Monday 7 October 2024

11 p.m.

 11 p.m.

Aku ini pelupa orangnya,

Dulu, aku guna kamera. Ada masa, aku selak-selak foto lama. 

Kini, aku rasa janggal memicit butang kamera. 

Jadinya, banyak memori terpadam, terlupa.

Sebulan dua ni aku banyak berbual dengan kawan lama. Lamanya dari zaman bangku sekolah. Zaman yang aku tak berapa suka. Bukan tak suka orangnya, ramai yang baik dari yang tidak. Tapi aku tak suka dengan situasinya. Aku terperangkap, aku pun tak tahu mana betul salah, baik buruknya. 

Ah, lupakanlah.

Berbual dengan dia membuatkan satu-satu ingatan terbuka. Dari hal mandi kolah, sampai tidur berpangku lengan atas meja kelas. 

Sebenarnya aku benar-benar lupa dulu rutin harian selama 4 tahun ialah bangun 5 am dan terkejar-kejar Subuh 6 am. Malam pula tidur 11 pm. Sampailah kawan aku bawa topik dia tidur 10 pm dan bangun 5 am bersiap-siap pergi kerja. 

Bangun 5 am? 

Aku ni, bukan setakat tahajud. Subuh pun hujung-hujung waktu. Aku boleh bagi alasan macam-macam kenapa aku tak buat macam tu. Anak tak tidur-tidur 3 am lah, banyak kerja rumah nak buatlah, itu, ini.

Tapi sebenarnya rutin tu dah hilang sejak CFS lagi. Sedikit-sedikit syaitan buat kerja. Setiap tahun bukannya bertambah baik. Making lewat dan makin lewat. 10 tahun! Mehh. I am such a loser. 

Aku hilang disiplin tu lebih sedekad rupanya dan aku baru nak sedar sekarang? 

Tidur lambat, bangun lewat tu cumalah puncak ais di permukaan saja. Bagi aku, ada ais besar lagi yang parah kena aku selesaikan sendiri. 

No comments:

Post a Comment