Saturday 26 November 2011

Gempur Sahabat Muda

Disebalik musim cuti yang begitu panjang dihadiahkan oleh UIA, KID telah diajak oleh Una untuk menyertai program kepimpinan. Oleh kerana bosan yang teramat di rumah, jadi KID setujulah nak ikut. Antara fasilitator yang diajak ialah Nizam, Kalam, Lembong, Izzul dan Zakwan.
Sebelum program bermula memang banyak sangat dugaan yang datang, KID pun dengar je, yang tanggung Una. Tapi mendengar pun sudah cukup beban, apatah lagi yang menanggung. Ye tak?

Mesyuarat rasmi mengenai program tu dibuat sebanyak 2 kali dan mesyuarat yang tak rasmi dibuat berkali-kali, sekejap ubah ini, sekejap ubah itu, ubah tarikhlah, masa dan macam-macam lagi. Yang paling mengejutkan, Program Manager(PM) pun berubah, KID dengar masa mesyuarat pertama, Nizam. Tiba-tiba masa mesyuarat kedua, KID pula. Musykil..ni saja nak kenakan aku ke ape ni.

Sehari sebelum bertolak, ada cadangan nak sewa van, lagi murah, nak pergi mana-mana pun senang nanti, jadi KID, Kalam dan Izzul merantaulah ke Sabak Bernam cari van sewa..dari tengah hari sampai petang, tak jumpa pun, ingat nak balik rumah, tup-tup hujan..terpaksalah kami lepak kedai mamak tu.haha. Tak dapat van, naik bas je ke Banting.

Sampai di Klang Sentral, kami tunggu pengangkutan dari sekolah yang bakal kami buat program datang. Tak lama lepas tu, kami dimaklumkan yang pelajar-pelajar tu puasa hari ni(Khamis), jadi kami kena makan tengah hari di Klang Sentral. Alamak segannya, diorang puasa sunat, fasi-fasi makan tengah hari~ Buat makluman pelajar sekolah tu ialah para hafiz. Sebenarnya sepanjang perjalanan KID berdebar-berdebar memikirkan nak berhadapan dengan pelajar situ. Di Klang Sentral, Una kata,"korang ni asal macam relek je, ak dah gelisah ni". Fenomena yang belum pernah kami hadapi sebelum ni. Lagi-lagi Nizam,"Fati, ko lah amek slot pertama ni, ak tak boleh r..". KID tanpa belas kasihan menolak, huh, bagi kat aku alamat blur aku kat depan nanti.

Selepas solat Zohor jama' dengan Asar, van yang ditunggu tiba, rasa macam teruja nak naik van, kami 9 orang berhimpit-himpit dalam van, Kalam riba KID, Nizam riba Zakwan.haha.macam kelakar..
Dalam sejam rasanya kami berkeadaan macam tu. Dalam perjalanan, banyaklah yang Ustaz Fauzi cerita tentang sekolah tu, impaknya kami berasa bertambah berdebar-debar! sebab apa yang dicerita semua kehebatan dan kelebihan sekolah tu, berenang, menunggang kuda, memanah, debat, pidato dan macam-macam lagi. Yang tak tahannya, budak-budak Taekwondo situ bakal grading untuk Black Belt beberapa minggu lagi...oh, ni mengalahkan KID ni..segan-segan.
KID biarkan Lembong melayan perbualan dengan ustaz tu, KID ambil peluang tidur, moga-moga dapat menenangkan hati yang gundah ni...

Akhirnya kami tiba di sekolah yang bakal kami beramah mesra dengan pelajar-pelajarnya. Setelah melihat-lihat keadaan sekeliling, kami dibawa ke tempat aktiviti bakal dijalankan. Saat kaki memijak halaman, saat mata melihat keadaan, mulut terus menyebut,"wahhh!!" kerana kagum akan tempat penginapan kami dan juga tempat aktiviti...banglo 2 tingkat, kolam renang yang luas, air-cond 24 jam...takjub seketika.
Setelah melawat tempat tu, kami pun menyediakan persiapan untuk slot pertama nanti. KID ambil peluang bersembang dengan pelajar-pelajar situ, mencari persamaan, melihat 'common sense', mencari ruang dan peluang. Dalam 15 minit berbual-bual, KID berjaya mencari kekuatan. Debaran hilang, jiwa mulai tenang.alhamdulillah..

Nilah banglo yang disediakan utk program 



Berkesinambungan daripada situ, kami pun memulakan program kepimpinan tersebut. KID malas nak cerita setiap modul, jadi KID ambil mana-mana peristiwa yang KID ingat.
Awal program KID perhatikan para peserta kurang bersemangat, pelbagai andaian dalam kepala KID, mungkin 1. mereka fikir kami kurang berkelayakan untuk memberi ilmu kepada mereka atau 2. memang penyampaian kami kurang menarik perhatian atau 3. mereka telah mengikuti banyak program sebelum ini. Semua andaian KID ni ada alasannya. Masa slot pertama KID pun memang blur habis, macam tak boleh fikir, sampai Una tanya,"Fati, ko ok tak ni?". KID pun tak pasti masa tu ok ke tak..

Dalam slot pertama, KID ambil satu kumpulan untuk dibimbing. Kumpulan yang ok walaupun KID rasa kebanyakan ahli kumpulan tu bukanlah dari kalangan pemegang jawatan dalam organisasi sebab kebanyakan macam tak menonjol. Tak apalah, itu bukan masalah pun.

Malam selepas Maghrib, KID bagi kuliah Maghrib, bukan kuliah pun sebenarnya, KID cuma nak kenalpasti masalah-masalah yang berlaku di sekolah tahfiz. Memang dalam jangkaan, langsung tiada masalah rokok, buli, ke'senior'an dan lain-lain yang teruk. Setakat solat jemaah lewat, tidur masa kuliah, bersembang masa ceramah dan masalah yang boleh dikira kecil, tapi sekecil mana pun masalah tetap tak boleh diabaikan. Ia memerlukan satu usaha berterusan untuk mangubah mereka. KID pun bagilah tips-tips kepimpinan setakat ilmu yang ada, moga-moga berguna untuk mereka.



Aktiviti selepas Isyak iaitu membuat dasar-dasar bagi beberapa biro yang kami fikirkan penting. Ini antara aktiviti utama program. Setelah berbincang dalam setiap kumpulan, para peserta dikehendaki membentangkan dasar-dasar bagi setiap biro. Setiap satu kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing. Kebanyakan pembentang dan pengkritik mengangkat kekaguman KID dan para fasi. Ucapan yang diberi seperti pemimpin negara, tapi KID tidaklah memberi pujian kerana bagi KID yang penting bagi pemimpin ialah soal perbuatan mereka, bukan percakapan. Berapa banyak pemimpin yang hanya beretorik shaja tanpa mampu merealisasikan kata-kata mereka, hanya tahu berteori tanpa mahu membuktikan dan hanya hebat berfalsafah tanpa melaksanakan. Masa nilah Hajar paling banyak mengkritik sampai salah seorang peserta yang merupakan seorang pendebat kata pada KID,"Kak Hajar tu orang debat ye, Bang?".KID balas,"eh taklah, die seorang yang banyak cakap je"(jangan marah ye hajar,hehe). Budak tu kata lagi,"cara die bercakap,,sedap,macam debater". Yeke?

Bile Haikal dah pgang mic

Pengkritik bebas!



Selepas itu, kami buat permainan tutup mata, Saya Si Buta. Cara bermain ialah .....main jelah.haha. malas nak terangkan pasal permainan ni peserta-peserta dah tau pun.hampeh je.penat KID rancang.
Lepas habis permainan tu, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. KID memang dah lama ngantuk, jalan pun longlai, tapi kami tak boleh tidur lagi. Malam tu, sampai pukul 2 lebih kami berbincang untuk aktiviti explorace esok, sangat mengantuk+otak hang+penat, Nizam dah lama jadikan Lembong sebagai bantal....
Setelah tamat perbincangan, KID fasi yang paling awal tidur diikuti dengan Nizam. Yang lain tiba-tiba dapat semangat nak install PES dalam laptop, Zakwan pula dalam kesibukan buat tayangan video..

Kalau kerje kacau orang, bagi kat Kalam


Esoknya, aktiviti explorace berjalan dengan begitu rancak walaupun kami bagai dihimpit dengan masa kerana pihak sekolah meminta kami tamatkan program sebelum solat Jumaat, apakah yang dapat kami buat dalam masa singkat tu? Amna yang paling sibuk masa explorace tu, call sana, call sini, checkpoint ok ke tak.

Ha ni kumpulan pertama! Satu-satunya kump yg brjaye lpas checkpoint ak
haha.makan straw!


Dipendekkan cerita, slot seterusnya kami buat dengan tergesa-gesa, Projek Tip Top. Kami akan perturunkan ilmu tentang prosedur-prosedur kertas kerja, surat rasmi, cara mengendalikan program dan ilmu-ilmu pengurusan yang lain. KID tak sangka kumpulan KID dapat membentangkan hasil yang cukup baik dalam masa lebih kurang setengah jam! Tahniah korang!!
Hasil tolak ansur, kami dapat buat majlis penutup selepas solat Jumaat. Masa tu rasa macam ada sesuatu yang bakal hilang, agak sedihlah juga, rasa macam tak puas, kenapa kami dapat peruntukan masa yang sangat pendek? Tapi, itulah takdir.
Tiba-tiba rasa sedih hilang bila KID kena bagi ucapan selaku PM. Rasa sedih diganti dengan berdebar-debar, sudahlah depan pengetua sekolah, mestilah kena cakap gaya formal. Setibanya tuan pengetua dengan rendah diri dia menolak untuk duduk atas sofa yang disediakan lalu duduk di bawah bersama-sama kami, KID jadi kagum seketika..
Semasa KID bagi ucapan, ikut sedap mulut je, sampai KID nak cerita satu kisah, tiba-tiba semua gelak, sampai sekarang KID tak faham kenapa budak-budak tu gelak? Tapi tak kesahlah, janji mereka mendengar.



Tamatlah perjalanan kami bersama pelajar tahfiz..sebenarnya selama ni, KID banyak ikut program yang pelajar-pelajarnya bermasalah atau biasa-biasa sahaja. Sebab tu kali ni, pengalaman yang KID dapat tu amat berharga bagi seorang amatur dalam mengenali manusia ni. Jujurnya, KID rasa amat bahagia berada dalam kalangan mereka, melihat wajah-wajah mereka menenangkan jiwa..dah lama KID tak duduk dalam kumpulan yang nafas mereka adalah nafas perjuangan, denyut nadi mereka adalah denyutan Al-Quran dan degupan jantung mereka adalah ibadah kepada Allah.

Perjalanan balik kami penuh cabaran,haha,tiket bas dah habislah, kepenatan duduk berhimpit-himpitlah dan macam-macam lagi. Yang penting KID bahagia dapat bersama pelajar hafiz dan kawan-kawan sekolah! Rindunya asrama dulu...

7 comments:

  1. sdeh!!!!!!!!!!!! daebak la korang! nk ikut~!!!

    ReplyDelete
  2. ko wt r prog ngan dak2 mesir ye,hehe

    ReplyDelete
  3. lepas ni . ak nk try masuk sekolah juvana la pulak.. papepon tahniah!

    ReplyDelete
  4. Miss ciku:jom r kite wat,tp setiap fasi blaja silat r dulu,,haha

    ReplyDelete
  5. best gler..x kire taon depan kne wat lg....ak nk join..

    ReplyDelete
  6. nasirah:jom2..hensem r batch ak!!

    ReplyDelete
  7. terbaik la fathiy! Msti seronok kan?!

    ReplyDelete