Beberapa orang lelaki yang mengejarnya semakin hampir. Belantan diangkat tinggi. Dup! Tepat mengenai kepala remaja itu. Tersungkur tubuhnya kehadapan, wajahnya mencium tanah. Muka dan tangannya terseret kesan impak pukulan yang kuat. Dia mengerang kesakitan. "Arghh".

"Ha, rasakan! Mencuri je keje kau! Nah, ubat!". Satu pukulan hinggap dibelakang pemuda itu.

"Heh. Muka macam pengemis!". Kaki lelaki bermisai itu menekan-nekan kepala si pemuda.

"Anak siapa lah ni ya.."

"Patut pun, muka pun tak hensem. Memang mencuri je lah yang layak.."

"Rambut serabai. Muka sememeh. Memang muka natural lah sebagai pencuri dari kecik".

Pelbagai cacian dan makian ditohmah kepada pemuda tadi. Bukan setakat kata cacian, yang telah mereka berikan, tapi pijakan serta pukulan pun ber das-das juga.

Tiba-tiba..

"Hei, ketepi semua..beri laluan!'

"Minggir..minggir, ya tuan puan".

Tiga orang anggota polis datang lengkap berpakaian uniform. Mereka mengangkat lelaki itu lalu tangannya digari kebelakang. Dalam keadaan lemah, lelaki itu diheret ke kereta yang setia menunggu.



***

Ribuan manusia berkerumun ditengah dataran yang luas ini. Suara-suara bisikan kedengaran seperti langau berterbangan. Masing-masing membincangkan topik yang sama. 

Ini ialah zaman tika hukum Islam dilaksanakan. Pemuda itu sedang dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh seorang tua bagi mendapatkan wang.

"Jadi, kamu ada apa-apa hujah bagi membela diri?", ujar si penguasa bandar. Ketayap dikepala dibetulkan letaknya. Jubah putih yang dipakainya beralun-alun ditiup angin. Seluruh isi manusia di dataran ini senyap. Khusyuk menanti hukuman yang bakal dijalankan.

Pemuda itu menggeleng perlahan. "Tapi..bolehkah saya membuat satu permintaan?".

Kening si penguasa berkerut sedikit. "Apa dia?".

"Saya mohon untuk balik dahulu ke rumah saya untuk beri ibu saya makan ubat. Dia sedang sakit, tuan". Sayu suaranya.

"Di mana rumah kamu?".

"Di Bandar Abdullah Bin Jahsy.."

Si penguasa yang adil itu menggeleng-geleng. Bandar itu terletak jauh daripada Bandar Abu Talhah ini. Memakan masa hampir tiga hari perjalanan. Rasanya mustahil untuk pemuda itu kembali lagi setelah dilepaskan.

Beliau menimbang-nimbang permintaan pemuda itu. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

"Baiklah, permintaan kamu akan ditunaikan tetapi dengan syarat ada sesiapa daripada kalangan rakyat bandar ini yang mahu menjadi penjaminnya?". Si penguasa memandang ke arah himpunan rakyat bandar.

Masing-masing berbisik sesama sendiri. Suara tidak puas hati jelas kedengaran. Masing-masing dengan reaksi sendiri.

"Heh. Mana ada orang sanggup korbankan diri".

"Orang gila je sanggup tukarkan nyawa dia dengan percuma..'

"Mustahillah!"

Dalam keriuhan itu, tiba-tiba ada seorang lelaki maju kehadapan. Dalam lingkungan 40-an. "Tuan, saya sedia tuan!"

"Kamu tahu jika dia tidak kembali, maka hukumannya jatuh keatas kamu?". Si penguasa sekadar memastikan.

"Ya, saya tahu". Lancar kata-kata keluar daripada bibir lelaki itu.

***

Tiga hari berlalu.

Orang ramai mula berkumpul kembali di dataran itu. Menanti hukuman yang tertangguh dilaksanakan. Lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi penjamin itu dikawal rapi oleh pasukan polis. Namun, pemuda yang berjanji untuk pulang kembali itu tidak kunjung tiba.

Masing-masing keresahan. Peratusan hati mereka kuat mengatakan yang pemuda itu tidak akan kembali. Siapakan yang begitu bodoh dapat melepaskan diri tetapi menolak peluang?

Dalam keriuhan himpunan hari ini, jelas kelihatan sosok tubuh yang berlari-lari anak tempat hukuman. "Maaf tuan, saya lewat".

Si penguasa pelik dengan si pemuda itu. Namun, beliau tetap mengarahkan hukuman dijalankan. Semakin hampir si pemuda untuk dihukum bunuh, si penguasa mengarahkan si penghukum untuk berhenti. Orang ramai terpinga-pinga.

"Bangun wahai pemuda. Aku ingin bertanyakan satu soalan sebelum hukuman diteruskan".

Si pemuda hanya menuruti tanpa banyak soal. 

"Apakah yang membuatkan kau sanggup kembali lagi ke sini walaupun kau ada peluang yang luas untuk melarikan diri?"

Si pemuda agak terkejut dengan soalan yang diberikan. "Saya kembali memang untuk memberi ibu saya makan ubat dan menghantarnya untuk dijaga oleh jiran saya setelah kematian saya. Yang paling utama ialah, saya TAKUTKAN Allah, saya memang sepatutnya dihukum atas kesalahan membunuh orang, jika saya melarikan diri, saya tetap TAK AKAN TERLEPAS di akhirat kelak. Jadi, biarlah saya DIHUKUM didunia kerana apalah sangat hukuman didunia ini berbanding HUKUMAN AKHIRAT".

Si penguasa berasa terharu dengan jawapan pemuda itu. Kata-katanya bukan kosong, tapi beserta perbuatan. Malangnya dia tiada kuasa untuk membebaskan sang pemuda walaupun simpati menebal dalam diri. 

Dia kemudiannya memanggil lelaki yang sanggup menjadi penjamin tadi. "Adakah kamu mempunyai hubungan darah dengan pemuda ini?"

Lelaki itu menggeleng-geleng.

"Hubungan ipar?"

Dia menggeleng lagi.

"Jadi apa yang menyebabkan kamu sanggup menjadi penjamin pemuda ini?". Si penguasa mengerutkan dahinya.

Lelaki itu menjawab dengan tenang. "Sesungguhnya aku berasa MALU jika ada seorang saudara SEISLAMku yang memohon pertolongan sedangkan aku mampu menunaikannya, tetapi aku membiarkannya".

Pendek tetapi berkesan. Kata-kata lelaki itu sangat berbekas dihati si penguasa. Beliau menangis tersedu-sedu dihadapan rakyatnya. "Alangkah hebatnya JIWA kamu berdua...aku terfikir siapalah aku dihadapan Tuhanku nanti.."

Suasana hening seketika. Hukuman tetap hukuman. Matahari sudah memancar terik. Si penguasa mengarahkan agar hukuman diteruskan.



Hampir sahaja mata pedang mengenai leher sang pemuda. "Berhenti!" Tiba-tiba kedengaran jeritan dari kalangan orang ramai. Orang ramai tertoleh-toleh mencari arah suara.

Seorang wanita menaiki pentas hukuman dengan tergesa-gesa. "Maafkan saya, tuan"

Si penguasa mengangkat kening. "Kamu siapa dan kenapa kamu berani memberhentikan hukuman?"

"Saya isteri kepada lelaki yang dibunuh".

Si penguasa mengangguk-angguk. "Jadi, mengapa kamu berhentikan hukuman?"

Wanita itu menghela nafas. "Saya berasa bersalah jika disini ada dua lelaki yang hebat disisi Allah. Seorang sangat ITSAR(melebihkan saudaranya berbanding dirinya), seorang lagi sangat AMANAH!"

"Jadi?". Si penguasa masih tak memahami maksud wanita itu.

"Maka, saya selaku pewaris dan ahli keluarga si mati ingin menarik kembali dakwaan hukuman. Saya lepaskan dia daripada hukuman ini dan saya lepaskan juga dia daripada membayar diyat(bayaran yang dikenakan ke atas pembunuh untuk keluarga si mati)".

Wanita itu menarik nafas lagi.

"Saya juga memohon untuk membiayai kos perubatan ibu si pemuda ini seumur hidupnya".

Semua yang hadir terkejut. Diam. Situasi yang tak disangka-sangka berlaku.

Sang pemuda juga kaget. Aku terlepaskah?

Si penguasa menangis tersedu-sedu. "Ya Allah, beruntungnya kau temukan aku dengan tiga orang ahli syurga hari ini!"

............................................................................................................................................
Si pemuda: Dari Abu Hurairah, ia berkata, 'Rasulullah telah bersabda, "Tunaikanlah AMANAH kepada orang yang memberi amanah kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu" [Diriwayatkan oleh Abu Dawud 3535 dan At-Tirmidzi 1264, ia berkata, "ini adalah hadis hasan gharib ". Lihatlah, As-Silsilah As-Shahihah oleh Al-Albani 424]

Lelaki 40-an: 'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia MENGASIHI saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri' (Riwayat Bukhari)

Ku baca Firman PERSAUDARAAN, rupanya persaudaraan dibina atas IMAN!





6 comments:

  1. asal lah buat post cmni weh, nangis aku, terima kasih

    ReplyDelete
  2. kan??ak pnah dngar cite ni dulu,tp tak ingat kat mane..

    ReplyDelete
  3. Allahurabbi...
    lama dah tak dengar cerita macam ni..
    smart post.

    Keep up the good effort,akhee..
    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Praise to Him who still love me, the lazy man here..err

    ReplyDelete
  5. subhanaAllah!!
    Mampukah persahbatan yang dibawa sekarng boleh membawa kepada pengakhiran begini..
    bersama ambek ibrah drp sirah ini..
    # sumbernya drp mna ea?? menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cerita rekaan.skadar mengambil 'brah.jazakallah

      Delete