Saturday 9 June 2012

Saat itu, saat Preptech!

Cuti semester yang sepatutnya dinikmati selama sebulan penuh telah dipendekkan menjadi 2 minggu. Gara-gara Taaruf Week! Seminggu latihan untuk para committee(baca:AJK) dan seminggu lagi bermulalah tugas-tugas mengikut unit.

Sejujurnya, bekerja semasa Taaruf Week membuatkan KID bertambah saayaaang dapat berada di UIA! Uhh,,terharunya. Memang banyak pengalaman suka duka gembira sengsara yang telah dilalui.

HAri pertama menjejak kaki di CFSIIUM terasa bagai,'argghhh, ruginya cuti aku! Main badminton, dota, lawat sekolah...semuanya tak dapat buat dah!'. Sudahlah KID terlewat sampai, MAhallah Office pun dah tutup, maka malam tu KID tak dapat bilik. Alamak! Nak tidur mana malam ni?
Kemudian, bermulalah proses bertanya kawan-kawan, nak tumpang tidur. Banyak juga yang menolak. Kecewa.
Rashdan ajak tidur di surau FZ. KID pun pergi je lah. Dah tak ada tempat lain. Masa itulah KID berkenalan dengan Salman, dia kawan Rashdan. Medic Student. Entah macam mana, malam itu kami dapat rezeki, kawan Rashdan mempelawa kami untuk tidur di biliknya, UKC. Daripada tidur di surau, baik tidur di bilik. JAdi, kami bertiga pun angkutlah segala beg dan alatan ke UKC. Daripada situ, KID kenal Shafiq, tuan punya bilik. Senangnya dapat kawan!

Ditakdirkan esoknya kami melapor diri sebagai committee, kami berempat dapat unit yang sama iaitu unit PrepTech! (baca:Preparation and Technical). Maka, bermulalah kisah suka dan duka KID sepanjang berada dan bekerja di bawah unit ini. Sangat terkesan!

Sepanjang proses latihan, tak ada apa-apa yang menarik sangat bagi KID. Banyak ceramah dan LDK sahaja.

Hari pertama unit Preptech dikumpulkan. KID rasa biasa-biasa sahaja kerana ramai juga kawan KID dalam  unit yang sama antaranya Rashdan, Salman, Shafiq, Firdaus dan Akram. Tapi tak kenal seorang pun perempuan dalam unit ini. Kami diberi penerangan dan penerangan lagi sepanjang proses latihan. Yang ini serius penat! Penat DUDUK! Bosannya tak ada buat apa-apa....

Fahmi tengah bagi teka teki


Hari kedua, KID dah mula bawa mp3 kesayangan ke hulu ke hilir. Digandingkan dengan lagu MAher Zain yang baru transfer daripada handphone Ali, memang terasa nafas barulah mp3 tu. Sepanjang proses latihan inilah KID berkenal-kenalan dengan ahli-ahli kumpulan. Antaranya, Izwan, Fahmi KAshfi, Shafiq, Umar, Zul dan ramai lagi. Cuba mencari titik persamaan untuk berbual dengan mereka. Yang paling banyak titik persamaan(baca:homofili) adalah dengan Fahmi Kashfi! Dia suka lagu, suka buat lawak, suka menyanyi..semua sama dengan KID. Kami agak rapat masa itu.

Ada satu malam, lepas Isyak, KID rasa down sangat! Tiba-tiba je jadi macam tu. Rasa macam putus asa.. KID ambil Al-Qur'an lepas solat sunat, cuba selak As-Sajdah..hmm,dah lama tak baca surah ni. Dulu di sekolah, tiap-tiap hari lepas Maghrib bergelumang dengan surah ni. KID rasa sangat sunyi malam tu. Bukan jasad, tapi HATI! Selesai bacaan As-Sajdah, KID bangun. Masih tak tenang.
Tiba-tiba, handphone KID berbunyi..eh sapa lak call ni? Eh, Fahmi Kashfi..tertera nama itu di skrin.
"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Hang mana?"

"Eh, kat masjid la. Asal?"

"Aku tunggu hang kat depan guard ni.."

"Oh yeke..ok2. Jap."

Serius walaupun orang tak tahu, tapi KID rasa sangat terharu malam itu. Dalam keadaan tengah longlai jiwa dan rasa, muncul pula seorang sahabat. RAsanya sampai mati KID akan ingat peristiwa itu. Sebenarnya KID rasa terbeban dengan amanah yang sedang dipikul, menjadi SU satu pertubuhan membuatkan jiwa KID berserabut. Perlu sangat seorang kawan untuk menyokong daripada terjatuh.. KID tak sekuat Amar yang sanggup mengorbankan masa cutinya untuk terus stay di UIA atas hal dakwah..Allah!

Proses perkenalan bersama kawan-kawan di unit Preptech terus berjalan sampai ke akhir Taaruf Week.

HAri pertama Taaruf Week bermula, berpusu-pusu para pelajar datang mendaftar. Sangat ramai! BErpeluh-peluh jugalah committee di unit Registration. Unit kami sentiasa membantu unit lain sehingga pada Post-Mortem malamnya, kami digelar unit yang paling rajin! Haha. ok terbangga di situ. Kami rasa Preptech lah Registration, juga Security and Transportation, juga Special Task. Semua kerja orang kami nak bolot, terlebih rajin~

Malam itu, KID dan ahli kumpulan iaitu Rashdan, Kak Syam dan Hannan dapt tugasan untuk menyediakan segala persiapan untuk briefing di Musolla ABC. Kerja pertama dan yang paling teringat di hati sampai bila-bila.
Sampai sahaja kami di Musolla, ada program sedang dijalankan di situ. Kami terpinga-pinga juga kerana tak diberitahu pula ada program lain malam itu. Lantas kami bertanyakan kepada AJK di situ, setelah berbincang-bincang, mereka setuju untuk mengalih tempat program mereka. Maka, di situ kami mengalami masalah MASA, lagi 15 minit program akan dimulakan. Segala-galanya dibuat dengan pantas, pasang screen putih, LCD, laptop, test kipas dan lampu. Namun, ada yang tak kena. LCD kami bermasalah, lagi 5 minit program nak mula. KID pun call ketua kami, Solih. Setelah berbincang-bincang, kami bersetuju untuk tukar LCD baru. Ini satu kes lagi, kena pergi ITD pula, minta daripada pihak mereka. Setelah LCD tiba, kami bertungkus lumus memasang.
Kemudian, satu lagi masalah timbul. Keadaan dalam musolla itu sangat panas! Lecturer yang berucap di depan itu sampaikan ingin memendekkan masa perjalanan briefing. Sudahlah mula briefing lambat 15 minit, panas pula. Memang kenalah kumpulan KID malam itu. KID nak pandang Solih pun tak berani, dia dah buat muka stress dah. uh...

Post-Mortem malam tu memang KID diam je, taktau nak kata apa. Rashdan yang bagi penjelasan tentang kegagalan kumpulan kami tadi. Ya! Belajar dari kesilapan. Memang betul tapi bukan mudah! Salman dan Fahmi Kashfi yang sedar perubahan KID malam itu, mereka cuba menenangkan KID, tapi KID pun tak boleh tenang masa tu. Rasa malu sangat dengan Solih, rasa macam dah malukan nama baik Preptech yang baru dipuji malam semalam!

Kenangan makan Ice-blended buah naga di KC, naik basikal masa orang lain tengah buat kerja,haha. Sangat menggembirakan! Dan dapat sahabat yang memahami..walaupun sahabat itu 'so soon'. Dia cara hidup yang lain. Sangat rindu nak menyanyi lagu One Big Family sama-sama. Gotcha!

I wonder why u and me fight each other,
Don't u see the similarities between us,
Take a minute and see urself in the mirror,
u look like me-those eyes, lips, u can't deny!

KID digelar Maher Zain Malaysia dalam Preptech pasal terlalu obses dengan lagu Maher Zain. Cakap sikit pun orang dah gelak, eh muka dah macam jadi raja lawak kat situ.. Dogging~

Hari-hari seterusnya KID lalui dengan gembira dan penat. Rindu sangat nak mulakan kerja pukul 7 pagi dan habis kerja pukul 12 malam! Peh, masa tu rasa penat, tapi dah tinggalkan rasa rugi..

Terima kasihlah atas segala-galanya kawan-kawan Preptech ku!

Ini masa tengah tolong unit registration

Bosan..taktau nak wat apa


Abaikan yang sebelah kanan tu.haha

Makan bersama!

Ini anak salah seorang abang yang hantar adik ipar dia

Hari akhir kami bekerja!



(Sekarang ini macam seram nak dengar lagu Maher Zain, nostalgia semalam sangat indah sampaikan nak sangat patah balik masa...lagi-lagi lagu One Big Family! Jasad itu dekat, tapi terasa HATI itu jauh)

9 comments:

  1. best gila dapat kawan yg tetiba boleh kamceng then sama group pulak. whoaaa! >,<

    "You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry"---teringin nak bersahabat sampai cenggitu.

    #btw, ak ada cd baru maher zain (saje nak bagitau..hoho)

    ReplyDelete
  2. klaulah bleh kamceng smpai bile2, bel..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. rasa macam blog ni hidup lah!

      really feel the story~

      Delete
  4. Yakah?KID cuba tiru cara penyampaian Ustaz Hasrizal, dia salah seorang ustaz yang sangat KID sayang!huhu.

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah.. sesungguhnya sahabat sejati itu amat dekat disaat suka dan duka.. and well done KID , you make it success !! :D
    tanpa kerjasama daripada semua pihak semuanya tidak akn berjalan dengan lancar :DD

    alhamdulillah ukwah yang terjalin antara biro preptech amat kuat dan semoga ianya berkekalan dan diredhai Allah :D

    -kak nona

    ReplyDelete
  6. kenangan yg tak dapat dilupakan..:)

    ReplyDelete
  7. Ukhuwah dirasakan manis bila sahabat bertemu atas nama Allah. Rasa terharu part Fahmi call anda. Allah mmg sayang umat Nabi kan?

    ReplyDelete