Saturday, 30 July 2011

Jualan yang ditunggu!

Walaupun jualan KID tak se'gempak' si Biela punye jualan tapi KID nak post gak. Kesian peminat setia blog ni!hehe..
      
          Pagi Khamis tu lepas Subuh KID terus call AJK yang kena keluar beli buah, dalam beberapa minit semua dah siap. Terbaiklah!haha. Tapi ada sorang yang tertinggal, dia tak bangun lagi, sibuk ulangkaji katanya. Agak kecewa pasal dia 'dealer' buah tu. Jadi, KID yang kena ambil kerja yang sepatutnya dibuat orang lain. Tapi tak apalah, semuanya pasal keikhlasan, kadang-kadang kita boleh buat apa-apa pun kalau ikhlas.



          KID pun keluar bersama Aiman Ganu dan Bazli, kami sampai pasar tani pukul 7. Pilih-memilih lah buah mana yang patut dibeli, sampai buah epal. 8 biji=RM5. Ai?dulu KID survey 10 biji rm5, Tak boleh jadi ni. KID pun berdebat Cine dengan Cine tu. Dapatlah 10biji rm10. Perjalanan diteruskan lagi dengan mencari buah-buah lain. Malas nak tulis buah apa. Dalam pukul 7.30 tu kami sampai booth kami, Timah n the gang dah tunggu, maka bermulalah proses mengupas-ngupas buah. Meja pun dah siap dihias, oleh kerana KID pun tak tahu nak buat apa lagi. Jadi, kami semua budak laki pergi makan!haha. Tu yang paling syok tu, roti telur+bawang E-Cafe memang tak boleh lawanlah!

         Sampai sana, KID tempahlah roti telur. Lama betul dia buat roti ni,,,dalam ke'lama'an tu..siap juga akhirnya. Baru nak makan dengan muka teruja..tiba-tiba sisters call. Suruh datang booth, dah nak mula jualan. Alahai, sabor le kak..makan pun belum. KID makanlah laju-laju. Lepas tu pergi booth. Peh! Punya ramai manusia bertaburan  bersesakan lalu-lalang. KID nak masuk pun susah. Sampai booth, KID jadi promoter. Sambil senyum, KID promosi "have a nice try!","please try this bro" dan ayat lain seumpamanya yang tak pernah dibuat selama ni.haha. Teringat dulu buat jualan di asrama, KID duduk goyang kaki je, tengok orang berpusu-pusu datang kedai roti john kami. Tak perlu promosi pun. Tapi zaman dah berubah..

dtang la kak oi!! meh rase ni

ni mase awal2,,takde org datang pon.sdeh~

ni bile orang dh rase nikmat buah-buahan kami!!ramai  ni


ni la anas!



        KID dan Anas bergilir-gilir jadi promoter, lawak tengok dia.haha. Dari awal sampai pukul 11 lebih KID berdiri je. Agak penatlah tapi puas bila ramai datang beli. Ingatkan tak laku.huhu. Sampai pukul 11 suku, KID dah penat tahap ayam tergeliat badan. KID pesan,"weh aku nak balik ni. Nak tido jap. tau2!". Mudah je pesanan. BAru nak balik tiba-tiba Ijat kawan usrah+gelak+berdebat+kelakar  KID datang, dia nak beli air, KID  suruh dia beli lagi macam-macam.haha. Bagus-bagus, cepat sikit habis. PAstu ingat boleh naik bilik tadi, Ijat ajak tengok-tengok booth lain lak. KID pun ikutlah, lagi pun KID belum ronda-ronda booth lain lagi. Meriah betul suasana! Macam-macam yang dimainkan, entah ape-ape.

       Selepas penat round semua booth, KID naik bilik..tengok ada HAfiz di bilik dah tidur."Senangnye hati jdi dak ni. relek j.",koemen dalam hati. Lepas tu, KID tidur...



Dalam pukul 12 suku KID terjaga. Ada 3 mesej, salah satunya dari Anas,"weh ko katner.cepat r turun booth,VIP nak lalu ni.".Ha! VIP nak lalu!! Best ni, bolehlah KID tunjuk muka sket.haha. KID pakai baju lain turun kali ni, nampaklah macam dah mandi sket. KID sampai booth tengok dah nak habis barang jualan! Wah baguslah korang! Pekerja yang jaga booth pun dah tukar orang. KID makan sikit rojak 'tester', sedap ye~huhu. Selepas 30 jam KID turun barang dah habis dijual. Gembira tak terkata masa tu, dalam hati,"yes!dah takde keje r ak pasni!!". Tapi VIP tak lalu pun booth kami, kerek ek dia..

Ni r yang sangat membanggakan KID!


        Booth kami antara yang terawal tutup. Masa tutup tu, ada buah-buah lebih sikit. Jadi, sisters buatkan rojak buah untuk kami. Dapatlah KID makan percuma! Bagus2! Kami tengok booth lain masih jual-jual lagi. TErsenyum bagai kucing dapat ikan sweet sour kami masa tu. Waktu Zohor dah sampai, kami kena cepat. pukul 2 ni ada lab BIO,,

           Maka, berakhirlah catatan KID tentang perjalanan membina sebuah booth di U ni. Tak semudah yang disangka rupanya. Dulu KID bekerja dengan Meon, Dayah, NIzam, Biela dan lain-lain, memang dah faham cara kerja masing-masing. Tapi di tempat baru kenalah bermula cara baru. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang ingin Allah nak bagi KID belajar..

Sunday, 24 July 2011

Persediaan yang memenatkan..

Di satu pagi yang hening,KID dah memulakan kelas,Kelas BI. Macam selalu, KID menceriakan kalau masuk kelas tak bercakap memang tak sah. Seketika kemudian, Madam Nawal masuk dengan tersenyum, itupun biasa juag, masuk kenalah dengan muka yang manis. Selepas Madam bagi salam, kami baca doa. Madam mula kelas dengan berkata,"I've new project for you.".Kami semua buat muka gembira, padahal dalam hati," hampeh betul,projek lagi".hehe. Madam teruskan kata-kata,"I've been mentioned by English Language Department (ELP), in 21st July will be held English Fair. So, ELP provide 2 tasks for level 6 students, either make a video or  make selling. For you group, we've got selling! So, i want u to choose a Programme Manager(PM) for our project." Serentak dengan itu, kawan-kawan aku bagi nama aku,"Fathiy!!". Aku pun gelabah, cakap dekat Madam,"Madam, I can't! It's better to choose Anas, he is Class Rep. in our group".Hehe. Cadangan aku agak munasabah aku fikir, janji aku tak perlu uruskan benda-benda ni. "ok, so i choose both of u to conduct our project",jawab  Madam spontan. Kena juga aku..

nape ak??!

Kami diberi masa 5 minit untuk buat perancangan awal, aku pun buat-buat pakar, mencatat benda-benda yang aku fikir perlu. Anas tengok aku buat kerja. Sebelum aku bentangkan, aku tanya Anas, dah lengkap ke perancangan aku ni? dia kata, ok je. Aku pun berdiri depan kelas, minta cadangan nak jual apa, siapa nak jadi AJK dan lain-lain. Cadangan nak jual apa tu agak banyak macam kek, brooch, jambu batu, aiskrim tapai, float dan lain-lian, tapi bila bab nak jadi AJK ni tak ada yang nak angkat tangan. Lalu madam suruh aku dan anas pilih saja sapa-sapa yang berkenan. Aku pun pilihlah dengan sesuka hati. Selepas itu, kelas tamat..

            Sambil jalan balik bilik, aku terfikir,"nape la aku je yang kena uruskan benda2 camni, aku dah pikir, pas skola je, ak malas nak uruskan hal-hal kepimpinan lagi, tapi kat sini kena lagi."

             Sabtu minggu itu, KID mengadakan mesyuarat dengan para AJK. KID beritahu datang pukul 9.30mlm,, KID sampai sana pukul 9.20, orang tak ada lagi. Tak apalah, janji pukul 9.30..
.............................................................................................................................................................
pukul 9.30, Aiman datang, dialah salah seorang yang paling banyak bagi komitmen dan paling banyak tolong KID walaupun dia hanya AJK Promosi. Pukul 9.40 Anas datang,,pukul 9.50 datang Sisters 3 orang,KID pun macam biasalah,"Lame korang make-up ek??". Sisters 3 orang tu gelak-gelak. KID ingat nak habis mesyuarat awal tapi mula pun lambat, nak habis awal macam mana?
Lalu, mesyuarat dimulakan dengan Al-Fatihah, 3 Sisters dan 6 Brothers, padahal KID lantik AJK 5 Sisters dan 7 Brothers, tapi tak kesahlah..Mesyuarat berjalan dengan lancar dan kami buat keputusan nak jual makanan yang berasaskan buah oleh kerana tak dibenarkan untuk memasak.

.............................................................................................................................................................

             Sebenarnya, KID tersangat risau dengan jualan yang bakal berlangsung itu. Madam beritahu kami ada 13 booth lain yang jual air dan 1 booth yang jual sama dengan apa yang kami jual. Tak yakin boleh habis jualan tu..Kami mesti bersaing dengan hampir 20 booth yang ada hari itu. Selain itu, KID risau tentang mid sem exam, booth tu 21 Julai, exam 25 Julai. Jadi, pelbagai perkara negatif bercampur baur dalam kepala KID. Rasa macam nak buat ala kadar pun ada, janji buat...


           Ahad,,aku dan Anas keluar UIA untuk cari cawan plastik, straw dan barang-barang lain. Dalam perjalanan 5km tu, kami bincang apa-apa yang patut dibuat tapi tak banyak idea keluar. Setelah termengah-mengah berjalan macam kucing kepenatan, KID terkejut kerana kedai tu tutup. Tidak! Macam mana nak beli barang?? Nak pergi Mid, dah nak dekat pukul 7, UIA benarkan keluar sabtu ahad sahaja. Buntu sebentar..
Macam mana boleh tutup sedangkan Ahad minggu lepas aku dan Aiman dah survey awal-awal dah harga dan kedai mana nak beli barang.
Tiba-tiba Anas bagi idea, kita keluar hari Selasa ni, kami dibenarkan keluar hari Selasa pasal ada pasar malam. Aku pun terus setuju. Minta-mintalah hari Selasa nanti kedainya buka, kalau tutup juga, tak ada harapanlah kami. Lalu, kami pun balik.

Ah, tunggu gak, mane tokey ni!


          Selasa,,hari itu ada spotcheck 1 UIA! KID tak bawa kad matrik hari tu. Punyalah menggelabah melarikan diri daripada pandangan fellow2 dan guard2 yang berkeliaran untuk menghulurkan saman bagi pelajar-pelajar yang buat salah, rambut panjang, kad matrik tiada dan lain-lain. Sampai KID terpaksa pusing hampir 1 UIA untuk pergi kelas BIO, belok sana, belok sini, nampak orang berdiri je, belok arah lain.. huh penat betul! Tapi dek kerana kepakaran KID yang dulu pun pernah kerja di badan disiplin,  KID jadi berpengalaman nak melarikan diri ni..hehe.

Lari2! Kalau tak, melayang rm50!


Jadi, petang tu, aku dan Anas keluar sekali lagi untuk beli barang. Tapi, ada spotcheck di pagar utama, nasib baik aku bawa kad matrik. Keluar saja pagar, dah jauh sikit, aku toleh belakang, hampeh.. Anas menghilang. Aku mesej dia, dia kata tak bawa kad matrik, jadi dia patah balik. terpaksalah KID jalan bersendirian. Dipendekkan cerita, kedai hari itu tak tutup, KID berjayalah beli barang-barangnya.

Kalau cmni kan senang, takyah jalan jauh2


         Malam Selasa,,aku dan Aiman pergi jumpa Madam di bilik dia, ramai lecturer lain masa itu, mereka kena menguruskan English Fair Khamis ni. Kami minta tandatangan Madam untuk kebenaran keluar hari Khamis ni, nak beli buah di pasar tani. Sambil tu Madam cakap,"Are u sure u want to sell juice?".KID terkejut, kenapa Madam tanya tiba-tiba ni?mestilah jawapannya, ya! Dah mesyuarat. Madam sambung,"it's because many booth will sell drink too, this make a big competition! But if u want, it's ur choice". Aku tak tahu nak jawab apa. Tiba-tiba lecturer lain sokong,"aah, u tak takut rugi ke?". Ah sudah..KID pun jadi keliru.

Sampai bilik, KID buntu, macam mana ni?? KID pun mesej kawan2 sekelas, tanya pendapat mereka. Ada yang setuju tak perlu jual, ada yang kata, ikut ko je..Padahal esok ada kuiz BIO dan sejujurnya KID tak baca lagi BIO tu melainkan Sabtu tu adalah selak sikit-sikit. Tapi KID kalau dah dapat masalah, mesti tak tenang selagi tak selesai. Sampai pukul 11 lebih juga KID berbalas mesej..tapi tiada keputusan. KID mula buka buku BIO tapi tak masuk apa-apa pun, badan dah penat, mata dah ngantuk. Sebelum tidur, KID tawakal betul-betul pada Allah, memang msa itu hati bulat kepada-Nya, minta dipermudahkan, KID ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat minta terbaik kuiz bio esok. KID tidur.

Ah,,bluetooth r dri buku ni!


Rabu,,hari ni hari terakhir persediaan untuk jualan esok. Kuiz BIO bermula pukul 9pg, KID jawab dengan tenang pasal dah memang tak baca sangat, gelabah pun tak ada guna lagi..jawab dan menjawab~dipendekkan cerita, esok keputusan kuiz, KID dapat 17/20!! Tak ada teruk sangat. Wah,memang tak sangka, Allah membantu, tawakal memang keajaiban hidup, syaratnya berusaha semampu boleh. Banyak soalan yang KID teka dan jawapannya betul, contohnya enzyme transferase, KID tak tahu pun dia transfer functional group tapi dah digerakkan untuk bulatkan jawapan tu..
 Hari Rabu ni, KID tak dapat rehat langsung dari pukul 9pg mula kelas sampai 6 petang habis kelas, tengah hari pun balik bilik Anas pasal bilik KID di hujung UIA, tingkat 4..di bilik Anas, KID gelabah menyiapkan kerja Math, Madam Linda tegas hal-hal macam ni. Bila tak dapat buat, tak boleh lawanlah soalan Math ni. Jadi, KID tidurlah 10minit, lepas tu KID dan Anas kena jumpa Madam, nak bincang tentang air buah, jadi jual ke tak? Setelah bincang-bincang, Madam yang mulanya tak berapa setuju, akhirnya bersetuju selepas KID bagi hujah-hujah yang kalau bawa ke parlimen, tak ada ADUN yang bantah. Lega,,selesai 1 masalah.

           Malam Rabu, Selepas Maghrib KID dan Aiman pergi tengok booth, kami diarahkan untuk menghias booth masing-masing malam ni. KID ingat booth coordinator dah sampai, tapi kami yang sampai dulu. KID duduklah, buka laptop, nak design promosi. Tak lama lepas tu, booth coordinator sampai. KID tegur mereka lalu sambung buat kerja balik. Muka mereka macam blur, KID tanya,"korang tau k nak hias per malam ni?".
Mereka jawab,"ntah, kitorang taktau pun nak wat ape, ni pun Sofiza yang panggi suruh g sini". Aduh, masalahlah mereka ni..KID tanya balik,"ai, takkan korang takde duduk pastu bncg ape2 yg patut untuk hias booth?ni kan kerja korang". Mereka jawab,"ade, tapi taktau gak nak watper". KID pun mengeluh dalam hati, dan berkata,pandai-pandailah korang.

Tunggu Madam~




          Dipendekkan cerita, selepas KID dan Aiman solat Isyak, Madam datang bawa barang-barang yang diperlukan, lalu kami pun mula proses mencuba buat jus, kupas jambu dan lain-lain. KID duduk je, PM mestilah duduk je.hehe. Bosan duduk, KID ambil kulit jambu, bubuh asam, makan. Eh, sedap pulak! Makan lagi dan kemudian, dak lelaki ikut makan sekali. haha. Sedap rupanya kulit jambu, KID tanya Fatimah, ada lagi tak kulit jambu? Dia kata, dah buang.. hampeh..rugi je.
Malam tu, KID dan Aiman balik pukul 11 lebih. Agak penat pasal dari siang tak berehat lagi kecuali tidur sekejap 5 minit di bilik Anas tengah hari tadi. Balik bilik terus tidur..lena dibuai mimpi.

ps:Cerita bakal disambung pas KID exam,,pasal jualan Khamis tu.




          
            

 

Wednesday, 13 July 2011

Peperiksaan atau keikhlasan..??

          Khas didedikasikan kepada rakan-rakanku yang kebanyakannya sedang bertungkus lumus menyelak-nyelak buku-buku yang setebal Campbell Biology 9th edition 1300 ms.


          Setiap hari kita berulang alik ke dewan kuliah atau ke kelas, memasang telinga mendengar pensyarah meluahkan isi-isi buku, memegang pen sambil mencatat isi-isi penting,,kadang-kadang tak sempat salin rasa macam nak baling pen kat luar kelas dan bermacam-macam rempah ratus dunia pelajar. Belajar sampai ke petang, sampai bilik rasa nak terus mencampakkan diri sendiri atas katil tapi tak solat lagi,,oh kenalah solat dulu. Lepas solat, nak tidur, tiba-tiba SMS datang,"Weh petang ni men bdminton jom". Lalu,tiba-tiba hilang letih,berlari dari tingkat 4 ke tingkat bawah bagai kucing sakit perut.

Hampeh,baru nak tido,,sakit perut lak
      

        Apabila malam menjelang, mulalah mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan antaranya main Warcraft, mengunjungi Kafe Siber, internet dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sangat berfaedah, kalau ada duit lebih sikit, roti planta jadi hidangan

Berhibur la sekadar menghilangkan jemu beribadah dan penat belajar.
.

   Tapi kalau esok ada kuiz, maka aktiviti-aktiviti tak akan sesekali dibuat, maka sebagai gantinya buku CAmpbell akan ditenung, kertas-kertas kajang mula penuh dengan catatan-catatan dan  
mata akan bersengkang di larut malam. Lalu, doa akan mula dipanjatkan agar dipermudah untuk menjawab kuiz yang bakal berlangsung.

....................................................................................................................................................................
           Selesai kuiz, malam itu akan dipenuhi aktiviti-aktiviti yang sangat berfaedah tadi dan begitulah roda menuntut ilmu para mahasiswa (jangan tak mengaku!)

           Maka, timbullah 1 persoalan di lubuk hati,
"hang ni belajar kerana ape ye?","kue ki blaja ngopo?"..

              Hakikatnya, kebanyakan daripada kita telah teralih 17mm daripada matlamat sebenar dalam menuntut ilmu.    Kita hanya sekadar mengejar prestasi dalam peperiksaan dan bukannya mengejar reda Ilahi. Bukanlah salah kita ingin mencapai prestasi yang tinggi dalam peperiksaan tapi jika kita menetapkan matlamat hanyalah untuk peperiksaan semata-mata, maka matlamat itu tak cukup kuat untuk menambah semangat kita apabila kita gagal mencapai prestasi yang diimpikan. Ia juga tak cukup kuat dalam memotivasikan diri apabila kita malas belajar dan tak cukup untuk menambah kerajinan kita apabila orang sekeliling juga goyang kaki menonton Arsenal vs Malaysia. Menuntut ilmu sekadar ingin dapat prestasi yang cemerlang dalam periksa juga mengakibatkan kita tertekan kerana kita ingin berjaya berdasarkan keputusan peperiksaan dan kita akan bersengkang mata demi peperiksaan akibat daripada tiada persediaan yang cukup.

hampeh j..nyesal tak bace buku awal2..dah r Campbell..


               Namun, apabila hati kita cukup tekad dan bulat menuntut ilmu kerana Allah, maka keikhlasan kita itu sudah cukup melonjakkan prestasi kita dalam peperiksaan, memotivasikan diri tika katil yang empuk memanggil-manggil dan memberi semangat yang berterusan walaupun kuiz dapat 2/20 (bukan aku ye). Walaupun kita tak suka sesuatu subjek itu, sampaikan untuk memandangnya pun rasa nak buang buku tu dari tingkat 4, tapi ia adalah satu daripada ilmu-ilmu Allah. Setiap perkara ada hikmahnya yang kita tak tahu, walaupun hati merungut-rungut.."Esh, aku amek farmasi, watper blaja Math ni..".tapi keikhlasan belajar itu membuatkan kita berkata,"Inilah peluang aku untuk meneroka salah satu daripada ilmu-ilmu yang ada!".

                Ikhlas itu seperti semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang gelap..itulah hakikat. Ikhlas sangat AJAIB dan sangat tersembunyi di dalam hati masing-masing.



ps:Ingatlah mak ayah yang banyak berkorban menghantar kita untuk menuntut ilmu dan bukannya menghabiskan duit elaun. Doakan KID pun dapat kekuatan untuk belajar macam masa sekolah dulu..
          

Tuesday, 5 July 2011

Bila mendapat nikmat



Hari demi hari aku menanti,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan...penantian yang lelah dan penat. Keadaan sekeliling bertambah menyempitkan jiwa aku, hati mronta-ronta inginkan sesuatu. Sesuatu yang dapat mengisi kekosongan di lubuk hati, yang dapt memberi kebahagiaan yang meresap jauh ke dalam jiwa.

           Tak seronok ke hidup aku sekarang? Setiap hari hidup aku dihiasi dengan gelak ketawa dengan kawan-kawan, mesti ada lawak jenaka yang timbul. Bersenda gurau tak terkira, sama ada dalam kelas, di tengah jalan mahupun semasa makan. Bila gelak bagai dunia ini aku yang punya, tak hirau orang sekeliling pun. Tapi, timbul 1 persoalan, bahagiakah aku? jawapannya,,TIDAK!! Tidak sama sekali... Seronok dan bahagia ialah dua perkara yang berbeza, sangat BERBEZA!!

Camni r aku rase bahagia!!haha


           Sesak dada melihat manusia lalai akan Tuhannya, panggilan azan tak dihirau tapi bola sebiji jadi perhatian, bersorak bagai diri tak akan disoal nanti, ada juga yang tidur jadi keutamaan, ada juga yang hilang sudah malu dalam diri apabila wajah si kekasih di hadapan, berdua-duaan tanpa sekelumit perasaan bersalah. Sakit juga mata apabila melihat suasana Subuh yang hening, bukan tenang, tapi sunyi daripada derapan kaki manusia menuju panggilan Tuhan, hanya dengkuran jadi perhiasan, mimpi jadi mainan.

            Susah dan perit rupanya jalan menuju ketenangan itu..sebulan sudah berlalu tanpa apa-apa didikan membuatkan jiwa kosong ini terseksa. Sehinggalah sampai satu SMS,"Assalam. Pergh, anta dpt naqib terbaeeekk!! Huu". Alhamdulillah! Terasa jiwa di awangan, bahagia yang sangat mendalam, inilah kebahagiaan yang dicari selama ini...solat Maghrib ku diiringi dengan tangisan kebahagiaan, sujud syukurku dipenuhi hamdalah memuji Allah. Inilah dia erti kebahagiaan, bersama sahabat-sahabat di dalam tarbiyah! Bukan sekejap KID tunggu dipanggil untuk usrah, sebulan lebih jiwa merana, baru kini terubat.

Sunday, 3 July 2011

Apa aku peduli?

Aku malaslah ambil tau hal ni, buat pening aku je, ni kan kerja depa, kita dok susah-susah watpa?
Ni hal pemimpin, kita tunggu dan lihat je la..
Ingat aku peduli negara ni nak jadi ape? Kalau ade rusuhan, aku lari la naik tongkang gi Indon..


Budaya tak peduli makin lama makin merebak-rebak dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang ni,khususnya golongan muda. Dalam kata lain ialah TAK PEDULISME! Kid kadang-kadang marah dan geram bila jumpa orang macam ni,segala-galanya dia tak nak ambil tahu melainkan kalau dia ada kepentingan dalam perkara tu. Padahal sedar tak sedar, banyak perkara yang dia tak nak ambil tahu tu memang berkaitan dengan diri dia.

Jadi,kenapalah budaya tak pedulisme ni menular bagai wabak HIV? Jawapannya sangat mudah iaitu, ke'malas'an orang Islam Melayu khususnya untuk berfikir. Dia dengan mudahnya hanya mendengar pendapat orang dan mengambilnya bulat-bulat macam cekodok pisang tu,ambil dan terus makan. Itu pun untunglah juga kalau dia mahu mendengar pendapat orang. Kalau dengar pun tak nak? Bolehlah diibaratkan bagai kucing di tengah jalan,di'hon' kereta taknak ketepi,lalu mati tak bernisan, orang pun pandang sepi.
Baik aku buat nisan sendiri..

Contoh-contoh yang amat mudah untuk difahami,
            
                      Saat orang mengingatkan isu politik negara, mulalah kata,"nasib baik aku tak minat","sudah-               sudahlah tu,tak ke mana pemikiran hang". Padahal kalau negara tak aman,ingat dia boleh goyang kaki menatap Jozan di TV??
                      Saat diingatkan isu Palestin, dia mempercepatkan tangan seperti Bruce Lee untuk mengalih muka surat khabar ke berita sukan. Ingat, setiap orang Islam BERHUTANG dengan saudara-saudara di Palestin!
                      Saat orang meminta derma, dia mulalah seperti kucing tercekik tulang ikan siakap,tertoleh-toleh ke kiri kanan, cari pintu keluar.

Itulah antara contoh-contoh tak pedulisme zaman sekarang, bila ditanya isu itu dan ini, semua menggeleng dan mengangkat bahu sedangkan barang siapa yang tidak mengambil tahu urusan kaum muslimin, maka bukanlah dari kalangan mereka. Si pengangkat bahu tu bukanlah kanak-kanak tadika tapi mahasiswa juga, mungkin terlalu sibuk maka hal ini dilupakan. Secara tak sedar, diri sedang diancam arus gelombang semasa yang tak pernah diambil tahu...

Pesan si pengembara: Mulalah sedar wahai sahabat, betapa pentingnya isu-isu semasa terutamanya politik sekarang ini, kita sepatutnya mula sedar di mana kedudukan orang kita di Malaysia ini, bukan kerja kita bersenang lenang sahaja!