Tuesday 20 November 2012

Rencah hidup sikit.

Apabila KID tengok kadar post di blog ni yang sangat tak konsisten, lagi-lagi untuk bulan November ni..setakat post ni ditulis, baru satu sahaja post untuk bulan Nov. Padahal ni merupakan cuti yang paannjang. Tapi masih tak ada masa? Eh, pemalas sebenarnya.



Ada satu yang KID takutkan, ni daripada pengalaman sendirilah, KID berkawan dengan ramai orang, dan orang-orang yang KID kawan tu dah pun diklasifikasikan jenis-jenis manusianya.haha. Suka-suka kau bahagikan sifat orang, macam bagus sangat! (Sukatilah makcik..) Antara pengajaran yang KID dapat daripada pergaulan itu ialah, kata-kata yang BERHIKMAH. Ya! Kawan KID yang sangat menjaga amal ibadah(baca:amal fardi) seperti qiam, puasa, solat sunat dan solat jemaah, juga selain itu, akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang 'menembak' kepala KID. Adehh! Nasihat yang diberikan mengena di hati, kadang-kadang kita tak suka, tapi itulah hakikatnya. Bahasa yang digunakan sangat baik, walhal kita tahu ilmu yang dimilikinya tak adalah banyak mana. Dek kerana hubungannya dengan Allah erat macam tali ikat kerbau, maka kata-kata yang terluah tanpa sedar sangat HIKMAH. Nasihat yang lahir dari hati yang jernih.

Berbeza pula dengan kawan yang KID tahu dia punya ILMU yang mendalam. Tahu hujah itu dan ini. Namun, kata-katanya hambar, tidak meningkatkan jiwa dan iman. Mungkin itulah ilmu yang tidak mendekatkan diri kepada Allah? Mungkin..

Itulah, kadang-kadang KID bukan suka sangat pun nak mendekati orang-orang baik ni.eheh. Terasa skema sebenarnya, nak gelak kuat-kuat pun payah.eheh lagi. Tapi dan tapi lagi, mendekati mereka ni sangat menghidupkan hati. Mengingatkan kembali tujuan hidup kita sejelas-jelasnya. Mengetuk jiwa kita supaya,"bangun..bangun...bangun..". (Selalu kalau orang cerita bab-bab fikrah dan ibadah ni, KID angguk je.eheh.lagi-lagi kalau tak ada mood. Tapi kalau ada mood, barulah KID teruja nak dengar. OK. JANGAN TIRU! Bahaya untuk hati anda)

Fikrah Islam VS Hubungan dengan Allah

Apabila ada orang yang menyenandungkan kata-kata yang berbaur pemikiran-pemikiran Islam, maka kita akan cap jari di dahi orang tu bahawa dia orang yang sangat dekat dengan Allah. Guarantee!

Namun, hakikatnya tidak begitu adik-adik, KID sudah banyak berjumpa dengan orang yang fikrah/pemikiran dia sangat jelas tentang Islam, tapi hatinya kelihatan jauh dengan Allah!

Eh, kontroversi?

Tapi, itu hakikat. Mari kita bezakan...

Fikrah Islam = Pemikiran Islam = Satu cabang daripada ilmu-ilmu Islam.

Hubungan dengan Allah = Iman

Ya! Nampak di situ?

Kesimpulan mudah, ILMU tanpa tujuan mendekatkan diri kepada Allah, maka jadilah dia seperti burung kakak tua yang menyebarkan fikrah yang diperolehi daripada daurah-daurah atau bahan bacaan, tapi dia sendiri tak tahu atau bahasa kejamnya ialah TAK MAHU mengamalkan apa yang dia sedang sebarkan itu. Hal ini terpakai juga bagi mereka yang mendalami ilmu-ilmu akhlak, tasawuf, ibadah, ekonomi Islam dan syariah lah senang cerita.

Dalam rakan-rakan seperjuangan yang menggerakkan titik-titik kecil untuk meruntuhkan yang batil ini pun banyak yang dapat dipelajari. Ada yang hebat fikrahnya, namun kurang amalnya. Ada yang hebat amalnya, tapi kurang idea gerak kerjanya. Ada yang pandai menyentuh hati manusia, tapi kurang pandai teknikal semasa.
Tapi, itulah kita, menampal yang kurang, sambil diri juga ditampal mana yang berlubang, oleh ikhwah-ikhwah yang jiwang. Eh?haha.
Sayangnya sahabat kita pada diri kita, lihatlah sejauh mana dia peduli hal hati kita.

Akhir kata, post ni kekurangan objektif, tak tahu mana hala tuju, sekadar menulis yang terbuku di hati. Teringat kata-kata Akh Faizul dulu semasa kami tengah lepak-lepak sambil sembang tarbiah,"anta ingat naik 02, 03 tu kebanggaan? Itu amanah tahu??". Dass! Tepat di kepala.


1 comment: