Friday 3 August 2012

Aku merindui zaman itu

Di tengah-tengah pasar yang dipenuhi puluhan manusia. Mencari barang-barang keperluan harian. Tawar menawar, sapa menyapa, pelbagai ragam manusia.

Seorang gadis muda duduk bercangkung sambil bertanya,"harga barang yang ini pula bagaimana?"

Si penjual membelek-belek barang yang dimaksudkan sambil melurut-lurut janggutnya.

Sementara itu, beberapa orang lelaki tersengih-sengih di belakang wanita tadi. Salah seorang dari mereka mengganggu wanita itu.

Lantas wanita itu berpaling lalu berteriak,"Hei, mengapa kamu ni??"

Lelaki tadi hanya ketawa. Jahat matanya memandang wanita itu. Rakan-rakannya yang lain tersengih-sengih melihat gelagat wanita itu. MEreka berbisik-bisik antara satu sama lain.

Tanpa disedari oleh wanita tersebut, si penjual yang berada di belakang wanita itu mengikat hujung kain wanita itu di tiang kedainya.

Setelah bertegang urat dengan lelaki yang mengganggunya tadi, wanita itu mahu pergi dari tempat itu. Dia lantas bangun. Namun, kainnya yang diikat di tiang kedai itu terlerai. Maka, terbukalah aurat wanita itu. Dia sangat terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Mukanya merah padam menahan malu. Badannya menggeletar ketakutan. 

Orang-orang disekitar pasar itu hanya memandangnya. Sinis sekali pandangan mereka. Nakal senyuman mereka. 

he..he...he..he


Lantas perempuan itu berteriak. "Wahai Mu'tasim! Wahai Mu'tasim!"

Salah seorang pemuda Muslim di pasar Rom itu segera memacu kudanya menuju Wilayah 'Abbasi. Debu-debu padang pasir berterbangan.

***

Kuda itu gagah mundar-mandir dihadapan tawanan-tawanan yang melutut diikat tangannya kebelakang. Pedang yang berkilat disarungkannya. 

Beliau membulatkan matanya sambil berteriak kepada jeneral Rom,"kamu tahu, masih ada lagi askar aku yang menunggu daripada sempadan negara kamu hinggalah sempadan negara aku!"



Jeneral Rom itu hanya tunduk ketakutan. Pasrah.

Sultan Al-Mu'tasim mengarahkan kudanya ke arah wanita yang teraniaya itu. Beliau turun daripada kudanya lalu bertanya,"apakah aku sudah menunaikan janjiku, wahai wanita?"

Wanita berpurdah itu mengangguk. Terasa maruahnya telah dikembalikan. Hatinya terisi dengan kehebatan Islam.

..............................................................................................................................

Ya! KID rindukan saat itu. Saat dimana wanitanya terbela, maruah umat terjaga. 

"Y, ana penatlah bawak usrah ni..duit banyak habis, masa berkurang, nak taaruf lagi.."

Y tersenyum. "Sabar..sabar...zaman itu pasti berulang lagi!"


Kadang-kadang tidak terfikir bagaimanakah usaha kecil kita ini boleh mengembalikan ummah yang besar dahulu kala. Memegang tangan adik-adik, makan sama-sama, duduk dengar tazkirah, mesej hari-hari, uhh semua itu memenatkan tahu?

Memberi dan terus memberi dengan sedikit ruang untuk menerima. Hilanglah cas-cas elektron kalau asyik mengalir keluar sahaja. Maka, itulah pentingnya institusi usrah yang berkesan. Apa yang dimaksudkan berkesan ialah..ruhnya terisi, ukhuwahnya mantap, ilmunya membina!

Bermula pada zaman mereka berkumpul di rumah Al-Arqam Bin Abi Al Arqam. Disambung lagi pada zaman 6 orang lelaki menghulurkan bai'ah pada Imam Hassan Al Banna. Dan diteruskan lagi kepada kita yang berjumlah puluhan ribu ini. Kita hanyalah salah satu daripada angka-angka yang ada.

Eh ramainya? Cukuplah nak kembalikan Islam ni!

Jahiliyah itu lebih ramai dan tersusun adik-adik!






4 comments: