Friday, 27 May 2011

Berapa boleh bagi ye?


Dalam kesibukan pasar Selasa,aku pun mencari-cari makanan kegemaran aku,wah macam-macam ada makanan di Malaysia ni ye!Makan ampu,makan rasuah,makan dalam tak termasuk ye. Tiba-tiba,mata aku terarah kepada beberapa orang yang sibuk menunjukkan fail mereka kepada orang ramai lalu menerangkan sesuatu kepada mereka.Ramai pula yang menolak untuk terus mendengar penerangan lalu meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.Aku jadi ingin tahu,apa yang mereka buat ni?secara sedar tak sedar,rupanya salah seorang daripada mereka mendekati aku,dia mula memberi penerangan,Ooo,minta bantuan untuk projek tahfiz rupanya.Aku ingat nak ajak aku masuk MLM tadi,apa kejadahnya cari 'downline' di pasar.
Hiasan je..

Aku pun melihat beberapa maklumat yang dipersembahkan kepada aku,tapi oleh kerana mak aku dah panggil (nak suruh angkat barang la tu),aku pun hulurkan sekeping bantuan sekadar mampu.Sebelum aku pergi dia ucap jazakumullahukhair..aku nak cakap 'afwan' terkelu sebentar lidah,jadi aku senyum sahaja.Dulu belajar arab main-main,kan keras lidah.

Sampai di rumah,aku terkenang sebuah cerita diriwayatkan oleh Master Taekwondo aku.Ceritanya begini..

Setelah letih kami melakukan tendangan dan tumbukan yang diarahkan oleh master,kami pun dibenarkan berehat.''Ele kamu semua ni,saye dari pagi sampai petang mengajar kamu,saye tak letih pun?kamu mude2 lagi dah letih'',kata master aku sambil gelak-gelak."Ele cikgu ni,dia ajar orang je,bukan berlatih sekali pun,aku pun boleh gak kalau camtu,sepuluh kelas aku buat satu hari!",kataku dalam hati sambil membayangkan betapa bergayanya aku di hadapan kelas mengajar teknik-teknik pukulan.Aku tersenyum sendiri.Tiba-tiba master aku buka cerita,"kamu tau,kat tempat saye ade skolah,sekolah tu tak besar mane pun tapi skolah tu buat gym sendiri!".Sambil tarik nafas master aku sambung cerita,"Padahal kat situ kawasan yang rata-rata masyarakatnya bekerja sebagai nelayan ,mane diorang dapat duit untuk buat gym yang serba serbi cukup?".Rupa-rupanya masyarakat di situ yang bekerjasama membina gym tu."Saye pernah tanye dengan kawan saye di situ,die cine"
Master: Lu bg brape untuk buat ini gym?
Kawan:aiya,sye tak bagi banyak la,mana ada banyak duit.
Master: Jadi lu bagi brape?
Kawan: Saye bagi RM5000 saja..
Terkejut sebentar aku dengar..
Master pun tanya pada kawan yang lain.
Master: Lu bagi brapa banyak?
Kawan 2: Saya bagi lbeh sikit saja,ada duit lbeh ma,saya bagi la dalam RM35000.
uhuk2!!wah,betulkah apa yang aku dengar ni?Ya,ni bukan hikayat atau main2,ini cerita betul.
Betul ke??35 000 ribu!

Lbeh kurang camni r kami berlatih..kagum tak??

PANDANGAN SI PENGEMBARA

Maka,cubalah bandingkan si pemohon bantuan di pasar tadi yang bangsa kita menolaknya begitu sahaja dan dalam masa yang sama bangsa lain begitu hebat dalam sumbang-menyumbang ni (bukan sumbang mahram).Mereka tak pernah dijanjikan dengan syurga yang begitu gah dan hebat tetapi hanya berbekalkan semangat perpaduan dikalangan mereka sahaja sudah cukup untuk mereka memberi jumlah2 yang begitu bernilai.Juga masa yang sama,segolongan bangsa kita yang mampu untuk beri lebih tapi tangannya hanya tergerak untuk masukkan RM1 dalam tabung masjid.Apabila anak yatim memohon belas ihsan,diminta buat replika cek besar gajah,mungkin mereka mengira bahawa anak-anak yatim itu begitu rabun untuk melihat jumlah yang disumbang. Mungkin,siapa tahu...
ha,kaye kan aku??hehe

Namun,hakikatnya masih wujud segelintir manusia yang berhati jernih,walau tidaklah ber'Mercedes' atau ber'Ferrari',namun hidupnya adalah untuk memberi,tak kira berapa yang diminta,itulah yang diberi kerana yakinnya pada Ilahi yang menjanjikan kebahagiaan hakiki di akhirat nanti.Bukan nama yang dicari,bukan pangkat yang dicemburui,bukan pujian yang dinanti...itulah dia si pemegang kata-kata,'ERTI HIDUP PADA MEMBERI'.
kan tak menunjuk tu..


p/s:Hulur2lah 10 atau 50 sekali sekala kalau mampu.
Kata-kata si pengembara,"Bukan yang tamak itu miskin harta,tapi miskinnya pada hati.

Tuesday, 24 May 2011

Ingat kambing je

Ape salah aku??
                                          
Itulah dunia sekarang,perbuatan haiwan menjadi ikutan bagi manusia sejagat tak kira usia.Perbuatan haiwan yang buruk tu sebenarnya dijadikn untuk pengajaran dan tauladan bagi manusia,bukan jadi contoh dan ikutan.Tapi ada juga manusia yang mungkin tak mampu berfikir dengan mengambil haiwan2 tu sebagai ikutan setelah bosan mengikut jejak langkah Bieber yang melompat ataupun Avril yang miskin tak berbaju.
eh,sabor le kak,jangan stress!
Ko kutuk aku ye??

Oh,banyak pula celoteh kali ni.Sebenarnya,aku terkilan melihat anak muda sekarang yang terlibat dengan kes-kes ragut ni.Bila seluk poket dan terlihat kupu2 berterbangan dari poket,mulalah terfikir cara-cara yang cepat dan cekap,salah satunya RAGUT!Cubalah cari idea lain,kerja di Jusco ke,Billion ke,Kassim ke,paling 'koman' pun kerja mintak sedekah-lagi baik daripada meragut.
Korang ade ke??

Bila idea meragut dah timbul,mulalah otak yang digunakan untuk tidur dalam kelas dipaksa untuk membina seribu satu taktik dan teknik yang berkesan bagi mendapatkan duit seringgit dua.Mata yang dianugerahkan Ilahi melilau2 mencari makcik-makcik atau pemudi2 yang membawa beg tangan.Apabila sasaran dikenalpasti,kaki pun bergerak laju(the flash lagi laju) ke arah sasaran lalu tangan dengan cekap merampas beg tangan@dompet@kad ATM@kad TAHA..Lalu makcik yang bernasib malang hari tu tersungkurlah kepalanya di atas batu atau penjuru jalan.Jika bernasib baik, meninggal lah makcik tu.Kalau nasib kurang baik, cedera parah sudah pasti,paling 'koman' pun pening2 lalat buah.Tapi si peragut yang mengambil alih tugas seekor kambing tadi dah tak ambil peduli pun pasal makcik tadi,dia dengan senang hati sambil berlari@naik motor honda cup pergi menyelamatkan diri.Mungkin dia tak sangka dalam beg tu ada emas...Zhulian,,ade duit yang banyak!!..tapi duit Saidina.
Zhulian je pon~

Mangsa yang diragut pun akan menanggung derita seumur hidup,manakala si peragut akan menanggung derita seumur akhirat.
Sian r akak ni..

Maka,sedarlah wahai peragut2 sekalian,kesian kambing2 tu,buruk nama padahal tu memang kerja warisan kambing.Terasa si kambing bila pak imam dengan anaknya menyumpah seranah si peragut tepi si kambing,terasa mereka.Jadi,carilah rezeki halal,biar keberkatan didahulukan,ke'halal'an diutamakan!

p/s:Buat remaja perempuan,siapkanlah diri anda dengan seni bela diri untuk menghadapi kemungkinan2 yang tak terduga dan kepada remaja lelaki,selalu2lah temankan mak atau nenek anda keluar 'shopping'.
Pesan si pengembara:Orang yang berjaya adalah yang tak pernah jemu dengan kegagalan.

Sunday, 15 May 2011

Air mata remaja

Menjadi fasilitator untuk program KBM adalah pengalaman aku yang tak dapat dilupakan,mungkin sampai nyawa terlepas dari badan..

Dalam kesibukan mengawal peserta2 di program,aku terlihat seorang peserta yang bernama Lidia(bukan nama sebenar,seorang lelaki) secara tiba2 bangun lalu membuat gerakan yang pelik sehingga peserta lain ketawa bersamanya.Aku terpinga-pinga sebentar,tapi membiarkan sahaja-mungkin itu lawak jenaka dia.Tapi sejak dia buat macam tu, ak selalu perhatikan dia semasa dia menyampuk cakap pengacara,buat lawak sehabis baik dan macam2 lagi.Aku pun kadang2 tergelak tengok dia.

Selepas slot2 yang menggembirakan,maka bermulalah slot untuk menyentuh hati-hati peserta.Soal persaudaraan,ibu bapa dan kehidupan.Ak perhatikan Lidia mengesat air mata sambil menundukkan muka..tiba-tiba,seorang peserta berkata sambil menolak Lidia,"He'eleh ape nanges2 ni,relek r".Spontan Lidia kembali seperti perangainya yang biasa.

Satu slot beralih ke satu slot yang lebih mencabar,aku lihat Lidia semakin galak menangis,simpati mula mengambil tempat di hati aku.Namun,kali ini dia mengambil tempat yang agak jauh dari kawan-kawannya.Apa yang membuatkan Lidia yang begitu gembira tadi tersentuh hatinya?Mungkin ada sesuatu..
Sampai slot terakhir,para peserta dikehendaki berjumpa dengan ibu bapa yang dijemput hadir ke program tersebut.Berpusu-pusu peserta-peserta memeluk ibu bapa masing-masing,sangat mengharukan bagi insan yang punya hati dan perasaan.Namun,dalam kesibukan itu,ak perhatikan Lidia sedang melutut sambil menangis menundukkan mukanya,dia termasuk dalam para peserta yang ibu bapanya tidak hadir.

Melalui maklumat yang ak dapat,dia mempunyai masalah keluarga.Apakah yang menimpa dia sebenarnya?Masih sebuah rahsia..

PANDANGAN SI PENGEMBARA

Ini hanya secebis kisah seorang remaja daripada jutaan remaja di Malaysia ini.Tekanan hidup yang makin kuat semakin memenuhkan muka-muka akhbar dengan kes-kes bunuh diri,bunuh anak(orang susah payah buat anak),keluarga terbiar dan macam-macam lagi.Sangat menyedihkan apabila remaja-remaja dibiarkan tanpa pedoman dan tanpa mengenal Si Pencipta.Maka,si remaja akan menyalahkan suasana,kenapa aku yang terkena??Kenapa masalah ini kena kat aku?

Bukankah ibu bapa yang mencorakkan hidup anak-anak,maka ibu bapalah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti mengenai anak-anak mereka.Berilah kasih sayang secukupnya kepada anak anda,marah sekali,puji 10x!

Kata-kata si pengembara:Hijrah sebelum terpaksa berhijrah ke alam yang kekal abadi.

Wednesday, 11 May 2011

Cuba Tarik Nafas..


macam pelik kan?tarik nafas/bernafas/menyedut udara,lebih kurang same je bunyinye..
Bernafas adalah bende yang sangat mudah,orang barat kate 'as easy as ABC',tapi percayalah benda yang 'simple' selalu menolong kita dalam situasi yang besar.
Sedikit makian yang MUDAH boleh memutuskan persahabatn yang dibina sejak 10tahun..
Sekadar  'terima kasih' membolehkan kita dapat lagi..
Segaris senyuman yang ikhlas meredakan masalah orang sekeliling..
RM1 yang dihulur boleh mengenyangkan seorang yang 3hari tak makan..

Begitulah perkara yang dianggap mudah dapat mengubah banyak situasi.
Berbalik kepada soal bernafas,dalam kesibukan kite menumpukan idea untuk seseatu kerja,seringkali tertekan pasal otak tibe2 tak boleh ber'idea'.Jadi,cube berhenti jap buat kerje,tarik nafas,mase tarik nafas tu,cube hayati nafas tu,rasekan udara masuk melalui hidung terus k saluran pernafasan-cuba tarik nafas terus ke perut,bukan dada-,pastu lepaskan perlahan2.Buat 3 kitaran pernafasan dan sambung kerja anda.

Cuba buat mase anda gelabah mengejar 'deadline' assignment,terima kerja yang anda tak suke atau menghadapi masalah yang tak diduga.
Rasai keberkesanannye!

Kata2 si pengembara,"janganlah mengharapkan terima kasih manusia kerana kebanyakan manusia tidak tahu berterima kasih"