Friday, 5 August 2011

Eh ada kambing ke??

Dalam sehari-harian kita meneroka dunia, berjalan ke sana sini, berlari-lari ke sana ke mari, mengejar urusan sendiri, sibuk dengan tugasan atau 'assignment' yang mengambil masa tidur dan pelbagai lagi yang kita terkejar-kejar,dengan kata lain, yang diutamakan dalam hidup ni. Sibuk ke sana sini sampai 1 tahap terlupa pasal diri sendiri, tapi kalau terlupa nama sendiri tu memang habis teruklah..

          Maka, berhenti sebentar dan cuba hayati coretan KID kali ni. Mudah, bukan nak susahkan. Tajuk yang sangat senang untuk difahami oleh manusia-yang tahu membaca.

Seringkali kita melawat dorm-dorm kawan atau rumah 'member', akan timbul sejenak dalam kepala kita,
                                                               "Eh, ade kambing ke kat sini?"
Maka, kita tercari-carilah kambing tersebut yang mungkin menceroboh masuk bilik kawan kita. Cari punya cari, tak jumpa..nak tanya sang rakan, macam tak logik, kambing mana ada kunci bilik!

Korang ingat aku takde kunci?keh3


           Setelah menggunakan ilmu-ilmu yang dipelajari sepanjang hidup, berpandukan hidung yang dikurniakan Ilahi, maka jelaslah bahawa ini tak lain tak bukan, mesti bau bilik yang patut didiami sang kambing. Saat tu terlihatlah segala-galanya bergantungan, daripada yang 'dalam' sampai ke luar, meja belajar macam kapal lepas kena bom disertakan juga katil yang serabai macam rambut kucing bangun tidur.

            Apabila ditanya,"weh bro, ape kena aku tengok bilik ko cam bilik orang baru bercerai je ni?"
 Maka, sambil menolak stokin putih yang dah bertukar warna ke bawah katil, dia jawab,"bese bro, orang
                                                         bujang, gini r hidup. Apakan daya~".  

Bujang serangkai!
     

Tak berkualiti punya alasan, kalau hantar kat SIRIM, mesti kena 'reject'.

             Kalau jalan di asrama, mesti ada bau-bauan yang menjadi tunjuk arah haluan. Mee sedap, bekas megi yang tak basuh, baju stok sebulan dalam baldi dan tak lupa juga kepada stokin yang membuatkan kucing pun tak nak lalu digantung di hujung katil. Itulah yang selalu menjadi perhiasan-perhiasan kawasan asrama. Tu belum campur bau semulajadi daripada tandas-tandas yang 'bersih' lagi. Kalau dulu KID suka juga kalau ada benda-benda 'tu' tergantung di katil atau tingkap, sambil ronda-ronda dorm pagi-pagi tu, kautlah satu-satu benda-benda tu guna kayu, kemudian campak ke bawah~rasa seronok kalau dapat buat lagi,huhu.

             KID begitu kagum apabila KID dapat berkenalan dengan seorang sahabat KID di sini yang bernama Syatibi, kebolehan dia berceramah tak begitu mempersonakan KID, tapi kebenaran dalam perbuatannya begitu menyentuh hati. Bukan sekali KID ter'ikut' belakang dia, secara tiba-tiba dia akan membongkok dan mengutip sampah gula-gula yang pernah jadi perhatian orang, lalu dicarinya tong sampah untuk dibuang sampah tu. Kalau tong tak ade, dia simpan dulu sampah tu dalam kocek. Mulutnya sentiasa menyebarkan salam sambil mengukir sebuah senyuman. KID tak hairan apabila mendengar orang ceramah dengan begitu asyik sekali, tapi KID hairan apabila kaki tangan itu sendiri yang ber'ceramah', mempamerkan akhlak Nabi yang pernah menekankan,janganlah kamu meremehkan amalan, walaupun menunjukkan muka yang manis kepada orang lain.

             

             Sebenarnya, dalam perkara-perkara besar yang kita utamakan, janganlah kita mengabaikan hal-hal yang dianggap kecil bagi sesetengah orang, contoh yang paling mudah ialah hal kebersihan. Memang hakikatnya kita ini bujang dan belum berumah dan bertangga, tapi adakah apabila rumah dan tangga kita dah dibina, maka kita akan mencampakkan stokin Nike di sofa selepas habis kerja dan membiarkan isteri kita tersenyum sambil mengutip stokin itu? Padahal bersih itu ialah fitrah manusia itu sendiri, maka janganlah kita cuba-cuba untuk melawan fitrah itu sendiri. Walaupun mungkin hati terhibur dengan almari yang bersumbatan dengan baju-baju, seni katanya..


              Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini,KID mengajak kepada rakan-rakan untuk cuba mengubah diri sedikit demi sedikit, tak banyak pun takpe, mungkin hari ni kita mula gantung baju yang bersepah di lantai, esok kita mula menyusun buku-buku dan jika berterusan, maka akan bersih bersinarlah bilik/rumah kita. Mata yang memandang akan terasa sejuk, hati pun lapang, syaitan pun tak nak menumpang, jiwa pun gilang gemilang dan apabila kawan masuk bilik kita,tak akan terkeluar kata-kata,
                                   
                                   "Eh, aku tak pnah tau lak ko ade hobi bela KAMBING.."

Kambing ni aku beli dari kacik lagi,,ko bleh lak taktau!

ps: Kadang2 kita sedih bila tengok tandas Mid Valley boleh buat bilik tidur tapi tandas kebanyakan masjid kotor.Bukan nak salahkan Tok Siak, tapi renung kembali diri sendiri, dah 'buang' flush la tandas tu, tisu buanglah dalam tong sampah dan lain-lain.

2 comments:

  1. wahaha..berbicara tentang bilik sendiri, hampeh ~~

    ReplyDelete
  2. bilik ak dh bersih ye skang ni.ramadan bulan trnsformasi

    ReplyDelete