Tuesday 21 August 2012

Ini pandangan, bukan fatwa

Di hujung masjid aku berteleku,
bersandar di tiang aku mengkaku,
merenung ciptaan indah menyatu,
untuk disedar aku hanya hamba tak LAKU!

Apabila difikir dunia caca merba,
maksiat dosa sini sana,
sehingga susah dilerai dibeza,
semua maklumat pun bagai benar belaka,



Kadang-kadang diri mencari,
yang mana benar yang mana palsu,
tapi tiba-tiba ia terhenti,
kerana terjumpa perkara mengunci kalbu.

Aku lihat,
disana..orang agama sendiri berputar-putar,
sekejap ke sini sekejap ke sana,

Aku dengar,
disini..da'ie itu sendiri beralih-alih,
sekejap ke atas sekejap ke bawah,

Aku risau,
aku juga bakal begitu,

Itu dai'e, itu agamawan, itu ustaz!

Aku ini bagaimana?

Sedangkan yang berilmu pun begitu, yang kita ini apatah lagi..

Ya! Tapi kau sudah lupa firman Tuhan Yang Esa?


..Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa..



(Al-Hujurat :13)


Ada Dia kata yang mulia itu yang berusrah?

Ada Dia kata yang mulia itu yang berpeluh bagai pergi taalim?
Ada Dia bicarakan yang mulia itu berpenat lelah berdakwah?
Ada Dia sebut yang mulia itu orang yang 'alim?

Tidak..takwa tetap takwa!


Lupakah kamu kepada cerita ini?
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? 
Jawab Umar: "Ya". 
Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". 
Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Adakah itu takwa apabila kita habis usrah kita terus bertepuk tampar dengan akhawat di alam maya?
Adakah itu takwa apabila azan dikumandangkan, kita terus tunduk menghayati movie?
Adakah itu takwa apabila kita terus beraktiviti tanpa merenung faedah kepada diri?
Adakah itu takwa...apabila...kita TIDAK berhati-hati? Dalam setiap perkara juga masa?

Susahnya takwa..tinggalkanlah ia!
Kau akan terus menjadi pemuda haraki..
...tapi sempit objektif diri!
Kau akan terus jadi akhi..
..tapi ukhuwahmu sempit di lingkungan jemaahmu sendiri!
Kau akan terus jadi da'ie..
..tapi kau akan futur tak lama lagi!
Kau akan terus jadi pemotivasi..
..tapi hatimu kosong menyendiri!
Kau akan terus menjadi murabbi..
..tapi kau tidak punya Murabbi Yang Maha Tinggi!
Ingat,
Jaga amal fardi, kerana ia hubungan diri dengan Ilahi!
(mood: berpeluh-berpeluh sambil menekan keyboard satu persatu.err.)
untuk diri dan semua.buat yang masih mencari erti hidup hakiki, teruslah mencari dan JANGAN malu bertanya, JANGAN asyik berteka teki sendiri. Di sana ramai yang mencari, wahai si da'ie! 

8 comments:

  1. Memang menusuk ke sanubari,
    Teruskan mengingatkan wahai akhi,
    Mari bentuk taqwa dalam diri,
    Supaya tidak jadi kita orang yang rugi,

    ReplyDelete
  2. doakan ana jd seperti yg ana tulis akhi!huhu

    ReplyDelete
  3. Mengkritik tidak bererti menentang,
    menyetujui tidak semestinya menyokong,
    dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

    kalau masuk majalah JOM bagus ni.

    ReplyDelete
  4. err,terlalu tajam kot, k tak?..org sensitif sket bab2 jemaah ni, apatah lg soal wahabi dan salafi, lagi2 politik parti

    ReplyDelete
  5. ini mantap :)

    ingin sekali berkenalan:)
    peace

    ReplyDelete
  6. yup,huhu. Inspector Saahab ana tringin bertaaruf,mnarik btul bahasa blog anta! dan juga pemikiran anta~

    ReplyDelete
  7. mubarak..enta boleh jadi motivator kt u ana sbb ssetengah org agama ssh untuk berfikiran terbuka...Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  8. kurma:huhu.kurma,org laen lg rmai.ko pun hebat per~

    ReplyDelete