Tuesday 4 December 2012

Yakin..Yakin..Yakin..

Cikgu KID melurut-lurut janggutnya yang panjang. Dia tersenyum. "Setakat ni, belum ada lagi pelajar saya yang gagal dalam akademiknya. Mana ada mereka yang masuk Taekwondo ni bodoh-bodoh..semuanya pandai."

Beliau diam. "Tapi saya hairan juga dengan anak Melayu ni, pergi kelas pun malas. Kalaulah diorang tu tau saya sanggup pergi kelas sampai Cheras sana. Kadang-kadang balik 2, 3 pagi. Esok nak mengajar lagi di sekolah".

KID diam. Tak tahu nak kata apa. Hari itu KID dipaksa adik untuk pergi kelas Taekwondo awal. Kan dah dapat dengar luahan cikgu..

"Ini saya nak buat kelas malam percuma pun diorang tak nak datang. Bukan saya suruh bayar pun".

Diam lagi."Misi saya besar sebenarnya dalam Taekwondo ni. Saya bukan buat benda ni main-main".


Err, ni bukan cikgu saya..

***


He walk the talk.

Apa-apa yang dia cakap dia akan buat. Dah hampir 6 tahun KID belajar dengan dia.

Err, bukan hal Taekwondo yang KID yang bawa. Tapi hal KEYAKINAN dia terhadap Taekwondo dapat mengubah orang.

KID nampak dia sangat yakin yang asbab Taekwondo lah orang pandai akademik, berdisiplin, berani, cerdik dalam urusan kehidupan dan lain-lain. Walaupun KID kurang bersetuju sebenarnya, tapi tak apalah, itu pandangan dia.

Dia begitu yakin sehinggakan dia bersungguh-sungguh buat kelas tambahan, walaupun pernah hanya dia seorang sahaja yang hadir. Dia mengenakan yuran yang rendah, sehinggakan sewa gym latihan kami pun tak lepas. Macam-macam.

Itu cerita KID..

***

"Perlahanlah wahai penduduk Yathrib". As'ad Bin Zurarah memegang tangan Nabi Muhammad. Gelap pekat sunyi malam menyelubungi mereka di 'Aqabah. 

"Kita tidak datang dengan perjalan jauh ini melainkan kerana kita meyakini beliau ialah Rasulullah.Dengan mengeluarkan baginda pada hari ini bermakna kita BERPISAH daripada semua orang Arab dan membunuh semua orang-orang kenamaan kamu, dan kamu TERANCAM oleh mata-mata PEDANG!"

Suasana sepi lagi. Tujuh puluh orang Muslim dan Al-'Abbas Bin Abdul Muttalib, juga Nabi Muhammad mendengar ucapan As'ad itu. 

"Kalau kamu dapat bersabar menghadapinya, maka ambillah dia, Allah akan memberi kamu pahalanya. Tetapi jika kamu bimbangkan keselamatan diri kamu, maka tinggalkanlah dia kerana itu lebih selamat alasannya di sisi Allah!"

Tiba-tiba, wakil-wakil penduduk Yathrib itu berkata, "wahai As'ad, lepaskanlah tanganmu itu! Demi Allah! Kami tak akan meninggalkan bai'ah dan tidak akan menarik diri daripadanya!!"

Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka bangun untuk memberi bai'ah kepada Nabi Muhammad. Peristiwa ini dinamakan Perjanjian 'Aqabah kedua.

Sebelum itu mereka ada bertanya kepada Nabi Muhammad. "Kami sanggup menerimanya sekalipun mendapat BENCANA pada harta benda kami dan orang-orang yang kami muliakan TERBUNUH. Wahai RAsulullah,jika kami benar menunaikan kesanggupan kami, apakah ganjaran kami?"

Pendek Nabi Muhammad menjawab," SYURGA".

Lantas mereka berkata,"hulurkan tanganmu".

Lalu mereka memberi bai'ah kepada Nabi Muhammad.

***

Lihatlah betapa tingginya keyakinan mereka terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Sangat hebat keyakinan orang-orang Madinah (Yathrib) akan kejayaan agama Islam pada masa depan walaupun ketika itu Nabi Muhammad masih lagi dikecam hebat dan dihalang oleh kafir Quraish.

Yakin. Keyakinan.

Nilai itulah yang dipegang sejak zaman dahulu kala lagi oleh manusia. Tanpa keyakinan, tiadalah perjuangan. Tanpa perjuangan, tiadalah kehidupan. Yang ada hanyalah bermalas-malasan..

Hitler yakin dengan ideologinya. Gauthama Buddha pun begitu. Juga Abu Bakar, sehingga dikenali dengan Assiddiq.

Iman itu keyakinan yang paling tinggi.

Sangat tinggiii!!


Iman. Kita punya modal keyakinan yang paling hebat. Sehingga menghancur remukkan keyakinan-keyakinan lain di muka bumi ini. 

Bawalah ideologi komunis, liberal, atheis, kapitalis dan apa pun jua. Tiada yang dapat menandingi keyakinan ISLAM. Yakni beriman kepada Allah.

Manusia sanggup berperang untuk mempertahankan sebuah keyakinan. Dahulu, kaum 'Aus dan Khazraj berperang puluhan tahun dalam peperangan Bu'ath dek kerana fanatik perkauman. 

Maka, apa lagi yang lebih memuliakan kita daripada IMAN kepada Allah? Sejauh mana kita membuktikan iman kita mengikut standard ia adalah keyakinan yang paling mulia?

Ini asas. Apabila ia musnah, maka tiadalah tamadun yang dikehendaki Tuhan.

Sumber cerita Bai'ah Aqabah: 
Raheeq Makhtum oleh Safiyyu Ar-Rahman Mubarakfuri.

1 comment:

  1. yup iman= yakin

    sampai satu tahap yakin boleh bwk pada positive thinking, then, boleh ubah mind set kita, sampai lah kita jadi macam super saiya yang kalis pada anasir-anasir jahat jahiliyah.

    tapi cikgu tu memang positive thinking lah. semangat dia aku kagum lah

    ReplyDelete