Sunday 15 May 2011

Air mata remaja

Menjadi fasilitator untuk program KBM adalah pengalaman aku yang tak dapat dilupakan,mungkin sampai nyawa terlepas dari badan..

Dalam kesibukan mengawal peserta2 di program,aku terlihat seorang peserta yang bernama Lidia(bukan nama sebenar,seorang lelaki) secara tiba2 bangun lalu membuat gerakan yang pelik sehingga peserta lain ketawa bersamanya.Aku terpinga-pinga sebentar,tapi membiarkan sahaja-mungkin itu lawak jenaka dia.Tapi sejak dia buat macam tu, ak selalu perhatikan dia semasa dia menyampuk cakap pengacara,buat lawak sehabis baik dan macam2 lagi.Aku pun kadang2 tergelak tengok dia.

Selepas slot2 yang menggembirakan,maka bermulalah slot untuk menyentuh hati-hati peserta.Soal persaudaraan,ibu bapa dan kehidupan.Ak perhatikan Lidia mengesat air mata sambil menundukkan muka..tiba-tiba,seorang peserta berkata sambil menolak Lidia,"He'eleh ape nanges2 ni,relek r".Spontan Lidia kembali seperti perangainya yang biasa.

Satu slot beralih ke satu slot yang lebih mencabar,aku lihat Lidia semakin galak menangis,simpati mula mengambil tempat di hati aku.Namun,kali ini dia mengambil tempat yang agak jauh dari kawan-kawannya.Apa yang membuatkan Lidia yang begitu gembira tadi tersentuh hatinya?Mungkin ada sesuatu..
Sampai slot terakhir,para peserta dikehendaki berjumpa dengan ibu bapa yang dijemput hadir ke program tersebut.Berpusu-pusu peserta-peserta memeluk ibu bapa masing-masing,sangat mengharukan bagi insan yang punya hati dan perasaan.Namun,dalam kesibukan itu,ak perhatikan Lidia sedang melutut sambil menangis menundukkan mukanya,dia termasuk dalam para peserta yang ibu bapanya tidak hadir.

Melalui maklumat yang ak dapat,dia mempunyai masalah keluarga.Apakah yang menimpa dia sebenarnya?Masih sebuah rahsia..

PANDANGAN SI PENGEMBARA

Ini hanya secebis kisah seorang remaja daripada jutaan remaja di Malaysia ini.Tekanan hidup yang makin kuat semakin memenuhkan muka-muka akhbar dengan kes-kes bunuh diri,bunuh anak(orang susah payah buat anak),keluarga terbiar dan macam-macam lagi.Sangat menyedihkan apabila remaja-remaja dibiarkan tanpa pedoman dan tanpa mengenal Si Pencipta.Maka,si remaja akan menyalahkan suasana,kenapa aku yang terkena??Kenapa masalah ini kena kat aku?

Bukankah ibu bapa yang mencorakkan hidup anak-anak,maka ibu bapalah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti mengenai anak-anak mereka.Berilah kasih sayang secukupnya kepada anak anda,marah sekali,puji 10x!

Kata-kata si pengembara:Hijrah sebelum terpaksa berhijrah ke alam yang kekal abadi.

3 comments:

  1. salam ziarah~ akhirnya tercipta jgk blog ni.haha..moga terus tsabit dalam jalan dakwah..
    erti hidup pada memberi~
    moga ramai yg mengikut jejak..minda yg berfikir~~

    ReplyDelete
  2. wah2!kate yg hbat..time ksh2,,slalu2lah mngembare kat sini ye!

    ReplyDelete
  3. Kullu minallah laisa minni..kagum hanya padanya bukan pada makhluk..InsyAllah..terus tsabit..

    ReplyDelete