Setiap hari kita berulang alik ke dewan kuliah atau ke kelas, memasang telinga mendengar pensyarah meluahkan isi-isi buku, memegang pen sambil mencatat isi-isi penting,,kadang-kadang tak sempat salin rasa macam nak baling pen kat luar kelas dan bermacam-macam rempah ratus dunia pelajar. Belajar sampai ke petang, sampai bilik rasa nak terus mencampakkan diri sendiri atas katil tapi tak solat lagi,,oh kenalah solat dulu. Lepas solat, nak tidur, tiba-tiba SMS datang,"Weh petang ni men bdminton jom". Lalu,tiba-tiba hilang letih,berlari dari tingkat 4 ke tingkat bawah bagai kucing sakit perut.
Hampeh,baru nak tido,,sakit perut lak |
Apabila malam menjelang, mulalah mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan antaranya main Warcraft, mengunjungi Kafe Siber, internet dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sangat berfaedah, kalau ada duit lebih sikit, roti planta jadi hidangan
Berhibur la sekadar menghilangkan jemu beribadah dan penat belajar. |
Tapi kalau esok ada kuiz, maka aktiviti-aktiviti tak akan sesekali dibuat, maka sebagai gantinya buku CAmpbell akan ditenung, kertas-kertas kajang mula penuh dengan catatan-catatan dan
mata akan bersengkang di larut malam. Lalu, doa akan mula dipanjatkan agar dipermudah untuk menjawab kuiz yang bakal berlangsung.
....................................................................................................................................................................
Selesai kuiz, malam itu akan dipenuhi aktiviti-aktiviti yang sangat berfaedah tadi dan begitulah roda menuntut ilmu para mahasiswa (jangan tak mengaku!)
Maka, timbullah 1 persoalan di lubuk hati,
"hang ni belajar kerana ape ye?","kue ki blaja ngopo?"..
Hakikatnya, kebanyakan daripada kita telah teralih 17mm daripada matlamat sebenar dalam menuntut ilmu. Kita hanya sekadar mengejar prestasi dalam peperiksaan dan bukannya mengejar reda Ilahi. Bukanlah salah kita ingin mencapai prestasi yang tinggi dalam peperiksaan tapi jika kita menetapkan matlamat hanyalah untuk peperiksaan semata-mata, maka matlamat itu tak cukup kuat untuk menambah semangat kita apabila kita gagal mencapai prestasi yang diimpikan. Ia juga tak cukup kuat dalam memotivasikan diri apabila kita malas belajar dan tak cukup untuk menambah kerajinan kita apabila orang sekeliling juga goyang kaki menonton Arsenal vs Malaysia. Menuntut ilmu sekadar ingin dapat prestasi yang cemerlang dalam periksa juga mengakibatkan kita tertekan kerana kita ingin berjaya berdasarkan keputusan peperiksaan dan kita akan bersengkang mata demi peperiksaan akibat daripada tiada persediaan yang cukup.
hampeh j..nyesal tak bace buku awal2..dah r Campbell.. |
Namun, apabila hati kita cukup tekad dan bulat menuntut ilmu kerana Allah, maka keikhlasan kita itu sudah cukup melonjakkan prestasi kita dalam peperiksaan, memotivasikan diri tika katil yang empuk memanggil-manggil dan memberi semangat yang berterusan walaupun kuiz dapat 2/20 (bukan aku ye). Walaupun kita tak suka sesuatu subjek itu, sampaikan untuk memandangnya pun rasa nak buang buku tu dari tingkat 4, tapi ia adalah satu daripada ilmu-ilmu Allah. Setiap perkara ada hikmahnya yang kita tak tahu, walaupun hati merungut-rungut.."Esh, aku amek farmasi, watper blaja Math ni..".tapi keikhlasan belajar itu membuatkan kita berkata,"Inilah peluang aku untuk meneroka salah satu daripada ilmu-ilmu yang ada!".
Ikhlas itu seperti semut hitam di atas batu yang berwarna hitam pada malam yang gelap..itulah hakikat. Ikhlas sangat AJAIB dan sangat tersembunyi di dalam hati masing-masing.
ps:Ingatlah mak ayah yang banyak berkorban menghantar kita untuk menuntut ilmu dan bukannya menghabiskan duit elaun. Doakan KID pun dapat kekuatan untuk belajar macam masa sekolah dulu..
No comments:
Post a Comment