Sunday 1 April 2012

Mukhayam paling berat!

Bunyi kicauan burung-burung menyambut ketibaan kami di pinggir hutan. Nyanyian cengkerik mendodoi langkah kami mara. Senaman ringan sebelum masuk hutan diiringi dengan desis-desis daun berguguran.

1..

2..

3..

Yah! Langkah dimulakan masuk ke dalam hutan Bukit Larut setelah 4 jam perjalanan dari Petaling Jaya. Dari pukul 2.30 pagi hingga 7 pagi. Perjalanan yang sangat memenatkan bagi pemandu, tidak bagi penumpang yang tidur nyenyak dibelakang.

Bukit yang curam bersudutkan hampir 50 degree kami daki perlahan-lahan. Ah, bukit macam ni je ke,kacang-kacang, KID berkata-kata dalam hati. Lantas kaki melangkah pergi ke hadapan. Hampir beberapa kali perjalanan diberhentikan kerana kecederaan beberapa peserta yang jumlah keseluruhannya 40 orang. Berbaju kelabu berlogokan IKRAM, masing-masing meneruskan perjalanan mendaki, bukan berjalan. Janggut-janggut yang hampir memutih juga bersemangat mendaki.

Mula-mula semangat!


Hampir setengah jam perjalanan, KID mula mengeluh. Wah, ini sudah lebih, bila nak sampai ni? Panjat, daki, melompat, tak nampak puncak pun? Sambil kaki melangkah, sambil hati berbicara, sambil merenung keajaiban hutan. Perjalanan yang dimulakan dengan suara keriuhan, sudah senyap membiarkan suara hutan bersahut-sahutan, hanya desah kepenatan digambarkan dari mulut masing-masing.

Haha..jauh lagi!


Satu jam perjalanan, kami tiba di atas jalan tar. Beberapa orang peserta meminta agar tak meneruskan lagi perjalanan menggunakan jalan hutan kerana kepenatan yang amat sangat. Pemandu kami, Pak Ngah bersetuju. Jalan raya lebih jauh daripada jalan hutan, cuma ia lebih landai daripada jalan hutan. Setealah berehat beberapa ketika, kami meneruskan perjalanan. KID terfikir,'hehe. Senanglah jalan macam ni..kejap je sampai!"

Satu jam selepas kami memulakan perjalanan, ah! Bila nak sampai?? Ini gila..dua jam naik bukit ni tak sampai-sampai. KID merenung Farid dan Syafiq yang dah berlari ke hadapan, berlumba-lumba. Mungkin mengejar Syed dan Mun'im yang mendahului sejak awal kerana termotivasi dengan apek Cina yang berlari tanpa baju, menaiki bukit dengan bergaya, 'six pack' di perut mencabar fizikal anak muda. KID bersama-sama Rashid termengah-mengah dari tadi. Mukhayam ini menggabungkan ikhwah PJ termasuk pakcik-pakcik ikhwah, ikhwah UIA PJ dan ikhwah UM.

"Ish, takyah la tarik aku..berat ni!" KID berkata sambil mengelap peluh.

Rashid jawab,"ah, aku dah penat gile ni! Batu tu menipu, kate lagi 3 km. Ni aku rase dah 5 km kite jalan tak sampai-sampai lagi!". Tangannya dihalakan ke arah batu penanda tepi jalan.

KID berjalan sambil berbual-bual dengan Rashid. Kawan lama tak jumpa, padahal UM dengan UIA sebelah menyebelah. Sesekali air bukit yang kami tadah tadi, diteguk perlahan-lahan. Menyegarkan! Air semulajadi dari akar kayu yang mengalir tanpa henti. Semakin tinggi bukit, semakin rendah suhu, tapi tak terasa sangat kerana suhu tubuh kami yang sangat tinggi menyebabkan suhu sekeliling yang sangat rendah tak terasa sangat.

Air yang segar diambil orang yang menyegarkan!


"Weh..rehat kejap! Kat depan tu..". Rashid bergerak ke tepi jalan.

"Jom..jom..".

Roti Gardenia kepunyaan Rashid dibuka. Memang lapar dalam kepenatan. Lemak-lemak semua dah habis kena bakar. Kena gantikan dengan tenaga yang baru!

Tiba-tiba, Munzir lalu dihadapan kami. La! Ingatkan dia dah naik atas tadi.. Dia pun join makan roti. Kemudian, datang Pak Cik Mat Nor dari bawah. Termengah-mengah dia. Roti pun dihulur. Pakcik Mat Nor dah la chef, dia pun tak naik lagi, tak makan lah kami ni..

Selesai makn, Pakcik Mat Nor minta KID dan Munzir tarik dia ke atas. Haha. KID yang antara larat tak larat nak berjalan ni, tarik je lah. Tarik..tarik..tarik..sambil Rashid ambil gambar dengan iPad dia. Dah jauh sikit tu, KID makin terkebelakang, ah..tak tahan! Penat sangat.. Kami berhenti lagi. Rupa-rupanya ramai lagi di bawah, kami antara yang awal rupanya. Terasa bangga di situ..keh3

Dalam 3 jam selepas kami mendaki bukit, akhirnya kami tiba di chalet. Akhirnya! Terasa nikmat di situ..namun, kabus yang agak tebal membataskan penglihatan kami. Beberapa minit selepas kami menikmati air teh, hujan mula turun. Suhu yang sangat sejuk, diturunkan lagi. Masing-masing dah terlentang atas lantai. KID pun cari lokasi, tidur atas lantai dalm bilik. Sangat nyaman!

OK..tu baru cerita daki bukit. Nantikan lagi! (Kalau rajin)

2 comments: