Persaudaraan Dianggap Mudah
Dalam keghairahan aku mencari erti hidup,
dalam keterujaan aku memahami kata ulama,
dalam berhati-hati aku mengeluarkan pendapatku,
kudiam tika ku tahu, ku berhujah tika aku memahami,
dalam keyakinanku menggigit erat kefahamanku,
Tidak aku terlalu fikirkan kaedah perjuangan,
masing-masing punya cara,
matlamatnya ialah satu;reda Ilahi yang dicari,
niat itu mestilah hakiki,
maka setiap langkah akan menjadi suci,
juga mesti diteladani sunnah Nabi,
kerana itu rujukan diyakini,
Namun seketika aku terkesima,
menyaksikan permainan dunia,
manusia memperkata bukan yang utama,
masing-masing berkata perjuangannya tidak ada dua,
kebenaran dalam kata-katanya,
atau tokoh ikutannya,
atau hujah yang dikemuka,
Maka, timbullah perbalahan tiada penamat,
bermasam muka senyuman kelat,
celik mata mula mengumpat,
"akulah yang paling tepat, dia khianat"
sang kafir tergelak,diperhati dengan cermat,
tunggu masa ditusuk sengat,
hasil simpanan dendam kesumat,
Wahai sahabat wahai teman,
ingatkah kamu sabda Nabi kesayangan,
mukmin itu dibawah lembayung persaudaraan,
kamu mengkritik perjuangan insan,
padahal mereka ikhlas dalam perjuangan,
tidak kiralah politik jadi alatan,
atau jemaah jadi ikutan,
atau bergerak bersendirian,
itu semua penilaian Tuhan,
Sedangkan ulama masih membahaskan,
maka ia jadi perbezaan,
sepatutnya kita cari persamaan,
bukan asyik mengintip kesalahan,
Jadi, kembalilah kita kejalan Tuhan,
hidupkan perjuangan dalam diri,
kawal nafsu lawan syaitan,
itu barulah pejuang SEJATI,
amal harian itu penguat iman,
maka tolonglah jangan dilalaikan,
Ingatkah tolak ansur Imam Syafi'e dan Maliki?
Ingatkah persaudaraan Umar dan Abu Bakar?
itulah sedikit dari teladan yang memenuhi isi dunia,
satu ingin ku pesan;
"sesungguhnya orang yang ikhlas itu akan bertaut hati-hati mereka!"
No comments:
Post a Comment