'Rashdan, tolong daftarkan nama aku esok. Aku datang lambat'
Message sent.
Huh, aku nak datang lambatlah esok. Aku tahu program di UIA ni tak pernah nak tepat waktu.
***
9.10 pagi
"Dan, kau dah daftarkan aku belum?"
"Weh aku on the way ni!"
"Hmm, yalah.."
Aku dah agak dia pun nak lambat juga, hatiku berbisik sambil tergesa-gesa bersiap.
***
Eh. dah mula? Selalu setengah jam dari masa yang diberitahu. Ah, duduk sahajalah.
Aku menyalin segala pembentangan yang Ustaz Zahiruddin buat. Aku memang dah agak bengkel ni tak akan diajar teknik-teknik menulis karya atau apa-apa. Panel sampai 4 yang dijemput. Ustazah Fatimah Syarha pun aku dah pergi bengkel beliau pada tahun lepas. Memang niat aku datang untuk meniup-niup kembali semangat, menepuk-nepuk belakang aku supaya bangun untuk menulis kembali. Maka, tak kecewa sangatlah dengan bengkel penulisan hari ini walaupun ada juga kekecewaan sedikit.
Setelah semangat aku dicucuh api biru oleh Ustaz Zahiruddin, slot seterusnya aku belajar tentang puisi. Bukanlah segala-galanya, tapi masih baik dan bersyukur sebab ini pertama kali aku nak belajar puisi. Selama ini kalau tergerak nak luahkan apa-apa, aku tulis puisi tu ikut sedap dan selera aku. Kalau ia boleh dikatakan 'puisi'. Format sendiri aku buat.
Aku refleks kembali bengkel penulisan oleh Ustazah Fatimah tahun lepas. Memang aku berjaya menghasilkan sebuah novel pun selepas tamat bengkel tu. Malangnya, akibat sikap aku yang agak tergesa-gesa menyiapkan novel tu, ia telah ditolak dengan bergaya oleh beberapa syarikat penerbitan.. =.=' Tahniah!! (nada perli)
Kali ini, aku nak rancang langkah dengan lebih berhati-hati. Langkah satu demi satu.Macam maratib 'amal. Eh apa tu?? Kali ini aku tak nak terjah semberono. Yeah!!
No comments:
Post a Comment