Monday, 29 October 2012

Usrah muntij?


"Ustazah, saye dah mule cuti sem. Klau boleh sye nak usrah dengan Ustaz A atau Ustaz H. Klau tak, takpelah". Begitulah bait kata-kata KID apabila dah dua tiga hari lepak goyang kaki cuti sem. Err, bukan kata-kata..SMS sebenarnya.

***

'Malam ni dijemput usrah kat Pjabat. 9.30pm.' Oh, pertama kali DIJEMPUT. Ingatkan selama ni WAJIB. haha.

Berlumba-lumba, tanak drag masa!


Datang2 usrah, tngok ade pakcik2 dan abang2. Ramai tak kenal muka. 'alahai, ingat dapat usrah ngan ustaz merangkap YDP Sabak. Tak dpt la ni. Mesti usrah hari ni bosan gak'.

Duduk-duduk. Sembang-sembang. Tanya khabar. Cuti ke? Berapa lama? Ayat klise..haha.

Baca Qur'an. Diam. Sorang pakcik bg pengisian sikit. Slow. 'Pergghh, bile nak abes usrah ni. Bek ak balik men dota'. Tangan dah main-main handset. Balas-balas mesej.

Bila nak abes?? Pfftt


Sorang pakcik tambah lagi pengisian. Makin rancak. 'Eh2, galak lak pakcik2 ni'.

Sorang abang bg lg tambahan. Diikuti sorang doktor. 'Peh, smangat lak aku dengar ni'.


Aku pun lantas masuk ayat Qur'an sikit. Kipas-kipas sikit. Sampai aku pun tersentak, aiseh! Aku cakap je lebat ni.. Pastu, masing2 makin banyak tambahan. 'Peh, inilah usrah yg sebenar. Nak nanges'.

Masuk lak Tauhid Zindani. 'Oh, ni usrah 01 rupanya. Hmm, buku ni lg. Dulu dlm usrah bace ayat demi ayat j, yg ni mesti sama gak la. Bosan'.

Buku tu dibaca satu persatu. 'Hmm, kan betul. Same j'.

Habis 2 muka surat. Perkongsian. Peh, same macam tadabbur ayat tadi. Masing2 nak berkongsi. Abang petani bercerita mengikut pengalaman pertanian. Pakcik doktor cerita ikut medik dia. Pakcik guru cerita ilmu dia. 'Ini...ini sungguh..osemm!! Nak nanges lagi'. Tak sia-sia ustazah tu bagi aku masuk 01 punya usrah. Yeahh!!

Aku apa lagi, semangatlah tambah. Lagi-lagi ayat berkaitan Sains. Cucuk-cucuk ayat Qur'an sikit, bagi pendapat-pendapat sendiri sikit. Tambah garam, gula. Manis!

Usrah pun terus berlangsung dengan perbincangan-perbincangan yang menarik. Yang diam mula bersuara. Yang tambah sikit mula tambah banyak.

Habis usrah. Duduk-duduk kejap. Sembang-sembang. Update ahli-ahli lain yang aku tak kenal, kenapa mereka dah tak datang usrah. Banyaklah pendapat dikemukakan. Uhh, concern sungguh mereka dlm usaha mengajak sahabat-sahabat masuk syurga! Allah..Allah..

***

Rupanya inilah perasaan usrah muntij. Haha. Meningkatkan iman, membuahkan amal. Walaupun ukhuwah belum mantap lagi pasal baru kenal. 

Good job!

Bagus mereka letak aku dalam 01. I need it!!

Apa lagi, jom usrah? *senyum bahagia*

Monday, 15 October 2012

Senyum

Pap! Kay menoleh. Dia tersenyum.

"Hei, kawan! Menung panjang". Min menarik bangku. Punggungnya dilabuhkan.

Kay kembali memandang hadapannya.

"Malam ni, jadi?". Min menyuap secarik roti canainya ke dalam mulut.

Kay mengangkat kening. "Emm?"

"Jamming, bro".

"Oh". Jari-jemarinya pantas mengetuk meja. Berfikir.

Suasana sepi. Angin petang meniup-niup wajah mereka. Restoran Madina tak ramai orang hari itu.

Kay membuka mulut. "Tak rasanya. Maaf".

Min mengeluh.

Suasana kembali sunyi.

"Kau..hmm. Apa yang sibukkan sekarang ni? Honest". Min membetulkan tempat letak gitar disisinya.

"Kau tak marah?"

"You haven't said any words. Nak marah macam mana?". Min mengangkat kening.

Kay kembali tersenyum. Lama.

Min menjeling rakannya itu. Sekilas. Keningnya berkerut. Senyum lagi? Wayar dia ok ke tak ni?

"Ummah". Lancar sebutir perkataan itu keluar dari bibir Kay.

Air yang disedut itu terhenti. Jatuh kembali ke dalam gelas. Ibu jari dan jari telunjuk menekan kuat straw. Gigi mengetap kuat straw. Min diam. Keningnya kembali berkerut. Kali ini lama.

Kay masih lagi tersenyum. Pandangannya dihalakan ke arah rimbunan pokok yang menghijau. Segar. "Cantik. Hijau".

Min turut menoleh ke arah yang sama. Kosong. Minumannya segera dihabiskan. Tali beg gitarnya disandarkan ke atas bahu. Dia melangkah membelakangi Kay. "Esok kitorang kat tempat biasa lagi. 9 malam".

Kay mengunci bibir. Membiarkan rakannya menapak pergi. Dia mengeluh kecil.



***

Tet! Tet! Sony Experia Go miliknya bergetar. Lantas dicapainya. 'Kay'. Berkerut dahinya melihat nama yang terpapar di skrin. Tangannya teragak-agak untuk menjawab.

Nak.
Tak nak.
Nak.
Tak nak.
Nak..

"Hello". Bergetar suara Kay di hujung telefon.

"Yup?"

Kay tergelak kecil di hujung telefon.

Kening Min terangkat sebelah. "Hei. Sekarang pukul 2 pagi, kawan".

"Aku tau kau tak tidur lagi".

"Lol!". Segaris senyuman tercarik di bibir Min.

"Hei, kau sihat?"

Min berkerut lagi. "Apekah? Haha"

"Seriously".

"Okay. Not feeling well until u call".

"Haha. Good".

Min menggaru-garu kepalanya. "Tapi, kenapakah? Tiba-tiba".

"Rindu. One word is enough".

Min tersenyum lagi. "Aku rindu kau yang dulu".

Diam. 

Kay kembali bersuara,"kalau kau tahu bagaimana aku sekarang, kau tak akan rindu aku yang dulu".

"Apekah?".

"Jom ikut aku esok?".

Min pasti Kay sedang tersenyum ketika itu. Hatinya terasa lapang. "Mana? Tak best aku tak nak".

"Best! Dan gembira, juga tenang!"

Min menepuk-nepuk pahanya. Belakang badannya disandarkan pada sofa. "Program ke?"

"Itu skemalah, Min!"

"U're really know me well! Ahaha".

Kedengaran tawa Kay dihujung telefon. "Bulatan gembira".

"Oh. Got it! Tapi lepas tu kita jamming?".

"Set!"

Min meletak Sony Go nya di atas almari. Kau ikut apa sekarang Kay? Mana kau yang panas baran dulu? Mana kau yang kacau awek dulu? Mana kau yang susah ketawa dulu? 

Badannya direbahkan ke atas katil. Mindanya terawang-awang sebelum matanya terlelap. Esok!








Saturday, 6 October 2012

'Exam' untuk semester ini!!

Tangan dah menggigil-gigil,
Hati dah terpanggil-panggil,
lama sangat blog tak update,
mata mula terjegil-jegil!

3 minggu yang payah,
dan susah,

Minggu pertama diisi dengan aktiviti,
ummah punya aktiviti,
aktiviti yang membawa resah,
melihat sahabat Syria, Palestin, Rohingya..
ditindas, diseksa, dihina..

Satu hari nanti, aku akan bersama kamu!


Minggu ni aku mula tertanya-tanya,
kerana apa sahabat seusrah aku, selalu sebak apabila bercerita soal mereka?
aku mula terasa sedikit perasaan itu,
tapi aku kira ia tak sebaik dia,
kerana dia menangis,
dan aku tidak!

Minggu kedua,
aku sibuk lagi,
aku pening dengan perancangan dakwah,
juga tarbiah,
aku bukanlah si pencetus idea,
kerana aku tak suka mendalami sesuatu yang rumit,
aku akan pening..sangat!
tapi aku memaksa diri untuk itu..
kerana aku lihat, sahabat-sahabat aku bersungguh untuk itu.

Minggu ketiga,
bertambah menekan-nekan kepala,
ketika ini aku kerap menghubungi ibu tercinta,
sekadar mahu mendengar suara,
aku sedikit lega,

Aku kerap mencari ketenangan, cuba untuk menyendiri,
nikmat sungguh menyepi,
dari kerenah duniawi!

Minggu ini dipenuhi..
..agenda yang sama,
merancang dan merancang,
itu baru perancangan,
bagaimana pula dengan pelaksanaan?
tak apa..
..itu nanti.
Allahu musta'an!

Membaca saja sudah perit, apatah lagi yang merasa,

Tapi..

Tapi..

Tapi..

Sahabat,
kau tahu?

3 minggu inilah aku merasa nikmat yang sangat lazat!!

Biar aku ceritakan mengikut keutamaan,

Pertama,
aku berasa indah di setiap solat aku,
nikmat di setiap bait ayat Cinta Ilahi,
bagai sang pengembara di tanah tandus meneguk air dingin,

air mata selalu menjadi peneman tahajudku,
padahal tahajud yang merupakan amalan VVIP syurga itu..
..sangat susah untuk aku lakukan sebelum ini!

Aku berasa langkahku diiringi Cinta Yang Maha Pencinta,
aku berasa dunia jauh dari hati aku,
indah, sahabat!

Hebatnya!!


Kedua,

dulu,
tika ku perlukan bahu,
aku sangat malu, kerana takut dikatakan lemah,
hanya kata-kata banyak diluah,
bagai tiada masalah,

Kini,
terima kasih wahai akh,
sentuhanmu banyak membantu,
senyumanmu penguat aku,
bahumu menetapkan kaki aku,
aku tak segan meluahkan..
..kerana aku yakin pandangan kau kepada aku tak akan berubah.

Aku sangat terkejut,
kerana kau mula percaya pada aku,
meluahkan masalah yang terbuku,
sedangkan dahulu kau takut akan perkongsian,
aneh sungguh kau..

Allah jualah yang mengubah hati hamba-hambaNya,
aku hanya berusaha,
memberi yang terdaya.



Ketiga,

masa yang amat sedikit cuba digunakan,
pelajaranlah jadi pengisian,
sangat sedikit kiranya aku luangkan,
aku mula tiada keyakinan.

Tapi,
markah-markah aku sangat membuktikan,
kuiz dan kefahaman aku mengujakan!
 Ia bagaikan aku punya masa yang amat banyak dahulu..
..dan aku gunakan untuk pelajaran,
sama sahaja tanpa perubahan!



Tuhan..Tuhan..

Kau sangat Ar-Rahman!
Masih adakah lagi yang beralasan?

Benar..selalu juga aku keletihan.
Kalau aku kata tidak, itu pembohongan.
Tapi, Allah Ar-Rahman selalu membangkitkan.
Itulah kebenaran!

Inilah tiga nikmat terbesar untuk tiga minggu aku,
terima kasih Allah yang merupakan tempat aku bergantung,
terima kasih sahabat yang kusayang,
juga ikhwah yang membuatkan mata aku bersinar-sinar!

Sesungguhnya aku sedang mengajak kamu mengingat Rabb,

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma:

Maksudnya: "Allah Ta'ala berfirman; "HambaKu, apabila kamu mengingati Daku di kala berseorang diri, Daku mengingati kamu di waktu berseorangan dan jika kamu mengingati Daku di dalam satu perkumpulan, Daku mengingatimu di dalam satu perkumpulan yang lebih baik dari mereka dan lebih ramai."
(Hadis Sahih. Dikeluarkan oleh Baihaqi di dalam Syubul Imam, sebagaimana di dalam Kanzul Ummal)




nama saya sulaiman..      boooooooooooooo

Monday, 1 October 2012

Saya dahulu seorang pelajar

Dulu,
saya pelajar sekolah menengah. Banyak sangat yang saya belajar. Itu. Ini. Ragam pelajar dan guru.

Kini,
tak adalah banyak mana peningkatan. Baru masuk asasi je pon. Namun, peningkatan itu masih ada. Dan akan terus ada. InsyaAllah.

Dulu,
saya salah seorang pemimpin pelajar. Banyak tak buat kerja. Kecik lagi, macam itulah. Masa tu, saya banyak diajar oleh guru disiplin dan ketua warden bagaimana memegang pengurusan berkaitan disiplin. Ada yang saya setuju dan juga tidak setuju.

Saya berhadapan dengan macam-macam kerenah. Sakit kepala dibuatnya. Hari-hari stress. Walaupun saya tahu, stress saya masih lagi kurang berbanding stress yang dialami ketua umum ketika itu. Saya kesian tengok dia, tapi saya kecik lagi masa tu dan tak tahu nak tolong macam mana.

Kecik lagi mase tu..


Saya masih ingat lagi satu hari di mana seorang junior saya dilempang kerana pakai seluar cikang(seluar cam dak skinhead pakai, ketat). Saya terkesima. Kesian budak tu, tapi sapa suruh dia buat salah.
Juga hari yang lain, kawan saya diperli dan disindir sehingga membuatnya malu yang amat sangat kerana kesalahannya di asrama dibuka. Saya gembira masa tu pasal kelakar.
Saya juga teringat hari di mana senior saya dibenci kerana kes-kesnya di asrama. Diperli dan disindir jadi kebiasaan. Kadang-kadang dihukum atas sebab yang kecil. Tapi, saya setuju masa tu, sapa suruh dia buli kami, budak junior.
Saya juga mengenang kawan saya yang merokok. benar dia salah. Tapi nak berhenti merokok itu bukan senang, ketagih. Maka, hukumannya janganlah seperti dia tiada harapan nak berubah.

Sekarang,
saya merenung kembali kata-kata 'Abbas As-Sisi,"dakwah kita adalah CINTA dan KASIH SAYANG".
Kata-kata sahabat saya terngiang-ngiang lagi,"kita kena dekati mereka dengan penuh kasih sayang, bukan dengan hukuman".
Perbuatan ayah saya terbayang-bayang. Dia melayan pelajar-pelajarnya sama sahaja walaupun tergolong dalam ketegori yang bermasalah. Tetap berlawak dengan mereka, sehingga para pelajarnya menyukai ayah saya. Namun, apabila tegas, tidak ada kompromi. Saya teringat kata-kata orang yang nak buli saya dulu,"ayah die baik ngan kite dowh, biar r dak ni".

Keutamaan.
Bukanlah saya yang selayaknya mengajar tentang keutamaan ini. Maka, biarlah ini sekadar perkongsian.
Apa yang saya faham, keutamaan kita adalah AKIDAH ISLAM. Itu sudah jelas dalam firman-firman Ilahi dalam Al-Qur'an. Sila rujuk sirah Nabi, baginda mengajar sahabat tentang apa sewaktu awal-awal dakwah Islam dahulu.
Di atas asas ini barulah AKHLAK dan nilai-nilai baik yang lain dapat ditekankan!

Apa yang saya nampak daripada kaca mata seorang pelajar biasa, keadaan di sekolah dulu sudah terbalik. Mereka dihukum apabila memakai seluar cikang, ponteng asrama(fly), tak bawa nametag, tak tie-in baju dan lain-lain. Saya tidak menafikan bahawa itu penting untuk dihindarkan, tapi maaflah, bagi saya itu bukan tujuan utama. Berapa banyak usaha yang dilakukan oleh guru-guru dan para pimpinan pelajar, malah para pelajar sendiri untuk membetulkan akidah mereka.

Eh? Mereka dah Islam kan?

Benar! Mereka ialah muslim. Tapi sejauh mana mereka menghayati keindahan beriman kepada Allah? Sejauh mana mereka memahami erti mencintai Rasulullah? Sejauh mana mereka mendalami erti Yang Maha Memiliki Segala-galanya?

Itu kan soal hati? Mana boleh tahu?

Tapi, bukankah soal hati itu dilahirkan melalui perbuatan? Terlupakah kamu pada hadis ini?


أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ )). رواه البخاري ومسلم.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”


Bukankah mereka telah menunjukkan perilaku itu dengan tidak solat jemaah? Kadang-kadang terus tidak solat!
Pukul junior sehingga menjadi kes polis.
Berdua-duaan lelaki dan perempuan.
Membenci guru-guru.

Maka, jika hendak selesaikan hal-hal itu perlu selesaikan akar umbinya dulu! Tanamkan kepada mereka cinta kepada Allah dan Rasul-Nya dengan lemah lembut, bukan pukul tumbuk.

Dahulu,
kami pernah cadangkan usrah sebagai penyelesaian. Kami pimpinan pelajar boleh menjadi tenaga naqib walaupun kami setahun jagung ketika itu. Tapi, kami tak boleh melakukan itu tanpa sokongan guru-guru. Kapasiti kami hanyalah sebagai seorang pelajar, kami tiada kuasa untuk mewajibkan usrah itu sebagai WAJIB. 
Kami pernah meminta seorang sahaja guru untuk mengawal pelajar agar tetap duduk dalam usrah sementara kami menyampaikan hal-hal akidah dan apa-apa yang berkaitan Islam, agar mereka lihat Islam itu INDAH. Namun, tiada pengawasan yang dilakukan. Maka, usrah itu tetap juga tidak berkesan kerana pelaksanaannya tidak kena gaya. Akhirnya menjadi tempat sembang..

Usrah itu sepatutnya SERONOK! Eh? credit to my friend, Sulaiman.


Akhir kata saya, didiklah para pelajar dengan kasih sayang. Jangan jadi seperti ahli politik sekarang, apabila buat salah, segala kebaikannya dilupakan terus!
Bukanlah bermakna HUKUMAN itu tidak dibolehkan, tapi berpada-padalah. Ukurannya ialah biarlah dengan hukuman itu para pelajar itu tahu bahawa dia dihukum kerana guru itu SAYANG kepadanya, bukan pukul kerana BENCI!

ps: Saya amat mengagumi Sofiyuddin dan Rashid yang telah lama mendahului idea ini daripada saya. Dahulu, saya tidak faham apa-apa tentang ini. Terima kasih kawan!